I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Imbasan 2011

Friday 29 July 2011




IMBASAN 6 BULAN PERTAMA TAHUN 2011

Salam kepada semua ahli precious dan
pembaca semua, semoga semua nya di dalam keadaan sehat dan ceria selalu. Seperti
mana tahun-tahun yang sudah di sini saya paparkan imbasan 6 bulan pertama di
tahun 2011. Alhamdulillah pada tahun ini ada beberapa sudut dan aspek terus
menampakkan kemajuan dan ada juga yang masih berada pada kedudukannya. Saya
tidak akan mengimbas secara terperinci, kerana saya yakin semuanya telah
dipaparkan dari masa ke masa dalam halaman blog ini. Namun apa pun jua saya
akan mengupas dan mengulas seadanya.

Pada tahun ini kita telah bermula dengan
meraikan kemenangan dan kejayaan dalam suasana yang sederhana dan penuh rasa
syukur yang telah diadakan di kediaman Kapt. Precious. Semuanya telah dilalui
bersama dengan baik dan sangat bermanfaat. Saya percaya liputan penuh telah
dipaparkan dalam blog mahupun majalah kesayangan kita. Secara tidak langsung
kita telah Berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan. Terima kasih dan syabas
kepada penyelenggara majlis tersebut. Saya berasa sangat optimis dengan salah
satu segment pada majlis malam tersebut ia itu segment bengkel pemancing. Saya
berasa terharu sekali dengan persembahan dan bakat serta ilmu yang dimiliki
oleh para penyampai, tidak segan untuk mencurahkan ilmu, ikhlas, jujur, dan
bersemangat. Ternyata memang membuahkan hasil yang berkesan, berjaya menyuntik
ke jiwa para pemancing.


Bertitik tolak dari majlis tersebut, para
hadirin sarat dengan ilmu di dada, semangat dan azam melonjak-lonjak bagaikan
tidak sanggup menunggu hari esok untuk turun kelaut. Secara amnya teknik
popping dan jigging telah mendominasi bengkel tersebut. Selain dari itu captaincy
dan teknik bersauh dan juga kontinjensi keselamatan berjaya memukau para
hadirin.

Alhamdulillah seperti mana yang telah saya
kemukakan dalam beberapa keluaran yang lepas seperti perahu tambahan, meneroka
padang pancing yang baru dan tukun-tukun buatan sedikit sebanyak telah dicapai.
Ini adalah berkat dari kerjasama yang padu yang telah ditunjukkan oleh kalangan
ahli-ahli. Perahu precious II telah selamat diresmikan dan telah beroperasi
sepenuhnya. Sekarang precious sering meninjau ke lubuk-lubuk secara berduaan.
Kini lebih ramailah ahli dapat mengikuti trip memancing pada hujung minggu.
Syabas saya ucapkan kepada mereka yang berjaya menyalurkan perbelanjaan demi
untuk keselesaan bersama. Selain dari itu precious juga berjaya melebar luaskan
rakan pancing sehingga kepada tahap rakan pancing yang mempunyai kapal dan
perahu yang bersaiz mega.



Dalam kesibukan kita menduka pancingan luar
pantai, saya merasakan telah terlepas pandang dengan potensi lubuk sungai
(perairan laut serasa), dimana bermulanya kita bergelar sebagai pemancing. kita
telah dikejutkan dengan hasil yang tidak diduga, seperti ikan barahan dan umpak
yang mampu menyaingi hasil tangkapan yang kita perolehi 100 km diluar pantai. Memang
betul pun, sudah lama saya tidak pergi memumpun (menombak pumpum). Semua ini
telah tercetus hasil dari rakan pancing yang sudi mengongsikan pengalamannya.

Baru-baru ini saya berkesempatan meninjau
lebih dekat dengan kedai pancing di negara jiran. Pada mulanya saya memang
tekejut dengan harga yang dipamerkan, apabila saya berfikir dan menilainya
memang betulpun apabila dinilai darisegi kualiti dan dari mana ia dibuat. Dari
sudut yang lain saya juga berkesempatan berbual-bual panjang dengan kaki
pancing disana. Pendek kata antara mereka dan kita masih ada terdapat jurang
perbezaan yang sangat ketara. Saya rasa tidaklah begitu sukar untuk menyaingi
mereka asalkan kita mahu terus melangkah kehadapan dan bersimtematik. Sebagai
contoh mereka tidak turun ke laut pada setiap minggu. Mereka hanya turun kelaut
pada bulan-bulan yang tertentu setelah membuat persiapan secukupnya.
Perancangan yang diatur mengambil masa berminggu-minggu mahupun bulan. Selain
dari itu kelengkapan pancing yang mereka gunakan lebih kepada berjenama ala
barat dan asli dari Jepun. Alat tersebut lebih kecil ringan akan tetapi
berupaya memintal tarikan belasan kilo. Kebanyakan mereka hanya mengamalkan
teknik poping dan jigging serta trolling sekali sekali candat sotong. Pancingan
dasar bagi mereka sudah agak asing dan tidak begitu popular. Walaubagaimanapun
semua ini hanyalah jurang perbezaan yang biasa. Terpulanglah kepada individu
untuk memilih hala tuju masing-masing. Dari kacamata saya sendiri kita precious
hanya ketinggalan beberapa inci dan masih terus berkayuh kehadan. “OPTIMIS”

Pada kesimpulannya saya merasakan kini
sudah tiba masanya untuk kita mengembangkan aktiviti daripada riadah biasa
kepada satu pertandingan offshore game yang pernah saya ungkapkan didalam
ucapan saya ketika majlis kesyukuran yang lalu. Besarlah harapan saya semoga
ahli-ahli yang berkenaan akan dapat mengambil inisiatif untuk mula memikirkan
apa yang perlu, untuk mengadakan satu pertandingan. Akan tetapi biarlah ia
terbuka kepada ahli dan rakan pancing yang di kenali sahaja, untuk pertandingan
sulung ini. Setakat inilah sahaja dahulu buat renungan kita bersama. Insya
Allah jumpa lagi dilain keluaran.

kerapu tiger

Tuesday 26 July 2011




Iatah rezeki ni namanya dalam perjalanan balik c Awang teliat kerapu ani timbul, bepusing tah balik untuk mengambil inda disangka rupanya lakat lagi hidup. Pakai kait ganya inda payah beumpan bah nya c Awang belurih kerapu ah, beratnya 5.1 kilo lah.

Jigging n popping

Friday 22 July 2011

Dimalam kami 5 orang PAdamit, G-Mi, Hj Win, Jef sama Roslan turun untuk jigging sama popping lah. Cuaca malam atu sangat-sangat mengizinkan, melihat keadaan aing yang tenang atu G-Mi pun terus memecut laju, separuh perjalanan Hj Win mengganti untuk memandu perahu, inda sampai 1 jam kami pun tiba di tempat yang dihajati. Tanpa berlengah lagi kami terus beraksi, languran yang pertama dinaikan dengan popping. Selepas atu merancap bah makannya languran ah asal turun saja jig atu makan. Bukan saja languran dapat dinaikan tetapi berahan, lingkuh, tungkul, bemasa, bulan-bulan, laroi sama tengiri pun dapat dinaikan. Alhamdulillah kami dimurahkan rezeki malam atu.
Malam atu popping kurang mendapat sambutan 2 ekong ganya, sekong languran tangkapan pertama sama sekong lagi bemasa tangkapan terakhir. Jigging yang paling memberangsangkan malam atu. Baru saja menaikan sekong inda lagi berehat tarus saja menurunkan jig semula, memandangkan languran sedang rakus memakan jig. Walaupun banyak belurih tapi banyak jua jig yang terkorban kana cukai oleh lingkuh hahaha, ada jua 2 3 buting jig tiap seorang.
Dalam Perjalanan balik cuaca mula berubah beombak disebabkan oleh angin yang bertiup dari darat, kilat memancar dari sebelah Tutong. Alhamdulillah kira-kira pukul 4 pagi kami pun sampai di Pantai Jerudong.

Dogtooth Tuna

Aku belurih menjig anggaran beratnya dalam 2 ke 3 kilo lah, inda lagi tetimbang kalat bah udah mata subuh atu.

languran

Sekong saja luih popping yang atu luih menjig saja tu 18 ekong ah.

bemasa

Yang putih atu luih popping, 2 ekong atu Hj Win belurih menjig.

berahan

3.5kg sama 5.3kg

tengiri n dogtooth


Tengiri 5 kg.
Dogtooth anggaran dalam 2 ke 3 kilo lah.

umpak

Wednesday 20 July 2011


Pg Wadol
Hasil tangkapan : Umpak
Joran : Lion Stick
Reel : Daiwa Opusbull 6000
Line Seahawk 30Ibs
Jam : Pagi
Kawasan : Perairan Kg. Pelambayan dan yang sewaktu dengannya.


Terima kasih Pg. Wadol kerana sudi mengirimkan gambar hasil tangkapan untuk dikongsikan, mun ada lagi antar saja tia dapat jua mengisi dada blog kami ani. Lagi bisai kalau sama ceritanya berapa kilo beratnya walaupun ringkas lah ok terima kasih sekali lagi.

Trip Expedisi Drop off 1st episode, 12 July

Tuesday 19 July 2011



Keadaan laut dan cuaca sungguh baik kebelakangan ini. Tambahan pula skipper Preciuos II, Jimi, telah mengambil cuti khas untuk berehat. Jadi kami telah buat keputusan untuk melaburkan masa, nasib dan wang untuk mencari spot memancing baru di sekitar drop off. Antara pemancingnya adalah Jimi, Hazman dan Hj Sham.


Seawal 0630 pagi perahu telah berada di air dan perjalan di mulakan dari pantai Jerudong.








Skipper Jimi dan Hj Sham








Antara peralatan yang di gunakan, Miya Epoch AT3, Miya Epoch X4Hp dan Saltiga 5000





Kami tiba di dropoff dalam pukul 815 pagi. Harapan pada pagi itu sungguh tinggi. Namun semakin lama kami di duga dengan tankapan yang begitu tidak memberangsangkan dan keadaan laut yang tidak berarus. Kami cuba memancing di spot yang sebelumnya di huni ikan rubi tetapi tiada sambutan. Hampir semua spot kami telah di lawati dan hanya ikan awat-awat dan kurisi kaling yang sambutanya sungguh perlahan.



Dalam pukul 230 ptg, kami bercadang untuk mecuba ke takat drop off yang paling bawah sekali dan dalam pejalanan kami tejumpa keadaan dasar yang berbatu. Kail di turun kan dan tidak lama kemudian ikan ruby yang seberat 1kg dan berahan kunyit berjaya dinaikkan. Keputusan di ambil untuk belabuh. Apabila belabuh, kami di sambut oleh ikan kurisi kaling dan awat-awat sahaja. Memandangkan kesuntukkan masa dan tangkapan yang belum memuaskan, kami akur saja dengan melayan awat2 dan kurisi kaling. Alhamdulillah dalam antara kesibukan itu, Hazman berjaya menaikkan seekor Kerapu Tiger seberat 6kg. Jimi hampa apabila ikan misterinya terlepas (kemungkinan jua ikan kerapu tiger). Pada pukul 530ptg mula bersiap untuk pulang ke darat.







Kerapu Tiger 6kg




Alhamdulillah hasil tangkapan.




Oleh : Hazman @ languran

umpak, berahan, langisi, sapah-sapah, kerapu



Ani luih kami hari rabu 13 Julai 2011 malam hari khamis. Kami makai umpan pumpun sama uwak-uwak. Kami mengail di kawasan Pantai Serasa sama Muara, Alhamdulillah ada jua rezeki kami mlm atu.

berahan, langisi



kerapu



sapah-sapah



umpak



Hari Puja Usia usia KDYMM

Thursday 14 July 2011


DIRGAHAYU KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEDUKA SERI SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

HAMBA DULI TUAN PATIK SEKALIAN MENYEMBAHKAN KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 65 TAHUN KEBAWAH DULI TUAN PATIK.

SEMOGA DILANJUTKAN USIA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT AMIN YA RABBAL ALAMIN.

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK.

Santak, kurisi bali, belais tembaga

Tuesday 12 July 2011

Hari minggu 10 Julai 2011. Mengail dasar takat-takat di atas Maharaja. Sekong saja kurisi bali yang basar atu belurih menjig di Kapal Maharaja.


kurisi bali

2.9kg

luih menjig

1kg

ngail dasar

Drop Off

Monday 11 July 2011



Drop Off 9 Julai 2011
bepesta rubi 24 ekong

rubi



kerapu mentega, berahan kunyit



Drop Off

Saturday 9 July 2011


Drop Off 2 Julai 2011
Awat-awat, uji rasid, aji-aji, tungkul, senuhong, rubi, berahan kunyit, kurisi kaling, durian-durian

berahan kunyit



rubi



uji rasid (sweetlips)



senuhong, tungkul n amberjack



kurisi kaling (bagol)



Durian2 / Padas2



drop off

Thursday 7 July 2011