I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

UDANG GALAH

Sunday 31 January 2010

Tadi pagi kami (Padamit, Hj Win, Fian sama Pg Aji) turun di Muara menuju ke Batu Apoi Temburong kan mengail udang galah. Kami makai Mini Precious ganya iatah kan 1 jam bah perjalanan kami.
Hj Win



Pg Aji


Padamit 2 ekong ganya belurih sapit biru




Fian, ada plang jua sapit biru lurihnya, inda apa nya begambar sama yang paling damit saja nya



12 ekong semuanya lurih kami ah




Capt. Precious, G-Mi sama keluarga bisdia membawa peranaknya (Precious Kids)makai Precious Boat. Bisdia belurih 5 ekong ganya pasalnya bisdia akhir datang, tengahari bah baru bisdia ada.



Hj Win pertama kali turun mengail udang galah bersama Precious Anglers. Walaupun yang pertama kali turun, tapi ia jua yang pertama belurih udang galah yang sapit biru lagi tu. Nyaman banar hatinya eh.


Hj Win jua yang kedua belurih sapit biru lagi, eh langkah kanan banar eh. Syukur Alhamdulillah inda jua ku balik kosong, ah camatu rasanya belurih udang galah ani.


Ani masa menunggu-nunggu udang galah memakan umpan, umpan yang kami pakai udang sama jantung ayam.
Balik kerumah terus suruh bini masak yang ringkas saja lah, lapas mandi terus makan udang anak-beranak walaupun ringkas tapi puas hati lah pasalnya ia masih segar, lagi pun ia lurih sendiri atu bah.


















Upit-upit

Monday 25 January 2010


Lauk ani baru tah pernah ku belurih ni kelamari di takat 75 ah. Atu pun lurih ku menjig sekong tekait arah parut sampai tekeluar bah parutnya ah, sekong lagi tekait arah badannya. Iatah berat tia plang menaikkan kedia ah. Yang sekong atu lagi Pa-iring belurih makai papar.
Kulitnya atu ah macam kulit yu bah perasan ku lah. Inda tau kan dimasak apa ni, ada orang membagitau disalai bisai ni. Antah eh alum pernah bah.

Ayam Laut

Ani Pa-iring belurih ni ditakat 75 ah mengail makai papar mata 3 umpannya basong2


takat 75

Precious Anglers turun lagi kelamari, Pa-iring Capt. nya Padamit sama Dini 3 orang ganya kami. Iatah ganya ni lurih kami hari minggu ah, Alhamdulillah syukur tah ada jua kan dibawa mulih.
Lantaran


uji rasid


lauk putih


anduping

kerapu


belais tembaga




Ani rakan konvoi Precious Anglers Awi Capt. nya, g ruji, maman sama ngian


takat 75

Hari Sabtu lapas 23 Januari 2010, Precious Anglers (Capt Awie, Pa-iring, G-Mi sama Hj Win)turun di Jerudong Menuju ke Takat 75. Sana sini jua udah mencuba mengail atu alum jua ada yang pajal makannya, udah dalam pukul 5 baru tah banyak lauk atu makannya. Diantara lauk2 yang bisdia belurih yu, lauk putih, lantaran, kerapu, kurisi bali, alu-alu, anduping, ada jua sulai lurih nganjun.



Ikan yu seberat 16kg berjaya ditewaskan oleh Capt. Awie menggunakan teknik jigging. Sebelum atu sudah 2 jig yang putus, selepas mengenal pasti cara lauk atu makan, baru tah Capt. Awie mengubah cara ia menjigging. Usaha Capt. Awie akhirnya membuahkan hasil apabila jig nya disambar sekali lagi oleh lauk yang mungkin saja sudah memakan 2 jig tadi. Selepas lebih 5 minit batu tah sang pemangsa ani berjaya dinaikkan keperahu. Tahniah Capt Awie, lain belajar eh cara mengetahui lauk2 atu makan dapat jua mengubah teknik mengail.
















Ani tah lauk2 bisdia belurih hari Sabtu atu, mun bedangan esuk lagi tani ngaga mana tau ada lagi makannya. Tahniah Precious Anglers.






ANJUNGKANG

Thursday 21 January 2010

Anjungkang lurus kah jua namanya ani ah, mun salah luruskan eh. Ani aku belurih masa ku mengandang udang antadi. Lapas ku menggambar ku pigang hidup ia lakat, ku buang tah semula tarus ia menyalam eh, nyaman hati nya kali tu ah. Udang inda banyak ku belurih dalam 1kg labih lah ganya, dari tengahari sampai kul 3 lalu lah.
Lapas atu mencuba mengail ku di Ujung Sapuh nada belurih, sekali atu kana tarik udah lapas tia jua. Ku liat umpan ani kepala ganya dimakannya, inda ia mengulum abis bah. Alum tah kan rezeki tu, lapas atu mulih tah ku, aing atu baru kan melajak surut.








UNGAH

Wednesday 20 January 2010

Hj Win sama Jimmi mengail d JPMC malam selasa, makai umpan basong2. Jimmi ganya yg belurih makai joran, Hj Win nada rezekinya malam atu. Tapi ada jua plang kana ranjat krikan Hj Win atu inda sempat mingang abis sama krikannya mencabur ke aing. Melabuh tah lagi krikan yang lain, masa Hj Win menarik krikannya ani kiranya kan meliat umpan lah, iatah ada tangsi yang menyangkut ah kailnya ani udah ditariknya rupanya kailnya jua yang gugur kana ranjat oleh lauk ah. Alhamdulillah balik jua ia semula ah tuannya.
JIMMI

Tahniah Jimmi, selamat menceburi bidang mengail ani teruskan usaha semoga berjaya. Lain kali tah join sama kamu mengail di sana atau di mana saja lah ok.





MAKLUMAN

Monday 18 January 2010


Assalamualaikum & apa khabar PA semua. Selamat Tahun Baru 2010.

1- Blog masani dalam pengubahsuaian banyak gambar yang inda ada tu.

2- Diminta semua ahli Precious Anglers (PA) memberi cadangan "bila dan di mana kitani boleh membuat perjumpaan atau mesyuarat yang pertama sempena tahun 2010 ani". Agendanya banyak plang tu, di antaranya untuk bergambar ramai sama seorang untuk dimasukkan dalam blog iaitu senarai ahli PA. Iatah kalau boleh ramai yang datang.

Diharap semua ahli PA memberi maklum balas secepat mungkin untuk membuat perjumpaan dalam masa terdekat ani.

Sekian terima kasih.

Ungah sama kerapu

Sunday 17 January 2010

Dimalam kami CP Awie, Pa-iring, Padamit, G Mi, G Win sama Jef turun mengail di Ujung Sapuh makai umpan basong2 yang udah inda lagi sesuai lah dibuatkan umpan, nada belurih umpan lagi tepaksa tah jua dipakai pasalnya kuat rasa hati atu bah kan turun. Walaupun kami tau cuaca atu kurang menyenangkan, kami sudah bersedia menghadapinya.

Sebelum mengail kami melabuh pukat kembura dulu lepas atu baru kami mengail. Dalam beberapa jam mengail baru tah kami menarik pukat kembura, ada jua lah kembura atu ganya inda banyak, selain kembura ada jua lauk lain macam kirang2, udang, ketam suri, ketambak macam2 lagi lah.


Lapas menarik pukat mengail kami lagi, ada yang makai umpan kembura hidup, udang hidup, titir sama kirang2. Iatah Hj Win kirang2 atu diumpankannya sekong ah makai pelampong ia, rezeki nya tah jua banar ah, kail nya tia ganya bah yang kana makan ah. Tapi 2 ekong atu ganya yang naik ungah sama kerapu, yang lain atu putus sama lapas. Alhamdulillah ada jua kan dibawa balik lah.

LESSON LEARN

Lesson learned 2009 - PASTIKAN

1. Bacalah Bismillah dan doa sebelum memulakan perjalanan

Recital of Bismillah and prayer prior to go out.

2. Alat pertolongan cemas hendaklah dibawa bersama.

First aid kit must be available on board.

3. Perjalanan memancing hendaklah dirancang dan pastikan minyak mencukupi.

Plan your fishing trip and ensure you have sufficient fuel.

4. Peralatan penting untuk membaiki kerosakan kecil enjin hendaklah dibawa bersama

Essential tools for minor engine repair are always on board.

5. Plug enjin gantian hendaklah sentiasa ada dalam simpanan.

Spare spark plug always in stock.

6. Pastikan perahu, enjin dan trela dalam keadaan baik.

Ensure boat, engine and trailer in a very good condition.

7. Pastikan fish finder berfungsi dengan baik.

Ensure the fish finder functioning well

8. Pastikan GPS boleh digunakan dan mempunyai bateri simpanan.

Ensure GPS is serviceable and spare batteries are available.

9. Perambut, pemata dan batu pembarat yang memcukupi

Ensure variable leader, hooks and weights are efficient.

10. Pisau penyancang, pisau penghiris dan sasaban hendaklah dibawa bersama.

Chopping knife, fillet knife and chopping board are always on board.

11. Pastikan sauh dan talinya dalam keadaan baik.

Ensure anchor and rope in good condition.

12. Lampu yang mencukupi untuk kegunaan di sebelah malam.

Sufficient lighting for night use.

13. Pakaian gantian hendaklah dibawa bersama simpan dalam kereta.

Spare dry clothes kept in the towing vehicle.

14. Jangan lupa air tawar simpan dalam beberapa botol untuk kegunaan tertentu

Don’t forget fresh/tap water kept in bottles for specific purpose.

15. Makanan dan minuman hendaklah mencukupi disepanjang trip.

Sufficient refreshment along the trip.

16. Pastikan telepon bimbit disimpan ke dalam bekas yang kalis air.

Keep your hand phone in a water proof bag/container.

17. Jangan membawa barang-barang berharga yang tidak diperlukan semasa memancing.

Do not bring your non essential valuable items along the fishing trip.

18. Selalulah membawa umpan dan jangan bersandar kepada umpan hidup semata-mata

Do not rely on live bait and always bring with you chilled or frozen bait.

19. Singgahlah ke takat yang berdekatan untuk umpan hidup sebelum pergi lebih jauh.

Stop at nearest spot for live bait before you go any further.

20. Jangan luan ahir balik sadang-sadang saja “SYUKURI APA YANG ADA..... HIDUP ADALAH ANUGERAH......”

Oleh: PA-Iring

IMBASAN 2009

Thursday 14 January 2010

IMBAS KEMBALI 2009

Tahun 2009 baru sahaja kita tinggalkan. Kita tinggalkan dengan seribu kenangan dan sejuta pengalaman. Saya imbas kembali kenangan di awal tahun 2009. Pada awal tahun 2009 musim ombak berlarutan hingga ke bulan March, kebanyakan aktiviti memancing hanya berlangsung di sebelah Muara sahaja, sasaran utama adalah Ujong Sapoh. Selain dari itu aktiviti juga diselang-seli dengan aktiviti mengandang, membintur, mengail udang galah dan sebagainya. Setelah musim angin dan ombak mulai reda, beberapa trip ke drop off telah dapat dilaksanakan dengan jaya. Dalam trip kali ini PA telah berjaya mengenal pasti beberapa lubuk baru lagi di kawasan tersebut. Selain dari itu beberapa trip ke takat 75 dan kapal karam dapat diselanggara dengan baik. Dan tidak lupa juga acara Ungah grand prix.


Trip malam

Beberapa trip memancing disebelah malam juga berjaya dilaksanakan. Saya masih ingat salah satu trip malam dimana kami bertolak dari penurunan Jerudung pada pukul 12.00 tengah malam seramai 3 orang menuju ke kapal karam. Pada masa itu cuaca sangatlah mengizinkan sekali. Kami bertiga begitu bersemangat dan langsung tidak ada rasa mengantuk. Atas kegigihan kami pada malam tersebut kami berjaya menaikkan 3 ekor ungah. Disebelah siangnya pula kami bercadang untuk menduga lawa-lawa yang telah kami perbuat beberapa minggu sebelumnya. Walaupun suasana di kapal karam pada masa itu riuh dengan anak-anak ikan kecil seperti basong-basong dan banit bermandi manda. Namun aku meneruskan perjalanan menuju ke lawa-lawa tersebut. Apa pun segalanya tidak membuahkan hasil, lawa-lawa tersebut belum mempunyai penghuni yang kami harapkan. Dengan berbekalkan umpan basong-basong yang kami bawa dari semalam kami menuju kembali ke kapal karam yang kami tinggalkan tadi. Segalanya memang telah dijanjikan, Alhamdulillah kami telah diuji dengan amukan barahan sulit. Kami tidak mensia-siakan peluang yang ada dan terus melayani asakan barahan sulit. Kami telah berjaya menjinakan kira-kira 35 ekor barahan sulit yang berukuran atau berat 1 kilo ke 2 kilo. Kami telah bertahan sehingga ke pukul 1.00 petang. Sebelum kami berkemas pulang kami telah dikunjungi oleh perahu rakan PA (Si boy). Memang mereka mempunyai langkah kanan pada masa itu, mereka pun sempat merasakan amukan barahan sulit. Selain dari trip ini ada lagi trip yang diketuai sendiri oleh kapt Precious yang telah berjaya menewaskan ikan-ikan mega seperti GT seberat 34 kilo, pari seberat 43 kilo dan beberapa ekor bemasa serta languran dalam trip yang berbeza.

Kawan baru

berikutan trip malam yang berjaya itu. Kami sering membuat kunjungan ke kapal karam tersebut di sebelah malam. Kali ini kami sering pergi beriringan (konvoi) dengan rakan baru seperti Gee Ruji, G usman dan sebagainya. Namun segalanya tidaklah sehebat trip yang pertama. Berikutan dingin nya trip malam PA beralih pula kepada trip disebelah siang. Destinasi utama disebelah siang adalah seperti takat 75 dan beberapa takat yang dikenal pasti berpenghuni tenggiri. Aku telah memberi beberapa tunjuk ajar kepada rakan baru tentang beberapa tips memancing, penggunaan GPS, penggunaan fish finder, keadaan cuaca, pasang surut, dan beberapa pemeliharaan bot, enjin dan trela. Mereka sangat teruja sekali dan begitu bersemangat. Dengan berbekalkan beberapa tips yang pernah saya berikan kepada mereka, kini mereka sudah berkayakinan pergi kelubuk-lubuk secara solo. Walau bagaimanapun lubuk-lubuk yang dikunjungi adalah takat-takat yang berdekatan dengan perairan pantai Jerudung sahaja. Kini mereka juga mengenali member PA yang lain seperti c boy, C Awi dan sebagainya. Seperti biasanya mereka juga telah ditunjuk ajar dengan tips memancing yang lain (Inda camah mata). Selain dari saya sendiri member PA yang lain juga telah membawa rakan-rakan mereka masing-masing melibatkan diri ke alam pancing bersama PA. Perhatikanlah sendiri di tepi sebelah kiri laman blog ini, itulah diantara bintang-bintang yang sudi menyertai PA dengan setianya. Masing-masing telah menyumbangkan berbagai-bagai sumbangan dari segi tenaga, buah fikiran, material dan berbagai-bagai lagi.

Dugaan ribut, angin dan ombak

Beberapa trip pada tahun 2009 telah dilanda ribut ganas, angin kencang dan ombak yang berukuran 3 meter keatas. Alhamdulillah segalanya telah dapat dilalui dengan tabah dan selamat. Semua ini telah terpahat dilubuk hati masing-masing yang pernah melalui nya. Biarlah semua itu menjadi sempadan dan tauladan dan menjadi sukat-sukat dimasa hadapan. Keadaan yang paling getir pernah dilalui ada lah trip yang di ketuai oleh Jimi sebagai kapten semasa trip drop off. Beliau dan rakan dari kumpulan Nelayan Sepanjang Zaman (Ironsilk2007.blogspot.com) telah menyaksikan pukulan angin, ombak dan ribut yang hebat yang tidak pernah beliau rasakan sebelum ini. Sebagai bayangan getirnya keadaan tersebut kita perhatikan perjalanan beliau sejauh 35 kilometer mengambil masa selama 2 jam lebih. Beliau telah berjaya mengemudi bot dengan tangkas sekali. Syabas.

Turun di Muara naik di Jerudong

Dalam mana-mana trip memang jerudong akan menjadi pilihan pertama jika cuaca mengizinkan, namun trip kali ini memang turun di Muara dihajatkan. Destinasi adalah Muara dalam, apa pun semuanya tidak seperti yang di harapkan tarikan agak jarang dan keadaan air yang tidak begitu mengizinkan. Kami telah memutuskan untuk mencari lubuk lain di sebelah Jerudong. Dari satu takat beralih ke satu takat yang lain namun anak ikan spesis umpan belum diperolehi. Akhirnya kami tiba di satu lubuk yang memang mempunyai sejarah yang tidak menghampakan. Pada pukul 3.00 ptg kami telah berjaya memperolehi beberapa ekor basong dan sulai hidup. Semangat kini kembali memuncak, dan kami terus menuju ke kapal karam untuk menduga kalau-kalau ada tenggiri berkeliaran di situ. Sekali dua memang ada sentapan tenggiri. Inilah yang membuat kami masih bertahan di perairan Jerudong. Sekali imbas ke sebelah timur memang ada pertanda hari nak hujan namun semangat ingin menewaskan tenggiri tidak pernah luntur. Akhirnya setelah awan hitam beserta angin dan hujan nya betul-betul berada di atas kepala baharulah kami mulai menarik sauh dan mula menuju ke Jerudong tanpa berpandukan kepada GPS lagi. Hala tuju pada masa itu susah di pandu akibat dari hujan lebat angin kencang dan siraman air laut. Dengan hanya berpandukan kompas yang terumbang ambing akibat ombak yang memukul perahu, akhirnya kami sampai ke pantai. Kami terpaksa akur walaupun sebenarnya kami tersasar beberapa kilometer dari destinasi. Namun isunya sekarang ialah trela kami berada di penurunan Muara. Pendek kata yang sejam mengambil masa 3 jam.. fikir-fikirlah.

Kejadian kerosakan trela

Kerosakan trela sudah menjadi perkara biasa dan bukan satu insiden yang luar biasa. PA juga telah mengalami perkara sedemikian beberapa kali. Keadaan lebih buruk lagi ketika sedang menunda bot pulang ke rumah dan berada di tengah-tengah kesibukan jalanraya. Adakalanya perkara tersebut dapat diatasi dengan mudah dan adakalanya tidak dapat diatasi dengan sendiri. Pada kebiasaannya “BEARING” adalah punca utama untunglah ramai kenalan dan rakan-rakan yang sehaluan dengan rakan pemancing dan yang memahami situasi tersebut. Kejadian tersebut berlaku pada hari Minggu sebelah malam, tentu saja bengkel-bengkel sudah tutup. Bearing yang ada dalam simpanan kami sudah habis terpakai, jadi terpaksalah kami meminta khidmat dari rakan seperjuangan. Mujurlah juga ada rakan menyimpan set bearing tersebut. Terima kasihlah kepada Sufri, Si boy, Awi dan kuncu-kuncu. Mereka bukan hanya menyumbangkan bearing malahan tenaga kerjanya sekali. Perahu PA juga pernah mengalami kerosakan trela yang parah ketika trip di Muara. Sehinggakan menggunakan khidmat forklift untuk mengangkat dan trela kontena, namun tidak berhasil atas faktor keselamatan. Sekali lagi khidmat mereka ini lah yang menyelesaikan keadaan.

Itulah rezeki namanya

Mana-mana trip kapal karam di sebelah siang memang tenggiri dan barahan sulit menjadi buruan. Namun dalam kejadian ini agak berbeza. Dalam trip tersebut pendek kata agak susahlah mendapatkan umpan hidup, semangat juang kami tidak berakhir di situ. Kami telah meneruskan perjalanan menuju ke kapal karam dengan harapan akan mendapatkan umpan hidup di tempat tersebut. Apa pun umpan impian tidak juga diperolehi selain dari pisang-pisang. Atas desakan naluri yang hauskan umpan hidup Jimi telah cuba melabuhkan joran nya berumpankan pisang-pisang yang sudah separuh nyawa, melimparkan perambutnya sepanjang 7 depa dengan dibubuh alat penimbul tali. Setelah siap menyusun drag joran, kini beliau menarik nafas panjang sambil menuntum minuman botol. Disamping itu saya terus menduga dasar dan pertengahan kalau-kalau ada barahan sulit yang sudi menjamah umpan kami yang ala kadar. Tiba-tiba desingan kekili dan lenturan joran Jimi membuatkan kami tergamam seketika. Jimi terus mencapai joran nya sambil membetulkan tegangan dan terus mengepam joran memberi saingan yang kritikal. “Ah.... tenggiri ni..lau nda alu-alu....” bisik ku sendirian. Jimi terus memberi saingan yang hebat. Aku lalu mendapatkan kait untuk memberi bantuan, namun alangkah terperanjatnya aku melihat kilauan merah kehitaman. Kini aku menjadi serba salah kait atau siut. Rupa-rupanya yang tertewas adalah UNGAH seberat 6 kilo ++.

Ungah Ujong Sapoh.

Akibat dari permintaan trip memancing yang meningkat daripada ahli PA mahupun rakan-rakan PA, PA melayani kehendak tersebut dengan memperkenalkan Ujong Sapoh. Destinasi ini tidaklah begitu jauh dan boleh diduga pada bila-bila masa sekadar memenuhi keinginan yang bergelora malam ataupun siang, weekdays atau pun weekend, hujan atau ribut semuanya terserah asalkan mampu bertahan. Memang tidak disangkal Ujong sapoh sering membuahkan habuan “Mangrove jack” atau “ Alif Wau nga ha”. Kini US menjadi popular. Sehinggakan Kapt Precious mendapat ilham untuk mengadakan perlawanan memancing dikalangan ahli PA. Ilham tersebut telah menjadi kenyataan dengan berlangsungnya satu perlawanan memancing yang lebih dikenali dengan ungah Grand Prix. Sambutan didalam perlawanan tersebut adalah diluar dugaan. Keramaian telah melebihi dari yang diperuntukan. Walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan namun perlawanan terus berlangsung. Semangat Ungah Grand Prix tidak pernah padam, malah setelah perlawanan tersebut berakhir, pengunjung terus bertambah dari hari kehari. Sehingga PA mengedakan sekali lagi Ungah Grand Prix II secara ala kadar sahaja untuk memenuhi permintaan.


Baju dan topi resmi Precious anglers



Untuk memercu satu standard figure dalam berpasukan, Padamit telah mengusulkan supaya ahli-ahli akan dapat memiliki baju dan topi sebagai pengenalan. Kini PA telah memiliki identitinya sendiri. Mana-mana ahli yang berkeinginan untuk memiliki, segalanya masih terbuka luas. Hubungilah Padamit secara online atau offline.




Pukat kembura

Pukat kembura adalah alat utama dalam persiapan untuk menyedia umpan kembura, untuk menggempur ungah diwaktu malam. Pukat ini telah disumbangkan oleh ahli PA sendiri. Terima kasih kepada penyumbang. Namun disetiap trip kami tidak lupa membawa umpan seperti basong yang dibeli dari pasar.


Akhirnya inilah saja yang dapat saya muatkan melalui ruangan ini. Sebagai imbasan di tahun 2009. Saya memohon maaf jika ada aktibiti atau trip yang tidak terista didalam artikal ini. Sekian dari saya PA-IRING. Semoga terhibur. Assalamualaikum.

ANTAH

Wednesday 13 January 2010

Antadi pukul 12 turun ku mengail di Ujung Sapuh nada belurih ada plang makan nya lauk bedamitan bah. Iatah ganya ni lurih mengail ah apa binatangnya kan ni ah, lepas ku menggambar ku buang semula.





KERAPU

Monday 11 January 2010

Kerapu ani lurih bisdia menunda di Batin kelamari Pa-iring sama Dini

Dini

SATAK

Satak ani lurih mukat plang ni tadi pagi di Kilong Cina ah

PARI

Pari ampir 3kg lurih ku ngail tadi pagi di Kilong Cina, usulnya banyak ia pari atu, udah ahir baru ku mencuba melabuh kail pasalnya banyak bah andang orang atu takut menyangkut bah. Aku atu mengandang udang plang tu iatah banyak udang ani inda lagi sempurna bah, iatah biasanya pari tu yang makan. Kalau lauk lain yang makan lain lagi usulnya tu bagas nya makan atu.

Masa ku memisi udang sama satak, kana ranjat tia kail ku ah tekana jua belakangku. Apa lagi tarus tah ku pintal tarik selajur inda lagi ku mengulur pasalnya makai tangsi tabal bah perambutnya saja 80Ibs. Inda batah eh naik tia pari ah.


Rupanya udah ku balik atu belurih ia lagi alhamdulillah rezeki tu. Belais tembaga, bayan sama kerapu lurih echobiru kelamari pagi di Ungah Garden Pantai Serasa. Terima Kasih bro sudi mengongsikan lauk-lauk yang kamu belurih mengail dalam blog ani, mun ada lagi email kan saja ok.

UNGAH

Friday 8 January 2010

Ani lurih CP Awie tadi di Ujung Sapuh. Kami turun pukul 5 lalu lah terus kami ke Ujung Sapuh masatu berangin sama beombak jua lah. Ada jua lauk lain kami lurih ganya bedamitan. Umpan kami sulai ganya nada belurih mengunjar basong2. Kami casting jua tapi nada belurih.


Mula2 dibawanya menyangkut dimain2 atu mengalah tia jua, baru tah dapat menaikkan ungah ah, makai krikan ganya tu 50Ibs. Atu pun inda lagi batah kan balik bah. Ada jua dalam sekilo kali beratnya. Alhamdulillah ada jua rezeki disaat2 akhir. Pukul 8.20 malam balik tah kami.