I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

UNGAH

Thursday, 22 October 2009

Ungah, di malam balurih lagi bisdia ungah ah dalam 1kg lah di tempat biasa takat ujung sapuh ah, makai krikan ganya umpan kembura sama basong2. Di malam takandung hujan bah iatah kami awal mulih, 2 buah kami turun di malam Capt. Precious, popperazi, Dom n kawan Capt.Precious alum tau namanya inda sampat bekenalan di malam hujan bah. Bisdia ani awal turun dalam pukul 4 ptg makai mini precious. Kami ahir sikit turun ampir pukul 7 mlm Padamit, Pa-iring n Fian, kerapu ganya sekong Pa-iring balurih atu pun damit.

Dimalam ada jua orang lain sebuah mengail di sana ah dalam 4 orang lah bisdia, inda kami takilala patang bah malam kan, tapi bisdia dulu mulih kira2 lapas sejam baru tah kami mulih.


DOM


CAPT. PRECIOUS

SATU KATI SATU LINGGIT, bintur kacap

Wednesday, 21 October 2009

Ani nah lagi sambungan cerita SATU KATI SATU LINGGIT seterusnya, ani pun alum abis ni ah ada lagi nanti tu Insya Allah minggu dapan kah.


Ah... rupa-rupanya lamunan ku begitu jauh sekali. Tiba-tiba dengan berbekalkan sebuah bakul dan pengayuh kelihatan seorang samar-samar dari jauh di atas titian pail menghala ke rumah ku, seraya berkata "bah apa lagi angan-angan atu, apa lagi ditunggu mari tah turun" rupa-rupanya yang di tunggu sudah tiba. "Inda plang angan-angan, ni nah meliat ari ah... taduh kah inda", balas ku dengan menyembunyikan keadaan sebenarnya. "Kau tunggu sekajap aku memberitahu mama dulu", pinta ku kepadanya. Aku pun bergegas masuk ke dalam rumah mengejutkan ibu sekadar untuk memaklumkan masa untuk turun sudah tiba. "Ma... bah kan turun tah kami ni... bedua ganya" pohon ku kepada ibu yang baru saja terjaga. "Bah baik-baik saja, jangan tah luan akhir balik... karang memberi ingau ati" seraya ibu membalas dalam keadaan rela dan keberatan, maklum sajalah diusia kami baru mencecah balasan tahun memang sukar untuk merelakan perpisahan walaupun sekadar sehari suntuk, namun itulah hakikatnya. Entah siapa tahu apa lagi dalam isi hati seorang ibu, tapi yang pasti doa seorang ibu semoga kami selamat pergi dan kembali dengan hasil yang baik.

Dengan bertawakkal kepada ALLAH aku melangkah bandul pintu hadapan disertai dengan sedikit bacaan dan petua yang telah diajarkan oleh nini laki. Tangan ku yang penuh dengan bakul bata (bekal) terus menuju ke tangga untuk turun ke gubang. Cuaca begitu mengizinkan sekali walaupun dalam samar-samar embun tua masih menyelimuti suasana, namun itulah petanda cuaca akan lebih panas ditengahari nanti. Aku terasa cukup lega setelah melabuhkan punggung ke lantai gubang, inilah saatnya yang dinanti-nanti, kami berdua sudah siap sedia, pengayuh sudah di tangan perahu sudah di air.

Keadaan air yang mula menunjukkan bunga pasang menambahkan lagi semangat kami untuk sampai ke destinasi. Kerana ketam akan mudah diperolehi ketika air sedang pasang. Destinasi kami kali ini ialah kawasan Buang Sakar. Tempat ini memang menjadi lubuk bagi ketam terutama ketam kalok dan ketam piai. Ini adalah disebabkan oleh faktor keadaan persekitaran yang dipenuhi oleh hutan bakau. Selain dari Buang Sakar banyak lagi tempat yang tidak kurang juga strategiknya seperti Pulau Si Bungor, Sg Kalamasi, Sg Butir, Buang Tawar dan sebagainya. Tempat-tempat ini adalah tertakluk kepada keadaan, seperti faktor air pasang penuh dan air surut penuh, angin dan ombak. Semua ini akan memberi pengaruh yang besar dalam menentukan destinasi manakah yang akan dituju. Akan tetapi mengikut pada kebiasaan memang Buang Sakar lah yang akan menjadi sasaran utama di sebelah awal pagi. Destinasi yang lain biasanya akan mengambil tempat di sebelah petang.

Dengan berbekalkan sedikit petua orang tua-tua kami mulalah mengayuh menuju ke Buang Sakar. Setelah berada di tengah aloh kami akan berhenti seketika untuk menunggu rakan-rakan yang lain yang sama satu destinasi dengan kami. Setelah kesemuanya berkumpul barulah kami bertolak bersama. Di dalam perjalanan kami tidak lupa untuk beriadah untuk menaikkan moral dan semangat. Maklum sajalah destinasi yang akan dituju ini agak lumayan juga jauhnya apatah lagi dengan berkayuh. Berbagai-bagai cara dan teknik digunakan seperti bernyanyi-nyanyi dan bercerita. Selain dari itu perlumbaan juga boleh menimbulkan semangat maklumlah diwaktu itu masing-masing mahu menunjukkan gagah. Kadang-kadang memang tidak dapat disangkal kerena mereka memang sudah terbiasa bersama ayah mereka dengan kerja yang berat-berat seperti menetak bakau atau mengambil bakau di hutan, menetak nibong dan berbagai-bagai lagi. Jikalau cuaca baik memang seronok, taoi ada kalanya juga cuaca agak berangin dan berombak. Tetapi semua itu tidak menjadi halangan yang besar. Dalam suasana seperti ini kami tidak mudah kelam kabut, saya masih ingat dengan petua orang tua-tua jika berada dalam keadaan seperti ini, bawalah bertenang dan sebutlah perkataan "inda membawa-bawa pelapah kami bawa" berulang-ulang. Perkataan ini memang mempunyai maksud yang tersendiri tapi yang penting kami dapat mempertahankan semangat.

Pada kebiasaannya perjalanan kami akan melalui lereng pohon perapat dan tebing bakau yang rendang kerana arusnya tidak begitu kuat disamping pemandangannya yang begitu unik. Setelah sekian lama menggembeling tenaga berkayuh kami telah pun tiba ketempat di mana kami akan melabuhkan bintur-bintur kami. Kesemua kumpulan mengambil kedudukkan untuk melabuhkan bintur masing-masing. Jika ada empat kumpulan maka empat barislah juga bintur tersebut. Aku masih merasa pelik mengapa kami melabuh bintur seperti ini. Entah dari mana kah kami dapat sistem melabuh seperti ini. Timbul persoalan kenapa ia dilabuh begitu dekat barisnya antara satu dengan baris yang lain sedangkan jarak antara bintur barisan kepunyaan sendiri adalah berjauhan. Setelah semua bintur tersebut habis di labuh, semua kumpulan akan berlabuh rapat antara satu sama lain di bawah pohon perapat yang begitu rendang. Bata yang kami bawa mulalah dijamah untuk hidangan sarapan pagi. Alangkah indahnya waktu bersarapan, paling tidak pun sekadar minum secawan kopi sudah memadai. Kerana bata ini akan di hemat sehingga ke petang. Ketika ini akan timbullah berbagai-bagai cerita, rata-rata ceritanya akan berkisar mengenai dengan persiapan sebelum membintur. Perbualan ini akan berlangsung 20 minit lamanya. "Bah maritah katani membangkit... ada kali sudah..." kata seorang dari kami. Kami sudah tidak sabar lagi untuk melihat hasilnya. Masing-msing terbayang di dalam benak fikiran bahawa merekalah yang akan mendapat banyak. Namun itu hanyalah apa yang diimpikan. Tetapi sebenarnya takdirlah yang lebih tepat. Kerana melalui pengalamanku walau sehebat mana sekali pun seseorang itu bukanlah menjadi ukuran untuk mendapat lebih banyak. Ia akan lebih bergantung kepada nasib dan kemahiran membangkit. Seekor demi sekor ketam sudah dinaikkan ke gubang, ada kalanya dalam satu bintur dua ekor ketam atau lebih dalam sekali bangkit. Seperti yang saya telah katakan ia bergantung kepada nasib dan kemahiran. Setelah yang terakhir diangkat kami akan berkumpul semula. "Ada ia...? tanya seseorang. "Ada jua..." balas ku dengan penuh rasa syukur. Memang pada waktu itu ketam banyak sekali. Nampak kelihatan disetiap wajah kumpulan begitu ceria sekali.

Kami tidak akan berlengah lagi, ketam-ketam yang telah pun dinaikkan akan mula dipayuk atau diikat satu persatu. Sekali pandang ketam ini memang kelihatan merbahaya kerana kedua sapitnya akan menyerang apa sahaja yang datang menghampirinya. Namun perasaan takut sudah tiada lagi. Selain dari kegembiraan yang amat sangat , kami sudah begitu mahir untuk apa juga jenis ketam dari yang kecil hinggalah ketam yang tua. Dengan menggunakan cabang tiga yang diambil dahan kayu bakau. Ketam akan mudah dapat ditangkap dengan mudah sekali. Cara untuk memayuk pula adalah mengikut kesikapan masing-masing, ada yang dari depan kebelakang dan sebaliknya. Tali pemayuknya pula memang kami bawa khusus dari rumah. Tali ini biasanya kami panggil dengan tali purun atau nama sebenarnya tali rafia. Setelah ketam-ketam tadi siap dipayuk ia akan disimpan ke dalam guni bekas gula.

Perbualan yang terputus tadinya akan disambung semula. Perbualan kali ini akan lebih hangat kerana tentu saja isi kandungannya mengenai apa yang baru saja berlangsung, ada yang mengkhabarkan jumlah ketam yang baru diperolehi dan ada juga yang meristakan pertarungannya ketika membangkit sehingga terlepas akibat ombak besar yang terhasil dari speedboat yang berulang alik dari Bandar ke Temburong dan sebaliknya. Memang tidak dapat disangkal halangan ini, kerana kawasan pembinturan ini memang terlalu dekat dengan laluan speedboat Temburong tambahan pula ketika air dalam keadaan surut penuh atau tuhur pagi, air akan hanya berada di aloh sungai. Sungainya akan mengecil sehingga mencecah ukuran hanya 10 meter lebar. Bayangkanlah apa yang akan terjadi, di situlah segala macam kenderaan laut akan lalu lalang termasuklah gubang kami yang hanya berukuran 3 meter panjang. Apa pun jua keadaan seperti ini sudah menjadi asam garam. Yang penting perhatian dan pengawasan mestilah dipertingkatkan demi menjaga keselamatan. Sambil berbual-bual dan sambil minum peralatan akan dikemas kembali. Umpan pula akan disediakan untuk bintur yang sudah habis atau terlepas dari ikatan. Sisa sapit ketam yang telah tanggal dari yang empunya akan disimpan ke dalam bakul, kerana jika kesemua ketam yang disimpan ke dalam bekas guni habis dijual maka sapit-sapit inilah hanya yang akan dimasak buat hidangan apabila pulang nanti.

Matahari yang mla mendaki langit semakin mula memancarkan cahayanya dan kepanasan akan mula terasa. Demi untuk melindungi dari panas terik kami akan membalut muka dengan baju T sehingga kesemua bahagian muka kecuali mata akan terlindung. Baju panjang tangan pula akan mula dipakai. Dengan demikian keselesaan akan bertambah baik. Kadang-kadang apabila saya ternampak pekerja buruh bangunan yang ada sekarang mengingatkan aku kembali sejarah silam. "Iatah bapa ni macam buruh keraja bangunan ah mata saja yang nampak" jelasku kepada anak-anak apabila terserempak dengan keadaan sedemikian. Anak-anak tersenyum sinis. "Macam ninja jua pa" balas anak-anakku. Aku rasa dari apa yang mereka katakan mereka masih belum memahami dari mana akar bercambah.


Selain dari hadangan ombak besar, pengaruh angin iraga juga boleh menjejakan kelancaran membintur. Diwaktu ini angin bertiup agak kencang menyebabkan gubang akan terumbang ambing seperti hilang kawalan. Ini bererti aktiviti membintur akan berakhir lebih awal jika sekiranya keadaan bertambah buruk akibat keletihan. "Bah semua sudah sedia" tanya seseorang. Ini bererti masa untuk membangkit kali kedua akan dijalankan. Semua kumpulan akan mula mengemas kembali cawan-cawan bekas menikmati sarapan dan juga sisa kuih yang dihidang ke dalam bakul. Tali gubang yang terikat ke pohon perapat akan dilepas dan mulalah berkayuh menuju ke permulaan bintur. Permulaan bintur bererti dari arah berlawanan arus, ini adalah untuk memudahkan membangkit dan mengelakkan ketam yang terperangkap dari mudah terlepas. Kali ini rakan ku pula dibahagian belakang sebagai pekayuh utama dan pengemudi dan aku pula dibahagian hadapan sebagai pekayuh tambahan dan juga sebagai tukang bangkit. begitulah seterusnya bergilir-gilir apabila tiba masa untuk membangkit seterusnya. Bahagian hadapan ini adalah bahagian yang sentiasa yang sentiasa diinginkan kadang-kadang ia boleh juga menjadi pertengkaran kecil.

Kerana bahagian hadapan adalah fungsi utama diwaktu membangkit dan ia juga bahagian yang secara langsung berhadapan dengan cabaran. Walaupun demikian sebenarnya mana-mana bahagian pun mempunyai peranan yang sama penting. Bahagian belakang mestilah mempunyai kawalan yang cukup baik ketika menuju kepada bintur, jika kurang awas bintur akan terlepas dan terpaksalah berpusing balik, ini akan memakan masa dan tenaga. Bahgian hadapan pula mestilah mempunyai jangkauan yang baik, ada kalanya menggunakan ulu pengayuh untuk mendapatkan tali bintur yang agak jauh dari sisi. Ketika menarik pula mestilah direntap dengan pantas untuk mengelakkan ketam yang terperangkap dari terlepas. Ketam yang berjaya dinaikkan akan disimpan di bawah ruang, ini membolehkan ketam-ketam akan bergerak bebas. Jika ketam disimpan ke dalam suatu bekas, ketam akan mudah berkelahi antara satu dengan yang lain dan akibatnya sapit-sapit ketam akan tanggal dan akan menyebabkan ia kurang elok. Lain pula halnya jika bertiga, ketam yang didapat akan terus dipayuk atau diikat dengan kemas.

PARI

Pari ani lurih ku ngail di kilong cina makai krikan saja penariknya 100Ib perambut 80Ib pemata VMC no.8 khas untuk ngail pari lah ni.

Yang banarnya aku atu mukat udang plang tu tempat atu kana galar kilong cina entah siapa kah yang membari nama yang ku tau kilong atu orang melayu jua yang punya, iatah ku liat udang ah pukat ani ada yang tinggal kulit ganya, ada yang bagas kana makan usulnya inda lagi sempurna lah udang atu , sayang jua tu udang lagi basar2.
Eh memang ada lauk makan ni diantaranya pari, apa lagi sambil menarik pukat atu ku labuh kail umpan udang yang bagas kana makan ah tangsinya ku salatkan arah rotan. Inda sampai 2 minit kana ranjat tia belaguran bah krikan ah, ku tarik tarus inda lagi dimain2 pasalnya tangsi basar khas udah tu untuk ngail pari. Udah nya nampak banar nyangku atu pari bah dalam 5kg.

Lapas atu ku labuh lagi kail atu menarik pukat semula, sudah kan abis menarik pukat kana ranjat tia lagi kail ku ah pari jua lagi tapi basar sikit lah dalam 7kg (udah di rumah plang ku menimbang tu ah). lapas2 atu sampai ke tengahari nada tia lagi ada makannya. Iatah 2 ekong tah ganya lurih ku pari ah udang pun inda banyak ada jua kali dalam 3kg ganya udang ah, syukur tah jua lah Alhamdulillah.




KERAPU

Monday, 19 October 2009

Popperazi balurih kerapu 1kg labih makai krikan jua umpan basong. hajat di hati kan ngail ungah plang tu, mana ulah sabar saja rezeki jua tu lain kali lagi mencuba.

UNGAH

Capt. Precious balurih ungah di takat Ujung Sapuh malam jumat, ampir 1kg lah sekong. Makai krikan ganya tu umpan basong. Malamu atu bisdia turun 3 orang Popperazi sama Dom.

UNGAH

Saturday, 17 October 2009

Malam jumat kami (Pa_Iring, padamit n Jimi) kan turun di Jerudong inda jadi pasalnya beombak berangin iatah di muara tah ganya kami turun kan mengail ah tempat biasa takat Ujung Sapuh. Udah kami sampai di sana ada geng precious jua Capt. Precious, Popperazi n Dom bisdia makai perahu mini precious. Dua buah tah kami di sana ngail ungah ah. Malam atu kami sekong sorang ganya lurih kami, mini precious 2 ekong kali ganya ungah kali jua lah. Lapas ujung sapuh mencuba kami lagi d Pelumpong sekali ganya makannya atu pun putus alum tah kan rezeki tu. Tapi syukur alhamdulillah belurih tah ku jua ahirnya ungah ah, batah udah inda menarik ungah atu eh nyaman kali ah 1.9kg bah.


Padamit ungah 1.9kg
Jimi ungah 1.8kg

kerapu ani lurih pa-iring dalam 1kg lah

ungah ani lurih padamit sama jimi.



UNGAH

Thursday, 15 October 2009

السلام عليكم
D
i malam precious anglers (Padamit, Pa_Iring, Jimi n Dini) turun lagi di tempat biasa takat ujung sapuh (lubuk ungah). Dalam pukul 7.30 kami turun dari Pantai Serasa menuju ke lubuk ungah di Ujung Sapuh kur ang 10 minit sampai tah kami. Di malam atu 3 ekong ganya ungah naik mungkin umpan kami atu inda ungah beliur kan makan kali bah pasalnya yang baku bah campur2 lagi tu sulai, aur2, basong2 n kembura. Memukat kembura kami jua kan makai umpan fresh lah, iatah 4 ekong ganya kembura ah kirang2 banyak plang eh. Dalam pukul 10 muli tah kami aing atu mula begarak surut tia.





Jimi balurih 1 yang basar dalam 1kg labih, 1 yang bb. Pa_iring balurih sekong ada jua kali 1kg lah sekali putus. Padamit sama Dini nada rezeki di malam , ada plang makannya tapi putus tia jua sabar saja lah lain kali mencuba lagi. Alhamdulillah ada jua naiknya lah.

UNGAH

Ani lurih c Dini sama kawan2nya bisdia mengail di pelumpong malam minggu 10/10/09 sampai esuk paginya.

Dini, Irman, Jam antah siapa kah lagi dangannya ani.
Ungah 2, kerapu 1, ketumbang 1, bekara 1


Basar ungah atu, berapa kg kah tu ah. Bekara ani tah alum ku pernah balurih mengail ni apa kah rasanya ah kuat kali jua ah. Ketumbang atu ada jua kali 1/2 kg pakah eh mahal tu ah. Tahniah Dini n geng lain kali tah join ah ari atu ngam inda belaku bah.

KERAPU

Wednesday, 14 October 2009

Dalam pukul 4 ptg kelamari Capt. Precious, Raman sama Jef turun mengail ah takat Ujung Sapuh makai mini precious saja, kira2 dalam pukul 9 mlm lah naik tah bisdia. Iatah balurih 6 ekong ungah, 8 ekong kerapu sama 1 ekong langut. Ada lagi yang putus sama lapas. Bisdia ngail pakai krikan saja umpannya biasalah boneless basong2. Alhamdulillah ada rezeki di malam atu nyaman jua hati batah udah inda menaikkan ungah. C Jef inda lagi tegambar sama lauk.


Raman balurih 3 kerapu 1 ungah



Capt. Precious balurih 3 kerapu 3 ungah

KERAPU

4 ekong ungah sama 2 ekong bb ungah (lurih c Jef)


8 kerapu

Capt. Precious, Jef, Raman



4 ekong ungah yang ampir 1kg, 2 ekong baby ungah, 8 kerapu 1kg +

LANGUT

Langut ani c Jef ni yang balurih

BEMASA (GT)

Tuesday, 13 October 2009

Ani gambar2 popperazi sama GT yang lama2 jua ni ada yang tahun lapas ada yang 2 tahun lapas. Popperazi ani memang handal ni orangnya pasal popping sama jigging, ia ani tah jua yang paling banyak balurih GT ni. Teknik yang paling digemarinya iatah ni popping lapas tu jigging. Kebanyakkan GT yang dilurihnya atu makai teknik popping tapi ada jua lurihnya makai jigging. Iatah pasalnya ia menggalarkan dirinya atu POPPERAZI.




Ani tah diantara GT lurih2 popperazi ni ganya inda ku ingat berapa kg setiap GT nya atu, mun kan tau tanya saja ah nya hahahah jangan marah ah. Yang ia pakai baju biru ani ia balurih pada 31 july tapi begambar esuknya 1 Ogos 2008.



Yang baju hitam ani ia balurih pada 14 Ogos 2008




Gt yang paling basar pernah dinaikkan oleh popperazi dalam 27kg kali mun ku inda silap lah, nanti tah ku mempost GT nya yang basar atu ok.

TUNGKUL

Monday, 12 October 2009

Kelamari kami turun di jerudong aku, Jimi, Fian sama Hj Win 1st time ikut precious anglers, awal2 nganjun dulu lah untuk umpan payah kan belurih 2 3 ekong ganya. Mula2 kami ngail di iron duke ada jua makannya tapi inda mau dapat lauk badamitan kali bah. Lapas atu mencuba kami ah bagas maharaja inda kami batah ngail pasalnya kuat hantap arus atu nada jua makannya, kami tah plang yang makan (lunch) hehehe. Lapas makan mencuba kami lagi ah takat timbul ada jua makannya lauk putih sama languran.



Fian 1st time balurih languran ada jua kali 2 kg makai krikan umpan boneless sulai, sakit tia jua tangannya Jimi tah lagi menarikkan.


Iatah ganya ni lurih kami ah tungkul 20 ekong, lauk putih 2, languran 1, lauk damit2 banyak plang tu macam kerapu, kurisi, sulit merah, pisang2. Hj Win 2 kali putus ia menjigging sekali lapas, inda ia puas hati nya kan mencuba ia lagi lain kali mun ada peluang nya. Sabar saja bro hj win lain kali pakai tia awal2 twin power atu inda menyasal.


Hj Win, Padamit, Jimi n Fian


Syukur tah jua lah walaupun inda banyak tapi inda jua balik kosong. Alhamdulillah

BEMASA (GT)

Wednesday, 7 October 2009

Majalah PENGAIL keluaran September 2009 Bil 9 sudah ada bejual di kedai2 pancing. Diantara yang menariknya adalah trip Precious Anglers bersama Pengarang Majalah Pengail iaitu Cikgu Azmey. Untuk mengetahui ceritanya yang lebih lanjut bolehlah mendapatkan majalah tersebut di kedai2 pancing sekarang. Eh macam iklan tia plang ah.




GT yang bersirip biru ani adalah diantara luih Capt. Precious menggunakan teknik popping.




GT yang ani adalah yang paling basar pernah dinaikkan iaitu 31kg, dengan teknik popping jua makai spool shimano navi 8000PG, joran figo bigfish, braided 50Ib.



Trip ari atu bisdia turun 4 orang tu Capt. Precious, Jimi, Popperazi sama Cikgu Azmey. Bukan saja popping bisdia pun menjigging sama mengail dasar jua, Jimi sama Popperazi pun belurih jua tu popping ah. Alhamdulillah sampai jua akhirnya hajat Cikgu Azmey kan merasa belawan sendiri dengan GT atu, apabila diberi peluang oleh Capt. Precious kepada Cikgu Azmey untuk bertarung, bemain dan seterusnya menaikkan GT atu ke dalam perahu. Apa rasanya cigu hahaha sangal jua punggung kali ah.

SATU KATI SATU LINGGIT, bintur kacap

Ani lagi nah sambungan cerita Satu Kati Satu Linggit
oleh PA IRING-PRECIOUS

Di atas bakut ini juga akan berlangsung aktiviti memotong-motong umpan bintur yang telah diperolehi. Kerja-kerja akan dibahagi-bahagikan, sementera teman saya memotong aku pula akan mengikat tali kepada umpan yang telah dipotong-potong tadi supaya ia mudah diikat pada bintur. Sementara menunggu keesokkan harinya setentunya umpan tadi akan menjadi buntu dan busuk. Tapi kami sudah siap dengan langkah-langkah pencegahan yang telah diajarkan oleh nini bini iaitu dengan membuat umpan-umpan itu ke dalam bekas boleh memuat sejumlah umpan yang telah dipotong-potong dengan membubuh satu plastik kecil garam. Dengan ini sebenarnya sistem pengawet telah diajarkan kepada kami. Sekali lagi sekalong budi telah dicurahkan kepada cucu yang sedang meniti alam remaja yang serba kekurangan dari segi ilmu pengetahuan lebih-lebih lagi petua-petua orang tua yang telah merasa asam garam terlebih dahulu. Setelah selesai sesi mnyediakan umpan, bererti hampir separuh dari keperluan untuk membintur sudah disiapkan. Jauh di dalam sanubari, aku berharap persiapan rakan-rakan yang lain juga akan berjalan dengan dan lancar dan teratur.

"Oooooiii...Wang!" sesekali kedengaran suara memanggil jauh kedengaran dari pintu dapur. Suara itu tidak lain tidak bukan adalah suara seorang Ibu yang mungkin tercari-cari, maklum saja lah sejak pulang dari sekolah tidak kelihatan lagi berada di rumah. "Apa...! di balai kami" jawab ku secara spontan. Setelah itu tidak kedengaran lagi suara Ibu yang curiga, mungkin sudah kerana ada tindakbalas dari orang yang dicarinya. Dengan membawa bersama bekas yang berisi umpan yang sedang diawet itu tadi kami pun beredar naik ke atas Balai untuk menyimpannya ditempat yang lebih selamat. Kerana mungkin saja umpan tadi akan dinikmati lebih awal oleh anjing yang berkeliaran di situ. Bekas itu akan diletak di sudut Balai dengan ditutup rapat dengan kayu yang agak berat dan ditambah lagi dengan sebiji batu yang sederhana besar untuk mengelakkan ianya dibongkar.

Seterusnya alat menangkap ketam atu lebih aslinya digelar BINTUR pula mengambil tempat. Biasanya memang sejak turun temurun boleh dikatakan setiap penduduk kampong mempunyai bintur, paling sedikit pun dua tiga biji. Ditambah lagi nanti bintur yang dipinjam dari Padamit atau Amit sudah mencukupi untuk kami bawa bersama pada esok hari. Memang pada hakikatnya membuat bintur ini tidaklah terlalu sukar, bahan-bahannya pula mudah didapati di persekitaran hutan di belakang rumah. Antara bahan-bahan yang utama seperti buluh atau kacap iaitu sejenis kayu liar yang tumbuh di hutan, biasanya ia akan menjalar dari permukaan tanah sehingga kepada puncak sepohon kayu yang besar. Kayu ini juga mempunyai nama jolokan waktu kami diusia kanak-kanak sebagai TALI TARJAN, bubulnya pula atau jaringnya diperbuat dari nelon yang dianyam atau dibubul mengikut saiz yang diperlukan.

Membuat bintur ini tidak banyak memerlukan masa yang panjang terutama sekali yang diperbuat daripada buluh. Tetapi kalau bintur yang diperbuat daripada kacap memang memerlukan banyak masa. Kerana kacap yang diambil dari hutan perlulah dulu disimpan atau direndam ke dalam air masin atau sungai sekitar seminggu lamanya. Proses ini adalah untuk membuka kulitnya dan juga ianya lebih tahan lama dan kuat. Setelah itu barulah kerja-kerja membuat bintur dapat dimulakan. Kemahiran ini sebenarnya telah kami warisi dari datuk nenek yang memang mahir dan berpengelaman dari segi membuat alat-alat menangkap ikan dan sebagainya. Mungkin kemahiran ini tidak akan diwarisi oleh generasi selepas saya khususnya kanak-kanak kerana arus kemajuan zaman teknologi yang serba canggih ini juga telah mempengaruhi teknik dan cara menangkap ketam. Beberapa jenis bintur ala moden telah lama bertapak menggantikan cara lama, ianya juga mempunyai hasil yang berkesan sekali dibandingkan dengan cara yang lampau. Namun begitu keadaannya, rasa dan cabarannya tidaklah sehebat dulu mana tidaknya baru memegang tali bintur dan mengangkat sedikit sudah tahu besar kecilnya dan sedikit banyaknya.

Bintur-bintur yang telah dikumpul dan dikemas akan disimpan ke dalam gubang terlebih awal, ianya akan disusun kemas dengan mengambil kira untuk memuatkan peralatan yang lain dan juga tempat pekayuh. Dengan cara ini keesokkan harinya ketika hendak mula turun keadaan akan lebih tenang dan tidak kelam kabut. Pada kebiasaannya bintur akan diletakkan di tengah gubang supaya ianya mudah dicapai oleh pekayuh hadapan mahupun pekayuh belakang. "Bah semua sudah siap ni" kata kawanku yang sejak dari awal lagi mengembeling tenaga bersama, "bah mari tah naik, malam ari sudah" balasku dengan rasa puas.

Sudah terbiasa dengan keadaan waktu senja yang memang memberi wajah yang sayu pada persekitaran kampong tambahan pula bulan purnama yang sedang mendaki langit yang tetap setia berperanan pada setiap 15hb bulan-bulan Hijrah. Nun jauh dari sudut kedengaran suara Azan berkumandang dari menara Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin menandakan waktu maghrib talah pun tiba. Hampir semua kanak-kanak tidak akan berkeliaran di persekitaran lagi diwaktu ini. Kanak-kanak begitu akur dengan tuturan orang tua-tua, kononnya diwaktu begini iblis syaitan akan berkeliaran dan akan menolok siapa sahaja. Dalam simbolik ini banyak tersimpan rahsia, yang tidak dihuraikan satu persatu. Diantara pengertiannya ialah untuk mendidik kanak-kanak atau membiasakan diri waktu begini tidak ada lagi masa untuk bermain atau berkeliaran dan merayau-rayau.

Disebelah malam pula aktiviti persiapan membintur terpaksalah diberhentikan buat seketika kerana aku dan rakan-rakan akan bersiap mandi, memakai kain sarong dan baju melayu serta songkok untuk pergi mengaji Al Quran. Guru mengaji Al Quran baisanya tidak jauh dari persekitaran kampong. Ramailah kanak kanak berduyun-duyun menuju ke rumah guru dengan berbekalkan mukaddam dan kitab suci AlQuran. "Eh singgahi ku karang ah sama sama katani bejalan" pinta ku kepada teman yang baru saja beredar balik ke rumahnya. "Bah karang ku menyinggahi" balasnya. Setelah selesai mengaji kami akan disaji dengan manisan dan juga oren campur kadang-kadang kopi atau teh. Disinilah juga waktunya berbual kosong sambil bertanya kepada rakan yang lain apakah aktivi yang akan dibuat pada esok harinya. Sesetengah dari mereka bercadang untuk bermain bola atau bermain kikik, ada pula bercadang untuk mandi bermain timbul-timbulan dan ada juga yang bercadang untuk bermain guli dan bermain resing, pendek kata bermacam-macamlah jenis riadah yang akan mereka lakukan. Lain pula halnya dengan kami yang memang sudah merancang lebih awal untuk membintur. Sesi mengaji biasanya akan berakhir pada waktu Isyak. Kadang-kadang pula kami sengaja tidak mahu mengaji kerana tidak mahu terlepas untuk menyaksikan rancangan tv yang digemari pada waktu itu. Diantara rancangan yang memang menjadi kegemaran adalah seperti SIX MILLION DOLLAR MAN, AVIONICS WOMAN, HAWAII FIVE O dan sebagainya. Bermacam-macamlah alasan yang akan diberi asalkan dapat bertahan di rumah.

Setelah pulang dari tentu sahaja persiapan akan disambung semula, mungkin saja persiapan terakhir kalau kalau ada yang masih belum selesai. Ini akan tergantung kepada kumpulan masing-masing, tidak hairanlah kalau ada yang masih mengail atau mengemas bintur dan sebagainya hingga ke larut malam. Akan tetapi biasanya kami tidur lebih awal maklum sajalah hendak bangun awal subuh atau sambat. Tidur pula agak gelisah kerana tidak sabar lagi untuk menanti hari esok. Walau seribu hayalan dan angan-angan bermain di benak fikiran, mahu tidak mahu akhirnya mata akan terlelap juga.

Seawal subuh lagi ketika fajar hendak menyingsing ayam berkokok berbalas balas antara satu sama yang lain seolah-olah meraikan suasana waktu fajar yang menyinari kampong. Bunyi ayam yang berbalas itu tadi sudah cukup membuat aku terjaga dari tidur. Entah mengapa waktu begini mata secara spontan tidak mahu tidur lagi walaupun tidak dikejutkan oleh sesiapa pun. Lain pula halnya waktu hari persekolahan memang berat dan payah untuk dikejutkan. Mungkin saja kerana fikiran telah dijerat oleh seribu angan-angan yang akan dilalui sebentar lagi.

Mandi pagi bukanlah satu perkar yang penting apatah lagi keadaan air paip yang begitu sejuk menambahkan lagi malas untuk mandi. Nini laki sudah bungkas dari tempat tidurnya kelihatan seperti hendak menunaikan sembahyang fardu subuh. Ini sudah menjadi rutin baginya kerana seawal begini lah juga dia hendak turun kelaut bekarang lintaunya yang dipasang tidak jauh dari kampong itu juga. Persiapan untuk membuat bata atau bekal dimulai dengan memasak air panas untuk membuat kopi, aku memang begitu biasa dengan kopi walaupun pada dasarnya waktu zaman bebotol puting disaji dengan teh. Ini adalah satu kelainan yang masih menjadi tandatanya kepada ku. Roti biskut tawar adalah bekal sampingan di samping kopi yang disimpan dalam bekas botol yang kira-kira mencukupi sebagai alas perut dari pagi hingga ke petang. Selain dari bekal untuk sarapan pagi kami juga tidak lupa untuk membawa bekalan untuk makan tengahari. Pada kebiasaannya nasi dan juga pusu atau ramis dalam tin sudah mencukupi ala kadarnya. Akan tetapi kadang-kadang ada juga sumbangan diawal pagi begini dari nini bini seperti pisang goreng yang memang sudah disediakan untuk bata nini laki ke laut. "Terima kasih ni... ada jua kan kami makan panas-panas lagi tu" jelas ku kepada nini bini yang begitu taat menyediakan bekal untuk nini laki. Setiap pagi memang begitulah kerjanya tanpa keluhan sedikit pun.

Semua bekal yang disediakan tadi akan disimpan ke dalam sebuah bakul atau belatak yang diperbuat khas untuk membawa bekalan turun ke laut. Bakul ini diperbuat dari buluh yang dianyam rapi oleh nini bini yang memang mahir membuat bakul. Sementara menunggu rakan datang kerumah aku duduk bersantai di pantaran sambil menikmati udara yang segar diwaktu subuh. Aku masih bertengkumus dengan kain tanjung cukup kemas melindungi badan ku yang kedinginan. Dalam suasana ini berterbanganlah keluang-keluang berduyun-duyun tinggi di langit merah menuju destinasi dimana hutan tebal yang terdapat buah-buahan. Suara garau berdetup-detup bunyi enjin disel dari kapal bantun yang sarat mengangkut batu batan melewati kampong menuju ke batu 3 untuk diproses, sangatlah memberi kenangan kepada ku, pada masa ini sudah jarang kedengaran di benak telinga ku sejak aku berhijrah ke darat. Suasana sudah menampakkan kesibukkan dari makhluk ALLAH dari manusia membawa margastua untuk mencari sumber rezeki. Kelihatan jiran-jiran sudah mula turun keperahu berkemas-kemas untuk hala tuju masing-masing. (4th post)
Tunggu lagi sambungan Satu Kati Satu Linggit seterusnya di minggu hadapan ok. Insya Allah

BEMASA (GT)

Tuesday, 6 October 2009

Yang ani luihnya pada 28 September 2007, bisdia begambar ani kan pukul 2 pagi ni baru naik dari laut lapas memanyap sama menyuci perahu baru tah begambar.



Begambar makai telefon mobile ganya iatah kadang2 gambarnya inda berapa tarang atu,
berapa Megapixel jua ganya kan asalkan ada dapat jua kan kanang2an kan
daripada nada.



Inda tia kira lauk atu basar atau damit tatap jua digambar tu, dari gambar atu udah nampak kegembiraannya.


Walaupun sebenarnya semasa di laut merasa takut, gelisah, macam kan jara ada jua, pasalnya kadang2 tekandung hujan labat, angin kuat, ombak basar. Kadang2 langsung nada belurih. Macam2 udah cubaan dan dugaan diharungi dan dilalui tapi syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Dengan adanya gambar macam ani kan dilihat iatah menguatkan lagi semangat untuk mencari rezeki di laut atu.



Ani last tah ni gambar2 Capt. Precious bersama GT, lapas ani ahli2 yang lain lain. Eh ada lagi satu gambar Capt. Precious bersama GT yang paling basar pernah dinaikkannya atu, masa ani alum ada kebenaran dari Capt. Precious mun ada udah kebenaranan ada ku mempost tu ok. Yang banarnya ada plang udah gambar atu dalam blog ani, nanti saja lah ah.

BEMASA (GT)

Monday, 5 October 2009

Yang ani luihnya pada 9 mac 2008



Yang 3 ekong ani luihnya pada 21 September 2008
muka banyak senyum lah, apa inda senyum gembira jua senyum keberatan jua hahaha



Nah yang ani relax jua sikit lah tapi dalam hati keberatan kali ah, cuba tah liat banar2 macam kan sama lebar badan



Yang ani macam kalat mata usulnya ah, kalat mata jua banar bah pasalnya dari pukul 5 ptg 20 September 2008 sampai esuk pagi nya 21 September 2008. Cuba tah fikir kan tidur pun tidur2 ayam ganya bah.

BEMASA (GT)

Saturday, 3 October 2009

Nah Capt. Precious lagi yang baju hitam ani luihnya pada bulan september 2008


Kami ani jarang kan begambar di perahu ani bah tangan basah lagi pun waktunya malam saja bah nda jua luan bisai mun begambar patang2 atu kan, ia kan dijadikan kenangan manis belurih lauk basar2 ani kan iatah dimanis manisi lagi yang udah manis atu inda ja.
Yang ia makai baju hijau ani luihnya bulan Januari 2008, iatah ganya sayangnya tu inda ingat bah berapa kg lauk2nya ani tapi inda apa lah fikirkan saja sendiri anggaran berapa kg, ok tu jan marah ah.

Yang ani mun ku inda silap pabalasan kg kali ni, bisdia yang banyak ingat berapa kg lauk2nya ani pasalnya bisdia jua yang balurih bah (Capt. Precious sama Popperazi). Tapi lauk2 yang bisdia begambar atu luih2 nya sendiri plang tu.



Tunggu lagi ah gambar2 Capt. Precious sama GT nya. Masani mempost gambar2 lama ganya dulu ni kan dijadikan macam album bah. Lapas kedia ani gambar2 ahli2 Precious yang lagi tu. ok


BEMASA (GT)

Friday, 2 October 2009


Capt. Precious (awie) dengan lauk2 bemasa (GT) nya.
Ganya nda ku ingat lagi bah berapa kg lauk2 nya ani, maklum saja gambar2 lama bah.



Bemasa (GT) ani diantara luih2 Capt. Precious dengan kebanyakkannya menggunakan teknik popping. Masa atu ia makai spool Shimano Navi8000pg, braided powerpro 50Ib, joran Figo (big fish), popper buatan sendiri sama yang bebali di kadai jua lupa ku namanya. Tapi masani macam2 udah jenis2 spool, joran, braided nya lah.

Banyak plang udah luih lauk GT ani tapi banyak jua udah pengorbanannya tu. Terutamanya Capt. Precious ani contoh nya antah berapa banyak udah popper nya yang udah terkorban yang basar yang damit yang murah yang mahal, dulunya membali ganya tu iatah pasalnya kami membuat popper ni, kebanyakkannya putus oleh lauk lah ada jua telapas ikatan, kadang2 kili2nya yang putus, atu baru popper tu ah, alum lagi braidednya malar tia mengusut terutamanya powerpro atu usulnya inda berapa sesuai untuk popping atau casting atau yang sewaktu denannya. Joran nya ia jua pernah patah bah oleh lauk batah udah memain patah jua ahirnya. Spool Opusbull 5000 pun udah terkorban jua.


Tapi semua atu inda ia luan maduli tu betambah kuat tia plang semangatnya. Semua atu cubaan dan ujian tu dari ALLAH TAALA, dijadikan pengajaran supaya tani lebih berhati2. Dengan adanya atu bertambah lagi imlu mengail khususnya ilmu popping ani. Padamit sendiri pun belajar popping ani dari Capt. Precious sama Popperazi. Bisdia ani lebih awal menerokai teknik mengail secara canggih ani menggunakan umpan kayu, plastik sama timah. Aku mengail makai krikan saja, pasal lauk bemasa ani tah ku belajar makai spool sama joran ani. Belajar sikit2 cara popping sama casting sambil atu membali jua sikit2 barang2nya yang biasa2 saja ikut kemampuan ku lah. Masani ani Allhamdulillah inda jua luan malu lagi mun kan ikut ah dangan, pandai jua udah sikit2 lah barang2nya pun tedapat jua ku udah yang sadang2 lah sama yang 2ndhand ganya lah, hehehe.
GT yang paling basar pernah Capt. Precious naikkan dalam 31kg kali mun ku inda silap lah ah dalam tahun ani tu. (mun salah luruskan Capt. Precious). Rekod Precious Anglers paling basar ni yang pernah dinaikkan oleh ahli2 nya. GT ani biasanya kami jual ah kawan2 saja harganya pun harga kawan2 jua tu, kadang2 yang luan basar atu tepaksa tah dijual ah orang pasar.

BEMASA (GT)

Thursday, 1 October 2009


Bemasa ani luih2 kami di masa2 lalu ada yang tahun ani ada jua yang tahun tahun lapas.


Masa atu alum lagi kami membuat blogspot, udah tedapat blogspot ani iatah kan menaruh gambar2 lauk yang pernah kami luih ani. Sebelum ani kami post ah Brunei Fishing sama ah blogspot dangan ganya.


Kebanyakan bemasa ani luih kami mempopping, tapi ada jua luih kami menjigging, ada jua makai umpan hidup makai krikan biasa saja. Dua dua ani ada cabarannya makai krikan sama makai joran ani. kekuatan bemasa ani akan lebih dirasai mun makai krikan, kadang2 berat atau besar nya atu di luar jangkaan, macam tani menarik lauk atu seolah2 berat lauk 6kg ke 7kg sekalinya udah naik 2kg ke 3kg ganya, atu pengalaman ku lah nda ku tau orang lain ah. Kadang2 sampai inda tetarik terpaksa diikat ah perahu dulu nunggu ia lamah baru tah menarik nya dangan jua tu.

Selalunya kami mengerjakan Bemasa ani di waktu malam dari pukul 5 lalu turun di Jerudong menganjun dulu untuk umpan hidup, kira2 lapas maghrib baru tah beroperasi sampai esuk paginya baru mulih. Selalunya jua bukan 1 tempat ganya mun udah nada lagi makannya pindah lagi kesana kemari lah mencari. Kadang2 2 ekong ganya luih mun kelurusan ia nada makan atu, tapi inda apa lah mungkin alum ada rezeki malam atu sekurang2nya kami berusaha udah mencari.