I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Trip Expedisi Drop off 1st episode, 12 July

Tuesday 19 July 2011



Keadaan laut dan cuaca sungguh baik kebelakangan ini. Tambahan pula skipper Preciuos II, Jimi, telah mengambil cuti khas untuk berehat. Jadi kami telah buat keputusan untuk melaburkan masa, nasib dan wang untuk mencari spot memancing baru di sekitar drop off. Antara pemancingnya adalah Jimi, Hazman dan Hj Sham.


Seawal 0630 pagi perahu telah berada di air dan perjalan di mulakan dari pantai Jerudong.








Skipper Jimi dan Hj Sham








Antara peralatan yang di gunakan, Miya Epoch AT3, Miya Epoch X4Hp dan Saltiga 5000





Kami tiba di dropoff dalam pukul 815 pagi. Harapan pada pagi itu sungguh tinggi. Namun semakin lama kami di duga dengan tankapan yang begitu tidak memberangsangkan dan keadaan laut yang tidak berarus. Kami cuba memancing di spot yang sebelumnya di huni ikan rubi tetapi tiada sambutan. Hampir semua spot kami telah di lawati dan hanya ikan awat-awat dan kurisi kaling yang sambutanya sungguh perlahan.



Dalam pukul 230 ptg, kami bercadang untuk mecuba ke takat drop off yang paling bawah sekali dan dalam pejalanan kami tejumpa keadaan dasar yang berbatu. Kail di turun kan dan tidak lama kemudian ikan ruby yang seberat 1kg dan berahan kunyit berjaya dinaikkan. Keputusan di ambil untuk belabuh. Apabila belabuh, kami di sambut oleh ikan kurisi kaling dan awat-awat sahaja. Memandangkan kesuntukkan masa dan tangkapan yang belum memuaskan, kami akur saja dengan melayan awat2 dan kurisi kaling. Alhamdulillah dalam antara kesibukan itu, Hazman berjaya menaikkan seekor Kerapu Tiger seberat 6kg. Jimi hampa apabila ikan misterinya terlepas (kemungkinan jua ikan kerapu tiger). Pada pukul 530ptg mula bersiap untuk pulang ke darat.







Kerapu Tiger 6kg




Alhamdulillah hasil tangkapan.




Oleh : Hazman @ languran