
Musim menangin dan umpak
Tuesday, 1 February 2011
PESTA MANDI
Sabtu lepas, PA berempat iaitu Pa-iring, Capt. Precious, G-Mi sama Languran (Azman) cuba mengharungi suasana laut yang tidak menantu. Masing-masing memberi keyakinan cuaca akan bertukar membaik atau mungkin juga sebaliknya. Sebelum itu memang saya sudah lebih awal menjenguk ke Pantai Jerudong untuk menyaksikan sendiri keadaan laut secara langsung. Keadaan laut pada masa itu boleh dikata 50-50, kerana masih ada perahu-perahu yang belum turun dan masing-masing menanti dan berharap cuaca akan membaik. Setelah puas menyaksikan keadaan pantai saya pun pulang dengan keputusan yang bercampur baur, sama ada turun atau tidak. Namun rakan pancing yang bercadang untuk mengikuti trip kali ini sudah pun berada di halaman rumah menunggu perkembangan semasa dari pantai. Walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan namun saya mengambil keputusan untuk meneruskan trip kali ini, sambil berharap cuaca akan berpihak kepada kami dalam perjalanan nanti.

Kami terpaksa berpatah balik ke tempat yang lebih selamat memandangkan keadaan ombak yang semakin membesar. Kami hanya berpeluang menghulurkan jig dalam keadaan seperti itu. Syukur kami telah berjaya menaikkan 3 ekor tenggiri dan seekor lingkuh.
Setelah beberapa jam menahan asakan ombak akhirnya kami terpaksa juga mengalah. Kami akur dengan keadaan dan bersyukur dengan apa yang telah diperolehi. Seperti mana keadaan menuju ke destinasi begitu lah keadaannya pulang dari destinasi... pesta mandi.
oleh : Pa-iring
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment