I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

POPPER, CAST, JIG

Friday 25 December 2009

Koleksi Peribadi C.P Awie

Aku atu memanyap-manyap barang kail ku, rupanya banyak udah ‘lures’ ku ani udah dikumpulkan.. ani saja kan berkongsi antara lures kegemaran ‘Preciousanglers’.



Barisan atas untuk casting dan barisan bawah untuk trolling (ada yang belum bepakai lagi ni.. jenamanya macam-macam ada.. yg sotong plastic atu kan ikut cara orang putih kononnya alum tah pernah belurih jarang pakai jua..



JIG – ani pun banyak yang terkorban dah, payah kan mbagi tau mana yang ‘heng’.. kalo aku kegemaran ku mesti ada warna ‘pink’…


Ani popper yang bebali dari kedai pancing.. iatah nganya tinggal nya ni banyak udah yang menjadi anting-anting bemasa.. (pasal putus dianggungnya sama poppernya). Koleksi yang kami mesti tedapat ialah jenama ‘HALCO’ (yang di barisan atas) mesti tedapat ni, pasalnya pernah kami beganding popping pakai popper yang berlainan yang halco jua disambarnya.. antara semua jenama halco ani yg warna pink/kunig atu yang terbaik pasal atutah 2 buting ku tedapat (satu spare yg satu atu sayang berehat udah lapas digasak bemasa 31 kg). Jenama lain ‘Adhek Bali (barisan atas sebelah kanan), termasuktah jua jenama Williamson, duel, yozuri dan seven seas (yg ku manang Ungah GP).



Ani antara Popper yang dibuat sendiri,(padamit jua yang punya idea), semuanya dibuat daripada ‘pine wood’. Trademarknya mestilah ‘PRECIOUS’ dan namanya macam-macam antaranya golden banana, kelabutan, sexy lady, dori, blue trevally, nemo, awangspider, yellow belly, blue marlin, pink lady dan sebagainya.. banyak jua udah takah gigi bemasa…

Bah atu saja dulu, iatah antara koleksi ku yang dapat ku gambar.. luan banyak atu payah jua kan memilih mana yang kan dipakai, membeli udah tackle box besar nda jua muat.. iatah banyaknya jadi perhiasan di rumah.


Terima kasih CP Awie kerana sudi mengongsikan lures nya ani popper yang bebali sama yang membuat sendiri, jig sama cast nya. Timbulnya buah fikiran untuk membuat popper sendiri atu disebabkan inda mampu bah luan malar kan membali mahal bah harganya atu. Asal putus saja tepaksa tah membali. Iatah cuba-cuba membuat atu akhirnya dapat jua dipakai banyak juah udah di sambar bemasa popper handmade atu, puas jua hati bebaloi lah rasanya. Masani banyak udah diantara preciousanglers membuat popper sendiri.


Lain kali koleksi spool sama joran lagi ok, bukan saja kan perhiasan rumah dapat jua dibuatkan perhiasan dada blog ani kan inda ja. Geng yang lain mun kan mengongsikan peralatan lain apa saja lah dialu-alukan emailkan saja ah ok.

0 comments: