I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

TIP

Wednesday 9 December 2009

TIP-TIP PENJAGAAN BARANG KAIL


Ramai di antara kitani kurang memberikan perhatian pasal barang peralatan kail ani apabila selepas turun dari mengail dan udah menjadi kebiasaan selapas trip mengail rasa lalah/mengalih membuatkan ketani malas kan menyuci barang kail dan akan di simpan cematu saja tapi sebanarnya masa lapas trip atu tah masa yang paling baik sebelum aying masin,pasir dan benda2 lain ani merasap ke dalam bahagian peralatan kail kitani dan jangan dibiarkan sampai nya karing atau pun melakat arah peralatan kail, di bawah ani ada sedikit tips-tips atau pun panduan yang berguna untuk para pemancing.



SPOOL

Kalau sekiranya kan menyuci spool pastikan dulu sistem tegangan (drag spool) diketatkan dulu sebelum membasahi dengan aing. Ani tujuan nya mengelakkan aing atu memasuki dalam badan spool (housing). Tujuan nya lagi jua membuang kesan garam yang melakat yang bulih mencapatkan nya betagar sama ada bahagian luar dan dalaman nya. Selapas di cuci biarkan tia karing dulu lapas atu lapkan pakai kain bersih.

Kalau mau lagi bagus bagi minyak yang di khaskan atau pun minyak singer pun bulih jua, bagi arah bahagian yang begarak macam arah pengingkulan nya, bahagian dalam gulongan spool tali atau mana-mana yang dirasakan perlu di bagi minyak. Selapas selasai bagi minyak longgarkan drag spool atu pada tahap minimum sebelum menyimpannya. Perlu di ingati jua jangan sekali-kali merandam spool atu dalam aing nda tah kira aing masin atau pun aing tawar betujuan supaya komponen nya yang di dalam inda mudah rusak.


Joran


Mengenai joran pulang, sama jua tu di cuci setiap kali lapas trip mengail, walaupun joran atu menggunakan cincin/guide SiC yang tahan dari tagar, guide ring SIC ani pun pandai jua rusak ni kerusakkan nya atu ada jua usul-usul macam kurap arah tangkai nya atu. Kadang-kadang ketani lupa menyuci guide ring nya yang kotor ani iatah membari nya melakat arah calah-calah cincin nya atu. Kotoran ani tah yang mencapatkan nya betagar arah ring guide nya ani, cuci menggunakan aing sabun untuk mengilangkan bau-bauan yang tetinggal arah grip nya/pemegang nya ani.


Mata Kail

Kalau mata kail yang jenis tahan tagar atau pun mahal harganya macam owner,gamakatsu bulih la di cuci dan di simpan balik kecuali yang tumpol udah, paling baik jangan dicampurkan mata kail yang alum bepakai (baru). Kalau dicampur mudah tia tagar nya atu bejangkit arah mata kail lain. Ali-alikan ke tampat lain kalau sekiranya kan memakai lagi.


Tali Kail

Tangsi atau pun braided sekali-sekala mesti di periksa jua sebelum turun mengail. Sekiranya tedapat tali nya yang udah rusak atau pun ngingis nya urang ketani, buang tia saja dari mengelakkannya putus masa mengail. Mun kelurusan lagi yang makan kail ani lauk basar menyasal karang inda pedah-pedah. Tali kail yang rusak/calar, kekuatan nya akan menurun/bekurangan dan mudah putus.


Ok Selamat Mencuba.


Tip-tip penjagaan barang kail ani disumbangkan oleh Hj Win. Walaupun ringkas tapi sudah memadai untuk tani mengetahui serba sedikit cara penjagaannya. Terima Kasih Hj Win mun ada lagi yang lain antari saja ah ku ok. Pengalaman memancing kehujanan/keributan kah, pernah belurih banyak atau nada belurih langsung kah, inda kira di laut kah atau di darat.
Terima Kasih sekali lagi Hj Win.


0 comments: