Berahan
Wednesday, 27 October 2010
Hasil Tangkapan
Monday, 25 October 2010
Alhamdulillah berjumpa kita lagi pada keluaran kali ini. Pada keluaran kali ini saya hendak memperkatakan tentang hasil tangkapan. Setiap pemancing mempunyai hasrat dan impian untuk memperolehi hasil tangkapan yang besar dan banyak. Tidak kiralah apa jenis ikan sekalipun. “Hari ani macam lain bah macam kan belurih yang basar” perkataan seperti ini sudah sering saya dengar, impian dan harapan si pemancing mulai melambung tinggi ketika mana-mana trip akan bermula. Hasrat dan impian ini lah sebenarnya yang mendorong kita untuk melakukan apa sahaja. Melakukan apa sahaja bererti sanggup berbelanja besar, sanggup mengorbankan masa yang banyak, memberikan keutamaan kepada aktiviti memancing daripada kegiatan yang lain-lain dan sebagainya. Kegiatan selain dari memancing sering berada di tempat kedua, ketiga dan seterusnya. Perkara tidur sudah terkeluar dari senarai semak jika berada dalam suasana memancing. Mata tidak akan terlelap walau sesaat selama 24 jam jika keadaan masih ditolak oleh keinginan. Apa tah lagi sang habuan yang dicari baru muncul disaat-saat akhir.
Bagi nelayan sepenuh masa dan pemancing suka-suka mempunyai banyak perbezaan dari segi objektif, namun hasil tangkapan lah puncak segalanya. Hasil dari pengamatan saya perbezaannya sangat ketara sekali. Sebagai contoh nelayan sepenuh masa, ada suatu ketika nya akan menurunkan hasil tangkapan 2,3 tray atau lebih tanpa ada banyak perbualan ulasan untuk dipasarkan. Jauh dalam lubuk hati ”Bila tah ku kan belurih banyak camani ani ah”. Keadaan seperti ini lah yang akan mendorong para penonton (Pemacing ) ingin mengorak langkah lebih jauh lagi. Bagi saya itulah pertanda bahawa kita masih kekurangan ilmu dalam memancing. Pernah suatu ketika saya menyaksikan hasil tangkapan mereka yang begitu lumayan menyebabkan saya lupa menarik nafas buat seketika. Saya begitu teruja dengan hasil tangkapan mereka yang sebegitu banyak. Apa pun itu adalah rezeki mereka. Namun Saya berasa bangga dengan rakan-rakan pemancing semua yang mempunyai sifat mensyukuri apa yang ada. “Ada...ada, nda...nda, yang penting turun ke laut”.

Alhamdulillah tidak disangkal ahli-ahli Precious Anglers sudah sering kali menaikkan hasil yang tidak kurang lumayan juga dari segi ukuran mahupun banyaknya tangkapan seperti yang dipaparkan dalam rekod tangkapan di ruang sebelah kanan. Namun tidak juga semua trip memancing berhasil dengan tangkapan yang lumayan, ada juga ketikanya habuan sekadar membawa pulang ais dan ikan tongkol seekor berat kurang dari sekilo dan beberapa ekor pisang-pisang hasil dari anjun . Disaat inilah suasana akan menjadi seram sejuk ketika sesi membahagi hasil tangkapan, selain dari itu sesi fotografi pun tidaklah begitu meriah atau tidak ada sesi fotografi, masing-masing akan berasa rendah hati dan akhirnya hasil akan jatuh ke tangan tuan rumah. Inilah yang dikatakan pahit dan manisnya memancing atau asam garam yang harus kita lalui.
Dengan mempelajari dan meneliti pengalaman yang lalu, beberapa strategi telah dan sedang rancak diatur. Sebelum bermulanya bulan ramadhan yang baru saja berlalu, projek membuang Raba telah selamat dijalankan. Alhamdulillah raba tersebut telah menampakkan petanda positif dalam beberapa percubaan sebelum ini. Semoga hasil tangkapan nanti akan bertambah baik. Selain dari itu beberapa lubuk telah dikenal pasti hasil dari sumbangan beberapa rakan pancing yang lain.
Selaku pengamat pancing yang inginkan hasil yang lumayan, saya telah cuba untuk mempelbagaikan alat-alat menangkap ikan namun semua alat-alat tersebut masih berada dalam uji kaji. saya merasakan ini adalah satu peningkatan yang akan kita saksikan sedikit masa lagi. Semogalah segala usaha akan membuahkan hasil. Selain dari itu harapan dan saranan saya kepada semua ahli akan tampil kehadapan memberi sumbangan buah fikiran demi mencapai kemajuan. Semoga “Hari esok akan lebih baik daripada hari ini”. Pejam celik.. pejam celik..,rupanya kita telah menghampiri penghujung tahun 2010. Saya berharaf akan ada ahli yang tampil kehadapan untuk memberi saranan dan usulan untuk mengadakan acara tahunan kita. Saya berasa optimis sekali bahawa acara tahunan kita pada tahun ini akan lebih meriah dan mencabar setelah mengambil iktibar dari pengalaman yang lepas. Sebentar awal, cadangan dan usulan akan dapat dibawa keperundingan bermuafakat. Skop pertandingan akan dapat dipelbagaikan supaya akan lebih menarik dan berkesan. Sekian lah saja buat kali ini jumpa lagi dilain keluaran. wassalam
Fishing in Mornington, Melbourne, Australia
Wednesday, 20 October 2010



Di bawah ani iatah kapal yang kami pakai ni, nama company nya RELAX GO FISHING.



Hari atu 18 orang semuanya yang ikut charter kapal atu campur seorang skippernya (Capt. Jack) dan seorang Deckhand (Joe, bini-bini). Peralatan memancing disediakan, sebatang joran dan umpan (tamban, sotong dan macam-macam lagi lah). Di bawah ani tah gambar-gambar kami di kapal atu semasa memancing. Kami 4 orang, Capt. Precious dan isteri, Valentina (adi biniku) dan Jeremy (boyfriendnya).


Capt. Precious bersama Capt. Jack dan Joe (deckhand)






Kalakitok
Memutik Kapas-kapas
Tuesday, 19 October 2010
Video ani sumbangan Chob.
Batah udah video ani, untuk kan dikongsi bersama pengalaman ani. Kapas-kapas atu bagas kami mengikis plang tu. iatah yang lapas melasut dari panir pukat atu bekubur ia, kami putik tah mana yang nampak atu. Inda jauh ni, di Pulau Pelumpong atu ganya. Kalau kan menyambangi waktunya ada kapas-kapas ani iatah mesti aingnya tuhur awal pagi tu, macam dalam pukul 6 atu lah. Aing atu pun mesti jua nada ombak luan kuat memacah di tambingnya atu. Yang paling penting mesti aingnya jeranih lah.
Andapong sama belanak
Wednesday, 13 October 2010
Ungah
campur-campur
Monday, 11 October 2010
