I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Imbasan 2011

Friday 29 July 2011




IMBASAN 6 BULAN PERTAMA TAHUN 2011

Salam kepada semua ahli precious dan
pembaca semua, semoga semua nya di dalam keadaan sehat dan ceria selalu. Seperti
mana tahun-tahun yang sudah di sini saya paparkan imbasan 6 bulan pertama di
tahun 2011. Alhamdulillah pada tahun ini ada beberapa sudut dan aspek terus
menampakkan kemajuan dan ada juga yang masih berada pada kedudukannya. Saya
tidak akan mengimbas secara terperinci, kerana saya yakin semuanya telah
dipaparkan dari masa ke masa dalam halaman blog ini. Namun apa pun jua saya
akan mengupas dan mengulas seadanya.

Pada tahun ini kita telah bermula dengan
meraikan kemenangan dan kejayaan dalam suasana yang sederhana dan penuh rasa
syukur yang telah diadakan di kediaman Kapt. Precious. Semuanya telah dilalui
bersama dengan baik dan sangat bermanfaat. Saya percaya liputan penuh telah
dipaparkan dalam blog mahupun majalah kesayangan kita. Secara tidak langsung
kita telah Berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan. Terima kasih dan syabas
kepada penyelenggara majlis tersebut. Saya berasa sangat optimis dengan salah
satu segment pada majlis malam tersebut ia itu segment bengkel pemancing. Saya
berasa terharu sekali dengan persembahan dan bakat serta ilmu yang dimiliki
oleh para penyampai, tidak segan untuk mencurahkan ilmu, ikhlas, jujur, dan
bersemangat. Ternyata memang membuahkan hasil yang berkesan, berjaya menyuntik
ke jiwa para pemancing.


Bertitik tolak dari majlis tersebut, para
hadirin sarat dengan ilmu di dada, semangat dan azam melonjak-lonjak bagaikan
tidak sanggup menunggu hari esok untuk turun kelaut. Secara amnya teknik
popping dan jigging telah mendominasi bengkel tersebut. Selain dari itu captaincy
dan teknik bersauh dan juga kontinjensi keselamatan berjaya memukau para
hadirin.

Alhamdulillah seperti mana yang telah saya
kemukakan dalam beberapa keluaran yang lepas seperti perahu tambahan, meneroka
padang pancing yang baru dan tukun-tukun buatan sedikit sebanyak telah dicapai.
Ini adalah berkat dari kerjasama yang padu yang telah ditunjukkan oleh kalangan
ahli-ahli. Perahu precious II telah selamat diresmikan dan telah beroperasi
sepenuhnya. Sekarang precious sering meninjau ke lubuk-lubuk secara berduaan.
Kini lebih ramailah ahli dapat mengikuti trip memancing pada hujung minggu.
Syabas saya ucapkan kepada mereka yang berjaya menyalurkan perbelanjaan demi
untuk keselesaan bersama. Selain dari itu precious juga berjaya melebar luaskan
rakan pancing sehingga kepada tahap rakan pancing yang mempunyai kapal dan
perahu yang bersaiz mega.



Dalam kesibukan kita menduka pancingan luar
pantai, saya merasakan telah terlepas pandang dengan potensi lubuk sungai
(perairan laut serasa), dimana bermulanya kita bergelar sebagai pemancing. kita
telah dikejutkan dengan hasil yang tidak diduga, seperti ikan barahan dan umpak
yang mampu menyaingi hasil tangkapan yang kita perolehi 100 km diluar pantai. Memang
betul pun, sudah lama saya tidak pergi memumpun (menombak pumpum). Semua ini
telah tercetus hasil dari rakan pancing yang sudi mengongsikan pengalamannya.

Baru-baru ini saya berkesempatan meninjau
lebih dekat dengan kedai pancing di negara jiran. Pada mulanya saya memang
tekejut dengan harga yang dipamerkan, apabila saya berfikir dan menilainya
memang betulpun apabila dinilai darisegi kualiti dan dari mana ia dibuat. Dari
sudut yang lain saya juga berkesempatan berbual-bual panjang dengan kaki
pancing disana. Pendek kata antara mereka dan kita masih ada terdapat jurang
perbezaan yang sangat ketara. Saya rasa tidaklah begitu sukar untuk menyaingi
mereka asalkan kita mahu terus melangkah kehadapan dan bersimtematik. Sebagai
contoh mereka tidak turun ke laut pada setiap minggu. Mereka hanya turun kelaut
pada bulan-bulan yang tertentu setelah membuat persiapan secukupnya.
Perancangan yang diatur mengambil masa berminggu-minggu mahupun bulan. Selain
dari itu kelengkapan pancing yang mereka gunakan lebih kepada berjenama ala
barat dan asli dari Jepun. Alat tersebut lebih kecil ringan akan tetapi
berupaya memintal tarikan belasan kilo. Kebanyakan mereka hanya mengamalkan
teknik poping dan jigging serta trolling sekali sekali candat sotong. Pancingan
dasar bagi mereka sudah agak asing dan tidak begitu popular. Walaubagaimanapun
semua ini hanyalah jurang perbezaan yang biasa. Terpulanglah kepada individu
untuk memilih hala tuju masing-masing. Dari kacamata saya sendiri kita precious
hanya ketinggalan beberapa inci dan masih terus berkayuh kehadan. “OPTIMIS”

Pada kesimpulannya saya merasakan kini
sudah tiba masanya untuk kita mengembangkan aktiviti daripada riadah biasa
kepada satu pertandingan offshore game yang pernah saya ungkapkan didalam
ucapan saya ketika majlis kesyukuran yang lalu. Besarlah harapan saya semoga
ahli-ahli yang berkenaan akan dapat mengambil inisiatif untuk mula memikirkan
apa yang perlu, untuk mengadakan satu pertandingan. Akan tetapi biarlah ia
terbuka kepada ahli dan rakan pancing yang di kenali sahaja, untuk pertandingan
sulung ini. Setakat inilah sahaja dahulu buat renungan kita bersama. Insya
Allah jumpa lagi dilain keluaran.

0 comments: