I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Drop Off Magpie

Tuesday 15 February 2011

Keadaan cuaca kebelakangan ini ada sungguh baik dengan keadaan laut yang sungguh tenang. Walaupun kadangkala hujan lebat dan angin kuat, keadaan laut masih tetap selamat kerana tiada ombak besar yang memberhaya. Peluang keemasan ini di ambil oleh ahli Precious Anglers (Cptn. Precious, G-mi, Hazman (Languran) dan Kamal) untuk menguji lubuk baru di kawasan Magpie drop off. Hajat untuk ke lubuk tersebut memang terdendam sekian lama tetapi di halang oleh keadaan laut yang tidak mengizinkan. Di episod yang lalu, hasrat kami gagal dan 'PESTA MANDI' di rayai. Kali ini perjalanan ke lubuk tersebut sungguh selesa sehinggakan kami mampu mengharungi laut pergi dan pulang dengan kelajuan bot yang maksima.

Sebelum musim tengkujuh yang lalu, lubuk yang di tuju ini telah menghasilkan tangkapan yang sungguh baik. Lubuk ini telah di huni oleh ikan Mambagang dan Kurisi Bali, besaiz kecil dalam angaran 2.5 kg sehingga ada yang sebesar menyecah 12 kg. Khabar sedemikian telah sedikit sebanyak membakar semangat kami untuk pergi ke lubuk tersebut.

Apabila sampai di sana kami juga terserempak dengan sebuah bot yang tidak berjauhan dengan lubuk tersebut. Dengan mengunakan Fishfinder kami cuba memastikan di mana kedudukan kumpalan ikan di dasar. Kadaan dasar di sana berbukit-bukit kecil dan sertai dengan 'lupak'. Setelah lama kami mencari dan mencoba 'lupak-lupak' tersebut, tiada sambaran di terima. Malah kamu juga menjig lubuk tersebut. Akhirnya kami berkeputusan untuk mengekplorasi kawasan yang berdekatan.

Alhamdulillah kami berjaya berjumpa satu spot baru. Walaupun tiada sambaran daripada ikan yang di hajati, ikan yang di perolehi hanya ikan kerapu yang bersaiz kecil saja setiap kail kami melintasi lubuk tersebut. Hanya seekor kurisi bali seberat 1.7 kg saja berjaya di perolehi. Keadaan arus kelmarin sungguh lemah dan kadang kala mati sehinggakan batu bersaiz no. 9 mampu mencapai dasar dengan mudah yang berkedalaman 400 kaki (121.9 Meter). Mungkin keadaan tersebut menjejaskan selera dan keaktifan ikan. Bot yang berdekatan juga melaporkan tangkapan yang kurang memuaskan. Hanyak kerapu yang kecil sahaja. Bot tersebut akhirnya pulang awal dari kawasaan tersebut tetapi kami masih lagi ingin mencari lubuk baru.

Dalam pukul 430 ptg, kami bekeputusan untuk pulang memandangkan tiada tangkapan yang memuaskan. Dalam perjalanan pulang kami singgah ke lubuk biasa kami mengambil umpan. Apabila tiba, kamal melabuhkan kail paparnya dan terus menaikkan seekor Berahan 2kg. Selepas itu G-mi beyaya menaikkan mambangan 1.5 kg. Keadaan semakin riuh kerana ikan mambangan semakin galak memakan umpan kami. Jig hazman telah terkorban oleh ikan misteri. Mungkin Tengiri, Lingkuh atau Yu. Tidak lama kemudian sedang G-Mi menaikan ikannya, dia terasa dua tarikan yang kuat. Rupanya mambangan (barangkali 1.5 kg) telah di cukai. Selepas itu, keadaan semakin sunyi. Memang itu adalah si pengacau, sang Lingkuh atau Yu. Setelah itu kami akhiri trip kami dan sampai di Jerudong dalam pukul 7.15 malam.

Walaupun tangakapan di Magpie Drop-off kurang memuaskan, kami berazam akan menduga di sana terutama lubuk-lubuk baru yang kami jumpai. Memang inilah asam garam memancing. Bagi pemancing ini tidak akan melunturkan semangat, asalkan kita sentiasa bersyukur keatas Allah S.W.T. dengan keselamatan, aksi 'injury time' dan lubuk baru yang akan lagi membakar semangat kami nanti.


By : Languran

jigging dan menganjun di Muara

Rusuhan gerunggong bersambung lagi. Walau pun jumlahnya kali ini kurang, namum saiznya kali ini bertambah besar, dalam angaran 1kg hing menyecah 1.8 kg seekor. Kali ini hanya satu anjung yang di gunakan. Jumlah tangkapan ialah 43 ekor gerunggong. Seekor tungap juga berjaya di anjun yang beratnya dalam ukuran 2kg.

Seekor Alu-alu ekor kuning bejaya di JIG d sebuah kapal karam di kawasan muara. Beratnya dalam ukran 7.5 kg.





by : Languran

Udang Galah

Friday 4 February 2011

Iatah ganya ni luih kami kelamari mengail udang galah di Batu Apoi dari pukul 8.30 sampai 3.30 ptg. Banyak jua udah tempat dicuba inda berapa makan bah. Tapi ramai orang mengail atu dari kuala sampai ke hulu atu ada saja orang mengail atu.
12 ekong semuanya
Boy jadi model saja hahaha

Sampai tia jua ahirnya kan menaikkan sapi biru ani Syukur Alhamdulillah. Lau ada peluang kan mengaga ku lagi, kali ani kul 5 pagi atu jua tolak dari rumah.


Yang ani bisdia Yann, Pg Aji sama Zul ni belurih 9 ekong semuanya.

Bata

Wednesday 2 February 2011

Mari kita ikuti lanjutan ini bersama, saya akan mengupas sekadar pandangan dan pengamatan saya. Jika kita lihat dan imbau kembali dalam mana-mana jua trip pun, bata sering berada pada senarai yang terakhir. Menu yang dipilih adalah nasi bungkus, roti berinti, minuman tenaga (Botol besar), mungkin sekotak kacang atau gula-gula. Inilah diantara menu yang dipilih disaat-saat akhir. Memang betul..segalanya mudah dan cepat asalkan ada membawa usin. Saya tidak melihat ianya sebagai satu kesalahan. Akan tetapi saya begitu respek kalau ada pemancing yang membawa minuman yang disedia sendiri tidak kira apa jua jenis minuman. Biasanya akan disimpan kedalam botol bekas atau bekas minuman yang khusus. Saya bukan memperkatakan tentang makanan sehat, kerana saya tidak arif, jika ia pun, itu adalah kelebihan. Disini saya akan memperkatan tentang keharmonian menyediakan makanan lebih-lebih lagi diwaktu sambat (subuh). Siapakah yang akan menyedia bata yang bakal kita nikmati sewaktu kita berada dipersada laut. Adakah kita sendiri, isteri, anak, adek, ibu atau ibu mertua atau mungkin pembantu rumah. Sebetulnya disini kita berpeluang mendidik isteri atau anak-anak atau memberi tarbiah kepada diri kita, isteri atau anak-anak tentang tanggung jawab. Kan halnya, sekarang ini kita jarang bertolak dari rumah se awal pukul lima pagi kecuali pada trip yang tertentu dan jauh. Saya rasa tabiat ini juga menyumbang kepada sikap “Membali saja karang bata atu, buka sudah kedai ne”. Memang betulpun kedai sudah buka..apa tidaknya bertolak dari rumah saja sudah pukul 8 atau 9. Mungkin jika kita berubah sikap maksud saya turun lebih awal atau selepas waktu subuh segala nya akan dapat diatasi. Sama ada praktikal atau tidak itu tertakluklah kepada diri kita sendiri.

jika abiskita masih ingat dalam episod saya yang lepas “Satu kati satu linggit” saya petik sedikit seperti berikut,

1. “Selain dari bekal untuk sarapan pagi kami juga tidak lupa untuk membawa bekalan untuk makan tengahari”.

2. “ Akan tetapi kadang-kadang ada juga sumbangan diawal pagi begini dari nini bini seperti pisang goreng yang memang sudah disediakan untuk bata nini laki ke laut. "Terima kasih ni... ada jua kan kami makan panas-panas lagi tu" jelas ku kepada nini bini yang begitu taat menyediakan bekal untuk nini laki. Setiap pagi memang begitulah kerjanya tanpa keluhan sedikit pun”.

Nah sekarang bukankah kita telah dididik sejak kecil lagi tentang betapa perlunya aspek bata diberi perhatian. Jika kita menikmati bata yang kita atau keluarga kita sediakan sendiri, ia seolah-olah seperti memberi kita semangat baru lebih-lebih lagi setelah kita berpenat lelah. Disamping itu ia akan mendekatkan diri kita kepada keluarga walaupun kita berada seratus km diluar pantai. Saya maklum jika mengalami mabuk laut segalanya cancel. Sarapan pagi atau makanan tengahari akan lebih elok jika dinikmati bersama beampit-ampitan, luangkanlah sedikit masa beberapa minit untuk menikmati juadah sambil berbincang atau mengulas perkembangan semasa. Bukankah ia akan dapat memberi kita inspirasi baru untuk bergerak lebih jauh lagi. Kita semua maklum tentang qualiti vs quantiti. Saya percaya kita semua mahukan trip yang berkualiti. Dari sudut yang lain pula saya berpendapat, jika bata disedia sendiri adalah lebih menjimatkan, sedap dan pelbagai. Selain dari itu sentuhan seorang isteri,ibu atau mungkin anak yang sudah cukup dewasa akan lebih bermakna. Adakah kita sanggup kehilangan semua ini. saya serahkan kepada abiskita.

Sebenarnya pelbagai isu-isu sampingan timbul berkaitan dengan bata. Percaya atau tidak jika kita banyak membawa bekal, naluri ingin makan berkurangan, kerana kita yakin bahawa kita mempunyai bekal yang mencukupi dan boleh dinikmati pada bila-bila masa saja (Dalam tangan). Ada kalanya bekal yang dibawa tidak dijamah langsung mungkin kerana terlalu asyik atau terlalu memikirkan kenapa habuan belum lagi naik atau mungkin saja berasa agak tertekan kerana rakan pancing yang lain telah pun menaikan beberapa ekor semantara kita sisik ikan pun belum ada. Akan tetapi jika kita membawa ala kadar sahaja kita pula akan mudah merasa ingin makan dan tertanya-tanya apa lagi ada yang kan dimakan. Bata juga berperanan dalam mainan saikologi. Memang ada suatu ketikanya juadah susah untuk dinikmati atas sebab-sebab ombak terlalu besar atau angin bertiup kencang dan dalam keadaan perahu terumbang ambing. Jangan katakan makan, minum pun kadang-kadang ke hidung tujunya. Ambillah kesempatan jika keadaan mengizinkan, janganlah terlalu asyik atau berasa tertekan, kita nikmati suasana apa tah lagi kita hanya mempunyai peluang sekali atau dua kali seminggu atau mungkin sekali setiap dua minggu atau sebulan sekali dan seterusnya.

Kita lihat pula trend perubahan bata atau bekal pada hari ini. Saya merasakan ada sedikit perbezaan. Untuk menu makanan pada hari ini adalah seperti yang saya sebutkan sebelum ini. Berlainan pula halnya dengan dulu, yang pastinya nasi ikan dan sayur tetap ada disamping ulam-ulaman dan lain-lain lagi. Selain dari itu belanga dan sira asam akan dibawa bersama kalau–kalau ada kesempatan untuk memasak. Pastinya lauk pauk akan dinikmati panas-panas. Dari segi minuman pula kopi pekat atau teh dalam tomas pasti tidak akan ketinggalan. Berapa banyakkan antara kita yang masih membawa kopi atau teh sebagai minuman utama. Rata-rata kita hanya bersandar kepada minuman tenaga yang sejuk yang disimpan dalam peti penyejuk. Saya sering mendengar ungkapan ini dari dulu hingga sekarang “Nyaman bah makan di laut ani, walaupun sedikit” mungkin ungkapan ini akan berakhir dengan ungkapan yang sebaliknya.

Menyedia bata disaat akhir sebenarnya sering juga terjadi disebabkan oleh trip yang mendadak dan tidak dirancang. Saat inilah suasana akan menjadi tidak tentu arah. Masa begitu suntuk, tangan tidak tentu apa nak dijangkau, telepon sana telepon sini, mana atu mana ani...akhirnya simbat 2,3 macam di kedai cukup. Apa bila sudah berada di laut baru lah terasa tinggal atu lupa ani. Akhirnya kesiukan memancing pun tidak dapat dirasakan sepenuhnya. Hendak menikmati juadah pun.. maklumlah aing jua ganya sebotol dibawa..bebunyi perut jadinya. Mungkin kita bernasib baiklah jika rakan seperahu ada membawa bekal. Sekianlah dulu buat kali ini, saya memohon ampun dan maaf jika ada tersalah erti terkasar bahasa. Ikhlas dari saya semoga kita dapat mempertahankan warisan budaya kita. Jumpa lagi dilain keluaran.

PA- iring

Gerunggong

Tuesday 1 February 2011


Kelamari hari Selasa kami berpesta 90 ekor gerunggong yang beratnya diantara 0.7 - 1.5 kg dengan hanya menggunakan anjun. Juga turut terpedaya dengan lambaian anjun ialah 3 ekor tungap. Di laut Pulau Pilong-pilongan Muara.
Oleh : Languran (Azman)

Musim menangin dan umpak‏

PESTA MANDI
Sabtu lepas, PA berempat iaitu Pa-iring, Capt. Precious, G-Mi sama Languran (Azman) cuba mengharungi suasana laut yang tidak menantu. Masing-masing memberi keyakinan cuaca akan bertukar membaik atau mungkin juga sebaliknya. Sebelum itu memang saya sudah lebih awal menjenguk ke Pantai Jerudong untuk menyaksikan sendiri keadaan laut secara langsung. Keadaan laut pada masa itu boleh dikata 50-50, kerana masih ada perahu-perahu yang belum turun dan masing-masing menanti dan berharap cuaca akan membaik. Setelah puas menyaksikan keadaan pantai saya pun pulang dengan keputusan yang bercampur baur, sama ada turun atau tidak. Namun rakan pancing yang bercadang untuk mengikuti trip kali ini sudah pun berada di halaman rumah menunggu perkembangan semasa dari pantai. Walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan namun saya mengambil keputusan untuk meneruskan trip kali ini, sambil berharap cuaca akan berpihak kepada kami dalam perjalanan nanti.
Tanpa berlengah lagi kami pun meneruskan perjalanan menuju ke penurunan Pantai Jerudong. Memang sah keadaan ombak masih seperti saya saksikan sebelum ini. Dengan penuh pengharapan kami terus merancang perjalanan seperti biasa. Dalam 10 minit perjalanan suasana seperti biasa saja, saya masih boleh mencapai kelajuan kira 50 km/sj. Keadaan ombak tidak menampakkan untuk berkurang malah angin pula semakin bertiup. Kini semua menjadi basah kuyup dan kesejukan seperti pesta mandi. Namun semua masih bersemangat untuk meneruskan. Saya bercadang untuk pergi ke takat yang berhampiran buat seketika setelah menyusuri ombak demi ombak. Apa pun alasannya kami tidakberjaya menaikkan sebarang umpan. Di situ lah juga saya mengambil keputusan untuk pergi lebih jauh lagi seperti yang telah dirancang. Walaupun hanya tinggal beberapa km saja lagi akan tetapi kami tidak berjaya sampai ke destinasi tersebut.
Kami terpaksa berpatah balik ke tempat yang lebih selamat memandangkan keadaan ombak yang semakin membesar. Kami hanya berpeluang menghulurkan jig dalam keadaan seperti itu. Syukur kami telah berjaya menaikkan 3 ekor tenggiri dan seekor lingkuh.

Setelah beberapa jam menahan asakan ombak akhirnya kami terpaksa juga mengalah. Kami akur dengan keadaan dan bersyukur dengan apa yang telah diperolehi. Seperti mana keadaan menuju ke destinasi begitu lah keadaannya pulang dari destinasi... pesta mandi.
oleh : Pa-iring