Drop Off
Tuesday, 30 March 2010
Salah seorang PRECIOUS ANGLERS iaitu POPPERAZI mengail ke Drop Off menggunakan kapal sewa khas untuk mengail iaitu KAPAL APOLO dengan kawan-kawannya yang berbilang bangsa. Ani tah gambar-gambar bisdia di kapal sama udah sampai di Pantai Serasa dan teks asal dari Popperazi.
Perjalanan Brunei Drop Off bermula dari jam 7 malam pada hari Jumaat 26 Mac 2010. Setelah merempuh ombak yang sederhana besarnya selama 8 jam baru lah kami sampai ke lokasi pertama dan seterusnya berpindah-pindah ke dua lokasi berikutnya. Walaubagaimanapun angin dan arus tidak berpihak kepada kami dan hasilnya juga kurang memberangsangkan sepertimana trip-trip sebelumnya. Alhamdulillah... kami selamat sampai pada hari Ahad 28 Mac 2010 kira-kira jam 8.30 pagi.
Antara ikan-ikan yang dapat dinaikkan termasuklah Amberjack / Aji-aji (5-25kg), Kerisi Bali, Kerisi India, Ungah (5-7kg), Kerapu Tiger (2-3kg), Anak Keratang (5kg), Durian-durian / semperiding takat, Pisang Emas, Tungkul, Ruby Snapper dan Skipjack.
Ricky (ungah)
Isaac (anak keratang)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment