I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

bekara

Tuesday 28 September 2010

Bekara


kerapu

BOB
kerapu 22kg

Mambangan

Sunday 26 September 2010

Gambar disumbangkan oleh Languran (Azman). Text pun Languran jua tu. Aku post kan ke dalam blog ani saja. Terima Kasih Languran dan keluarga, mun ada lagi lain kali kirimkan saja arah ku ah.


Trip pertama pada 23/10. Inilah lawatan raba kali pertama dari mula di labuh pada bulan April yang lalu yang telah di buat oleh Kamal dan bapa. Raba yang di perbuat dari tayar2 dan di penuhi dengan daunan piasau. Ia di labuhkan tidak jauh dari kawasan pilong rock Muara. 82 ekor mambangan yang beratnya antara 300g ~ 1kg bejaya di kail dalam masa dua jam sahaja dan pancing di berhentikan bagi menyimpan stok untuk ampunya rabanya (Kamal). Alhamdulillah, lautan muara masih lagi ada stock ikan lumayan. Ganya mesti bersabar menyimpan raba dan rajin membuat.

Mambangan

Gambar dan text disumbangkan oleh Languran (Azman), Terima Kasih atas sumbangannya ok.








25/10, trip kali kedua di raba mambangan c Kamal. Kali ani ampunyanya turun kelaut besama Languran dan juga bapa. Harapan stock di raba masih ok lepas hari khamis yg lalu. bertolak awal bapi dan terus ke raba mambangan. Drift pertama di sambut dengan 13 ekor dengan serentak, full house. Languran dan Kamal memakai papar 5 mata dan bapa dengan 3 mata sahaja. Drift kedua di sambuat jua lagi dengan full house 13. Selapas atu makin bekurangan sehingga akhirnya pisang2 mula naik. Jadi pancingan di raba di hentikan dan semuanya kami berjaya menaikan 50 ekor mambangan sahaja. Sizenya semakin kecil. Hanya seekor sahaja yg beratnya lebih 1 kg. Harap stok di raba ani akan pulih dan kami akan melawat raba ani dalam masa empat bulan yg akan datang lagi.

Lingkuh

Saturday 25 September 2010

Malam Jumat kami turun lagi kan popping sama jigging, PAdamit, G-Mi, Fiyan sama Jeruju (Jef). Akhir sikit kami tolak pasalnya keadaan cuaca atu macam inda kan menyuruh turun, iatah tunggu ia taduh sikit baru tah kami turun. Bukan saja kami ada lagi orang lain pun menunggu jua kan turun. Keadaan ombak dalam 4-5 kaki lah sampai ke subuh kan pagi atu baru tah ia kurang sikit.
Jeruju
Kan hampir 2 bulan udah inda turun macam-macam sibuknya mana lagi gerai Ramadhan. Sekali ku SMS atu tarus dibalasnya eh bah layan eh batah udah inda turun ni. Malam atu Jeruju menaikkan languran 2, lingkuh ada lagi lauk bedamitan lah. Popping sekali atu putus tia jua makai popper yang buatan tangan sendiri lagi tu, warna kepalanya merah badannya putih.

Guntur

Ani pun G-Mi belurih ngail dasar ni guntur ah, sekali atu kuat udah tarikkannya alum batah main putus tia jua perambut 60Ibs ah antah apa kah lauknya.
Guntur


Uji Rasid

Semua uji rasid ani G-Mi belurih ngail dasar ni umpan basong-basong.


Languran

Semua languran ani lurih jigging ni dalam 1kg ke bawah lah sekong.


Bemasa

Ani aku sama G-Mi belurih popping 5.6kg sama 4.6kg, 2 kali putus.

Tengiri

Monday 20 September 2010

Hari raya ke lapan Popperazi, Sapai sama Andy turun di Telisai. Mula-mula menganjun dulu untuk umpan hidup, udah banyak kira-kira cukup lah kan umpan baru mencuba mengail tengiri. Kesana kemari jua mengunjar tapi alum jua ada. Kira putus asa lah udah,bah balik tah kitani eh nda jua ada makannya. dalam 2 kilometer perjalanan balik, rehat dulu kira makan tengahari lah. Sebelum makan atu melabuh kail dulu lah mana tau ada rezeki sambil makan atu. Balum pun sampai seminit kana ranjat tia joran Sapai ah, Alhamdulillah dapat jua dinaikkan oleh Popperazi tengiri 10 kilo. Selepas atu baru tah lagi yang 6 kilo oleh Andy tuan punya perahu.
Tengiri Batang 10kg sama 6kg


Siuk tu eh, bah lain kali lagi kitani turun ah kan merasai tengiri Telisai ah ok tu .

Toman

Sunday 19 September 2010

Dini belurih di Jerudong arah macam tasik nya, sekilo labih lah 2 ekong atu.
Toman

Mau jua kan mencuba mengail toman ani alum merasai bah, lain kali tah mencuba ah Dini ok tu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Wednesday 8 September 2010


ASSALAMUALAIKUMMMM APA ABARNYA SEMUA.
DI SINI KAMI SEKELUARGA (PAdamit, Budamit sama Dang Damit) INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA YANG INDA LAGI BATAH AH. KAMI MINTA AMPUN DAN MAAF KEPADA PRECIOUS ANGLERS, PENGUNJUNG DAN PELAWAT BLOG ANI, MANA TAU ADA KESILAPAN KESALAHAN ATAU KEKASARAN BAHASA DAN PERCAKAPAN SAMA ADA DI DALAM BLOG ANI MAU PUN DI LUAR AH. MAKLUM TAH KATANI ANI MUN BEKURAPAK KADANG-KADANG INDA KATANI TAU RUPANYA DANGAN TANI BEKUNYANYANG ANI TAUSIK UDAH TESINGGONG MENYAKITI HATI DAN PERASAANNYA INDA TANI SEDARI TU, KANN, INDAA JAAA. NAH IATAH BAIK TAH BISAI-BISAI MUN BEKURAPAK SAMA ORANG ANI. SENJATA YANG PALING TAJAM IATAH LIDAH ANI NI. SEKALI LAGI KAMI MINTA AMPUN DAN MAAF KEPADA SEMUA OK, BAH ATU SAJA KALI LAH TERIMA KASIH.
EH, MUN ADA YANG KAN MEMBUAT RUMAH TERBUKA ATU JANGAN LUPA AH BUNYI-BUNYI SAJA MUN NADA GAGAU LAIN DATANG KAMI TU INSYA ALLAH.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MOHON AMPUN DAN MAAF.

popping sama jigging

Tuesday 7 September 2010

Malam minggu ari atu ah 4 sep. kami turun kan menakat di kapal karam Maharaja ah, Kira pengabisan lah sebelum hari raya ani, sekalinya ada jua lagi yang turun di malam sekong ganya bisdia belurih berahan lah. Capt Precious Awie, PAdamit, G-Mi sama Fiyann, yang banarnya kami ani kan mengail di takat-takat lah, nada belurih basong kan umpan popping sama jigging tah jua jadinya, ada plang umpan sulai atu ganya inda berapa mau bah. Udah tekandung hujan atu tepaksa tah kami betaduh jua dulu ah takat timbul ah mana jua ulah, ada 4 buah lagi perahu lain pun ikut betaduh jua bah. Angin lagi kancang tu baik jua inda jadi ke ombak Alhamdulillah.

G-Mi sama Fiyann menediakan makanan untuk berbuka puasa. Dalam perjalanan atu sebelam sampai Champion inda lagi batah kan baduk iatah belabui tah kami dulu untuk besungkai ala kadar saja, nasi katok, mee tiaw goreng, ayam salai, ada jua kepala languran masak putih kira nyaman lah makan masa atu.

Kadang-kadang membari tekanang jua anak bini di rumah masa sungkai atu, mana jua ulah kan mencahari tepaksa tah jua di tinggalkan. Alhamdulillah batah-batah ke laut ani nada halangan untuk turun inda kira siang atau malam lah.


Alhamdulillah 9 ekong languran, 2 ekong berahan sama lingkuh 4 ekong, mun inda tengiri sekong tu sejarah kami tu menaikkan tengiri waktu malam. Mula-mula difikir lingkuh udah hampir kan menaikkan ganya lagi rupanya tengiri. Fiyann unjuk udah kait bisdia inda mau inda payah lingkuh ni, ani nah menyasal inda beguna yang banarnya alum tah kan rezeki tu.

Berahan ani aku belurih mengail dasar ni makai umpan sulai ah di kapal karam Maharaja ah. Iatah ganya sekong ani ni lurih ku, jigging ada plang makannya lapas tia ganya bah, popping ada sekali putus tia jua ah leadernya bah popper buatan tangan ku atu abis lah jua.

Fiyann baru jua dapat lesen jigging languran malam jumat lapas ah, Malam atu belurih ia lagi yang basar pernah ia menaikkan lah hampir jua kali 3 kilo. Mun inda dapat lesen popping ia jua malam atu ganya alum batah bemain lapas tia, atu pun makai popper buatan tangan jua tu.

Ani pemungut cukai yang taat setia ni lingkuh ah, inda pernah kami inda belurih ni perasaan ku lah. Setiap kali popping atau jigging mesti ia ada ni, kedia tah yang mengerajakan jig sama popper ni. Kadang-kadang atu ah masa mengulur bah tau-tau ringan selajur nah udah disambar lingkuh nah, mun putus masa bemain atu baik jua lagi kan.
Yang lawa lakat usul kulitnya atu aku belurih tu mengail dasar, sekong lagi G-Mi belurih menjig dalam 2 kilo labih sikit lah tiap sekong.

Capt. Precious Awie 3 ekong yang basar lah ia belurih popping sama jigging, G-Mi sama Fiyann sekong yang damit 2 ekong yang basar jigging saja, semuanya 9 ekong.