I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

balida

Wednesday 31 March 2010



emi-emi



Drop Off

Tuesday 30 March 2010

Salah seorang PRECIOUS ANGLERS iaitu POPPERAZI mengail ke Drop Off menggunakan kapal sewa khas untuk mengail iaitu KAPAL APOLO dengan kawan-kawannya yang berbilang bangsa. Ani tah gambar-gambar bisdia di kapal sama udah sampai di Pantai Serasa dan teks asal dari Popperazi.
Perjalanan Brunei Drop Off bermula dari jam 7 malam pada hari Jumaat 26 Mac 2010. Setelah merempuh ombak yang sederhana besarnya selama 8 jam baru lah kami sampai ke lokasi pertama dan seterusnya berpindah-pindah ke dua lokasi berikutnya. Walaubagaimanapun angin dan arus tidak berpihak kepada kami dan hasilnya juga kurang memberangsangkan sepertimana trip-trip sebelumnya. Alhamdulillah... kami selamat sampai pada hari Ahad 28 Mac 2010 kira-kira jam 8.30 pagi.
Antara ikan-ikan yang dapat dinaikkan termasuklah Amberjack / Aji-aji (5-25kg), Kerisi Bali, Kerisi India, Ungah (5-7kg), Kerapu Tiger (2-3kg), Anak Keratang (5kg), Durian-durian / semperiding takat, Pisang Emas, Tungkul, Ruby Snapper dan Skipjack.
Ricky (ungah)
Isaac (anak keratang)




Begambar semasa di kapal



Isaac (skipjack)



Alan (amberjack)



Begambar ramai setelah sampai di Pantai Serasa

Ani tah lauk-lauk yang dapat di naikkan oleh Popperazi pada hari tersebut.

Bermalam Di Pantai Serasa

Saturday 27 March 2010

Bermalam di Pantai Serasa bersama ahli keluarga, bermacam-macam aktiviti kami jalankan. Termasuklah memukat, membintur dan yang pastinya mengail lah.









Pa-iring mengikat umpan di dalam bubu bintur



Bintur pun inda ketinggalan untuk dimodenkan, camani tah usulnya bintur moden ah ada yang berbentuk bulat ada jua yang bentuk empat segi.




Anak-anak lah yang paling suka ni apabila ada aktivit luar ani macam beriadah dan kerkelah di pantai. Pada masa ani tah jua untuk berjumpa dang sanak, peradian dan sepupu.







Aku memerhatikan anak buah sedang mengail, yang baru jua kan bejinak-jinak dalam dunia mengail ani.











DROP OFF

Friday 26 March 2010

Iatah lureh PRECIOUS ANGLERS ni. Hari Sabtu lapas ah 3 April 2010 Pa-iring, CP Awie, G-Mi sama Hj Win mengail di Drop Off. Bakonvoi 5 buah tapi 3 buah saja naik ke Drop Off, 2 buah lagi mengail di Takat Cantik saja, inda sanggup naik. Ombak masa atu basar bah kira-kira 1.5m atau lebih lah angin pun kuat jua dari 20kph ke 40kph. Mengail pun kurang selesa mun sudah duduk pun inda tatap tambahan lagi arus kuat, mungkin pakai batu 1kg baratnya baru tah sesuai kali tu mun kan mengail. Lureh kali ani kurang memberansangkan lah pasalnya trip yang lapas kan panuh 2 coldbox. Walaupun keadaan cuaca yang boleh dikatakan bergelora, sedaya upaya jua mengail kesana kemari jua mengunjar di mana arahnya yang pajal lauk atu. Alhamdulillah ada jua rezeki walaupun inda banyak syukur jua lah.

Awat-awat, pisang emas, kurisi india, kurisi brunei, rubi


udang

Ani lureh ku tadi pagi mengandang udang di kilong cina ah. Dari pukul 6.30 lah sampai kira-kira ampir pukul 9 balik tah ku dari sana. Awal bisai angin atu inda berapa kuat dalam pukul 8 atu makin kuat tia angin atu. Ku labuh 3 tahanan lapas atu rehat beberapa minit ku tarik saja selajur semua, di rumah ku memisi udang ah. Syukur Alhamdulillah rezeki di pagi jumat.
kelabutan
udang harimau sekong ganya inda ia bedangan bah


Satak banyak plang jua ganya bedamitan bah




Drop Off

Monday 22 March 2010

Kelamari Precious Anglers ke Drop Off konboi 2 buah sama geng jua orang lama Halim sama anak buah nya dalam pukul 6 kami tolak dari Jerudong. Mula-mula kami aga di Takat Cantik menjig saja belurih makai umpan ada jua kerapu bedamitan ah. Di sini aku belurih menjig aji-aji (king fish) 5.5kg sekong lagi putus, Hj Win belurih sekong aji-aji yang mega ah sama 3 ekong tungkul atau bakulan 3.2kg sekong. Geng kami atu ada jua menaikkan kerapu lah ketumbang udah 3 tu hahaha.
Tempat yang kedua kami aga Drop Off kira-kira 18km lagi ke atas dari Takat Cantik ani. Di Drop Off kami banyak menaikkan kurisi India, pisang emas sama kurisi Brunei. Geng kami atu ada sikit masalah, tali sauh kusut tia, sauh inda ngam tia akhirnya beikat tia ganya ah perahu kami ah. Udah atu menyangkut tia lagi kailnya ah enjin. Baru tah kan siuk mengail nya eh cubaan jua banar eh macam sorang ganya bah.
Dalam pukul 3.30 balik tah kami dari Drop Off, singgah lagi di Takat Cantik nada belauk abis betempiaran kali lah lepas kami menaikkan yang mega ah, Hj Win ganya menaikkan tungkul sekong 3.2kg. Dari sana kami singgah lagi di Maharaja, G-Mi menjig menaikkan Berahan 5.5 kg. Dalam pukul 7mlm kami sampai Jerudong aing lagi tuhur iatah payah menaikkan perahu ni. Tepaksa di tarik dulu perahu atu pakai tali sampai ke pasir baru tah menaikkan ke trela.
Hj Win, Padamit, Awi (captain), G-Mi


Kurisi India, kurusi Brunei, pisang emas bawa belayar




Alhamdulillah rezeki, batah udah inda ke Drop Off, baik jua bedangan mun inda alum jua tau sampai tu. Mula-mula geng ani kan ke Magpie inda jadi, pasalnya kami bawa bekonboi ke Maharaja. Inda luan belauk, tanya geng ke Drop Off tani cana, bah ok eh. Ikut ramalan cuaca udah ahir taduh sikitnya, bukannya makin taduh makin basar ada plang alun ah.

Berah-berahan

Berahan ani pun G-mi belurih menjig jua udah masa-masa kecederaan bah dalam perjalanan kan mulih singgah lagi sekajap di Maharaja. Kali ani Captain kami mengulurkan jig plang ganya ni lapas atu G-Mi menjig makai spool shimano navi 8000 ah, 2 3 kali menjig melantur tia joran figo big fishnya mula ku fikir tah menyangkut rupa lauk tah udah tu. Kegembiraan kami dari Drop Off betambah ceria lagi lepas G-Mi menaikkan berahan 5.5kg ah.
G-Mi makai
Spool Shimano Navy 8000
Braided Spider wire 65Ibs
rod Figo bigfish 70Ibs


Amberjack

PEMBETULAN.
CP Awie sama Popperazi membagitau, lauk ani bukannya aji-aji atau king fish yang benarnya Amberjack antah apakan gelaran melayunya ah. Siapa yang tau atu bagitau ku ah ok terima kasih. 26.03.2010
Tempat mula-mula sekali kami singgahi iaitu di Takat Cantik kira-kira 15km dari Maharaja. Aku mencuba teknik jigging dulu sambil mencuba spool ku yang baru atu jua bah Daiwa Exceler 6000T ah apa kah rasanya. Baru 2 3 kali menjig kana sambar tia apa lagi 2 3 kali mempam kancangkan lagi dragnya lapas atu main tah, inda jua batah lah dalam 3 4 minit atu pun Captain lagi menyambung menaikkan. Udah di rumah menimbang 5.5kg beratnya.
Lepas rehat seketika sambung lagi menjig inda batah kana sambar lagi tapinya inda naik pasalnya ring yang ku pakai atu lepas dari kili-kili, lauk pun lepas jua lah tapi jig ada plang lakat eh pemata sama ringnya saja yang di bawanya kan dibuatkannya anting-anting bah. Lapas atu giliran Hj Win plang.
Aku makai
Spool Daiwa Exceler 6000T
Braided Spider wire 65Ibs
rod Lemax PE 6

Aji-aji atau king fish ani Hj Win belurih menjig jua ni di Takat Cantik. Dalam 13 minit lah memain baru tah dapat menaikkan ke perahu, atu pun minta jamin lagi arah Captain kami trip hari atu lah Awi bukan Capt. Precious eh. Dalam 8 minit Hj Win main ngalih tia, baru tah captain jua lagi menyambung sampai menaikkan ke perahu atu pun 2 orang bah menaikkan ah. Udah naik aji-aji ani inda lagi belauk bah di bawah ah, kami cuba lagi beberapa minit inda jua ada baru tah kami naik ke Drop Off.
Hj Win makai
Spool Shimano TwinPower 8000PG
Braided Xzoga 65Ibs
rod xzoga PE 6



Berat aji-aji ani alum kami tau sampai ani, kebanyakkan bisdia meneka beratnya melebihi 40kg. Kalau kami tau beratnya karang ada ku membagi tau tu ok,


Kalau biskita meneka berapa kg beratnya aji-aji ani.
Amberjack ani beratnya 35kg usulnya mcm labih bah .

KARAK KAIL

Thursday 18 March 2010

“Oo...Ni.. ada ambur?” perkataan inilah dulu yang akan ku tanyakan kepada nini bini sebaik saja tiba di rumah nini. Apabila ayah saya bekerja diwaktu malam (Shift malam), inilah masa nya yang sesuai berkunjung kerumah nini. Saban hari di hujung minggu kami sekeluarga akan bermalam di rumah nini untuk melepaskan dandam (rindu) emak saya kepada ibunya yang berjauhan rumah dari nini. Didalam usia saya baru 9 ke 10 tahun bagi saya objektif utama ialah mengambur. Mengamburlah dulu yang akan terbayang apabila ada rancangan untuk bermalam di rumah nini. Suasana persekitaran rumah kami dengan rumah nini agak berbeza walaupun kami tinggal satu kampong. Persekitaran rumah nini sangatlah strategik memandangkan ia berhadapan langsung dengan laut berbanding dengan rumah kami yang agak terpisah dari laut disebabkan oleh beberapa deretan rumah dihadapan rumah kami. Nini bini dan nini laki memang terkenal dengan nelayan sepenuh masa. Menangkap ikan sudah menjadi sumber pendapatan mereka yang utama disamping membuat produk asli seperti membuat bakul, membuat pengayuh, membuat ulu pemarang, membuat siut dan sebagainya.

Pada masa itu nini laki masih bergiat aktif dalam mengendalikan lintau atau kilong sebagai mata pencariannya. Memandangkan usia kami pada masa itu masih sebagai budak ingusan, tidaklah pula kami dipelawa untuk pergi ke laut berkarang lintaunya. Dia lebih senang pergi bersendirian mungkin tenaganya masih ditahap mampu walaupun sudah bergelar nini. Namun nini bini mempunyai aktivitinya yang tersendiri, disamping keluar setiap pagi sebagai padian ada juga masa nya terluang apatah lagi melihat pecucuan datang kerumahnya. “O..ni..nda kita bedagang ari ani, mun nda mari tah katani mengambur” pinta ku kepada nini bini yang sedang duduk membaiki seraung bininya. “Inda cu..alum ada dagangan kan ku jual, mangkali esok kalau ada nini mu ajah mengantati mangkanan kingkin sama jalanya atu” jawabnya dengan panjang lebar. Keputusan untuk mengambur tidak pula diluahkan. Jika sekiranya nini bini tidak merancang untuk kelaut mengambur, kami masih berpeluang untuk mengambur dihadapan titian pail. Aku bertanya lagi kalau-kalau nini bini ada rancangan untuk kelaut. “Macamana ni.. inda kita kelaut mengambur?” pertanyaan ku kali yang kedua. “Inda cu..inda nini mengambur. Ninimu laki sekajap lagi ia balik ni bakarang lintaunya ah”. Kali ini memang aku tidak bernasib baik. “kalau macamatu minjam sajaku ambur kita atu.. kan mengambur di pail ah saja” rayuan terakhir dengan sedikit kehampaan. Setelah berjaya meminjam beberapa kirikan ambur, aku tidak berlengah lagi terus menuju ke peti sejuk kalau-kalau nini bini ada menyimpan udang beku. Memang sudah menjadi lumrah alam sebagai nelayan penuh masa tidak akan keputusan simpanan udang atau ikan. Dengan berbekalkan beberapa ekor udang aku pun mengambil kedudukan dipail berdekatan dengan tangga. Ambur nini memang sudah siap sedia untuk dipakai. Tatkala air mulai pasang diparas buku lali dan airnya masih samar-samar berwarna kekuning-kuningan dan bercampur buih laut, inilah masa nya yang sesuai dan strategik untuk mengejar habuan ikan seperti ikan sembilang dan ikan langisi. Apapun ketika ambur sudah dilabuhkan tinggal menunggu umpan mengena dan tarikan sang ikan, aku mulailah memasang angan-angan. Mungkin aku akan dapat atau mungkin tidak, akan tetapi itulah hakikatnya yang penting asyik. Tidak juga disangkal memang sekali-sekali ambur yang aku labuhkan akan disentap oleh sembilang dan langisi. Jika sudah mengena suasana memang akan menjadi riuh rendah bercampur gembira keriangan yang tidak terhingga. Semua isi rumah akan menjadi terperanjat melihat gelagat ku maklumlah “First strike”. Aku akan bercerita berterusan tidak putus-putus entah kan ia entah kan tidak orang sudi mendengarnya. Pengalaman itu tidak akan terputus begitu saja. Semuanya akan ku ceritakan kepada siapa saja termasuk nini laki yang bakal pulang dari berkarang, kepada kawan-kawan, mungkin juga kepada ayah saya yang sedang bekerja akan ku ceritakan bila ia pulang nanti.

Semua ini adalah pengasas bakat yang ku miliki sekarang. Bertolak dari menumpang kawan-kawan yang memiliki perahu, sehinggalah kepada tahap memiliki perahu sendiri untuk pergi ke laut dengan harapan untuk melayani keinginan untuk memancing. Hari Sabtu dan hari Minggu atau sewaktu cuti tahunan adalah sasaran utama untuk pergi ke laut memancing. Bermula dari sungai-sungai, persisiran pantai, teluk membawalah ke luar pantai telah dan sedang ku jadikan padang permainan, masa lapang atau tidak akan tetap ada ruang untuk ku pergi ke laut. Aku mempunyai dorongan yang kuat untuk memenuhi keinginan di sebabkan oleh persamaan yang kami miliki 4 beradik. Hari Sabtu dan hari Minggu sudah tidak memadai bagi ku, jika tidak ada hal yang sangat penting, hari-hari biasa di sebelah malam juga masuk kedalam jadual ku. Tambahan pula lubuk dekat yang berpotensi besar telah dapat dikenal pasti (Meungah). Hasil tangkapan yang tidak seberapa telah banyak memberi aku sokongan untuk terus memancing akan tetapi tiada hasil tangkapan walau seekor pun, juga tidak dapat mematahkan semangat ku untuk terus memancing. Ada ketikanya aku terfikir tentang kedudukan ku sekarang (Nda pandai sangal.....nda pandai berehat). Kan halnya memancing adalah istirahat minda yang memenatkan fizikal bagi ku. Akan tetapi semuanya akan kembali normal setelah beberapa ketika. Aku merasakan persekitaran sosial ku sangat berpangaruh dan mampu memberikan aku momentum yang kukuh. Inilah dia benteng yang gagal di tembusi oleh “Nda pandai sangal.....nda pandai berehat.....). Semogalah aku berjaya memiliki kunci kekuatan seperti ini untuk dimanfaatkan kepada kegiatan yang lain atau relevan. Sekian untuk tatapan bersama.

KERAPU

Monday 15 March 2010

Ani lureh kami (Pa-iring, Padamit, G-Mi sama Awi) kelamari. Tengiri, kerapu, basong2 pisang2 sama kurisi2. Kerapu ani inda batah-batah bah makannya asal gugur saja kail memang kana makan tu cacah cabur nya orang Brunei. Tapi inda plang besar2 lah kira-kira setengah kilo lah yang besarnya. Masa mengail kerapu atu Pa-iring sama Awi menganjun iatah tu banyak basong2 ah.

BASONG-BASONG


TENGIRI

Ani lureh ku menjig ni ah kapal karam tekait ah kepalanya ganya bah, kan rezeki jua banar ah.


BERAHAN

Saturday 13 March 2010

Antadi Pagi Pa-iring sama G-Mi membangkit bubu yang di laut Muara. Iatah lureh bisdia ni berah-berahan, kerapu, membangan, ketam suri sama belais. Syukur Alhamdulillah ada jua rezeki walaupun 1 lagi bubu inda dapat dicari.



MEMBANGAN

Membangan

KERAPU


Kerapu ani yang ku dangar2 lah, orang ada penyakit ampus inda boleh makan ni kerapu ah. Inda tau camana kebenarannya lah, mungkin lain orang lain pantangnya kali lah ah. Ada orang ampus atu makan ia jua kerapu ani nada jua apa-apa nya. Cerita kawan ku keraja, lakinya atu ampus bah, ia ani inda ingat bah yang lakinya kana pantangi inda boleh makan kerapu. Ada sehari atu ia ni masak kerapu ani bah, baru mencium bau masakkannya atu bah udah tia kepisan bah nya tarus dibawanya ke rumah sakit, eh mun camatu dasyat udah tu ah.

KETAM SURI


Ketam Suri ani bermacam-macam corak sama warna badannya bisdia ani, mungkin ada lagi nama-namanya kali bah. Mun aku ketam suri ganya tau ku tu.

BELAIS

Belais ani dalam senarai lauk kegemaran ku ni.

BELAIS TEMBAGA







bekalang

Friday 12 March 2010






Ani pun gambar-gambar lama jua dari simpanan Popperazi

AJI-AJI (KING FISH)

Monday 8 March 2010

Ani gambar lama plang ni, nda tekanang kan mempos bah. Antadi pagi baru tah teliat gambar-gambar ani dalam external hd. Bila di mana bisdia ani belureh pun inda lagi ingat.
Sufri

Pa-iring sama Sufri




PELAYAK




BEKARA

Sufri










Takat 75

Thursday 4 March 2010

Ani lureh kami (Pa-iring, padamit, G-Mi sama Hj win) hari minggu, sama jua mcm hari jumat ah ke sana ke mari jua bah beunjar. Mula-mula ah kapal karam ke Magpie lepas atu ke Takat 75 lagi. Hari atu kira beombak lah jua berangin lagi tu.

Ambong-ambong ani kami belureh di Magpie sama di Takat 75 sekong.


Basong-basong ani besar2 bah kami belurih di Magpie jua ni menganjun.


Pisang-pisang

Kurisi-kurisi



Kurisi Bali ani belureh di Takat 75 ni iatah jua ganya 2 ekong atu.