I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

PRECIOUS 11

Friday 20 May 2011

PRECIOUS II

Al Hamdulillah Precious Anglers kini telah mengembangkan dan menaikkan lagi PRECIOUSnya dengan menambah sebuah lagi perahu buatan Ken & Tan. Perahu ani berukuran 26 kaki panjang dan 8 kaki lebar, ianya akan dilengkapi dengan 2 buah enjin baru Yamaha 85 kuasa kuda beserta kelengkapan GPS & Fish Finder baru untuk kemudahan mengail nanti.


Persiapan dan pengubahsuaian perahu ani mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan, iaitu kotak steering yang ditembah sendiri, penyimpanan minyak sama tempat penyimpanan kering disasar ke depan sedikit supaya di bahagian belakang lebih luas.


Kotak steering ani direka sendiri oleh kami

Buat-buat menunggu perahu atu siap, para ahli sama-sama bergotong royong menyiapkan trailer untuk perahu ani yang mana pada masa ani telah siap sepenuhnya. Terima kasih PA-iring sama anaknya Wan kerana telah sudi membuatkan trailer ah, nanti tah membawa ke laut ah hahahaha.


Pancingan ahli Precious lebih tertumpu kepada kaedah jigging dan popping, jadi kata sepakat telah pun diambil bagi konsep perahu ani iaitu menitikberatkan keselesaan ruang yang luas untuk berlegar bagi memudahkan aktiviti atu nanti.


Gambar ani menunjukkan hampir 80% perahu ani telah pun siap dan hanya tinggal lagi kerja mencat akan dijalankan.


Kerja-kerja pengecatan perahu sedang dijalankan dengan teliti.



Diantaran Ahli Precious yang datang melawat dan memerhati semasa kerja-kerja mencat dijalankan. Bisdia ani macam inda lagi sabar usulnya kan merasai perahu, macam-macam udah angan-angannya...hehehe. Bah apa usulnya inda ligak-ligak perahu ani, mun camani atapnya kompom inda kehujanan ni.


Dan ani tah hasilnya perahu yang telah siap dicat.


Kami semua telah pun menyetujui warna bagi perahu ani iaitu hitam, putih dan merah beserta logo PRECIOUS II akan diletakkan di sisi belakang perahu atu nanti. Warna cat ani dipilih bagi menampakkan kegarangan warna perahu serta menimbulkan rasa semangat para ahli untuk menggunakannya nanti.


Dan Insya Allah jika inda ada halangan perahua ani akan mula beroperasi pada awal bulan Jun ani nanti.

Oleh : Hj Win

0 comments: