I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Drop Off

Monday 24 October 2011

Drop off hari Sabtu 22.10.2011
Capt. Precious, G-Mi, Talip, Jef
Perahu PRECIOUS II

Talip
Aji-aji

kerapu tiger sama kurisi bali

Aji-aji

Aji-aji, kurisi bali, kerapu tiger, kurisi kaling (jukut aji), pisang emas

Capt. Precious Awie
kurisi bali sama kerapu tiger

senuhung/suhung

Tuesday 11 October 2011

Gerhana si merah coreng

Monday 3 October 2011

Alhamdulillah tafsiran keadaan laut dengan berpandukan buoyweather (http://www.buoyweather.com/wxnav6.jsp?region=borneo&program=Maps) dan weatherunderground (http://www.wunderground.com/tropical/) sungguh tepat.

Keadaan laut sungguh tenang pada pagi itu. Angin dan ombak hanya mula naik pada petangnya.
Harapan kami (Jimi, Hj Win dan Hazman) pada hari itu ialah untuk mencari si merah coreng (membangan).Perjalanan kami ke spot sungguh selesa dan perahu Precious II mampu memecut 31 knot sepanjang perjalanan kami. Arus dan angin pada pagi itu sungguh cantik.

Pancingan pertama dimulakan dengan teknik berhanyut. Ini memudahkan kami mengesan di mana makannya ikan tersebut. Dua hanyutan pertama tiada apa yang sudi menjamah umpan kami.

Namun pada hanyutan ketiga, joran Hj Win hanya mampu sujud dan talinya tidak dapat di karau. Akhirnya ikan berjaya meloloskan diri apabila perambutnya putus. Seperti biasa, berbagai-bagai andaian mula disuarakan. Dikesibukan itu, joran Jimi juga disambar ikan. Kali ini perlawanan berpihak kepada Jimi dan beliau berjaya mendaratkan si membangan idaman yang beratnya lebih kurang 5.5 kg.

Membangan 5.5 kg membara semangat

Semangat kami makin berkobar-kobar dan kami segera memulakan drift yang keempat. Dengan menggunakan chartplotter, sungguh mudah untuk mengikuti drift yang sebelumnya itu. Tidak lama kemudian Joran Hazman diragut kuat. Di pertenganhan perlawanan ikan terasa hilang separuh tenaga. Alhamdulillah ada masih ikan yang naik. Seekor kerapau seberat 3 kg berjaya di naikkan tetapi di lubuk hati masih tertanya-tanya apakah ikan yang terlepas itu. Tidak lama kemudian Hj win berjaya mendaratkan seekor kerapu juga, 2 kg.


Kerapu 2kg belum setanding dengan tangkapan Jimi.. sabar..


Drift seterusnya Jimi berjaya mendaratkan seekor kerisi bali 5.5 kg.


Rekod peribadi Jimi, kurisi bali 5.5kg


Akhirnya kami berkeputusan untuk berlabuh. Semasa berlabuh kami berjayakan mendaratkan kerapu 12.3kg, kerapu 5kg, kerisi bali 6.5 kg dan beberapa ekor anak kerapu.

Gerhana melanda!!!

Kertang 12.3 Kg.


Memang dah rezeki, mata kail hampir terlucut.



Memang kau 'Win'...Kerisi Bali 6.5kg


Kerapu lagi..5kg alhamdulillah


Sejam kemudian, suasana menjadi sunyi hingga ke tengah hari. Pada petangnya kami pergi ke lubuk berhampiran, tetapi hampa. Angin pun juga mula bertiup kuat dan umbak semakin naik.
Pada pukul 5 ptg kami pun mula betolak balik ke pantai jerudong.

Syukur alhamdulillah trip kali ini dikurniakan rezeki ikan yang bersaiz besar walaupun quantity yang tidak banyak.


Karya:
Languran