I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

jigging

Saturday 12 June 2010

Hari Khamis 10 Jun kami turun untuk menjig lagi tapi kan mencuba jua mengail dasar kali ani. Capt. Precious, Padamit, G-Mi sama Hj Win, dalam pukul 4 ptg kami tolak dari rumah, dalam perjalanan menuju ke Jerudong atu udah turun hujan labat lagi tu. Popperazi udah menunggu di Jerudong siap sama umpan, minuman sama nasi nya. Macam biasa singgah membali minyak dulu lapas tu membali ais, makanan sama minuman.


Udah kami sampai di penurunan perahu hujan pun makin bekurangan tapi alum plang taduh banar. Kuat udah hati atu kan turun, kurang pengalaman mengenai cuaca ani, inda lagi ingau kan hujan turun saja lah. Kira-kira labih 5 km perjalanan ombak atu makin basar berangin lagi tu, kami taruskan jua. Makin jauh makin basar tia lagi ombaknya ah ahirnya bepatah balik tah kami jua, turun sikit saja lah. Sambil menunggu taduh menganjun kami dulu mengambil umpan hidup, ada jua lah temanung, sulai, temanung besurat. Masa kami menganjun atu ada sebuah perahu mengampiri kami, dapat jua lah becerita-cerita sekalinya ada jua bisdia ani tekilala rupanya geng cincangman. Kan mencuba nya di kawasan sini ani, puas udah mengail di Tutong atu kan mencari languran bah nya. Kira-kira udah cukup umpan atu cuaca pun taduh sikit, baru tah kami naik menuju takat-takat yang di kawasan Maharaja sama Jasra ah.

Udah sampai ke tempat yang dituju atu, tarus tah kami menjig. Lapas berapa kali mencuba inda jua ada makannya atu pindah kami lagi arah lain, di sana baru tah ada makannya Hj Win belurih berah-berahan, G-Mi belurih lingkuh. Banyak jua makannya atu lah tapi putus tia ganya ada yang lapas. Lapas Hj Win menaikkan berahan atu ada lagi 2 buah perahu kan mencuba jua mengail di sana. Batah udah inda makannya pindah kami lagi ke Jasra, ramai jua orang lain yang mengail sana atu lah. Hujan pun lakat lagi turun, betaduh tah kami di sana sambil mengail dasar sama jigging jua lah. Iatah Capt. Precious ganya belurih tawih, languran sama tungkul ah. Iatah ganya lurih kami tu berahan, languran, tawih, lingkuh sama tungkul ah.

0 comments: