I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

IMBASAN SETENGAH TAHUN BAGI TAHUN 2010

Thursday 29 July 2010

IMBASAN SETENGAH TAHUN BAGI TAHUN 2010

Alhamdulillah, nampak-nampak nya kelab memancing yang baru berusia kurang dari setahun jagong ini iaitu kelab memancing precious anglers telah dapat bertahan dan berkembang maju dari hari ke hari. Perkembangan dapat dirasakan begitu ketara sekali. Perkembangan yang saya maksudkan ialah dengan bertambahnya kenalan-kenalan dari dalam negeri mahupun luar negeri. kini precious anglers semakin dikenali dan dilayari. Sekali lagi saya bersyukur berkat usaha dan sokongan dari semua ahli-ahli yang terlibat.

Sebaik sahaja tirai tahun 2010 terbuka luas, Aktibiti-aktibiti semakin giat dirancang dan dilaksanakan. Saya merasakan 6 bulan pertama pada tahun ini lebih kepada gaya memancing yang agak terkehadapan, maksud saya dari segi alat memancing. Sudah agak jarang saya mendengar ahli-ahli membincangkan tentang kirikan, sendakau, tangsi penarik utama, batu tabur, anjun dan sebagainya. Mungkin inilah yang dikatakan trend atau musim. Suatu ketika teknik poping pernah mendominasi dan mempengaruhi gaya pancingan ahli-ahli. Bukan setakat itu sahaja malahan ada ahli-ahli yang sanggup menguji bakat tukang kayu mereka untuk membuat popper. Tidak dapat disangkal bahawa popper yang mereka cipta sendiri mempunyai kesan yang sangat efektive. Setiap trip memancing samada siang atau malam popping tidak akan ketinggalan, popper tetap akan melayang walau sekali dua sekadar percubaan. Keunjaran jua saya dengan suasana tersebut , mungkin musim atau trend tersebut ditinggalkan buat seketika disebabkan oleh memberi ruang kepada pelbagai teknik yang belum lagi diuji.


TEKNIK JIGGING

Setelah sekian lama teknik popping agak senyap kini muncul pula teknik jigging. Teknik ini saya rasa sangatlah mencabar dan memenatkan, namun ia adalah satu teknik yang berbaloi khususnya untuk menduga ikan-ikan yang bersaiz mega. Hasil dari teknik ini juga tidak mengira samada ikan yang menghuni dasar, pertengahan mahupun ikan-ikan dipermukaan semuanya telah diperdaya dan dibawa kedalam sesi fotografi. Mungkin inilah yang menyebabkan ahli-ahli berminat dan berhijrah kepada teknik ini. Tidak hairanlah setiap minggu ada saja permintaan dari pencinta jigging daripada kalangan ahli mahupun bukan ahli. Kita ikutilah bersama setekat mana teknik ini boleh mendominasi dan bertahan dikalangan peminatnya.

Teknik jigging ini sangatlah popular dikalangan ahli walaupun ada yang baru saja berjinak-jinak. Boleh dikatakan setiap pertemuan mereka akan membawakan topik jigging terlebih dahulu baharulah diikuti dengan topik-topik yang lain pula. Memperkatakan tentang teknik jigging ini, kesepakatan dan disiplin dalam kumpulan adalah sangat kritikal. Setiap pemancing tidak akan dibenarkan menurunkan sebarang pancing yang dibubuh umpan terlebih dahulu jika berhajat untuk menjig. Jika tidak dipatuhi ini menyebabkan tarikan kepada jig akan berkurangan dan habuan akan lebih berpehak kepada umpan biasa. Sehinggalah keluar kata sepakat untuk menggunakan umpan baharulah pemancing bebas berbuat apa jua teknik.


TEKNIK KIRIKAN

Teknik kirikan atau hand reel kini berada ditahap sekadar tais liur sahaja, atau mungkin seketika sahaja semantara menunggu musim berubah. Bukan kata nak sombong, Cuma teknik begini susah dan tidak sesuai digunakan dalam teknik jigging. Saya percaya teknik kirikan masih boleh bertahan dan di amalkan dalam suatu trip yang tertentu, seperti menduga barahan sulit, menunda tongkol dan sebagainya. Teknik ini akan lebih mudah dan berkesan apabila digunakan. Apa pun terserahlah kepada pemancing itu sendiri. Setakat ini saya rasa sayalah pemegang rekod memakai kirikan. Namun begitu dalam diam-diam saya juga membuat perkiraan untuk mengikuti musim memandangkan kepada arus kemodenan yang tiada surutnya. Saya akur dengan perubahan, saya tidak akan mempertahankan dan saya juga tidak akan mencela teknik lama bak kata pepatah “Tepuk dada tanya selera” manakan tahan mau jua. Akan tetapi untuk beralih kepada perubahan lebih canggih memanglah memakan masa, maklumlah peralatannya sudah tentu memerlukan peruntukan yang agak besar juga. Segalanya akan dapat dicapai asalkan kita bersabar.


MUKA BARU

Enam bulan pertama ini juga banyak muka-muka baru mengikuti trip precious anglers. Mereka bukanlah baru dalam arena memancing bahkan mereka adalah kalangan yang berpengatahuan luas. Mereka juga telah menduga perairan serantau mahupun pelusuk dunia yang memang tidak asing lagi dengan padang pancing terbaik dunia. Didalam kesempatan ini ahli-ahli sempat menimba ilmu daripada mereka samada dari teknik mahupun kelengkapan-kelengkapan yang mereka miliki. Pelbagai kelengkapan moden telah dipertonton dan didedahkan kepada ahli precious sejak penglibatan mereka. Inilah kelebihannya jika mempunyai ramai kenalan terutama sekali para pencinta pancing. Peluang seperti ini tidak dipersia-siakan begitu sahaja, masing-masing menambah kekurangan dan memberikan kelebihan ilmu memancing diantara satu dengan yang lain.


MENUNDA TONGKOL

Menunda tongkol juga memang popular dikalangan ahli precious, akan tetapi sekarang agak berkurangan. Kadang-kadang ahli hanya sekadar memerhati gelagat tongkol yang bermandi-manda dipersekitaran perahu, tidak pula terlintas untuk menghulur rambu-rambu yang berwarna-warni untuk menjinakkan tongkol. Apakah faktor fenomena ini?. Walaubagaimana pun tidak disangkal kadang-kadang ahli teringin juga menghulurkan tunda tongkol akan tetapi sambutan tidaklah begitu menyerlah dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini, walapun pada dasarnya dilubuk yang memang terkenal dengan tongkol. Selain dari itu saiz tongkol tersebut juga berukuran sederhana sahaja, bukan seperti habuan sebelum ini yang berukuran 2 kilo seekor. Kan halnya tidak disangka pula teknik jigging mendapat sambutan hangat dari tongkol-tongkol yang bersaiz mega. Ini adalah salah satu penyebab kenapa ahli berhijrah kepada teknik jigging.


UNGAH US

Ungah US (Ujong sapoh) memang sinonim dikalangan ahli, akan tetapi trip menuju ke US agak berkurangan disebabkan oleh kurangnya tekong-tekong yang mempelawa atau membuat tawaran ke sana. Bagaimanapun ada juga sekali dua ahli-ahli melawat kesana untuk mencuba nasib. Namun segalanya telah berubah, mungkin belum musim atau ahli sudah kurang minat ke sana. Trip ini juga mempunyai impak yang besar, kalau saya imbas beberapa tahun kebelakangan, ahli sanggup menunggu sehingga ke pagi walaupun hujan ribut melanda semua siap dengan baju kalis hujan yang berbagai jenama. Saya percaya tempat tersebut masih mempunyai potensi yang besar, hanya musim dan waktu belum mengizinkan. Ujong sapoh kadang-kadang sering membuat kejutan, sudah beberapa kali ahli dikejutkan dengan tertangkapnya selongsong. Siapa tahu lubuk tersebut akan bertukar menjadi lubuk selongsong.
Sekianlah sahaja buat kali ini. Jumpa lagi dikeluaran yang lain. Selamat maju jaya.


Hasil karya
Pa-Iring

Tengiri

Monday 26 July 2010

Hari Sabtu 24 Julai ah G-Mi sama Hj Win membawa orang mencatar Precious Boat untuk menjig iaitu Languran (Azman) sama adiknya Kamal. Ahir plang turun pasalnya keadaan laut bergelora, buat-buat menunggu di Pantai Jerudong atu kejumpahan tah jua geng yang lain. Camana ni teruskan kah inda, boleh plang jua ni ganya tepaksa tah kitani bakonboi ni, ok iatah baiknya tu. Ganya inda tah jadi ke drop off tu ah. Bakonboi tah bisdia 4 buah perahu semuanya menuju Maharaja sama Jasra.
Kamal belurih menjig languran arah kapal karam di Maharaja.


Kamal belurih 2 ekong tengiri, Hj Win sekong sama Azman 2 ekong.


G-Mi mengaitkan languran lurih kamal menjig ah.



Kamal sedang melayan languran

Tengiri 5 ekong sama languran sekong iatah ganya lurih bisdia tu, jigging semua. Tapi sayangnya lauk bisdia ani inda lagi tetimbang, kelupahan membawa daching nya. Di rumah pun lupa tia jua bagas belalah menaikkan perahu ah aing tuhur basar bah iatah payah tu, mana lagi ombak.

Amberjack

Amberjack luih Popperazi yang banarnya tangkap dan lepas ni. Nanti ku menukar video ani yang nampak Popperazi melepaskan semula amberjack atu ke dalam aing. Alum siap be edit bah.

Popperazi

Amberjack 11kg

SPOOL : Shimano Stella 10000

ROD : Shimano T-Curve Deep Jig 400

LINE : Berkley whiplash 65Ibs

LEADER : Xzoga camo 130Ibs

Amberjack

Thursday 22 July 2010

Amberjack ani inda ku tau camana ceritanya, di mana bisdia belurih, bila bisdia mengail ni. Tapi yang tentunya memang di drop off ni. Gambar-gambar ani di sumbangkan oleh c Boy, terima kasih Boy lain kali sama ceritanya jua ah walaupun tah inda panjang asalkan ada ok tu.





Sufri

Drop Off

Monday 19 July 2010

Kelamari kami ke drop off lagi. Alhamdulillah ada jua rezeki, ada yang baru dapat lesen hahaha. Sebelum naik drop off macam biasa singgah dulu di takat cantik kan menjig. Sekong ganya naik amberjack oleh Popperazi menjig lapas atu nada makannya baru tah kami naik ke drop off. Cuaca sangat mengizinkan taduh hantap nya orang macam ceramin, tapi apa lagi panasnya macam dalam oven bah. Kesana kemari jua mengunjar lauk ah mun kurang makannya pindah lagi. Dalam perjalanan balik singgah jua di takat cantik tapi nada naiknya, lapas atu singgah lagi di kapal karam maharaja sekong ganya languran. Udah di bawah champion kandung hujan sama angin inda lagi nampak lampung di Jerudong ah paksa tah on GPS. Baik jua inda berapa beombak Alhamdulillah.
Popperazi, Hj Win, Languran, PAdamit, G-Mi.

Kurisi kaling

Kurisi kaling plang yang pajal bah basar-basar lagi tu.


Pisang Emas

Pisang Emas pun inda berapa pajal, iatah kan dihajati banar-banar ni.


Awat-awat

Awat-awat 12 ekong ganya syukur tah jua walaupun inda banyak


Kerapu Tiger


Kerapu tiger seri 2 sama hahaha.
Popperazi sama G-Mi ganya belurih kerapu tiger ani.
Tahniah Popperazi dapat lesen.



Amber Jack

Amber Jack ani yang banarnya 3 ekong ni. Popperazi belurih menjig sekong dalam 11kg lah beratnya, tapi udah siap begambar dilapaskannya semula kira tangkap dan lepas lah tu. Andang udah niatnya tu nya mun ia belurih amber jack ku lapaskan ni. Yang damit atu aku yang belurih tu. Yang basar atu Azman yang belurih.



Popperazi
Amber Jack 11kg
Tangkap dan lepas
Tahniah lagi sekali dapat lesen amberjack.
Azman (languran)
Amber Jack 9kg

Rubi

Rybi ani Azman (languran) ni belurih, inda sampai sekilo lah.


Languran

Languran ani aku belurih menjig di kapal karam arah Maharaja.


HARI PUJA USIA KDYMM

Thursday 15 July 2010

DIRGAHAYU KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEDUKA SERI BEGINDA SULTAN HJ HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
HAMBA DULI TUAN PATIK SEKELIAN MENYEMBAHKAN KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 64 TAHUN KEBAWAH DULI TUAN PATIK.
SEMOGA DILANJUTKAN USIA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT AMIN YA RABBAL ALAMIN.
DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK.

Jigging

Monday 12 July 2010

Kelamari G-mi sama Popperazi membawa Ameng xcadico sama 2 orang lagi kawannya kan menjig saja di kawasan Takat Cantik, Maharaja sama Jasra. Ameng mau menaikkan berahan, berapa trip udah ia ikut alum tah pernah menaikkan berahan nya Ameng. Trip kali ani pun inda jua ada ia menaikkan berahan. Eh G-Mi aku mau makan bah itu berahan boleh tukar sama aku punya GT kah, bukan apa aku geram ati sama itu berahan. Bah ok kau ambil lah itu berahan.
G-Mi, Ameng xcadico, Khairul, Ayai, Popperazi
Capt. Precious Awie masbuk begambar untuk kenang-kenangan bersama anglers yang lain.


Jigging

Iatah ganya ni lurih bisdia menjig kelamari ah, lingkuh 1, berahan 1, bemasa 1, tungkul 2, tengiri 2.

Berahan

G-Mi belurih menjig berah-berahan di takat Maharaja.
dalam 3.5kg lah beratnya.




Tengiri

Sunday 11 July 2010

Popperazi
Tengiri 7.5kg
Pancang Telisai

Drop Off

Monday 5 July 2010

Kelamari kami turun ke drop off, CP Awie, Padamit, G-Mi, Popperazi sama Raman. Dari pukul 4.30am kami tolak dari Lambak, udah sampai Jerudong banyak udah yang turun ada jua yang dari di malam usulnya. Cuaca kira ok lah keadaan aing pun taduh jua dapat jua laju menjalankan perahu ah, tapi hari atu lakat lagi gelap iatah sadang-sadang saja lajunya. Mula-mula kami singgah di takat cantik, mesti kami singgah ni takat cantik ani setiap kali kami turun sebelum kami taruskan ke drop off. Di takat cantik kami menjig ganya ada jua 3 ekong tungkul sama sekong amberjack, popperazi 2 kali lapas saja mungkin tengiri sama amberjack kali jua. Menunda banit/mangkuk-mangkuk kami dulu di takat cantik atu jua kan dibuatkan umpan. Lapas atu baru tah kami ke drop off, menjig kami dulu nada makannya baru tah kami makai umpan. Dalam 4-5 tempat kami cuba ada saja makannya ganya inda ia batah-batah. Sekali atu kami menarik tali sauh belum lagi separuh putus tia jua tali sauh ah, baik jua Raman tau tali sauh atu putus, tarus tah kami mengaga buoy atu baik jua sampat mengambil talinya sebelum ia tinggalam sama sauh. Dalam pukul 4 ptg mencuba kami lagi di takat cantik nada makannya, lapas atu di Maharaja nada jua makannya balik tah kami. Masa atu berangin udah ombak pun macam makin basar lapas Champion hujan tia lagi beguruh bekilat, baik jua nda batah hujan atu sajuk bah. Alhamdulillah selamat sampai ke darat di Pantai Jerudong.
G-Mi, Raman, Padamit, CP Awie, Popperazi

Amber Jack (aji-aji), rubi, tungkul, pisang emas, kurisi kaling, kerapu, kerapu tiger, awat-awat, suhong/senuhong.


Kurisi kaling


Pisang Emas


Kerapu Tiger n kerapu

Kerapu tiger sama kerapu ani Raman ni belurih makai papar.


Tungkul / bekulan

Tungkul ani lurih kami menjig di takat cantik.


Rubi

Yang basar atu ampir 2 kilo lah lurih G-Mi, yang damit Raman belurih


Awat-awat


Suhong/senuhong

Ani belurih menunda makai tunda tungkul ah. Mula-mula kami fikir tungkul bah yang bemain-main timbul ani. Masa atu kami sibuk-sibuk menjig udah nada makan iatah kami cuba menunda, rupa-rupa nya Senuhong/suhung plang yang makan inda disangka-sangka lauk ani mau plang ia makan makai tunda tungkul atu. 2 ekong saja yang dapat yang lain abis putus bah.


Amber Jack

Yang damit belurih menjig tu, yang besar makai papar beumpan.


Yang ani makai papar beumpankan temanong sama tungkul. Makai papar yang pemata damit lagi tu baik jua banyak pemata yang menyangkut ah lauk atu, ada jua 2-3 buting pemata udah langkang. Syukur Alhamdulillah naik jua ahirnya Amber Jack 13 kilo.

Ani Raman belurih menjig di takat cantik. Ia atu saja-saja kan mencuba menjig makai CP Awie punya Saragosa 18000 atu, buat-buat menunggu Spool Navi 8000PG nya atu kana usai sedikit oleh CP Awie. Sekalinya belurih tia plang amber jack dalam 6-7 kilo lah, sadang jua batahnya ia memain pasalnya baru jua mencuba-cuba menjig ani. Kajar-kajar jua tangannya udah naik lauk atu hahaha, tahniah Raman dapat lesen Amber Jack udah ni. Yang balum dapat lesen atu jangan putus asa teruskan usaha ok.

Keratang

Thursday 1 July 2010

Lurih membubu di laut Jerudong ah
Sufri
keratang 21 kilo