I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Berahan

Wednesday 27 October 2010

by : Chob aka Pendekar Laut
Lurih di malam. Akhir ku turun di malam ah pasalnya arah panggilan orang betahlil. Dalam pukul 12 lalu baru jua menurunkan perahu di Pantai Serasa. Labuhan pertama di kawasan aluh Pelabuhan Muara, naik 2 ekong saja langisi atu basar tapak tangan ah. Lapas atu inda tia berarus iatah inda lagi ada makannya. Menunggu tah kami aing menjulung surut, belabuh kami di kawasan karang-karangan di Pulau Muara Besar ah. Sandi makannya, walaupun inda sampai sekilo sekong tapi inda duduk olehnya.
Berahan, lapih, kerapu, langisi

Terima kasih Chob mengongsikan hasil tangkapan ah, siuk jua tu ah inda batah-batah tu eh makannya ah sampai inda lagi teduduk atu bah, apa umpan kamu Chob?. Lain kali boleh join kah kan merasa cacah bangkit atu bah.

Kerapu Tikus

Bisdorang c Boy belurih di laut Tutong dalam 800 gram lah baratnya.


Hasil Tangkapan

Monday 25 October 2010

HASIL TANGKAPAN
Pa-iring

Alhamdulillah berjumpa kita lagi pada keluaran kali ini. Pada keluaran kali ini saya hendak memperkatakan tentang hasil tangkapan. Setiap pemancing mempunyai hasrat dan impian untuk memperolehi hasil tangkapan yang besar dan banyak. Tidak kiralah apa jenis ikan sekalipun. “Hari ani macam lain bah macam kan belurih yang basar” perkataan seperti ini sudah sering saya dengar, impian dan harapan si pemancing mulai melambung tinggi ketika mana-mana trip akan bermula. Hasrat dan impian ini lah sebenarnya yang mendorong kita untuk melakukan apa sahaja. Melakukan apa sahaja bererti sanggup berbelanja besar, sanggup mengorbankan masa yang banyak, memberikan keutamaan kepada aktiviti memancing daripada kegiatan yang lain-lain dan sebagainya. Kegiatan selain dari memancing sering berada di tempat kedua, ketiga dan seterusnya. Perkara tidur sudah terkeluar dari senarai semak jika berada dalam suasana memancing. Mata tidak akan terlelap walau sesaat selama 24 jam jika keadaan masih ditolak oleh keinginan. Apa tah lagi sang habuan yang dicari baru muncul disaat-saat akhir.



Bagi nelayan sepenuh masa dan pemancing suka-suka mempunyai banyak perbezaan dari segi objektif, namun hasil tangkapan lah puncak segalanya. Hasil dari pengamatan saya perbezaannya sangat ketara sekali. Sebagai contoh nelayan sepenuh masa, ada suatu ketika nya akan menurunkan hasil tangkapan 2,3 tray atau lebih tanpa ada banyak perbualan ulasan untuk dipasarkan. Jauh dalam lubuk hati ”Bila tah ku kan belurih banyak camani ani ah”. Keadaan seperti ini lah yang akan mendorong para penonton (Pemacing ) ingin mengorak langkah lebih jauh lagi. Bagi saya itulah pertanda bahawa kita masih kekurangan ilmu dalam memancing. Pernah suatu ketika saya menyaksikan hasil tangkapan mereka yang begitu lumayan menyebabkan saya lupa menarik nafas buat seketika. Saya begitu teruja dengan hasil tangkapan mereka yang sebegitu banyak. Apa pun itu adalah rezeki mereka. Namun Saya berasa bangga dengan rakan-rakan pemancing semua yang mempunyai sifat mensyukuri apa yang ada. “Ada...ada, nda...nda, yang penting turun ke laut”.


Alhamdulillah tidak disangkal ahli-ahli Precious Anglers sudah sering kali menaikkan hasil yang tidak kurang lumayan juga dari segi ukuran mahupun banyaknya tangkapan seperti yang dipaparkan dalam rekod tangkapan di ruang sebelah kanan. Namun tidak juga semua trip memancing berhasil dengan tangkapan yang lumayan, ada juga ketikanya habuan sekadar membawa pulang ais dan ikan tongkol seekor berat kurang dari sekilo dan beberapa ekor pisang-pisang hasil dari anjun . Disaat inilah suasana akan menjadi seram sejuk ketika sesi membahagi hasil tangkapan, selain dari itu sesi fotografi pun tidaklah begitu meriah atau tidak ada sesi fotografi, masing-masing akan berasa rendah hati dan akhirnya hasil akan jatuh ke tangan tuan rumah. Inilah yang dikatakan pahit dan manisnya memancing atau asam garam yang harus kita lalui.


Dengan mempelajari dan meneliti pengalaman yang lalu, beberapa strategi telah dan sedang rancak diatur. Sebelum bermulanya bulan ramadhan yang baru saja berlalu, projek membuang Raba telah selamat dijalankan. Alhamdulillah raba tersebut telah menampakkan petanda positif dalam beberapa percubaan sebelum ini. Semoga hasil tangkapan nanti akan bertambah baik. Selain dari itu beberapa lubuk telah dikenal pasti hasil dari sumbangan beberapa rakan pancing yang lain.


Selaku pengamat pancing yang inginkan hasil yang lumayan, saya telah cuba untuk mempelbagaikan alat-alat menangkap ikan namun semua alat-alat tersebut masih berada dalam uji kaji. saya merasakan ini adalah satu peningkatan yang akan kita saksikan sedikit masa lagi. Semogalah segala usaha akan membuahkan hasil. Selain dari itu harapan dan saranan saya kepada semua ahli akan tampil kehadapan memberi sumbangan buah fikiran demi mencapai kemajuan. Semoga “Hari esok akan lebih baik daripada hari ini”. Pejam celik.. pejam celik..,rupanya kita telah menghampiri penghujung tahun 2010. Saya berharaf akan ada ahli yang tampil kehadapan untuk memberi saranan dan usulan untuk mengadakan acara tahunan kita. Saya berasa optimis sekali bahawa acara tahunan kita pada tahun ini akan lebih meriah dan mencabar setelah mengambil iktibar dari pengalaman yang lepas. Sebentar awal, cadangan dan usulan akan dapat dibawa keperundingan bermuafakat. Skop pertandingan akan dapat dipelbagaikan supaya akan lebih menarik dan berkesan. Sekian lah saja buat kali ini jumpa lagi dilain keluaran. wassalam

Fishing in Mornington, Melbourne, Australia

Wednesday 20 October 2010

By : Capt. Precious
Pada Sabtu 2 September 2010, jam 8.30 pagi saya sampai di Melbourne Airport, Australia. Kemudian terus menuju ke Mornington dan bermalam di sana. Tengahari hari berikutnya terus menuju ke Pangkalan Kapal Pancing yang kami booking atu mula bertolak pada pukul 1 petang dan habis pukul 5 petang. Apabila sampai sana banyak pemancing-pemancing sedang sibuk menurunkan perahu kan ke laut.



Di bawah ani iatah kapal yang kami pakai ni, nama company nya RELAX GO FISHING.




Hari atu 18 orang semuanya yang ikut charter kapal atu campur seorang skippernya (Capt. Jack) dan seorang Deckhand (Joe, bini-bini). Peralatan memancing disediakan, sebatang joran dan umpan (tamban, sotong dan macam-macam lagi lah). Di bawah ani tah gambar-gambar kami di kapal atu semasa memancing. Kami 4 orang, Capt. Precious dan isteri, Valentina (adi biniku) dan Jeremy (boyfriendnya).

Kapal ani 2 steeringnya dan dua dua boleh pakai.

Hana (isteri Capt. Precious), Valentina (adik ipar) dan Jeremy.



Capt. Precious bersama Capt. Jack dan Joe (deckhand)


Taduh hari atu, cuaca dalam 15 degree celsius lah


Adi biniku dengan lauk ulihnya Flathead macam pahat-pahat


Ani pemenang trip kami hari atu, 5 ekong kali ulihnya.. baru pernah memancing lagi tu.. kena bagi hadiah (plague) daripada Capt. Jack.


Iatah ganya ulih kami ni flathead 2 ekong.. yang bedamitan banyak plang tapi dilepaskan balik saiz nya inda cukup besar berpandukan peraturan memancing.

Perjalanan balik ke darat.


Sedang asyik memancing, punya lah taduh aying atu iatah namanya macam ceramin tu.
Trip kami memancing atu hanya selama 4 jam dengan bayaran AUD45 seorang. Dalam masa mengail atu ada BBQ jua, dikapal ah.. iatah kali namanya 'relax go fishing'. Banyak jua perahu-perahu kecil yang memancing dakat kapal kami atu.. inda jauh dari pantai jua kami atu maybe around 2-3 km saja dari pantai. Secara keseluruhan inda berapa belurih masa atu.. Capt. Jack memberitahu jua awal November ani barutah musim snapper nya.. anyway, walaupun inda berapa belurih, pengalaman memancing di sana atu merupakan kenangan manis dan memang tidak akan dapat dilupakan... mungkin akan datang lagi ke sana, kali ani kan mencuba GT & kingfish di sana.

Kalakitok

Di malam kami mengandang di Ujung Sapuh, macam-macam lah lauknya andapong, tangat, belais, bilis, bulan-bulan, udang, katam, kalakitok, garut-garut, kapas-kapas, titir. Sekali labuh ganya lah pasalnya ada jua orang lain mukat bah. Alhamdulillah rezeeekiiii.


Gulama


Belais


Tangat


Bulan-bulan

lurih kami mengandang di malam di Ujung sapuh ah kan 2kg lah

Memutik Kapas-kapas

Tuesday 19 October 2010

Video ani sumbangan Chob.

Batah udah video ani, untuk kan dikongsi bersama pengalaman ani. Kapas-kapas atu bagas kami mengikis plang tu. iatah yang lapas melasut dari panir pukat atu bekubur ia, kami putik tah mana yang nampak atu. Inda jauh ni, di Pulau Pelumpong atu ganya. Kalau kan menyambangi waktunya ada kapas-kapas ani iatah mesti aingnya tuhur awal pagi tu, macam dalam pukul 6 atu lah. Aing atu pun mesti jua nada ombak luan kuat memacah di tambingnya atu. Yang paling penting mesti aingnya jeranih lah.

Berah-berahan

Monday 18 October 2010

Nah lagi berahan 5.6kg Chob belurih.


Tangat

Tangat ani lurih mukat ni di Ujung Sapuh, mermbat pun ada jua.

Ungah

Ungah lagi di Ujung Sapuh hari jumat malam sabtu, Alhamdulillah rezeki.

Kulapis

Friday 15 October 2010


Andapong sama belanak







ungah

Andapong sama belanak

Wednesday 13 October 2010

Iatah ni lurih kami dimalam merambat sama mengail lah di Ujung Sapuh makai umpan kembura. Ungah, andapong, belanak sama kerapu (inda tegambar).
Rezeki tah jua banar, yang basar atu melompat ke dalam perahu bah arah enjin ah iatah bedua menangkap supaya inda melompat keluar semula, alhamdulillah rezeki. Mun inda 3 ekong tu yang 2 ekong atu inda cukup tinggi lompatnya, alum kan rezeki tu. Belanak yang bedamitan atu lurih merambat tu.

Ungah

Capt. Precious 2 ekong, Dini sekong sama Wann sekong. Awal atu bisai angin atu alum lagi pukul 7 berubah tia, beombak tia inda tah berapa bisai mengail, cubaan.
Alhamdulillah ada jua rezeki kan dibawa balik.


campur-campur

Monday 11 October 2010

Ani pun sumbangan Chob jua
lauk-lauknya kerisi bali, anduping putih, jukut aji, tengiri.
Ani bisdia belurih arah takat di bawah Champion bejaul umpan aur-aur beslice.

Tengiri

Gambar ani disumbangkan oleh rakan sepangailan iaitu Chob, ceritanya inda tau camana ni. Di mana bisdia mengail, teknik apa, berat lauknya pun inda tau jua ni.
Bisdia belurih ani 24 September.
Ni nah ceritanya, bisdia belurih tengiri ani arah lawa-lawa buloh makai ambur saja, umpannya aur-aur hidup.

Terima kasih Chob mun ada lagi lain kali kirimkan ah ok, kalau boleh ada ceritanya sedikit pabaik asal ada bah inda jua orang tetanya-tanya inda ja. Ani aku pun tetanya-tanya ni, membari iski jua meliat bah lureh kamu atu.

Ungah

Wednesday 6 October 2010

Dimalam aku sama Fian turun kan mengail di hujung sapuh tapi nada umpan. Membawa tah kami pukat kembura yang udah lapang melapang bah, antah inda ku tau siapa punya pukat plang tu ah. Udah kami sampai di ujung sapuh memukat kembura tah kami dulu kirakan dibuatkan umpan lah kononnya. 2 kali kami menggagar sekong lauk pun inda ada ani bah aing pasang jua udah. Bah sekali lagi lah apa saja lauknya buatkan umpan tia saja, mun inda ada jua balik lah. Kali ketiga kami melabuh pukat atu ada tia kirang-kirang 3 ekong, garut-garut 2 ekong, belais sekong sama kapas-kapas sekong. Bah iatah umpan tani ni Fian mengail tah sekajap pabaik asalkan sampai hajat. 3 ekong kirang-kirang kami buatkan umpan sekong potong 3 hahaha rasa jua kan mengail tu ah. Alum jua sampai 5 minit melabuh kana ranjat tia kail c Fian ah, lapas atu mis kul tia ganya nada lagi naiknya, balik-balik lagi menyangkut. Udah habis umpan balik tah kami sekong atu ganya naiknya.

Jukut Aji

Pa-iring, G-Mi, Dini, Kanai sama G Win turun hari Sabtu ah betolak dari rumah pukul 8.30. Banyak tempat udah kami aga kapal karam ironduke, kapal karam maharaja, takat cantik, takat 75 inda jua ada makannya.


Hajat kan menganjun mengambil umpan hidup tapi belurih antah apakah lauknya baratnya kan sekilo macam anak aji-aji ada jua usulnya.

berahan

Inda berapa belurih siang atu menyambung tarus ke malam barutah ada makannya belurih jua berahan basar sekilo labih.

Ani uleh Dini menjig dari siang sampai kemalam barutah ada sambarnya belurih berahan anggaran sekilo jua lah.




Lingkuh

Keadaan aing taduh jua lah ganya hangat suam-suam kuku inda lagi berangin komfom berabus di laut ditambah lagi arus laju.A
Buat-buat menunggu umpan hidup kana makan sambil-sambil atu G-Mi menjig dulu belurih ia linkuh beratnya kurang pasti pasalnya udah bekarat dibuatkan umpan ungah sama berahan.



TUNGAP

Monday 4 October 2010

Siapa yang tau nama lauk yang ditangan kanan Pa-iring ani bagitau ah. Luih nya ngail dasar di bawah Champion ni.

Berah-berahan

Akhirnya dapat lesen tia jua Dini menjig berah-berahan di kapal karam Iron Duke dalam 2 kilo lah beratnya.