I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

IMBASAN 2009

Thursday 14 January 2010

IMBAS KEMBALI 2009

Tahun 2009 baru sahaja kita tinggalkan. Kita tinggalkan dengan seribu kenangan dan sejuta pengalaman. Saya imbas kembali kenangan di awal tahun 2009. Pada awal tahun 2009 musim ombak berlarutan hingga ke bulan March, kebanyakan aktiviti memancing hanya berlangsung di sebelah Muara sahaja, sasaran utama adalah Ujong Sapoh. Selain dari itu aktiviti juga diselang-seli dengan aktiviti mengandang, membintur, mengail udang galah dan sebagainya. Setelah musim angin dan ombak mulai reda, beberapa trip ke drop off telah dapat dilaksanakan dengan jaya. Dalam trip kali ini PA telah berjaya mengenal pasti beberapa lubuk baru lagi di kawasan tersebut. Selain dari itu beberapa trip ke takat 75 dan kapal karam dapat diselanggara dengan baik. Dan tidak lupa juga acara Ungah grand prix.


Trip malam

Beberapa trip memancing disebelah malam juga berjaya dilaksanakan. Saya masih ingat salah satu trip malam dimana kami bertolak dari penurunan Jerudung pada pukul 12.00 tengah malam seramai 3 orang menuju ke kapal karam. Pada masa itu cuaca sangatlah mengizinkan sekali. Kami bertiga begitu bersemangat dan langsung tidak ada rasa mengantuk. Atas kegigihan kami pada malam tersebut kami berjaya menaikkan 3 ekor ungah. Disebelah siangnya pula kami bercadang untuk menduga lawa-lawa yang telah kami perbuat beberapa minggu sebelumnya. Walaupun suasana di kapal karam pada masa itu riuh dengan anak-anak ikan kecil seperti basong-basong dan banit bermandi manda. Namun aku meneruskan perjalanan menuju ke lawa-lawa tersebut. Apa pun segalanya tidak membuahkan hasil, lawa-lawa tersebut belum mempunyai penghuni yang kami harapkan. Dengan berbekalkan umpan basong-basong yang kami bawa dari semalam kami menuju kembali ke kapal karam yang kami tinggalkan tadi. Segalanya memang telah dijanjikan, Alhamdulillah kami telah diuji dengan amukan barahan sulit. Kami tidak mensia-siakan peluang yang ada dan terus melayani asakan barahan sulit. Kami telah berjaya menjinakan kira-kira 35 ekor barahan sulit yang berukuran atau berat 1 kilo ke 2 kilo. Kami telah bertahan sehingga ke pukul 1.00 petang. Sebelum kami berkemas pulang kami telah dikunjungi oleh perahu rakan PA (Si boy). Memang mereka mempunyai langkah kanan pada masa itu, mereka pun sempat merasakan amukan barahan sulit. Selain dari trip ini ada lagi trip yang diketuai sendiri oleh kapt Precious yang telah berjaya menewaskan ikan-ikan mega seperti GT seberat 34 kilo, pari seberat 43 kilo dan beberapa ekor bemasa serta languran dalam trip yang berbeza.

Kawan baru

berikutan trip malam yang berjaya itu. Kami sering membuat kunjungan ke kapal karam tersebut di sebelah malam. Kali ini kami sering pergi beriringan (konvoi) dengan rakan baru seperti Gee Ruji, G usman dan sebagainya. Namun segalanya tidaklah sehebat trip yang pertama. Berikutan dingin nya trip malam PA beralih pula kepada trip disebelah siang. Destinasi utama disebelah siang adalah seperti takat 75 dan beberapa takat yang dikenal pasti berpenghuni tenggiri. Aku telah memberi beberapa tunjuk ajar kepada rakan baru tentang beberapa tips memancing, penggunaan GPS, penggunaan fish finder, keadaan cuaca, pasang surut, dan beberapa pemeliharaan bot, enjin dan trela. Mereka sangat teruja sekali dan begitu bersemangat. Dengan berbekalkan beberapa tips yang pernah saya berikan kepada mereka, kini mereka sudah berkayakinan pergi kelubuk-lubuk secara solo. Walau bagaimanapun lubuk-lubuk yang dikunjungi adalah takat-takat yang berdekatan dengan perairan pantai Jerudung sahaja. Kini mereka juga mengenali member PA yang lain seperti c boy, C Awi dan sebagainya. Seperti biasanya mereka juga telah ditunjuk ajar dengan tips memancing yang lain (Inda camah mata). Selain dari saya sendiri member PA yang lain juga telah membawa rakan-rakan mereka masing-masing melibatkan diri ke alam pancing bersama PA. Perhatikanlah sendiri di tepi sebelah kiri laman blog ini, itulah diantara bintang-bintang yang sudi menyertai PA dengan setianya. Masing-masing telah menyumbangkan berbagai-bagai sumbangan dari segi tenaga, buah fikiran, material dan berbagai-bagai lagi.

Dugaan ribut, angin dan ombak

Beberapa trip pada tahun 2009 telah dilanda ribut ganas, angin kencang dan ombak yang berukuran 3 meter keatas. Alhamdulillah segalanya telah dapat dilalui dengan tabah dan selamat. Semua ini telah terpahat dilubuk hati masing-masing yang pernah melalui nya. Biarlah semua itu menjadi sempadan dan tauladan dan menjadi sukat-sukat dimasa hadapan. Keadaan yang paling getir pernah dilalui ada lah trip yang di ketuai oleh Jimi sebagai kapten semasa trip drop off. Beliau dan rakan dari kumpulan Nelayan Sepanjang Zaman (Ironsilk2007.blogspot.com) telah menyaksikan pukulan angin, ombak dan ribut yang hebat yang tidak pernah beliau rasakan sebelum ini. Sebagai bayangan getirnya keadaan tersebut kita perhatikan perjalanan beliau sejauh 35 kilometer mengambil masa selama 2 jam lebih. Beliau telah berjaya mengemudi bot dengan tangkas sekali. Syabas.

Turun di Muara naik di Jerudong

Dalam mana-mana trip memang jerudong akan menjadi pilihan pertama jika cuaca mengizinkan, namun trip kali ini memang turun di Muara dihajatkan. Destinasi adalah Muara dalam, apa pun semuanya tidak seperti yang di harapkan tarikan agak jarang dan keadaan air yang tidak begitu mengizinkan. Kami telah memutuskan untuk mencari lubuk lain di sebelah Jerudong. Dari satu takat beralih ke satu takat yang lain namun anak ikan spesis umpan belum diperolehi. Akhirnya kami tiba di satu lubuk yang memang mempunyai sejarah yang tidak menghampakan. Pada pukul 3.00 ptg kami telah berjaya memperolehi beberapa ekor basong dan sulai hidup. Semangat kini kembali memuncak, dan kami terus menuju ke kapal karam untuk menduga kalau-kalau ada tenggiri berkeliaran di situ. Sekali dua memang ada sentapan tenggiri. Inilah yang membuat kami masih bertahan di perairan Jerudong. Sekali imbas ke sebelah timur memang ada pertanda hari nak hujan namun semangat ingin menewaskan tenggiri tidak pernah luntur. Akhirnya setelah awan hitam beserta angin dan hujan nya betul-betul berada di atas kepala baharulah kami mulai menarik sauh dan mula menuju ke Jerudong tanpa berpandukan kepada GPS lagi. Hala tuju pada masa itu susah di pandu akibat dari hujan lebat angin kencang dan siraman air laut. Dengan hanya berpandukan kompas yang terumbang ambing akibat ombak yang memukul perahu, akhirnya kami sampai ke pantai. Kami terpaksa akur walaupun sebenarnya kami tersasar beberapa kilometer dari destinasi. Namun isunya sekarang ialah trela kami berada di penurunan Muara. Pendek kata yang sejam mengambil masa 3 jam.. fikir-fikirlah.

Kejadian kerosakan trela

Kerosakan trela sudah menjadi perkara biasa dan bukan satu insiden yang luar biasa. PA juga telah mengalami perkara sedemikian beberapa kali. Keadaan lebih buruk lagi ketika sedang menunda bot pulang ke rumah dan berada di tengah-tengah kesibukan jalanraya. Adakalanya perkara tersebut dapat diatasi dengan mudah dan adakalanya tidak dapat diatasi dengan sendiri. Pada kebiasaannya “BEARING” adalah punca utama untunglah ramai kenalan dan rakan-rakan yang sehaluan dengan rakan pemancing dan yang memahami situasi tersebut. Kejadian tersebut berlaku pada hari Minggu sebelah malam, tentu saja bengkel-bengkel sudah tutup. Bearing yang ada dalam simpanan kami sudah habis terpakai, jadi terpaksalah kami meminta khidmat dari rakan seperjuangan. Mujurlah juga ada rakan menyimpan set bearing tersebut. Terima kasihlah kepada Sufri, Si boy, Awi dan kuncu-kuncu. Mereka bukan hanya menyumbangkan bearing malahan tenaga kerjanya sekali. Perahu PA juga pernah mengalami kerosakan trela yang parah ketika trip di Muara. Sehinggakan menggunakan khidmat forklift untuk mengangkat dan trela kontena, namun tidak berhasil atas faktor keselamatan. Sekali lagi khidmat mereka ini lah yang menyelesaikan keadaan.

Itulah rezeki namanya

Mana-mana trip kapal karam di sebelah siang memang tenggiri dan barahan sulit menjadi buruan. Namun dalam kejadian ini agak berbeza. Dalam trip tersebut pendek kata agak susahlah mendapatkan umpan hidup, semangat juang kami tidak berakhir di situ. Kami telah meneruskan perjalanan menuju ke kapal karam dengan harapan akan mendapatkan umpan hidup di tempat tersebut. Apa pun umpan impian tidak juga diperolehi selain dari pisang-pisang. Atas desakan naluri yang hauskan umpan hidup Jimi telah cuba melabuhkan joran nya berumpankan pisang-pisang yang sudah separuh nyawa, melimparkan perambutnya sepanjang 7 depa dengan dibubuh alat penimbul tali. Setelah siap menyusun drag joran, kini beliau menarik nafas panjang sambil menuntum minuman botol. Disamping itu saya terus menduga dasar dan pertengahan kalau-kalau ada barahan sulit yang sudi menjamah umpan kami yang ala kadar. Tiba-tiba desingan kekili dan lenturan joran Jimi membuatkan kami tergamam seketika. Jimi terus mencapai joran nya sambil membetulkan tegangan dan terus mengepam joran memberi saingan yang kritikal. “Ah.... tenggiri ni..lau nda alu-alu....” bisik ku sendirian. Jimi terus memberi saingan yang hebat. Aku lalu mendapatkan kait untuk memberi bantuan, namun alangkah terperanjatnya aku melihat kilauan merah kehitaman. Kini aku menjadi serba salah kait atau siut. Rupa-rupanya yang tertewas adalah UNGAH seberat 6 kilo ++.

Ungah Ujong Sapoh.

Akibat dari permintaan trip memancing yang meningkat daripada ahli PA mahupun rakan-rakan PA, PA melayani kehendak tersebut dengan memperkenalkan Ujong Sapoh. Destinasi ini tidaklah begitu jauh dan boleh diduga pada bila-bila masa sekadar memenuhi keinginan yang bergelora malam ataupun siang, weekdays atau pun weekend, hujan atau ribut semuanya terserah asalkan mampu bertahan. Memang tidak disangkal Ujong sapoh sering membuahkan habuan “Mangrove jack” atau “ Alif Wau nga ha”. Kini US menjadi popular. Sehinggakan Kapt Precious mendapat ilham untuk mengadakan perlawanan memancing dikalangan ahli PA. Ilham tersebut telah menjadi kenyataan dengan berlangsungnya satu perlawanan memancing yang lebih dikenali dengan ungah Grand Prix. Sambutan didalam perlawanan tersebut adalah diluar dugaan. Keramaian telah melebihi dari yang diperuntukan. Walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan namun perlawanan terus berlangsung. Semangat Ungah Grand Prix tidak pernah padam, malah setelah perlawanan tersebut berakhir, pengunjung terus bertambah dari hari kehari. Sehingga PA mengedakan sekali lagi Ungah Grand Prix II secara ala kadar sahaja untuk memenuhi permintaan.


Baju dan topi resmi Precious anglers



Untuk memercu satu standard figure dalam berpasukan, Padamit telah mengusulkan supaya ahli-ahli akan dapat memiliki baju dan topi sebagai pengenalan. Kini PA telah memiliki identitinya sendiri. Mana-mana ahli yang berkeinginan untuk memiliki, segalanya masih terbuka luas. Hubungilah Padamit secara online atau offline.




Pukat kembura

Pukat kembura adalah alat utama dalam persiapan untuk menyedia umpan kembura, untuk menggempur ungah diwaktu malam. Pukat ini telah disumbangkan oleh ahli PA sendiri. Terima kasih kepada penyumbang. Namun disetiap trip kami tidak lupa membawa umpan seperti basong yang dibeli dari pasar.


Akhirnya inilah saja yang dapat saya muatkan melalui ruangan ini. Sebagai imbasan di tahun 2009. Saya memohon maaf jika ada aktibiti atau trip yang tidak terista didalam artikal ini. Sekian dari saya PA-IRING. Semoga terhibur. Assalamualaikum.

0 comments: