I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

ngail di UG Serasa

Tuesday, 24 November 2009

Hari Sabtu lapas Padamit Budamit sama Dang Damit mengail di Pantai Serasa arah Ungah Garden (UG) panggilan bisdia lah, inda jua mengail banar lah saja kan membawa Dang Damit (Farahiyah) kami ani main2 di pantai mengasting sambil meliat2 orang bepesta mengail ungah atu. Berapa hari udah tu ku dangar orang belurih ungah di UG atu ada yang sampai 20 ekong sehari bisdia belurih campur semua lah bukan seorang 20 ekong eh.



Farahiyah ani iski ia bah usulnya mengail ani bisai jua lah bedangan jua mun kan mengail ah. Bagitau saja fishing bah iski tia tu tepaksa tah dibalikan joran sama spool yang damit ganya inda pandai tahan inda batah bah olehnya. Kusut tangsinya tantu udah tu kadang2 sampai pacah bah bering spool mana inda mun kusut ah spool atu dipajalnya mengingkul inda mau kedapan kebelakang pusingnya. Mun anginnya kan mengail di rumah tia pabaik ngail tia tu, ngalih tah bapanya tu mana inda tukang umban ia menggulung.




yeeeehhhhh go ayah go ayah go ayah nya Farahiyah tu ia tah malar cakapnya tu setiap kali mengumban kasting ah. Ayah can i try yah. Ayahh ayaahhh aYAAAHHHHHH Farahiyah turn yah turn turn turn nya Farahiyah.




Mam Farahiyah turn mam, I got fish mam. No lah it just bait lah darling, no fish mam FISHHHH. Setiap kali ia menggulung memang ia cakap I got fish yeehhh i got fish mam.




Yang paling Farahiyah inda suka mun kan beranti balik bah, iatah munjung mulutnya tundukkannya kepalanya nada ia mau menaulih tu. Eh banar eh pandai belakun bah, tepaksa tah dimanis-manisi lagi tu dibagitau membali aiskrem ah mun atu payah ia kan menolak tu.

UNGAH GRAND PRIX

Monday, 23 November 2009

Bahagian 4


Ani tah diantara lauk lauk yang kami belurih malam atu ganya udah siang baru tah begambar, malam atu inda tekanang kan bergambar sama orang yang belurih lauk atu, c Joseph ganya kana gambar mengkali pasal ungahnya atu yang paling basar atu pakah. Nada deh yang banar macam nada bah orang sibuk kan begambar sama lauk yang bisdia belurih atu , inda lagi tekanang pakah pasalnya luan kesejukan atu kali bah. Atu pun ah udah kan balik masa manyap manyap kan membagi-bagi lauk baru tah tekanang kan begambar.

Padamit, Popperazi, Joseph (kumpulan Tangat) mengail di batu No.2 ganya bersama kumpulan lain yang malas jua kan mengangkat barang-barang kail ah, jauh bah bejalan kan menuju ke batu No.1, No.3 sama No.4 ah. Kumpulan Buntih C P Awie, pudin dan c Dom. Kumpulan Kembura Raman sama Mohet. Padamit belurih ungah sekong 1kg labih sama kerapu 1 kg labih sikit lah. Joseph belurih ungah paling basar malam atu sama lapu membari takut meliat lapu atu antah lapu apa kah namanya tu, makai joran ia diumbankannya kelaut. Hj Win belurih ungah atu di Batu No.1 tu.

C Jimi belurih ungah di Batu No.3 sama Batu No.4 kerapu ada jua ia belurih. Bebaloi jua rasanya tu dengan hasil usahanya malam atu Jimi Juara Paling Banyak Belurih, pasalnya ia sama c Wann ganya bekarih bejalan mengail ke Batu No.4 mun rezeki nya 2 3 ekong lagi ungah yang naik di Batu No.4 atu nya ada yang putus ada yang lapas, iatah alum kan rezeki tu namanya. Tapi Alhamdulillah Juara ia jua bah malam atu hadiahnya lagi yang paling mahal tu malam atu. Usaha tangga kejayaan, tahniah Jimi teruskan usaha.

Joseph sama kawan-kawannya (Geng Lumut Anglerz) dijemput oleh C P awie dalam Ungah GP ani. Mula-mula bisdia ani dijemput untuk menjadi pemerhati atau pengadil lah, tapi bisdia mengail plang jua. Iatah masa mengail atu sambil menjadi pemerhati lah. Sudah disaat-saat akhir masa-masa kecederaan atu C P Awie betukar tia fikirannya, biar tia Geng Lumut atu ikut jua betanding dalam Ungah GP ani nya, mana tau kemudian hari Geng Lumut mengadakan yang macam ani dapat jua kan jadi Team Jemputan nya. Ok lah AJK pun setuju saja lah cadangan C P Awie atu. Nah Berezeki c Joseph malam atu mun kan dikira yang banarnya c Joseph Juara 3 kategori iaitu Lauk Ganjil, Lauk Pertama sama Lauk Paling Basar. Tapi kami sebulat suara udah masa kami mesyuarat setiap individu hanya boleh menjadi Juara dalam 1 kategori sahaja. Jangan marah Joseph ah yang banarnya tu bukan aku mandai-mandai tu mun inda pecaya tanya C P Awie atau Popperazi kah hahahaha, bah mun ada Geng Lumut kan mengadakan yang macam ani jangan lupa ah jemput jemput lah kami ok.

Padamit wakil dari Precious Anglers mengucapkan terima kasih kepada Geng Lumut yang sanggup behujan besejuk-sejuk dan yang sewaktu dengannya hahaha, sudi menjadi team jemputan kami dalam Ungah Grand Prix 2009 ani, kami jua minta maaf kalau ada yang inda puas hati mana tau kali ada bah.


Lapas udah menimbang-nimbang, mengira-ngira, menolak menyampur apa atu ani, udah tau siapa juara-juaranya baru tah kami bekumpul lagi di pasir untuk menyampaikan hadiah di waktu subuh dingin atu jua, pasalnya Geng Lumut sama ada jua 2 3 orang Geng Precious kan balik ada yang kurang sihat bah, iatah nyangku jangan dipajal. Penyampaian hadiahnya tunggu di post yang akan datang ok jangan marah ah.

UNGAH GRAND PRIX

Saturday, 21 November 2009

Bahagian 3


Selepas 4 jam mengail dengan harapan melambong agar belurih ungah yang besar atau banyak. Bermacam-macam cara yang digunakan, ada yang makai krikan tangsi dari 50Ibs sampai 70Ibs
inda payah makai perambut sebatang saja ada yang bebatu ada yang inda bebatu tu. Tapi ada jua yang makai perambut 30Ibs ka 40Ibs. Yang makai joran pun sama jua ada yang beperambut bebatu ada yang inda, ada yang mengumban jauh ada yang ampir, ada jua yang makai pelampong untuk mengail timbul.

Bermacam-macam jenis lauk yang bisdia belurih ani yang banyaknya tantulah ungah lapas atu kerapu ada yang basar ada yang damit. Banyak lagi yang putus sama lapas. Iatah salah-salah bah mun makai tangsi luan basar karang inda tia jua berapa mau makan lauk atu, mun tangsi damit mudah plang lauk
makan tapi mudah jua putus tu mun tekana batu dalam aing atu bah adedeh sekali ambat ganya tu.

Umpan pun macam-macam jua yang kana gunakan ada yang makai kembura ada yang makai basong. Ada yang bebalah lagi tu ngambil isinya ganya ada jua yang sekong bulat atu. Tapi mun basong kebanyakanya bepotong 2 atau 3 sama bebalah tu selalunya lah. Ada yang suka makai kepalanya atu jua. Tapi umpan kembura lah yang ungah paling suka dibandingkan sama umpan-umpan lain macam basong-basong atau udang walaupun yang hidup tu, tapi diumpankan jauh sedikit dari batu mungkin ada lauk lain mau makan tu macam berah-berahan sama ketambak. Eh cerita pasal
mengail tah plang andang semua ahli jua udah tau ni, ganya kan memberitahu untuk orang lain bah.

Iatah lapas 4 jam menahan kesejukan sambil angan-angan belurih ungah hahaha, iatah bilang orang kelaparan. Apa lagi makan ayam sama sausage yang besalai ah iatah nyaman tu makan ramai-ramai ah ayam lagi panas tu, ada yang bebata nasi sendiri be ampit-ampitan tah nasi ah. kan semua yang duduk behampiran tampat menyalai ah bilang orang kan bediang kesejukan bah. Inda tia lagi peduli ada yang makan 3/4 ganya masak, mun sausage mengampai saja sekajap udah kana sambar tia memanaskan sedikit ganya bah. Walaupun masa sahur atu inda berapa teratur tapi Alhamdulillah semua ampit makan ada lagi belabih 2 3 potong ayam sama 2 3 ekong tamban sampai pagi ah.


Ada yang meratah ayam ganya inda jua luan lapar nya kesejukan ganya bah. Banar plang tu pasalnya angin atu kuat sampai ke pagi bah, dalam pukul 4 kali macam makin kuat angin atu tapi Alhamdulillah inda hujan, mun hujan lagi sajuk banar tia tu. Ada jua yang makan sama nasi labih nasi katok yang kami makan awal belabih 3 bungkus sama ada yang bebata sendiri membawa nasi. Jurugambar biasalah menggambar orang ia dulu lapas atu baru tah ia makan disuruhnya plang orang lain menggambar mun ada yang kan digambar-gambar. Ada jua yang membubuhkan lauk tamban yang untuk umpan atu tapi yang alum bepakai plang tu, mun ia panas-panas atu
dimakan nyaman kali tu ah inda lagi nampak telinga tu mun ngam lagi cacahnya adehdeh sia-sia pun tais liur tah ku plang nah, karang tah meliat dikapal eh kali ada kapal tunda datang.

Lapas semua udah habis makan baru tah kami menimbang-nimbang lauk, siapa belurih ungah yang paling basar, siapa yang banyak belurih, kumpulan mana yang paling banyak belurih, lauk siapa yang paling ganjil sama siapa yang mula-mula sekali belurih lauk yang diutamakan ungah lah. Pasalnya temanya jua ungah GP iatah tu. Ungah ada jua kali 5 ekong yang basar mungkin ada 2 ekong kali yang damit, kerapu 2 ekong yang basar yang damit banyak plang eh, ada lagi macam-macam jenis lauk lah yang bisdia belurih ani.


UNGAH GRAND PRIX

Thursday, 19 November 2009

Bahagian 2 (2 post)

Sebelum Ungah GP dimulakan kami makan nasi katok dulu, lapas atu masing2 membuat persiapan ada yang membuat minuman, mengemas hadiah, memasang lampu makai genarator sama lantira, memastikan makanan untuk lapas Ungah GP semua sudah ada takut ketinggalan bah kelaparan karang bilang orang. Yang paling penting senjata untuk mengail macam umpan kail, joran, mata kail, lampu, pisau mun nada payah lagi minjam2 tu. Alhamdulillah semua barang keperluan ada ditempat atu.





Tu Popperazi meliat2 naindahnya ah yang bagas bepungkah dari perahu iatah becampur2 semua, inda salah tu ah popperazi karang beunjar dangan mun salah bawa. Eh napa ia Hj Win kelimpanan kah, nada papa tu eh padih kana aing hujan ganya tu mata ah.




Walaupun basah kuyup disebabkan hujan lebat ditambah lagi dengan angin kencang menyebabkan kesejukan yang mendalam sampai ketulang nya orang lah. Tapi semua atu sedikit pun inda pernah melunturkan semangat ahli2 Precious Anglers dan team jemputan untuk berjuang dalam Ungah GP yang julung2 kali nya ani. Diantara cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi dan dihadapi sebelum Ungah GP. Liat tu popperazi semangatnya berkobar2 walaupun sebenarnya ia ani menahan rasa kurang sihat sakit kepala bah.





Nah tu nyangku walaupun basah kuyup tapi kesiukan dan semangat untuk Ungah GP atu terpancar dari senyuman bisdia atu, pasalnya inda lagi batah Ungah GP akan dimulakan.

UNGAH GRAND PRIX

Sebelum Ungah GP dimulakan Pengerusi (Pa-iring) menerangkan serba sedikit mengenai Ujung Sapuh iaitu ia terletak di ujung Pulau Muara Besar dan sapuh atu adalah karang-karangan, batu-batuan atau takat-takat yang berada di dasar laut atau aluhnya atu. Memberitahu batu mana yang lebih banyak dihuni oleh lauk seperti ungah ani, sepanjang pengetahuannya yang sudah berapa lama mengail di sana atu. Dan menunjuk ajar serba sedikit cara mengail yang selalunya digunakan dan umpan yang paling laku atau umapan kegemaran ungah.

Dan Timbalan Pengerusi (C P Awie) pula menerangkan sekali lagi syarat2 dan kategori2 yang dipertandingkan. Masa mengail hanya 4 jam. Ahli2 boleh mengail di mana saja asalkan jangan bersendirian, tapi setiap kumpulan disyorkan disarankan digalakan disuruh, eh atu banar mun inda jua faham antah apakan lagi bahasanya, kalau boleh supaya berpecah bebagi-bagi setiap 1 tempat mesti ada beberapa orang dari setiap kumpulan. Ani adalah untuk menjadi saksi setiap lauk yang diperolehi.





Berkumpul semasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi memberi penerangan serba sedikit sebelum Ungah GP dimulakan. Sebenarnya keramaian ahli yang ikut Ungah GP ani dalam 31 orang semuanya, banyak yang inda ikut begambar pemalu bah.


Setelah hujan mengizinkan dan memberi peluang untuk kami memulakan Ungah GP dalam kira-kira pukul 8.45 malam hujan nada lagi turun, kami pun berkumpul untuk mendengar Pengerusi sama Timb. Pengerusi bekurapak mengenai pertandingan dan serba sedikit sejarah Ujung Sapuh. Selepas 5 minit bisdia bekurapak, kami pun membawa peralatan mengail dan umpan masing-masing menuju ketempat pengailan. Yang kebanyakannya menuju ketempat yang dikatakan lebih banyak ungah yang pernah dinaikan.

Semasa pertandingan berjalan inda ada orang yang mengambil gambar pasalnya semua orang kan mengail hahaha, masa pertandingan ganya 4 jam iatah masa atu PRECIOUS bah.

UNGAH GRAND PRIX

Wednesday, 18 November 2009

Bahagian 1 (2 post)

UNGAH GRAND PRIX (UNGAH GP)

Ungah GP selesai udah berlangsung pada 14/11/09 bermula pukul 9 malam sampai 15/11/09 pukul 1 pagi, yang banarnya dalam perancangan bermula pukul 8 malam sampai pukul 12 tengahmalam plang tu, tapi disebabkan oleh keadaan cuaca hujan dengan labatnya, angin bertiup kencang terpaksalah ditangguhkan sementara menunggu hujan taduh. Pertandingan atu Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan teratur dengan kerjasama dari semua ahli. Kerja2 berat dan susah menjadi ringan dan senang dengan bergotong royong seperti mendirikan khemah, menyiang-nyiangi kawasan persekitaran, menyediakan tempat penyalaian, membuat minuman dan macam2 lagi lah. Nya pepatah melayu ringan sama dijinjing berat sama dipikul. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli Precious Anglers kerana kitani telah berjaya mengandalikan pertandingan ani dengan sempurnanya.
Inda lupa jua diucapkan banyak2 terima kasih kepada orang yang menyumbangkan hadiah iaitu ;

Hj Win menyumbangkan 1 popper, 2 kotak mata kail steel
sama 2 kotak kili-kili

Fee Yant menyumbangkan 3 popper
Di Wan menyumbangkan tangsi daiwa 20Ibs dan
Deep Blue Fishing menyumbangkan 3 spool, 3 joran dan 1 bag joran




Jef adalah jurugambar sepanjang Ungah Grand Prix dijalankan bermula dari mesyuarat2 yang diadakan sampai tah berakhirnya Ungah GP ani, walaupun kadang2 disuruhnya jua orang menggambar kedia hahaha takut ia nada gambarnya. Terima kasih banyak2 diucapkan kepada JEF kerana dengan sukarelanya beliau menawarkan diri untuk mengambil gambar disepanjang Ungah Grand Prix atu. Tapi sayang masa pertandingan dijalankan nada ia mengambil gambar pasalnya ia pun sibuk jua mengail bah rugi tu mun inda mengail, inda apa tu Jef difahami tu. Yang ada ani pun sudah memadai untuk menunjukkan betapa meriahnya Ungah GP ani. Jangan jara bro ah.




Ani sesi menunggu rakan seperjuangan yang alum lagi datang atu, nda bebaya kami datang ah. Ada yang belaku awal ada jua yang akhir lapas waktu keraja bah pukul 4.30 ptg.




Popperazi sedia udah makai baju hujan nya tu.




Iatah inda dapat bergambar semua sebelum bertolak ka Ujung Sapuh ah. Dalam perjalanan trip pertama sudah tia hujan labat lagi tu.




Sambil2 menunggu atu becerita2 lah bincang2 jua pasal pertandingan tarus berkenalan dengan team jemputan dari KB Geng Lumut Anglerz.






UNGAH GRAND PRIX

Jurugambar tu kana gambar ah, inda menggambar ganya




Irman sama team jemputan




Ani pun team jemputan jua ni dari Geng Lumut Anglerz, menunggu giliran kan kana antar ke Ujung Sapuh ah




Siapa kan orang ani gagah usulnya eh, mau dicabar ngail ni orang ani,
main bola inda ku mau eh.
Pg Shariffudin salah seorang jemputan jua untuk Ungah GP ani.

UNGAH

Tuesday, 17 November 2009

UNGAH


Assalamualaikum

Name : Dawn Anglers
Bait : Kembura
Teknik : Fishing Spool (krikan plastik)
Mata Kail : VMC no. 8
Tangsi : 50Ibs
Keadaan Aing : Pasang pagi
Lokesen : Ungah Garden (Main Branch : Serasa) Lubuk Panyu
Masa : B4 kul 7 13/11/09
Barat : 1.5kg


Gambar ani disumbangkan oleh Dawn Anglers (Mohammad Wafi), teks asal Dawn Anglers sendiri.

Murah rezeki Dawn Anglers ani kan tiap minggu ia belurih ungah ani arah tempat yang sama lagi tu Lubuk Panyu nya ah. Tahniah bro Dawn Anglers, lain kali tah join ngail di UG ah bunyi2 saja ah mun kesana ok. Mun ada belurih lagi dialu-alukan ni untuk mengisi blog ani.
Terima Kasih Dawn Anglers kerana sudi mengongsikan Ungah di dalam blog ani.

banner

Saturday, 14 November 2009

Berapa jam saja lagi Ungah Grand Prix 2009 akan berlangsung di Ujung Sapuh. Cabaran Ujung Sapuh kali pertama ani akan disertai seramai
30 orang semuanya.

Dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu ;
1. Kumpulan Tangat 2. Kumpulan Buntih 3. Kumpulan Kembura

Semoga pertandingan ani berjalan lancar dan teratur
macam yang kitani rancangkan,

amin ya rabbal alamin.



Makluman

Siapa yang dapat awal atu dialu-alukan pasalnya perahu mungkin sudah ada menunggu dalam pukul 3ptg di Pantai Serasa Insya Allah. Yang awal atu dapat jua mengusai2 kah menabas2 kah menyiangi kah apa saja yang patut dibuat lah di Ujung Sapuh atu.

MESYUARAT

Tuesday, 10 November 2009

Dimalam 9/11/2009 kami ada perjumpaan untuk membincangkan pasal UNGAH GRAND PRIX, di rumah C P Awie pukul 7 mlm yang di pengerusikan oleh CP Awie.
Diantara yang dibincangkan pembahagian ahli-ahli secara undian dan mengenai makanan. Ahli-ahli yang belaku datang Padamit, Jeep, Raman, Hj Win, Hj Sham, Awi, Alus, Diwan, Acai, Popperazi, Yarit, Jimi, Mohet, Irman, Pa-iring dan Tuan Rumah C P Awie



C P Awie, Raman, Popperazi, Jeep


Jimi, Hj Sham, Hj Win Pa-iring



Yarit, Diwan, Acai, Alus, Awi.

Dimalam atu ada lagi ahli yang menyumbangkan hadiah, 3 popper disumbangkan oleh Hj Pian (Yarit), tangsi 20Ib lupa ku jenamanya disumbangkan oleh Duwan, 1 popper, 2 kotak pemata, 2 kotak kili-kili di sumbangkan oleh Hj Win.
Terima Kasih kepada yang menyumbangkan hadiah atu ah yang mahal-mahal lagi tu.

mesyuarat

Ani adalah 3 kumpulan yang telah diundi ahli-ahlinya seramai 10 orang setiap kumpulan. Yang inda belaku datang pun diundi jua tu.

1. KUMPULAN TANGAT
2. KUMPULAN BUNTIH
3. KUMPULAN KEMBURA



1. KUMPULAN TANGAT

ahli-ahlinya ;

Padamit (ketua), C Jeep, Taib, Fee Yant, Sufri, C Zul, Husaif, Dini dan Irman




2. KUMPULAN BUNTIH

ahli-ahlinya ;

C Boy (ketua), Acai, Jimi, Ze, Bob, Azmi, Zulhazman, Hj Khairil, Maman, C P Awie




3. KUMPULAN KEMBURA

Ahli-ahlinya ;

Awi (ketua), Hj Win, Hj Sham, Raman, Alus, Diwan, Mohet, Jama, Ramlly dan Dom

MAKLUMAN

Monday, 9 November 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

DIMAKLUMKAN KEPADA AHLI2 PRECIOUS ANGLERS YANG KAN IKUT PERTANDINGAN HARI SABTU ANI 14-15 NOVEMBER 2009.

DIMESTIKAN HADIR KARANG MALAM 9 NOVEMBER 2009 ARAH RUMAH C P AWIE DI TASEK LAMA PUKUL 7 MLM. KERANA UNTUK MEMASTIKAN SAMADA AHLI ATU IKUT ATAU INDA, UNTUK MENJELASKAN BAYARAN $15.00, UNTUK MENGUNDI KUMPULAN, AHLI, TEMPAT, PEMBAHAGIAN TUGAS SAMA PERLANTIKAN AJK, LAIN LAIN HAL.

KALAU BOLEH
AWAL DATANG
AWAL MULA
AWAL MULIH

TERIMA KASIH

UNGAH

Precious Anglers turun hari sabtu 7/11/2009 di Pantai Serasa dari pukul 5.30 ptg lah kan mengail ungah di Ujung Sapuh. Bisdia ani kira bejarum-jarum lah sama ungah di sana ah hahaha untuk Ungah Grand Prix 14/11/2009.


Masa menurunkan perahu ani tepaksa seorang di perahu ni, takut melajak jauh tia anyutnya payah lagi menanangi mun kelurusan ada perahu lain bisai dapat jua menumpang kan mengaga. Pernah udah bah sekali masa turun di Muara inda tekanang kan naik seorang diperahu, cuba tia melajak ah nah tepaksa dinanangi ah dalam lagi tu hahaha yang menanangi atu senyum2 saja ah jan marah eh, inda apa jadikan pengajaran tu supaya beingat2 lain kali.


Ani masa menunggu C P Awie alum datang ia dari bandar, Padamit pun ada tu nah sama c cute Farahiyah (Dang Damit) nya ah, tapi Padamit inda ikut turun. Sambil2 menunggu atu geng2 diperahu mengusai2 kail tu bisdia ah, mun sampai di Ujung Sapuh karang tarus melabuh kail inda lagi payah kan mengusai-ngusai nya. Banar jua tu ah inda membuang masa kan. Ani digambar oleh Budamit.


Ni nah geng Precious semua udah ada yang kan turun hari atu lah, sebelum betolak begambar dulu nya Pa-iring. Dari yang seluar oren atu Dini, C P Awie, Duan, Jimi, Pa-iring, Awi sama Irman. 7 orang bisdia turun ari atu.


Ani tah saguhati yang bisdia balurih dari bejarum-jarum di Ujung Sapuh ah, 3 ekong ungah 1kg ke atas, 6 ekong ungah yang 1kg dan kebawah, 3 ekong kerapu yang 1kg ke atas, 6 ekong kerapu yang 1kg dan kebawah sama sekong bb ketambak. Bebaloi jua lah walaupun tekandung hujan labat angin kuat sama beombak. Syukur Alhamdulillah ada jua kan dibawa mulih. Tahniah geng Precious Anglers. Jangan lupa ah hari sabtu ani 14/11/2009 tani mengantat berian esuknya besanding tu ah.


ngail di Jambatan Queen

Saturday, 7 November 2009

Kelamari C P Awie, Padamit sama keluarga mengail di Jambatan Queen dari pukul 4 ptg sampai 6 ptg, malabuh bintur jua tapi nada blurih ketam umpan kembura ganya, ngail pakai umpan udang hidup sama kembura pun nada belurih jua. Mana tah kan nada belurih macam main-main ganya, tapi inda apa lah besantai saja bah. Kami datang sana ada udah orang ngail jua cina 3 orang ada jua Geng Night Anglerz G Ham 2 orang tapi inda ia batah bepindah tia jua.


Farahiyah (Dang Damit) tu ngail, udah kan di gambar sampat lagi membuat mua cute, andang nya jua cute bah. mula-mula dingin saja nada bunyi2 nya farahiyah udah inda lagi batah kan balik baru tah ia iski kan mengail macam enjin diesel bah lambat panas hahaha. Mana tah kan jua orang nyaman tidur dibanguni iatah membarinya macam malas saja usulnya.


Tu nah Farahiyah sama Kak Long (Diana, sepupu Farahiyah) mengail macam si banar ah orang menawakan kedia. Udah panas enjin nya suaranya tia ganya bah kan didangar.


Farahiyah sama sepupunya Nurul, Aina, Shasya, Nisa sama Kak long (Diana), bukan nya kan mengail banar bisdia ani kan bemain tah plang bah. Bising lagi baibun kalau pasal mengail baik jua, bila kan digambar atu iski bilang orang.


Nah tu nyangku mun kan di gambar atu iski banar bisdia, Diana, Aina, Nisa, Shasya sama Nurul inda kenampakkan.

Nurul, Nisa sama Diana sampat lagi masbuk tu kan digambar ah, kan disuruh menggambar inda tia mau, inda pandai tah nya eh macam-macam bah.

Mesyuarat

MESYUARAT KALI KEDUA DI RUMAH PA-IRING
5 NOVEMBER 2009. 7.00MLM
UNTUK CABARAN UJUNG SAPUH 14 NOVEMBER 2009


Diantara yang hadir Irman, Jimi, C P Awie,

Tuan rumah Pa-iring, Awi, Markos, C Boy, Ze

Hj Win, Padamit, popperazi

Yang inda ada dalam gambar tentunya jurugambar Jef sama Dini


Mesyuarat bermula kira2 dalam pukul 7.45 mlm dengan dimulai bacaan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Pa-iring.

Agenda2 yang dibincangkan pada malam atu ;
- Acara2 yang dipertandingkan
-Syarat2 pertandingan
- Perbelanjaan
- Lantikan Jawatan Kuasa

Acara2 yang dipertandingkan ada 2 kategoti;

1. Perseorangan
2. Berkumpulan


1. Kategori Perseorangan

1.1 Lauk pertama
1.2 Ungah paling berat
1.3 Lauk Ganjil
1.4 Popping menuju buoy (tepat/kana)

2. Kategori berkumpulan

2.1 Lauk paling banyak
- Tempat Pertama
- Tempat Kedua
- Tempat Ketiga


Syarat2 Pertandingan ;

1. Terbuka untuk Ahli2 Precious Anglers sahaja
2. Bayaran kemasukkan $15.00 tiap seorang
3. Masa pertandingan 4 jam sahaja (8 hingga 12 mlm),
kecuali kategori perseorangan 1.5 masanya sampai pagi
4. Membawa peralatan sendiri (lampu, pisau dll)
5. Hanya dibenarkan memasang 2 krikan 1 joran atau 1 krikan 2 joran (max. 2 pemata)
6. Umpan membawa sendiri
7. Dibahagikan 3 kumpulan, 7 - 8 orang 1 kumpulan (undian)
- Kumpulan Kembura
- Kumpulan Buntih
- Kumpulan Tangat
8. Tempat akan diundi kecuali batu 4 (bebas).

Lantikan AJK sama perbelanjaan inda payah dimaklumkan di sini OK, tapi akan di maklum pada perjumpaan kitani lagi sekali
9/11/2009 di rumah C P Awie
jam 7.00 mlm

Pertandingan ani digelar UNGAH GRANDPRIX 2009


SEMUA AHLI PRECIOUS YANG AKAN IKUT SERTA DALAM UNGAH GRANDPRIX 2009 DIMESTIKAN HADIR PADA PERJUMPAAN YANG KETIGA ANI NANTI, UNTUK MEMUTUSKAN SAMADA IKUT ATAU INDA, DAN BAYARAN JUA MESTILAH DISELESAIKAN PADA MALAM ATU OK.

MAKLUMAN

Wednesday, 4 November 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم دان سلام سجهترا

DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI
PRECIOUS ANGLERS

KITANI MENGADAKAN PERJUMPAAN SEKALI LAGI MALAM ANI
4 NOVEMBER 2009
UNTUK MEMBINCANGKAN
CABARAN UJUNG SAPUH
DI RUMAH PA-IRING
SELEPAS SEMBAHYANG
FARDHU MAGHRIB
INSYA ALLAH
SIAPA2 YANG BELAKU ATU DIALU-ALUKAN DATANG
KALAU BOLEH DATANG AWAL AH
MUN TANI AWAL MULA
DAPAT AWAL ABIS

BAH ATU SAJA TERIMA KASIH

MAKLUMAN

Tuesday, 3 November 2009


Dimalam Precious Anglers mengadakan perbincangan mengenai CABARAN UJUNG SAPUH di restoran Pantai Serasa dari pukul 7.30 sampai 9.30 mlm ala kadar saja lah. Ahli-ahli yang belaku datang Padamit, C P Awie, Pa-iring, Jimi, Popperazi, Fian, Awi, Raman, Jef, Ze, Markus dan Si Boy. Yang inda belaku datang atu dengan sendirinya ia setuju lah hahaha.

Yang dibincangkan dimalam atu mengenai aktiviti yang akan diadakan, makanan, pengangkutan (perahu) sama kutipan.


Aktiviti atau pertandingan yang dipersetujui akan diadakan nanti :

  1. Orang yang mula-mula sekali belurih lauk, inda kira apa saja lauknya (lauk pertama).
  2. Orang yang belurih UNGAH paling besar.
  3. Orang yang belurih UNGAH paling damit.
  4. Orang yang mula-mula belurih 3 ekong UNGAH.
  5. Orang yang paling banyak belurih lauk (berapa ekong).
  6. Orang yang belurih lauk paling berat (berat keseluruhan lauk yang diperolehi).
  7. Orang yang belurih lauk paling besar (sekong), inda kira apa saja lauknya.
  8. Orang yang belurih lauk ganjil.
  9. Orang yang paling tepat mengumban popper ke arah buoy (tekana buoy).

Syarat-syaratnya ;

  • Tiap seorang hanya dibenarkan mengunakan samada;
2 krikan dan 1 joran
atau
1 krikan dan 2 joran

Setiap krikan atau jorang hanya dibenarkan memasang 2 mata kail sahaja.
Joran ani boleh jua digunakan untuk popping atau casting.

  • Umpan sendiri membawa ah.
  • Pertandingan ani hanya untuk ahli-ahli Precious Anglers SAHAJA.


Kutipan yang dipersetujui adalah sebanyak $15.00 setiap seorang, atu udah masuk belanja makan, minum, pengangkutan sama hadiah tu. Boleh jua mun kan membawa makanan selera sendiri tetapi MINUMAN KERAS, DILARANG KERAS jua tu. Ahli-ahli pun boleh jua mun kan menyumbangkan hadiah hahaha.

CABARAN UJUNG SAPUH ani akan diadakan pada
14-15 November 2009.
26-27 Zulkaedah 1430.


Tempat berkumpul di Pantai Serasa arah tempat paking perahu, siapa kan awal datang boleh jua pasalnya perahu mungkin sudah ada dalam pukul 3ptg tu. Tapi kalau boleh bekumpul dulu ramai-ramai baru minta antar ke Ujung Sapuh kira-kira 6-7 orang sekali jalan (trip), 10 orang pun boleh tu jimat jua minyak kan. Keselamatan tanggunjawab kitani bersama ok.

Mun ada kemuskilan apa saja lah, boleh lah betanya arah C P AWIE atau PADAMIT.

SATU KATI SATU LINGGIT, bintur kacap

Monday, 2 November 2009

Ani sambungan SATU KATI SATU LINGGIT yang pengabisan ni. Akan datang mungkin ada lagi cerita2 lain, petua2 orang tua2 dulu, cara2 mengikat pemata, membuat batu macam2 lagi lah.


Jika ketam yang sudah didapat terlepas semula ke air, penarik mestilah bertindak pantas dengan menyiut kembali ke air dengan menggunakan bintur itu sendiri, jika bernasib baik ketam tersebut akan didapat semula, kalau sudah memang rezeki ia tak kan ke mana. Begitulah betapa pentingnya kedua-dua posisi ini. Keadaan ini akan berlarutan hingga kebintur yang terakhir. Setelah aksi membangkit yang kedua ini berakhir kesemua pembintur akan kembali berehat di bawah pohon perapat sambil memayuk ketam yang berada di bawah ruang tadi. Ketika matahari berada betul betul di atas kepala keadaan cuaca dipersekitaran akan bertambah panas. Keadaan arus air pula akan mula berkurangan dan menyebabkan ketam juga akan berkurangan. Inilah masanya juga waktu berehat akan diperpanjang. Dikesempatan ini pula juadah makanan tengahari akan mula dinikmati. Walaupun sekadar berlaukan ala kadar sahaja, namun kelazatan dan kenikmatannya sukar digambarkan. Seperti dalam hidup berjiran lauk yang dibawa oleh masing-masing akan dikongsi bersama diantara kumpulan. Setelah selesai menikmati jamuan tengahari, pohon perapat yang agak rendang daunnya adalah menjadi pilihan untuk berteduh dari panas yang terik. Dengan memanfaatkan limbunan dari pohon perapat dan tiupan angin yang begitu lembut kadang-kadang mata akan terlelap terjaga juga olehnya. Jika terlelap pun hanya sekadar tidur-tidur ayam. Apa pun jua saat-saat begini memang sukar untuk dicari. Setelah sekian lama berehat dan melegakan kepenatan, waktu untuk beraksi semula telah tiba. Pasang penuh biasanya akan berakhir di sebelah petang. Ini menyebabkan arus akan berkurangan sesuai untuk dilabuh di kawasan aloh sungai, kerana keadaan air yang agak tinggi. Kerana tali bintur yang pendek tidak akan sampai ke dasar ataupun ke tanah.

"Eh dalam banar sudah aing ani, baik tah ketani ke siring" tiba-tiba cadangan berpindah kedengaran dari luahan seseorang. "Au ketamnya inda jua berapa lagi" balas ku dengan nada yang mempersetujui akan cadangannya. Setelah membuat perkiraan beberapa aspek kami telah membuat keputusan untuk berpindah. Tempat berpindah hanyalah sekadar mengalihkan kesemua bintur-bintur ketepi berdekatan dengan pepohon bakau, atau dengan perkataan yang lumrah kami gunakan dan difahami iaitu (belalih ke darat).

Tidak disangkal kadang-kadang pendapatan di tepi pepohonan bakau akan lebih hebat, ketamnya akan berukuran lebih besar dibandingkan dengan tempat sebelumnya. Akan tetapi disebelah tepi ini cabarannya juga hebat. Keberanian sudah pasti akan tercabar. Terpulangalah kepada kumpulan itu sendiri mengikut keberanian masing-masing.Kerana selain dari melabuh di tepi-tepi bakau pembintur juga boleh melabuh ke dalam anak-anak sungai. Tetapi mestilah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Di dalam hutan paya bakau ada bermacam-macam jenis binatang menumpang hidup, ada kalanya pembintur akan terserempak dengan ambok, kikuk, beruk, barang-barang, ular, biawak dan berbagai-bagai lagi. Seperti yang saya katakan tadi ianya bergantung kepada keberanian masing-masing. Bak kata pepatah "tepuk dada tanya selera" namun apa-apa pun demi harapan untuk mendapat hasil yang lebih lumayan, segala rintangan yang mungkin terjadi akan tetap diharungi.

Disetiap sudut anak-anak sungai akan menjadi rebutan kepada satu-satu kumpulan. Namun biasanya sikap berampit-ampitan akan tetap berperanan di lubuk hati masing-masing. Seperti yang saya katakan bergantung kepada keberanian masing-masing ada kalanya satu atau dua kumpulan agak jarang muncul kelihatan walaupun dikala waktu rehat. Kerana mungkin saja kumpulan tersebut akan melabuh bintur-bintur mereka jauh ke dalam menyusur anak sungai tersebut. Berbeza pula halnya dengan kumpulan saya, maklumlah diawal usia remaja sifat separuh berani dan separuh takut akan menghantui fikiran. Namun atas dorongan dari rakan-rakan yang lain segalanya itu akan dapat diatasi dengan tabah dan sabar. Dengan berbekalkan salam dan tawakkal segalanya berjalan lebih lancar.

Aktivi yang hambar diwaktu tengahari kini telah berubah menjadi lebih sibuk sedikit demi sedikit. Ketam-ketam akan mudah diperolehi di lubuk sungai, lebih-lebih lagi ukurannya agak besar dan jantan atau lebih dikenali sebagai "ketam tua". Ketam tua memanglah hasil yang diidam-idamkan dan menjadi sasaran utama kepada setiap pembintur. Pergerakan di lubuk sungai memang terbatas sekali, ada kalanya tidak menggunakan pengayuh untuk bergerak hanyalah meniti dan berpaut pada dahan bakau sekeliling. Bunyi bising juga sensitif. Jadi untuk membuat pergerakan haruslah berhati-hati jangan sampai ketam yang tengah memakan umpan akan terlepas begitu sahaja. Jika sudah memang takdir akan terlepas, memanglah perasaan hampa akan jelas kelihatan, namun segalanya akan diiringi dengan kata-kata petua "dui... malai ku... jangan kau jara".

Aktiviti membangkit akan terus dijalankan, walau apa pun yang terjadi dan yang bakal terjadi. Semuanya itu sudah menjadi asam garam yang biasa dihadapi. Kewaspadaan akan terus dipertingkatkan supaya kejadian seperti itu tidak akan terjadi lagi. Dalam keadaan ini pembangkit akan berasa tertekan, tentu saja bintur seterusnya yang akan dibangkit lebih berhati-hati lagi. Dengan pengalaman yang ada, satu-satu bintur yang dibangkit ada mempunyai tanda samada bintur tersebut ada penghuni atau tidak. Secara tidak langsung ia akan memberi amaran awal supaya akan lebih bersedia. Tanda tersebut adalah berupa "burinih" atau kumpulan udara yang timbul ke permukaan air yang terhasil dari pernafasan dari ketam yang menghuni bintur tersebut.

Sekali lagi pengalaman dan kepintaran akan dapat menyelesaikan masalah yang yang dihadapi. Semua ini akan berterusan hingga kebintur yang terakhir. Suasana akan lebih nampak teruja, kerana disaat ini sudah terasa kejayaan yang akan dimiliki. Sudah tentulah bila dijual nanti akan mendapat hasil yang lumayan.

Indah... memang begitu indah sekali bila dikenang cerita lama sebegini. Semua ini masih segar dalam ingatan. Waktu begitu cepat berlalu, namun setiap waktu yang berlalu itu telah tidak dapat dimanfaatkan, dibebani dengan seribu kenangan yang bisa mendidik, menjadi bekalan sehingga ke hari ini. Inilah yang dikatakan RAHMAT ALLAH walaupun pada dasarnya kami tidak membesar dalam suasana yang serba mewah, namun aku merasa bersyukur kerana keistimewaan yang ku miliki masih dapat dimanfaatkan sehingga ke hari ini.

Mungkin pada masa ini apabila disebut soal laut di dalam mana-mana perbincangan, saya percaya awal-awal lagi sudah ada yang membayangkan mauk (mabuk laut), ombak besar, gelora dan sebagainya. Namun, semua itu adalah sebaliknya bagi yang sudah sejak kecil bermain dengan gelora, bertarung dengan ribut, berjuang dengan arus dan sebagainya. Malahan apabila saja disebut soal laut, minda ku akan melonjak, " ya ada persoalan apa dengan laut ?". Begitulah cepatnya jiwa ku bertindak balas seperti seorang pakar yang bersedia menjawab sebarang pertanyaan. Semua ini bukan mendabik dada, akan tetapi inilah yang dikatakan nikmat ilmu.

Suasana atau kaedah menangkap ikan sekarang sudah jauh berbeza, segalanya telah berubah begitu pesat sejajar dengan kemajuan dunia sekarang. Namun objektif utamanya tetap sama. Kalau dibanding pendapatan dahulu dan sekarang juga sudah tidak dapat dibandingkan, namun semua itu bukanlah menjadi ukuran.

Dengan berbekalkan pengalaman serta bakat yang ada aku telah menerokai bidang perikanan lebih jauh lagi. Kalau dulu perahu kayu (gobang) dan beradayung akan tetapi sekarang sudah menggunakan enjin motor sangkut dan perahu gantian kaca yang lebih mantap, cukup untuk mengharungi lautan dalam yang bergelora. Peralatan pula lebih jauh maju berkali ganda dan berjenama khusus. Namun semuanya terpulanglah kepada kemampuan masing-masing. Ada yang sanggup berbelanja sehingga beribu ringgit untuk mendapatkan peralatan yang lebih canggih. Walau apa pun segalanya tidaklah terletakkepada peralatan yang maju, jika tiada ilmu di dada.

Setelah hasil selamat dijual dan duit jualan telah pun berada di tangan, kami pin mengucapkan terima kasih kepada tauke ketam tersebut sambil beredar dari situ menuju ke kedai kopi di bawah panggung Bolkiah. Disini kami akan berehat seketika dengan memesan minuman cindol atau minuman kacang. Disinilah satu-satunya kedai kopi yang menjadi pilihan, mungkin kerana kedudukannya yang berdekatan dengan tambing Kianggih. Sambil menikmati minuman cindul dan kacang kami akan berbual-bual sedikit mengenai dengan hasil tangkapan dan membahagikan duit yang yang baru sahaja kami perolehi. Kalau hasil tangkapan seberat 10 kati bererti kami akan di bayar sebanyak $10.00. Kami sudah begitu sinonim dengan ungkapan tauke "satu kati satu linggit". Ini bererti kami akan mendapat bahagian sebanyak $5.00 tiap seorang. Alhamdulillah, jumlah tersebut memadailah untuk perbelanjaan sepanjang minggu. Setelah masing-masing mendapat bahagian saya dan rakan-rakan yang lain, tidak langsung pulang ke rumah akan tetapi meneruskan perjalanan berlegar-legar di kawasan bandar atau mungkin saja terus menuju ke kedai Klasse Jaya, Kota Mutiara, Emporium Ocean atau Jetsin. Saya rasa kedai-kedai inilah sahaja yang boleh dianggap bertaraf pasar raya pada waktu itu. Di sini kami bolehlah mendapatkan keperluan sekolah seperti alat tulis, buku-buku atau pakaian asalkan harganya mengizinkan untuk dibeli. Maklumlah jumlah kewangan yang begitu terhad, terhadlah jua apa yang akan dibeli. Setelah puas mengelilingi kedai-kedai tersebut dan memperolehi beberapa barang sekolah yang diperlukan tibalah masanya untuk pulang semula ke rumah. Di dalam perjalanan pulang saya tidak pula lupa untuk membeli sedikit buahtangan untuk ibu dan adik-adik saya yang berada di rumah.

Perjalanan pulang ke kampong adalah dengan menaiki perahu tambang dengan bayaran 50 sen tiap seorang. Kadang-kadang terlena seketika ditiup sang bayu dan kelajuan perahu tambang mungkin juga keletihan bangun diawal pagi dan pulang lewat petang.

Apa yang telah saya paparkan ini semuanya adalah pengalaman yang benar dan bukannya rekaan sebagai sebuah cerita. Semoga ianya akan dapat memberi manfaat kepada generasi yang akan datang sebagai penanda aras atau sukat-sukat. Terpulanglah kepada generasi masa depan untuk memanfaatkannya biar dari sudut mana pun jua. Disamping itu nukilan ini akan menjadi ristaan kepada rakan sebaya yang pernah berjuang bersama, berkayuh bersama dan mengharungi usia remaja penuh dengan kenangan pahit dan manis.


Ani tah pengalaman Pa-iring yang pernah dilalui di usia remajanya, mengisi masa lapang dengan membuat pekerjaan yang mendatangkan hasil bukan saja wang ringit tetapi yang lebih tinggi nilainya pengalaman dan pengajaran yang penuh bermakna ini. Berdikari sendiri untuk mendapatkan perbelanjaan sekolah dan keperluan seharian.

Aku mewakili Pa-iring memohon maaf sekiranya ada perkataan-perkataan yang kurang difahami atau mungkin menyinggung perasaan pembaca semua.

Dimasa akan datang mungkin ada lagi pengalaman lain dari Pa-iring, atau ahli2 yang lain jua digalakkan, mungkin petua-petua serta pantang larang dari orang tua-tua dahulu, mungkin cara-cara membuat bintur, membuat rawai, bubu, mengikat mata kail, membuat papar atau anjun. Cara meramal cuaca hujan angin awan ombak atau apa saja lah mengenai penangkapan ikan.

Sama sama lah katani menunggu dari Pa-iring dikeluaran akan datang Insya Allah.


MAKLUMAN

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

DI MAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI PRECIOUS ANGLERS

CAPT. PRECIOUS ADA CADANGAN

KAN MENGAIL DI UJUNG SAPUH BERMALAM SAMBIL MENYALAI
TARIKH NYA ALUM KOMPOM
TAPI CADANGAN
14-15 NOVEMBER 2009
26-27 ZULKAEDAH 1430
KALAU AHLI2 YANG LAIN ADA CADANGAN TARIKH ATAU TEMPAT
MAKLUMKAN SAJA DI SHOUTMIX ATAU ARAH KOMEN
MUNGKIN KITANI MENGADAKAN KUTIPAN TU JUA UNTUK MAKANAN, MINUMAN,
SAMA MINUMAN ENJIN PERAHU HAHAHA

BESAR KEMUNGKINAN ADA SATU GENG ANGLERZ JOIN SAMA KITANI TU




SATU LAGI MAKLUMAN

BAJU KITANI SIAP ESUK TU
SIAPA2 YANG ALUM MENJELASKAN BAYARANNYA ATU
BOLEH LAH MENGHANTAR HARI ANI ARAH
CAPT. PRECIOUS ATAU PA-IRING
BAJU ATU BOLEH DIAMBIL NANTI DI RUMAH PA-IRING
ESUK MALAM


ATU SAJA MAKLUMAN NYA, TERIMA KASIH.