I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Bekara

Monday 27 December 2010

Bob


Tungkul

Thursday 23 December 2010

Iatah ganya ni lurih di malam menganjun sama menunda tungkul di kawasan Iron Duke.

Lingkuh

Saturday 18 December 2010

Zulkifli member lama Precious Anglers dari Tawau Sabah. Belum lagi ada blog ani Zul sudah berapa kali pernah ikut Precious Anglers (PA) turun ke laut menunda tungkul sama menakat lah. Bila sudah ada blog ani, aku tarus membagitau arah nya mun kan melihat hasil-hasil kami mengail boleh lihat dalam blog kami ani.
Sekalinya sudah melihat lurih kami atu, gatal tarus hatinya kan datang ke Brunei mau ikut mengail. Tapi apa boleh buat inda ada kesempatan belum dapat cuti, orang cuti sekolah ia ada kuliah. Bulan Disember ani baru tah ada peluang dapat cuti, terus ia menelefon kediaku. Ia mau datang Brunei 16 Disember ani, "aku mau mancing li geram betul aku tengok ikan-ikan yang kamu dapat tu bah".
Datang saja di Brunei baru keluar airport ia jumpa aku dulu terus tanya bila dapat mancing li, belum tanya khabar lagi wah dasyat betul lah dia ni. Malam aku kami datang ke rumah keluarga angkatnya di Terunjing, dari awal sampai ahir cerita pasal mengail saja. Mau beli reel lah, fisf finder lah, GPS lah, memang dasyat keracun banar udah kawan ku ani. Bah esuk petang saja tani turun ampir-ampir saja dulu, kalu cuaca atu bisai tani tunggu sampai malam. bah ok tu li indak tahan udah ni mau pegi mancing, hari lain saja tani jalan-jalan cari barang pancing.
Kira-kira pukul 3 ptg kami tolak dari rumah, turun di Muara terus menuju ke lubuk ungah kami US. Cuaca sama aing cukup bisai sudah umpan lagi fresh tu. Mungkin belum ada rezeki kami petang atu ada jua makannya kerapu damit saja, sudah ampir pukul 7 mlm baru tah ada ungah ani makan. Lapas atu lingkuh lagi makan sampai c Zul pun inda lagi sanggup memain hangus jari ku li ko sambung lagi li. Sudah lingkuh atu naik inda lagi ada lauk yang makan umpan kami atu mungkin takut psal ada lingkuh atu kali. Kira-kira pukul 8 mlm balik tah kami. Iatah ganya lurih kami tu lingkuh, ungah sama berapa ekong kerapu.

Trip bersama Berkat 7

14 Dec 2010 Pa-iring sama Capt Precious ikut menakat di Tutong bersama Berkat 7 Popperazi, Andy. Diantara tempat-tempat yang dicuba Ampa Patches sama Egret DropOff. Iatah hasilnya macam-macam jenis lauknya, Alhamdulillah rezeki.
Lain kali aku lagi ikut eh kan merasa jua takat-takat di sana atu,

Berahan & langisi

Thursday 9 December 2010

Tadi pagi ku turun.. hajat atu kan menumbak pumpun & wak-wak untuk kan umpan turun karang malam.. selasai ku mengambil umpan atu singgah tah ku mengambur sekajap arah kawasan karang-karangan di Pulau Muara Basar atu.. mana lah tau ada makannya.. nda disangka-sangka lauk atu.. nda batah-batah makannya langisi atu..
Alhamdulillah ada jua kan dimakan.
By : Chob @ Pendekar Laut

Ungah, pila-pila sama kerapu

Alhamdulillah rezeki tahun baru hijrah 1432. G-Mi, Fian sama Jef turun di Ujung Sapuh dari pukul 8 sampai pukul 12. Umpannya macam biasa kembura, yang bukan macam biasa bisdia makai umpan kuasi hahaha. Kuat hati udah kan turun atu bah macam kana lagau oleh batu d ujung sapuh ah, inda tia lagi peduli kuasi pun kuasi lah mun kan rezeki kami ada ia tu makannya.
Iatah ni hasilnya umpan kuasi ah kerapu, ungah sama pila-pila.

Ungah

Ungah luih Si Jef yang tekait di insang, Alhamdulillah kan rezeki nya tah tu di tahun baru hijrah 1432.


Salman

luih si Fian di Maharaja Salman Brunei.


SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Monday 6 December 2010

Tiada kata seindah ZIKIR
tiada ibadah seindah SOLAT
tiada hari seagung JUMAAT
tiada tahun seindah HIJRAH...
Tingkatkan Islam, Iman dan Ihsan
perbarui Niat dan Azam
perbanyakkan amalan Soleh...
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1432

Salman Brunei



Mambangan

Saturday 4 December 2010

Mambangan ulih Chob behampiran pulau pilong-pilongan ah.

Terima kasih Chob, banyak udah gambar-gambar lauk dihantarnya arah ku ani. Lain kali antar jua lauk atu ke rumah ah hehehehe.