Sebelum Ungah GP dimulakan Pengerusi (Pa-iring) menerangkan serba sedikit mengenai Ujung Sapuh iaitu ia terletak di ujung Pulau Muara Besar dan sapuh atu adalah karang-karangan, batu-batuan atau takat-takat yang berada di dasar laut atau aluhnya atu. Memberitahu batu mana yang lebih banyak dihuni oleh lauk seperti ungah ani, sepanjang pengetahuannya yang sudah berapa lama mengail di sana atu. Dan menunjuk ajar serba sedikit cara mengail yang selalunya digunakan dan umpan yang paling laku atau umapan kegemaran ungah.
Dan Timbalan Pengerusi (C P Awie) pula menerangkan sekali lagi syarat2 dan kategori2 yang dipertandingkan. Masa mengail hanya 4 jam. Ahli2 boleh mengail di mana saja asalkan jangan bersendirian, tapi setiap kumpulan disyorkan disarankan digalakan disuruh, eh atu banar mun inda jua faham antah apakan lagi bahasanya, kalau boleh supaya berpecah bebagi-bagi setiap 1 tempat mesti ada beberapa orang dari setiap kumpulan. Ani adalah untuk menjadi saksi setiap lauk yang diperolehi.
Berkumpul semasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi memberi penerangan serba sedikit sebelum Ungah GP dimulakan. Sebenarnya keramaian ahli yang ikut Ungah GP ani dalam 31 orang semuanya, banyak yang inda ikut begambar pemalu bah. Setelah hujan mengizinkan dan memberi peluang untuk kami memulakan Ungah GP dalam kira-kira pukul 8.45 malam hujan nada lagi turun, kami pun berkumpul untuk mendengar Pengerusi sama Timb. Pengerusi bekurapak mengenai pertandingan dan serba sedikit sejarah Ujung Sapuh. Selepas 5 minit bisdia bekurapak, kami pun membawa peralatan mengail dan umpan masing-masing menuju ketempat pengailan. Yang kebanyakannya menuju ketempat yang dikatakan lebih banyak ungah yang pernah dinaikan.
Semasa pertandingan berjalan inda ada orang yang mengambil gambar pasalnya semua orang kan mengail hahaha, masa pertandingan ganya 4 jam iatah masa atu PRECIOUS bah.
0 comments:
Post a Comment