Ungah GP selesai udah berlangsung pada 14/11/09 bermula pukul 9 malam sampai 15/11/09 pukul 1 pagi, yang banarnya dalam perancangan bermula pukul 8 malam sampai pukul 12 tengahmalam plang tu, tapi disebabkan oleh keadaan cuaca hujan dengan labatnya, angin bertiup kencang terpaksalah ditangguhkan sementara menunggu hujan taduh. Pertandingan atu Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan teratur dengan kerjasama dari semua ahli. Kerja2 berat dan susah menjadi ringan dan senang dengan bergotong royong seperti mendirikan khemah, menyiang-nyiangi kawasan persekitaran, menyediakan tempat penyalaian, membuat minuman dan macam2 lagi lah. Nya pepatah melayu ringan sama dijinjing berat sama dipikul. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Precious Anglers kerana kitani telah berjaya mengandalikan pertandingan ani dengan sempurnanya.
Inda lupa jua diucapkan banyak2 terima kasih kepada orang yang menyumbangkan hadiah iaitu ;
Hj Win menyumbangkan 1 popper, 2 kotak mata kail steel
sama 2 kotak kili-kili
Fee Yant menyumbangkan 3 popper
Di Wan menyumbangkan tangsi daiwa 20Ibs dan
Deep Blue Fishing menyumbangkan 3 spool, 3 joran dan 1 bag joran
Jef adalah jurugambar sepanjang Ungah Grand Prix dijalankan bermula dari mesyuarat2 yang diadakan sampai tah berakhirnya Ungah GP ani, walaupun kadang2 disuruhnya jua orang menggambar kedia hahaha takut ia nada gambarnya. Terima kasih banyak2 diucapkan kepada JEF kerana dengan sukarelanya beliau menawarkan diri untuk mengambil gambar disepanjang Ungah Grand Prix atu. Tapi sayang masa pertandingan dijalankan nada ia mengambil gambar pasalnya ia pun sibuk jua mengail bah rugi tu mun inda mengail, inda apa tu Jef difahami tu. Yang ada ani pun sudah memadai untuk menunjukkan betapa meriahnya Ungah GP ani. Jangan jara bro ah.
Iatah inda dapat bergambar semua sebelum bertolak ka Ujung Sapuh ah. Dalam perjalanan trip pertama sudah tia hujan labat lagi tu.
Sambil2 menunggu atu becerita2 lah bincang2 jua pasal pertandingan tarus berkenalan dengan team jemputan dari KB Geng Lumut Anglerz.
0 comments:
Post a Comment