I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

IMBASAN SETENGAH TAHUN BAGI TAHUN 2010

Thursday 29 July 2010

IMBASAN SETENGAH TAHUN BAGI TAHUN 2010

Alhamdulillah, nampak-nampak nya kelab memancing yang baru berusia kurang dari setahun jagong ini iaitu kelab memancing precious anglers telah dapat bertahan dan berkembang maju dari hari ke hari. Perkembangan dapat dirasakan begitu ketara sekali. Perkembangan yang saya maksudkan ialah dengan bertambahnya kenalan-kenalan dari dalam negeri mahupun luar negeri. kini precious anglers semakin dikenali dan dilayari. Sekali lagi saya bersyukur berkat usaha dan sokongan dari semua ahli-ahli yang terlibat.

Sebaik sahaja tirai tahun 2010 terbuka luas, Aktibiti-aktibiti semakin giat dirancang dan dilaksanakan. Saya merasakan 6 bulan pertama pada tahun ini lebih kepada gaya memancing yang agak terkehadapan, maksud saya dari segi alat memancing. Sudah agak jarang saya mendengar ahli-ahli membincangkan tentang kirikan, sendakau, tangsi penarik utama, batu tabur, anjun dan sebagainya. Mungkin inilah yang dikatakan trend atau musim. Suatu ketika teknik poping pernah mendominasi dan mempengaruhi gaya pancingan ahli-ahli. Bukan setakat itu sahaja malahan ada ahli-ahli yang sanggup menguji bakat tukang kayu mereka untuk membuat popper. Tidak dapat disangkal bahawa popper yang mereka cipta sendiri mempunyai kesan yang sangat efektive. Setiap trip memancing samada siang atau malam popping tidak akan ketinggalan, popper tetap akan melayang walau sekali dua sekadar percubaan. Keunjaran jua saya dengan suasana tersebut , mungkin musim atau trend tersebut ditinggalkan buat seketika disebabkan oleh memberi ruang kepada pelbagai teknik yang belum lagi diuji.


TEKNIK JIGGING

Setelah sekian lama teknik popping agak senyap kini muncul pula teknik jigging. Teknik ini saya rasa sangatlah mencabar dan memenatkan, namun ia adalah satu teknik yang berbaloi khususnya untuk menduga ikan-ikan yang bersaiz mega. Hasil dari teknik ini juga tidak mengira samada ikan yang menghuni dasar, pertengahan mahupun ikan-ikan dipermukaan semuanya telah diperdaya dan dibawa kedalam sesi fotografi. Mungkin inilah yang menyebabkan ahli-ahli berminat dan berhijrah kepada teknik ini. Tidak hairanlah setiap minggu ada saja permintaan dari pencinta jigging daripada kalangan ahli mahupun bukan ahli. Kita ikutilah bersama setekat mana teknik ini boleh mendominasi dan bertahan dikalangan peminatnya.

Teknik jigging ini sangatlah popular dikalangan ahli walaupun ada yang baru saja berjinak-jinak. Boleh dikatakan setiap pertemuan mereka akan membawakan topik jigging terlebih dahulu baharulah diikuti dengan topik-topik yang lain pula. Memperkatakan tentang teknik jigging ini, kesepakatan dan disiplin dalam kumpulan adalah sangat kritikal. Setiap pemancing tidak akan dibenarkan menurunkan sebarang pancing yang dibubuh umpan terlebih dahulu jika berhajat untuk menjig. Jika tidak dipatuhi ini menyebabkan tarikan kepada jig akan berkurangan dan habuan akan lebih berpehak kepada umpan biasa. Sehinggalah keluar kata sepakat untuk menggunakan umpan baharulah pemancing bebas berbuat apa jua teknik.


TEKNIK KIRIKAN

Teknik kirikan atau hand reel kini berada ditahap sekadar tais liur sahaja, atau mungkin seketika sahaja semantara menunggu musim berubah. Bukan kata nak sombong, Cuma teknik begini susah dan tidak sesuai digunakan dalam teknik jigging. Saya percaya teknik kirikan masih boleh bertahan dan di amalkan dalam suatu trip yang tertentu, seperti menduga barahan sulit, menunda tongkol dan sebagainya. Teknik ini akan lebih mudah dan berkesan apabila digunakan. Apa pun terserahlah kepada pemancing itu sendiri. Setakat ini saya rasa sayalah pemegang rekod memakai kirikan. Namun begitu dalam diam-diam saya juga membuat perkiraan untuk mengikuti musim memandangkan kepada arus kemodenan yang tiada surutnya. Saya akur dengan perubahan, saya tidak akan mempertahankan dan saya juga tidak akan mencela teknik lama bak kata pepatah “Tepuk dada tanya selera” manakan tahan mau jua. Akan tetapi untuk beralih kepada perubahan lebih canggih memanglah memakan masa, maklumlah peralatannya sudah tentu memerlukan peruntukan yang agak besar juga. Segalanya akan dapat dicapai asalkan kita bersabar.


MUKA BARU

Enam bulan pertama ini juga banyak muka-muka baru mengikuti trip precious anglers. Mereka bukanlah baru dalam arena memancing bahkan mereka adalah kalangan yang berpengatahuan luas. Mereka juga telah menduga perairan serantau mahupun pelusuk dunia yang memang tidak asing lagi dengan padang pancing terbaik dunia. Didalam kesempatan ini ahli-ahli sempat menimba ilmu daripada mereka samada dari teknik mahupun kelengkapan-kelengkapan yang mereka miliki. Pelbagai kelengkapan moden telah dipertonton dan didedahkan kepada ahli precious sejak penglibatan mereka. Inilah kelebihannya jika mempunyai ramai kenalan terutama sekali para pencinta pancing. Peluang seperti ini tidak dipersia-siakan begitu sahaja, masing-masing menambah kekurangan dan memberikan kelebihan ilmu memancing diantara satu dengan yang lain.


MENUNDA TONGKOL

Menunda tongkol juga memang popular dikalangan ahli precious, akan tetapi sekarang agak berkurangan. Kadang-kadang ahli hanya sekadar memerhati gelagat tongkol yang bermandi-manda dipersekitaran perahu, tidak pula terlintas untuk menghulur rambu-rambu yang berwarna-warni untuk menjinakkan tongkol. Apakah faktor fenomena ini?. Walaubagaimana pun tidak disangkal kadang-kadang ahli teringin juga menghulurkan tunda tongkol akan tetapi sambutan tidaklah begitu menyerlah dibandingkan dengan beberapa tahun sebelum ini, walapun pada dasarnya dilubuk yang memang terkenal dengan tongkol. Selain dari itu saiz tongkol tersebut juga berukuran sederhana sahaja, bukan seperti habuan sebelum ini yang berukuran 2 kilo seekor. Kan halnya tidak disangka pula teknik jigging mendapat sambutan hangat dari tongkol-tongkol yang bersaiz mega. Ini adalah salah satu penyebab kenapa ahli berhijrah kepada teknik jigging.


UNGAH US

Ungah US (Ujong sapoh) memang sinonim dikalangan ahli, akan tetapi trip menuju ke US agak berkurangan disebabkan oleh kurangnya tekong-tekong yang mempelawa atau membuat tawaran ke sana. Bagaimanapun ada juga sekali dua ahli-ahli melawat kesana untuk mencuba nasib. Namun segalanya telah berubah, mungkin belum musim atau ahli sudah kurang minat ke sana. Trip ini juga mempunyai impak yang besar, kalau saya imbas beberapa tahun kebelakangan, ahli sanggup menunggu sehingga ke pagi walaupun hujan ribut melanda semua siap dengan baju kalis hujan yang berbagai jenama. Saya percaya tempat tersebut masih mempunyai potensi yang besar, hanya musim dan waktu belum mengizinkan. Ujong sapoh kadang-kadang sering membuat kejutan, sudah beberapa kali ahli dikejutkan dengan tertangkapnya selongsong. Siapa tahu lubuk tersebut akan bertukar menjadi lubuk selongsong.
Sekianlah sahaja buat kali ini. Jumpa lagi dikeluaran yang lain. Selamat maju jaya.


Hasil karya
Pa-Iring

0 comments: