I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label MENUNGKAT GEMILANG. Show all posts
Showing posts with label MENUNGKAT GEMILANG. Show all posts

menungkat gemilang

Tuesday, 19 November 2013


Menungkat gemilang

melangkah ke podium

Assalamualaikum. Telah sekian lama saya tidak beraksi di dalam penulisan, khususnya penulisan mengenai dengan hal ehwal semasa, perkembangan dan pencapaian aktibiti  memancing gabungan pemancing sahabat. Sejak beberapa tahun kebelakangan saya rasa ada banyak bahan yang penting dan berfaedah perlu saya ketengahkan. Namun saya cuba untuk fokus kepada beberapa pencapaian dan kemajuan yang telah kita kecapi bersama. Diantara bahan saya kali ini adalah seperti, Melantaran, meungah, sulit, menongkol takat 75, takat kebangsaan, udang galah dan sedikit mengenai dengan meungah di US dan akhir sekali drop off dan deep drop off  .

gabungan antara pemancing-pemancing yang dikenali sebagai sahabat terdiri daripada PA    1, PA 2, berkat 7, nautica rania dan warzuqni adalah satu gabungan yang sangat mantap. Ahli-ahli ini akan membuat perjumpaan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Hasil dari perjumpaan yang sering diadakan pada malam isnin di kenali sebagai “Post mortem” berjaya mengupas kembali aktiviti memancing yang telah berlangsung. mana-mana bahagian yang lemah akan diperbaiki dan diperbetulkan. Bukan itu saja trip seterusnya akan dirancang dan diatur. Sejak kebelakangan ini sebut saja drop off respon tidak begitu maksimal. Ini adalah di sebabkan oleh hasil tangkapan yang kurang memberangsangkan dan keadaan cuaca yang tidak menentu dan lubuknya yang sangat jauh untuk dikunjungi. Pada kebiasaannya ahli akan bertukar angin dengan mengunjungi lubuk lain yang lebih dekat dan berpotensi

Melantaran.

Diantara pilihan lain adalah seperti melantaran, suatu gelaran singkat kepada memancing ikan pengantaran. Lubuk ini biasanya akan dikunjungi pada waktu siang. Kini cara untuk memancing pengantaran mempunyai keunikan nya yang tersendiri. Namun di sebalik keunikan nya teknik ini amatlah berkesan sekali. Formula yang paling mudah ia lah “Pantas tewas”. Bagi yang pernah menewaskan pengantaran dengan teknik ini, akan tersenyum sinis. Teknik pengantaran memakan umpan sangatlah halus namun tarikan nya cukuplah hebat. Pemancing akan sering tertewas jika lalai dan tidak memahami perilakunya. Pada kebiasaan nya trip ini akan diselajurkan dengan berkunjung ke lubuk barah-barahan dan membangan di sebelah malam. Semua ini tertakluklah kepada keadaan cuaca, jika mengizinkan insyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Dan jika sebaliknya trip akan tarik sauh dan pulang dengan pengantaran yang merah berkilau. Seperti biasanya pemancing akan mengambil peluang dengan bergambar ramai disamping tangkapan masing-masing.    

Meungah kapal karam

Memperkatakan tentang lubuk kapal karam biasanya pemancing tidaklah begitu fokus untuk menduga dasarnya. Pemancing cuma sekadar melabuhkan jig kalau-kalau ada layanan languran, menukok atau barahan-barahan. Tetapi setelah menyaksikan ada perahu pemancing yang lain turut berlabuh di kawasan berdekatan berpesta menaikkan ungah dan barahan dan beberapa spesis ikan putih, barulah sahabat menyedari bahawa lubuk ini kaya dengan penghuni spesis ikan buruan. Setelah menyedari akan perkara ini sahabat segera membentangkan perkara ini kepada majlis perundingan sahabat untuk tindakan selanjutnya. Kini trend bertukar dengan turun disebelah petang sambil berusaha mendapatkan umpan hidup, kerana umpan hidup adalah senjata ampuh untuk  menewaskan spesis ikan buruan seperti ungah, kepayang, barahan dan beberapa jenis ikan putih atau mungkin santak jika bernasib baik.

Trend ini telah menjadi pilihan utama dan tetap menjadi pilihan hingga sekarang. Sahabat akan mengunjungi lubuk ini secara berkonvoi mahupun solo tergantung kepada keramaian sahabat yang turut serta. Alhamdulillah sejak beberapa bulan kebelakangan ini keluarga ungah, barahan, menukok, languran dan beberapa spesis lain telah berjaya di bawa pulang.

Sulit dan jukut

Satu lagi jenis ikan yang juga menjadi buruan ialah ikan sulit dan jukut. Ikan ini akan lebih mudah di buru pada siang hari. Setelah berhampas pulas di malam hari menjinakkan ungah dan barahan, trip ini akan diselajurkan dengan mendepai sulit di kawasan lubuk yang lain kalau kalau ada sulit berlegar di pertengahan air. Alhamdulillah biasanya sulit mudah diperolehi pada awal pagi. Jika cuaca masih mengizinkan dan mata masih mampu bertahan, menyulit akan berterusan hingga ke tengah hari. Namun dalam kesibukan mata akan terlelap jua buat seketika.

Menungkol takat 75

Takat 75 sudah memang tidak asing lagi bagi kita. Semua pasti akan terbayang dengan suasana pesta mandi manda tongkol. sahabat pernah mengunjungi takat ini sekadar untuk menyaksikan suasana mandi manda tonglol yang pernah disaksikan suatu ketika dahulu, namun suasana pesta tersebut sudah lama tidak berlangsung dan agak jarang lagi kelihatan. Entah kenapa mungkin saja populasinya kian menurun.

Takat kebangsaan

Lubuk ini adalah takat tiruan yang di bina bersama di kawasan Muara kira-kira 5 kilometer dari pantai. Memandangkan lubuk ini tidak terlalu jauh, Pada kebiasaan nya Sahabat akan berkunjung ke lubuk ini ketika cuaca tidak begitu mengizinkan untuk menduga lautan dalam. Habuan yang diperolehi ditakat ini kadang-kadang menjadi satu kejutan. Antaranya ialah membangan yang berukuran 2 kilo keatas. Alhamdulillah Takat ini bolehlah di umpamakan sebagai plan kontinjensi atau plan B jika plan A tidak dapat dilaksanakan.

Udang galah

Meudang galah adalah diantara aktibiti kegemaran sahabat. Pantang mendengar berita mengenai dengan musim udang galah. Walaupun berita tersebut masih samar-samar. “belurih bah basia ngail udang di Temburong ah 2 baldi cat basar besauh lagi tu”. Sahabat sahabat yang tertentu akan berasa gundah gulana dan tidak sabar untuk berkunjung ke sana. Berduyun-duyunlah perahu besar atau kecil menghala ke sungai Temburong. Saiz perahu untuk menduga udang galah sudah tidak menjadi soal lagi, pernah suatu ketika sahabat berkunjung ke lubuk tersebut dengan perahu yang hampir menutup sungai temburong, semuanya sudah tidak menjadi soal. Inilah yang selalu mengelirukan pengail tempatan. Bagi sahabat yang pro di dalam hutan dan kalis gigitan nyamuk akan terus bermalam di sungai Temburong (Menyubuh). Tidak hairanlah hasil tangkapan mereka akan mencecah satu baldi besar.

Meungah d US

Meungah di US atau Ujung sapoh pernah berada di tangga teratas pada suatu ketika dahulu. Namun kini meungah di US semakin pudar dan terus pudar. Saya tidak hairan meungah di us akan menjadi sekadar ristaan didalam lipatan sejarah. Atau mungkin menjadi destinasi memancing popular di masa akan datang. Ujong sapoh kini telah bertukar wajah pesat dengan pembangunan. Batu batu yang dikenali sahabat sebagai batu 1, batu2, batu3 dan batu 4 masih tersergam indah cuma batu 2 telah dinaik taraf. Mungkinkah sang ungah akan terus bertapak atau berhijrah. Sama sama kita ikuti perkembangan.

Sekian dahulu buat kali ini insya Allah akan saya sambung lagi dengan siri the returns of PA1 dan deep drop di lain keluaran.

Bata

Wednesday, 2 February 2011

Mari kita ikuti lanjutan ini bersama, saya akan mengupas sekadar pandangan dan pengamatan saya. Jika kita lihat dan imbau kembali dalam mana-mana jua trip pun, bata sering berada pada senarai yang terakhir. Menu yang dipilih adalah nasi bungkus, roti berinti, minuman tenaga (Botol besar), mungkin sekotak kacang atau gula-gula. Inilah diantara menu yang dipilih disaat-saat akhir. Memang betul..segalanya mudah dan cepat asalkan ada membawa usin. Saya tidak melihat ianya sebagai satu kesalahan. Akan tetapi saya begitu respek kalau ada pemancing yang membawa minuman yang disedia sendiri tidak kira apa jua jenis minuman. Biasanya akan disimpan kedalam botol bekas atau bekas minuman yang khusus. Saya bukan memperkatakan tentang makanan sehat, kerana saya tidak arif, jika ia pun, itu adalah kelebihan. Disini saya akan memperkatan tentang keharmonian menyediakan makanan lebih-lebih lagi diwaktu sambat (subuh). Siapakah yang akan menyedia bata yang bakal kita nikmati sewaktu kita berada dipersada laut. Adakah kita sendiri, isteri, anak, adek, ibu atau ibu mertua atau mungkin pembantu rumah. Sebetulnya disini kita berpeluang mendidik isteri atau anak-anak atau memberi tarbiah kepada diri kita, isteri atau anak-anak tentang tanggung jawab. Kan halnya, sekarang ini kita jarang bertolak dari rumah se awal pukul lima pagi kecuali pada trip yang tertentu dan jauh. Saya rasa tabiat ini juga menyumbang kepada sikap “Membali saja karang bata atu, buka sudah kedai ne”. Memang betulpun kedai sudah buka..apa tidaknya bertolak dari rumah saja sudah pukul 8 atau 9. Mungkin jika kita berubah sikap maksud saya turun lebih awal atau selepas waktu subuh segala nya akan dapat diatasi. Sama ada praktikal atau tidak itu tertakluklah kepada diri kita sendiri.

jika abiskita masih ingat dalam episod saya yang lepas “Satu kati satu linggit” saya petik sedikit seperti berikut,

1. “Selain dari bekal untuk sarapan pagi kami juga tidak lupa untuk membawa bekalan untuk makan tengahari”.

2. “ Akan tetapi kadang-kadang ada juga sumbangan diawal pagi begini dari nini bini seperti pisang goreng yang memang sudah disediakan untuk bata nini laki ke laut. "Terima kasih ni... ada jua kan kami makan panas-panas lagi tu" jelas ku kepada nini bini yang begitu taat menyediakan bekal untuk nini laki. Setiap pagi memang begitulah kerjanya tanpa keluhan sedikit pun”.

Nah sekarang bukankah kita telah dididik sejak kecil lagi tentang betapa perlunya aspek bata diberi perhatian. Jika kita menikmati bata yang kita atau keluarga kita sediakan sendiri, ia seolah-olah seperti memberi kita semangat baru lebih-lebih lagi setelah kita berpenat lelah. Disamping itu ia akan mendekatkan diri kita kepada keluarga walaupun kita berada seratus km diluar pantai. Saya maklum jika mengalami mabuk laut segalanya cancel. Sarapan pagi atau makanan tengahari akan lebih elok jika dinikmati bersama beampit-ampitan, luangkanlah sedikit masa beberapa minit untuk menikmati juadah sambil berbincang atau mengulas perkembangan semasa. Bukankah ia akan dapat memberi kita inspirasi baru untuk bergerak lebih jauh lagi. Kita semua maklum tentang qualiti vs quantiti. Saya percaya kita semua mahukan trip yang berkualiti. Dari sudut yang lain pula saya berpendapat, jika bata disedia sendiri adalah lebih menjimatkan, sedap dan pelbagai. Selain dari itu sentuhan seorang isteri,ibu atau mungkin anak yang sudah cukup dewasa akan lebih bermakna. Adakah kita sanggup kehilangan semua ini. saya serahkan kepada abiskita.

Sebenarnya pelbagai isu-isu sampingan timbul berkaitan dengan bata. Percaya atau tidak jika kita banyak membawa bekal, naluri ingin makan berkurangan, kerana kita yakin bahawa kita mempunyai bekal yang mencukupi dan boleh dinikmati pada bila-bila masa saja (Dalam tangan). Ada kalanya bekal yang dibawa tidak dijamah langsung mungkin kerana terlalu asyik atau terlalu memikirkan kenapa habuan belum lagi naik atau mungkin saja berasa agak tertekan kerana rakan pancing yang lain telah pun menaikan beberapa ekor semantara kita sisik ikan pun belum ada. Akan tetapi jika kita membawa ala kadar sahaja kita pula akan mudah merasa ingin makan dan tertanya-tanya apa lagi ada yang kan dimakan. Bata juga berperanan dalam mainan saikologi. Memang ada suatu ketikanya juadah susah untuk dinikmati atas sebab-sebab ombak terlalu besar atau angin bertiup kencang dan dalam keadaan perahu terumbang ambing. Jangan katakan makan, minum pun kadang-kadang ke hidung tujunya. Ambillah kesempatan jika keadaan mengizinkan, janganlah terlalu asyik atau berasa tertekan, kita nikmati suasana apa tah lagi kita hanya mempunyai peluang sekali atau dua kali seminggu atau mungkin sekali setiap dua minggu atau sebulan sekali dan seterusnya.

Kita lihat pula trend perubahan bata atau bekal pada hari ini. Saya merasakan ada sedikit perbezaan. Untuk menu makanan pada hari ini adalah seperti yang saya sebutkan sebelum ini. Berlainan pula halnya dengan dulu, yang pastinya nasi ikan dan sayur tetap ada disamping ulam-ulaman dan lain-lain lagi. Selain dari itu belanga dan sira asam akan dibawa bersama kalau–kalau ada kesempatan untuk memasak. Pastinya lauk pauk akan dinikmati panas-panas. Dari segi minuman pula kopi pekat atau teh dalam tomas pasti tidak akan ketinggalan. Berapa banyakkan antara kita yang masih membawa kopi atau teh sebagai minuman utama. Rata-rata kita hanya bersandar kepada minuman tenaga yang sejuk yang disimpan dalam peti penyejuk. Saya sering mendengar ungkapan ini dari dulu hingga sekarang “Nyaman bah makan di laut ani, walaupun sedikit” mungkin ungkapan ini akan berakhir dengan ungkapan yang sebaliknya.

Menyedia bata disaat akhir sebenarnya sering juga terjadi disebabkan oleh trip yang mendadak dan tidak dirancang. Saat inilah suasana akan menjadi tidak tentu arah. Masa begitu suntuk, tangan tidak tentu apa nak dijangkau, telepon sana telepon sini, mana atu mana ani...akhirnya simbat 2,3 macam di kedai cukup. Apa bila sudah berada di laut baru lah terasa tinggal atu lupa ani. Akhirnya kesiukan memancing pun tidak dapat dirasakan sepenuhnya. Hendak menikmati juadah pun.. maklumlah aing jua ganya sebotol dibawa..bebunyi perut jadinya. Mungkin kita bernasib baiklah jika rakan seperahu ada membawa bekal. Sekianlah dulu buat kali ini, saya memohon ampun dan maaf jika ada tersalah erti terkasar bahasa. Ikhlas dari saya semoga kita dapat mempertahankan warisan budaya kita. Jumpa lagi dilain keluaran.

PA- iring

BATA

Tuesday, 25 January 2011

BEKALAN UNTUK TAHUN 2011

BATA (Bekalan makanan untuk turun ke laut)

Setiap trip memancing bata atau bekalan akan masuk ke dalam senarai semak para pemancing, tidak terkecuali pada bulan ramadhan (penyungkaian atau sahur). Akan tetapi saya percaya para pemancing akan mengkategorikan dengan klasifikasi yang berbeza. Ada yang mengklasifikasikan sebagai tidak penting, sederhana atau sangat penting. Cubalah tanya diri kita sejujurnya dimana kedudukan kita apabila memperkatakan tentang bata. Soal “Ala kadar” atau “Janji ada” tidak perlu ditimbulkan kerana ia adalah satu isu yang lain. Saya bukan hendak meminta biskita merubah bata ini kepada tahap sangat penting, tentu sekali tidak. Sekurang-kurangnya kita dapat memperbaiki keadaan. Mungkin semua akan berasa pelik setakat titik ini.

Pada pengamatan saya bata sering diberi perhatian disaat-saat akhir. Bererti ini adalah tahap sederhana atau tidak penting. Kenapa fenomena ini berlaku?. Saya percaya perkara ini bukanlah isu yang besar akan tetapi ia juga bukan perkara yang remeh temeh. Sebenarnya kita juga perlu memberi perhatian yang wajar, kerana ia ada kaitan dengan banyak perkara dan saya juga khuatir jika perkara ini berlarutan begitu saja kita akan kehilangan sesuatu yang berharga. Saya akan serahkan semua ini kepada biskita buat seketika. fikir-fikirlah dahulu. InsyaAllah saya akan mengupas melalui pengamatan saya dikeluaran yang akan datang nantikan bersama.


Hasil Tangkapan

Monday, 25 October 2010

HASIL TANGKAPAN
Pa-iring

Alhamdulillah berjumpa kita lagi pada keluaran kali ini. Pada keluaran kali ini saya hendak memperkatakan tentang hasil tangkapan. Setiap pemancing mempunyai hasrat dan impian untuk memperolehi hasil tangkapan yang besar dan banyak. Tidak kiralah apa jenis ikan sekalipun. “Hari ani macam lain bah macam kan belurih yang basar” perkataan seperti ini sudah sering saya dengar, impian dan harapan si pemancing mulai melambung tinggi ketika mana-mana trip akan bermula. Hasrat dan impian ini lah sebenarnya yang mendorong kita untuk melakukan apa sahaja. Melakukan apa sahaja bererti sanggup berbelanja besar, sanggup mengorbankan masa yang banyak, memberikan keutamaan kepada aktiviti memancing daripada kegiatan yang lain-lain dan sebagainya. Kegiatan selain dari memancing sering berada di tempat kedua, ketiga dan seterusnya. Perkara tidur sudah terkeluar dari senarai semak jika berada dalam suasana memancing. Mata tidak akan terlelap walau sesaat selama 24 jam jika keadaan masih ditolak oleh keinginan. Apa tah lagi sang habuan yang dicari baru muncul disaat-saat akhir.



Bagi nelayan sepenuh masa dan pemancing suka-suka mempunyai banyak perbezaan dari segi objektif, namun hasil tangkapan lah puncak segalanya. Hasil dari pengamatan saya perbezaannya sangat ketara sekali. Sebagai contoh nelayan sepenuh masa, ada suatu ketika nya akan menurunkan hasil tangkapan 2,3 tray atau lebih tanpa ada banyak perbualan ulasan untuk dipasarkan. Jauh dalam lubuk hati ”Bila tah ku kan belurih banyak camani ani ah”. Keadaan seperti ini lah yang akan mendorong para penonton (Pemacing ) ingin mengorak langkah lebih jauh lagi. Bagi saya itulah pertanda bahawa kita masih kekurangan ilmu dalam memancing. Pernah suatu ketika saya menyaksikan hasil tangkapan mereka yang begitu lumayan menyebabkan saya lupa menarik nafas buat seketika. Saya begitu teruja dengan hasil tangkapan mereka yang sebegitu banyak. Apa pun itu adalah rezeki mereka. Namun Saya berasa bangga dengan rakan-rakan pemancing semua yang mempunyai sifat mensyukuri apa yang ada. “Ada...ada, nda...nda, yang penting turun ke laut”.


Alhamdulillah tidak disangkal ahli-ahli Precious Anglers sudah sering kali menaikkan hasil yang tidak kurang lumayan juga dari segi ukuran mahupun banyaknya tangkapan seperti yang dipaparkan dalam rekod tangkapan di ruang sebelah kanan. Namun tidak juga semua trip memancing berhasil dengan tangkapan yang lumayan, ada juga ketikanya habuan sekadar membawa pulang ais dan ikan tongkol seekor berat kurang dari sekilo dan beberapa ekor pisang-pisang hasil dari anjun . Disaat inilah suasana akan menjadi seram sejuk ketika sesi membahagi hasil tangkapan, selain dari itu sesi fotografi pun tidaklah begitu meriah atau tidak ada sesi fotografi, masing-masing akan berasa rendah hati dan akhirnya hasil akan jatuh ke tangan tuan rumah. Inilah yang dikatakan pahit dan manisnya memancing atau asam garam yang harus kita lalui.


Dengan mempelajari dan meneliti pengalaman yang lalu, beberapa strategi telah dan sedang rancak diatur. Sebelum bermulanya bulan ramadhan yang baru saja berlalu, projek membuang Raba telah selamat dijalankan. Alhamdulillah raba tersebut telah menampakkan petanda positif dalam beberapa percubaan sebelum ini. Semoga hasil tangkapan nanti akan bertambah baik. Selain dari itu beberapa lubuk telah dikenal pasti hasil dari sumbangan beberapa rakan pancing yang lain.


Selaku pengamat pancing yang inginkan hasil yang lumayan, saya telah cuba untuk mempelbagaikan alat-alat menangkap ikan namun semua alat-alat tersebut masih berada dalam uji kaji. saya merasakan ini adalah satu peningkatan yang akan kita saksikan sedikit masa lagi. Semogalah segala usaha akan membuahkan hasil. Selain dari itu harapan dan saranan saya kepada semua ahli akan tampil kehadapan memberi sumbangan buah fikiran demi mencapai kemajuan. Semoga “Hari esok akan lebih baik daripada hari ini”. Pejam celik.. pejam celik..,rupanya kita telah menghampiri penghujung tahun 2010. Saya berharaf akan ada ahli yang tampil kehadapan untuk memberi saranan dan usulan untuk mengadakan acara tahunan kita. Saya berasa optimis sekali bahawa acara tahunan kita pada tahun ini akan lebih meriah dan mencabar setelah mengambil iktibar dari pengalaman yang lepas. Sebentar awal, cadangan dan usulan akan dapat dibawa keperundingan bermuafakat. Skop pertandingan akan dapat dipelbagaikan supaya akan lebih menarik dan berkesan. Sekian lah saja buat kali ini jumpa lagi dilain keluaran. wassalam

KARAK KAIL

Thursday, 18 March 2010

“Oo...Ni.. ada ambur?” perkataan inilah dulu yang akan ku tanyakan kepada nini bini sebaik saja tiba di rumah nini. Apabila ayah saya bekerja diwaktu malam (Shift malam), inilah masa nya yang sesuai berkunjung kerumah nini. Saban hari di hujung minggu kami sekeluarga akan bermalam di rumah nini untuk melepaskan dandam (rindu) emak saya kepada ibunya yang berjauhan rumah dari nini. Didalam usia saya baru 9 ke 10 tahun bagi saya objektif utama ialah mengambur. Mengamburlah dulu yang akan terbayang apabila ada rancangan untuk bermalam di rumah nini. Suasana persekitaran rumah kami dengan rumah nini agak berbeza walaupun kami tinggal satu kampong. Persekitaran rumah nini sangatlah strategik memandangkan ia berhadapan langsung dengan laut berbanding dengan rumah kami yang agak terpisah dari laut disebabkan oleh beberapa deretan rumah dihadapan rumah kami. Nini bini dan nini laki memang terkenal dengan nelayan sepenuh masa. Menangkap ikan sudah menjadi sumber pendapatan mereka yang utama disamping membuat produk asli seperti membuat bakul, membuat pengayuh, membuat ulu pemarang, membuat siut dan sebagainya.

Pada masa itu nini laki masih bergiat aktif dalam mengendalikan lintau atau kilong sebagai mata pencariannya. Memandangkan usia kami pada masa itu masih sebagai budak ingusan, tidaklah pula kami dipelawa untuk pergi ke laut berkarang lintaunya. Dia lebih senang pergi bersendirian mungkin tenaganya masih ditahap mampu walaupun sudah bergelar nini. Namun nini bini mempunyai aktivitinya yang tersendiri, disamping keluar setiap pagi sebagai padian ada juga masa nya terluang apatah lagi melihat pecucuan datang kerumahnya. “O..ni..nda kita bedagang ari ani, mun nda mari tah katani mengambur” pinta ku kepada nini bini yang sedang duduk membaiki seraung bininya. “Inda cu..alum ada dagangan kan ku jual, mangkali esok kalau ada nini mu ajah mengantati mangkanan kingkin sama jalanya atu” jawabnya dengan panjang lebar. Keputusan untuk mengambur tidak pula diluahkan. Jika sekiranya nini bini tidak merancang untuk kelaut mengambur, kami masih berpeluang untuk mengambur dihadapan titian pail. Aku bertanya lagi kalau-kalau nini bini ada rancangan untuk kelaut. “Macamana ni.. inda kita kelaut mengambur?” pertanyaan ku kali yang kedua. “Inda cu..inda nini mengambur. Ninimu laki sekajap lagi ia balik ni bakarang lintaunya ah”. Kali ini memang aku tidak bernasib baik. “kalau macamatu minjam sajaku ambur kita atu.. kan mengambur di pail ah saja” rayuan terakhir dengan sedikit kehampaan. Setelah berjaya meminjam beberapa kirikan ambur, aku tidak berlengah lagi terus menuju ke peti sejuk kalau-kalau nini bini ada menyimpan udang beku. Memang sudah menjadi lumrah alam sebagai nelayan penuh masa tidak akan keputusan simpanan udang atau ikan. Dengan berbekalkan beberapa ekor udang aku pun mengambil kedudukan dipail berdekatan dengan tangga. Ambur nini memang sudah siap sedia untuk dipakai. Tatkala air mulai pasang diparas buku lali dan airnya masih samar-samar berwarna kekuning-kuningan dan bercampur buih laut, inilah masa nya yang sesuai dan strategik untuk mengejar habuan ikan seperti ikan sembilang dan ikan langisi. Apapun ketika ambur sudah dilabuhkan tinggal menunggu umpan mengena dan tarikan sang ikan, aku mulailah memasang angan-angan. Mungkin aku akan dapat atau mungkin tidak, akan tetapi itulah hakikatnya yang penting asyik. Tidak juga disangkal memang sekali-sekali ambur yang aku labuhkan akan disentap oleh sembilang dan langisi. Jika sudah mengena suasana memang akan menjadi riuh rendah bercampur gembira keriangan yang tidak terhingga. Semua isi rumah akan menjadi terperanjat melihat gelagat ku maklumlah “First strike”. Aku akan bercerita berterusan tidak putus-putus entah kan ia entah kan tidak orang sudi mendengarnya. Pengalaman itu tidak akan terputus begitu saja. Semuanya akan ku ceritakan kepada siapa saja termasuk nini laki yang bakal pulang dari berkarang, kepada kawan-kawan, mungkin juga kepada ayah saya yang sedang bekerja akan ku ceritakan bila ia pulang nanti.

Semua ini adalah pengasas bakat yang ku miliki sekarang. Bertolak dari menumpang kawan-kawan yang memiliki perahu, sehinggalah kepada tahap memiliki perahu sendiri untuk pergi ke laut dengan harapan untuk melayani keinginan untuk memancing. Hari Sabtu dan hari Minggu atau sewaktu cuti tahunan adalah sasaran utama untuk pergi ke laut memancing. Bermula dari sungai-sungai, persisiran pantai, teluk membawalah ke luar pantai telah dan sedang ku jadikan padang permainan, masa lapang atau tidak akan tetap ada ruang untuk ku pergi ke laut. Aku mempunyai dorongan yang kuat untuk memenuhi keinginan di sebabkan oleh persamaan yang kami miliki 4 beradik. Hari Sabtu dan hari Minggu sudah tidak memadai bagi ku, jika tidak ada hal yang sangat penting, hari-hari biasa di sebelah malam juga masuk kedalam jadual ku. Tambahan pula lubuk dekat yang berpotensi besar telah dapat dikenal pasti (Meungah). Hasil tangkapan yang tidak seberapa telah banyak memberi aku sokongan untuk terus memancing akan tetapi tiada hasil tangkapan walau seekor pun, juga tidak dapat mematahkan semangat ku untuk terus memancing. Ada ketikanya aku terfikir tentang kedudukan ku sekarang (Nda pandai sangal.....nda pandai berehat). Kan halnya memancing adalah istirahat minda yang memenatkan fizikal bagi ku. Akan tetapi semuanya akan kembali normal setelah beberapa ketika. Aku merasakan persekitaran sosial ku sangat berpangaruh dan mampu memberikan aku momentum yang kukuh. Inilah dia benteng yang gagal di tembusi oleh “Nda pandai sangal.....nda pandai berehat.....). Semogalah aku berjaya memiliki kunci kekuatan seperti ini untuk dimanfaatkan kepada kegiatan yang lain atau relevan. Sekian untuk tatapan bersama.

LESSON LEARN

Sunday, 17 January 2010

Lesson learned 2009 - PASTIKAN

1. Bacalah Bismillah dan doa sebelum memulakan perjalanan

Recital of Bismillah and prayer prior to go out.

2. Alat pertolongan cemas hendaklah dibawa bersama.

First aid kit must be available on board.

3. Perjalanan memancing hendaklah dirancang dan pastikan minyak mencukupi.

Plan your fishing trip and ensure you have sufficient fuel.

4. Peralatan penting untuk membaiki kerosakan kecil enjin hendaklah dibawa bersama

Essential tools for minor engine repair are always on board.

5. Plug enjin gantian hendaklah sentiasa ada dalam simpanan.

Spare spark plug always in stock.

6. Pastikan perahu, enjin dan trela dalam keadaan baik.

Ensure boat, engine and trailer in a very good condition.

7. Pastikan fish finder berfungsi dengan baik.

Ensure the fish finder functioning well

8. Pastikan GPS boleh digunakan dan mempunyai bateri simpanan.

Ensure GPS is serviceable and spare batteries are available.

9. Perambut, pemata dan batu pembarat yang memcukupi

Ensure variable leader, hooks and weights are efficient.

10. Pisau penyancang, pisau penghiris dan sasaban hendaklah dibawa bersama.

Chopping knife, fillet knife and chopping board are always on board.

11. Pastikan sauh dan talinya dalam keadaan baik.

Ensure anchor and rope in good condition.

12. Lampu yang mencukupi untuk kegunaan di sebelah malam.

Sufficient lighting for night use.

13. Pakaian gantian hendaklah dibawa bersama simpan dalam kereta.

Spare dry clothes kept in the towing vehicle.

14. Jangan lupa air tawar simpan dalam beberapa botol untuk kegunaan tertentu

Don’t forget fresh/tap water kept in bottles for specific purpose.

15. Makanan dan minuman hendaklah mencukupi disepanjang trip.

Sufficient refreshment along the trip.

16. Pastikan telepon bimbit disimpan ke dalam bekas yang kalis air.

Keep your hand phone in a water proof bag/container.

17. Jangan membawa barang-barang berharga yang tidak diperlukan semasa memancing.

Do not bring your non essential valuable items along the fishing trip.

18. Selalulah membawa umpan dan jangan bersandar kepada umpan hidup semata-mata

Do not rely on live bait and always bring with you chilled or frozen bait.

19. Singgahlah ke takat yang berdekatan untuk umpan hidup sebelum pergi lebih jauh.

Stop at nearest spot for live bait before you go any further.

20. Jangan luan ahir balik sadang-sadang saja “SYUKURI APA YANG ADA..... HIDUP ADALAH ANUGERAH......”

Oleh: PA-Iring

MENGANDANG

Saturday, 5 December 2009

MENUNGKAT GEMILANG 1

Mengandang

Istilah mengandang adalah aktiviti menangkap udang dengan menggunakan andang karan, pukat tangsi atau pukat nelon. Pada pendapat saya mengandang atau memukat adalah suatu yang berbeza, itu hanyalah melalui kefahaman saya, mungkin ada yang mengatakan tidak ada bezanya, terpulanglah kepada kefahaman masing-masing. Udang atau siar ini pula ada pelbagai jenis, diantaranya ialah udang kapur, udang siar, udang bubuk, siar manjar atau bangkita dan berbagai-bagai lagi. Udang ini juga dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu udang besar, undang sederhana dan udang kecil. Sudah setentunya lah juga harganya akan berbeza mengikut saiz. Ada juga udang dikategorikan kepada udang tugu, udang ini biasanya akan dijual dengan borong atau di jual secara sukatan bakul yang di reka khas. Sistem ini hanya berlaku di dalam sesi memilih udang tugu oleh penugu sebelum udang tersebut dihantar ke pasar.

Andang karan (Gelaran orang tempatan) adalah sejenis pukat didatangkan dari luar negara. Ia mempunyai 3 lapisan jaring atau pukat. Pukat ini sangatlah berkesan sekali dibandingkan dengan pukat yang digunakan sebelum ini. Pukat yang digunakan sebelum kedatangan pukat ini adalah seperti pukat tangsi atau nelon, biasanya mata jaring nya berukuran 1 inci ¼ membawa kepada 1 inci 5/8. Jenis pukat ini masih digunakan hingga sekarang oleh nelayan yang tertentu. Pukat ini biasa nya akan dipatau dan dibatu dengan kemahiran sendiri. Apa pun beralih saya kembali kepada mengandang, memang banyak prihal yang bersangkut paut dengan mengandang. Bermula dari cara-cara atau teknik membawalah kepada petua-petua, serta faktor air pasang surut dan sebagainya.

Suatu ketika dahulu sewaktu saya melibatkan diri dalam aktiviti mengandang ini, iaitu dengan mengikuti indung petuan turun ke laut. Banyaklah pengalaman dan pengetahuan yang saya timba dari mereka. Memang sekali pandang ia nampak mudah untuk dikendalikan, namun ia tidak semudah yang disangkakan. Hari minggu atau sewaktu cuti sekolah adalah peluang yang amat besar bagi saya untuk mengikuti aktiviti ini. Pada kebiasaanya saya akan bermalam di rumah indung petuan sebelum bertolak esok paginya. Seawal pukul 5 pagi selepas menunaikan sembahyang fardu subuh saya dan sepupu sudah di kejutkan, menandakan waktu untuk turun ke laut sudah tiba. Dengan menaiki perahu kayu pelauk berenjinkan 40 kuasa kuda kami pun bertolak menyusuri sungai Brunei menuju ke kawasan tugu berdekatan dengan tanjung selerong. Kawasan tugu ini telah diberi pengenalan dengan nombor, bermula dari nombor satu sehingga ke nombor 9. Kawasan ini memang menjadi tumpuan utama kepada pengandang udang. Selain dari kawasan tugu, kawasan seperti pulau kitang, kilong China, perapat lima, ujung sapoh, teritip dan sebagainya adalah juga destinasi pilihan, tergantung dimana perkhabaran berudang.

Andang udang yang kami bawa bersama sebanyak tiga bungkusan plastik kem. Dalam sebungkusan ia mengandungi 4 binata bererti satu jalan atau sejalan. Tiga jalan sudah memadai, akan tetapi ada juga yang membawa simpanan sehingga 3 jalan mengikut kemampuan masing-masing. Setiap sejalan akan dibubuh batu pembarat dan tali berpelampong dipangkal dan penghujungnya. Batu pembarat bertujuan untuk menenggelamkan pukat lebih cepat dan akan mempengaruhi sepanjang sejalan. Tali berpelampong pula adalah bertujuan untuk menarik kembali setelah ia di labuhkan kedasar laut nanti, selain itu ia juga sebagai tanda pengenal pukat milik sendiri. Kerana bukan hanya andang milik sendiri malahan berpuloh-puloh lagi pukat milik rakan pengandang juga berada di situ. Berbagai-bagai jenislah pelampong yang direka khas untuk tanda pengenal milik sendiri. Rata-rata pengandang akan menggunakan bekas botol cecair pencuci pakaian. Botol-botol ini akan digabung diikat kemas mengikut kemahiran masing-masing. Ada pula yang mengecat dengan pelbagai warna.

Mengandang memang mempunyai taktik dan teknik, jika salah mengendali memang semuanya akan menjadi serba tidak kena. Pada kebiasaannya setiap perahu pengandang akan mempunyai dua orang pengendali, seorang menjadi pemandu enjin dan seorang lagi menjadi pelabuh andang. Tidak kurang pula yang bertiga atau berempat. Akan tetapi ada juga yang mengendalikan bersendirian, ini bererti semua peranan penting terpaksalah dibuat sendiri. Saya percaya pengendali seperti ini sudah mempunyai kemahiran yang bertahun-tahun lamanya. Teknik melabuh andang jika bersendirian adalah berbeza sekali, namun yang penting adalah andang tersebut dapat dilabuhkan dengan betul.

Ketika hendak memulakan aktiviti, bungkusan andang akan dibuka, bahagian batu akan diletak dihadapan atau caruk dan bahagian patau pula akan di letak dibahagian belakang. Dengan mengambil kira pergerakan arus, angin dan persekitaran, pengandang akan memperkirakan di sebelah mana perahu andang akan dilabuhkan. Tali berpelampong yang di ikat kepukat akan dihumban jauh sedikit dari perahu untuk memulakan labuhan andang dan akan diikuti dengan batu pembarat. Seterusnya batu bahagian pukat akan dilabuh sedikit demi sedikit, bahagian patau pula akan keluar sendiri mengikuti bahagian batu sehinggalah kepada penghujungnya, labuhan hendaklah menghadang arus dan bukannya sejajar dengan arus. Setelah sejalan telah dilabuhkan ia akan dibiar sehingga kurang lebih 10 minit, ini juga bergantung kepada faktor arus, jika arus terlalu deras maka pukat akan dibangkit lebih awal. Semantara itu andang yang lain tidak langsung dilabuhkan, ini bergantung kepada hasil yang di perolehi dari labuhan yang pertama tadi. Jika hasilnya memberangsangkan barulah andang tersebut akan dilabuhkan. Andang-andang yang lain akan dilabuh berjauhan sedikit dengan menyusuri dari arah mana arus bergerak. Atau dengan melabuhkan di hadapan dan di belakang andang yang pertama tadi. Itu pun jika keadaan sekeliling mengizinkan. Setelah itu barulah kembali kepada andang yang pertama untuk memulakan sesi membangkit.

Dalam sesi membangkit juga harus mengambil kira faktor arus dan angin, jika tidak ia tidak akan berjalan dengan lancar. Langkah-langkah awal sebelum membangkit adalah seperti menghalakan enjin ke arah tertentu untuk untuk mengimbangi haluan atau sebagai kemudi, menyediakan bakul untuk mengumpul udang, kayu pemukul dan lapik pukat iaitu bekas pembungkus pukat dan apa-apa sahaja yang diperlukan. Caruk perahu akan sentiasa menghala kepada angin dan begitulah juga pukat. Pelampong akan mula diangkat dan menarik tali sehingga andang mula kelihatan. Bahagian batu akan di tarik disebelah depan dan patau pula akan di tarik disebelah belakang begitulah sehingga kepada penghujunngnya. Membuka atau memisi udang memang mempunyai cabaran dan teknik, jika udang kecil badannya akan dibengkok dan akan dikeluarkan dari mata andang. Jika udang bersaiz besar ia akan dikeluarkan bermula daripada ekor ke kepalanya dengan penuh cermat supaya udang tadi tidak rosak. Disepanjang sesi membangkit selain dari udang ada berbagai-berbagai lagi jenis ikan-ikan kecil akan tersangkut. Kadang-kadang hasil ikan akan lebih banyak dari udang yang dihajati. Tidak kurang juga sampah sarap, ranting kayu, sisa kerang-kerangan, sapoh dan sebagainya. Jika benda-benda ini pula yang tersangkut, maka pengandang akan mudah merasa tertekan disebabkan oleh kesukaran untuk membukanya. Namun pengandang adalah insan penyabar dan tekun. Selain itu andang juga boleh menyangkut ke dasar laut mungkin disebabkan oleh batang-batang kayu, ranting dan sebagainya. Ini akan menyukarkan lagi keadaan, kerana andang tidak mampu ditarik seperti biasa, terpaksalah andang tersebut diikat dicaruk dan di tarik dengan menggunakan perahu. Mahu tidak mahu andang yang ditarik akan rosak, itulah keadaannya asalkan andang tersebut berjaya dinaikkan kembali.

Diantara jenis ikan yang lumrah tersangkut pada andang karan adalah seperti ikan minyak-minyak, kirang-kirang, pila-pila, pelbagai jenis bilis, utik, jarang gigi, kuasi, rumahan, satak, ketam dan bermacam-macam lagi. Ikan-ikan ini walaupun bersaiz kecil namun jika dimasak ala kampong memang menyelerakan. Masakan yang biasa adalah seperti asam pedas, rebus sepohon dan goreng. Ikan-ikan ini jarang pula dijual, kerana memang sudah terbiasa di jadikan juadah sekeluarga setelah pulang dari mengandang. Jika tangkapan terlalu banyak, ianya akan disedekahkan kepada jiran-jiran tetangga. Pada lazimnya memang jiran tetangga juga akan menunggu-nunggu kepulangan sipengandang.

Jika bernasib baik memang udang akan diperolehi banyak sekali, sehingga mencecah kepada puluhan kilo. Terpulanglah kepada sipengandang samada mahu menjual hasil tangkapan atau tidak. Akan tetapi saya percaya jika hasil melebihi dari keperluan sebahagiannya juga akan dijual bagi menampung perbelanjaan minyak dan juga kelengkapan yang lain.

Keadaan air dan angin sangat memberi pengaruh kepada pengandang. Pengandang akan terus berusaha menambah habuan jika keadaan masih ditahap mengizinkan sehingga kepada lewat petang. Jika tidak pengandang akan berpuas hati setakat mana yang ada, jauh didalam hati mungkin ini sahajalah rezeki mereka pada hari ini. Mungkin esok atau lusa si pengandang akan berkunjung lagi ke tempat yang sama untuk mencari habuan. Setelah puas membuat perkiraan ahirnya kami akur dengan pendapatan yang sudah kami perolehi dan mulalah berkemas untuk pulang. Semua andang akan dibungkus kembali kedalam bekas yang telah dikhaskan dan di susun dengan kemas. Sisa-sisa sampah, uras-urasan akan dibuang, lantai-lantai perahu akan dibasuh dengan membawa lantai tersebut langsung ke air laut sekeping demi sekeping dan menyusunnya kembali ke tempat asalnya. Kita tidak mungkin akan tersalah letak, kerana lantai-lantai tersebut telah diberi nombor mengikut susunan nya.

Setelah semua dalam keadaan rapi dan selamat baharu lah menghidupkan enjin semula menyusur kembali sungai Brunei balik ke kampong. Hala tuju untuk pulang mempunyai 2 pilihan iaitu semada melalui Pulau cermin atau Menunggol. Dalam perjalanan pulang indung petuan tidak akan mengendali perahu lagi, biasanya beliau akan bersantai terlentok-lentok menyandar kepada bungkusan andang tadi. Sebaliknya perahu akan dikendali oleh anaknya yang sudah agak mahir walaupun usianya masih belum ditahap pengendali perahu. Sesekali melihat kepada gelagat sepupu mengendali perahu itu terasa pula aku ingin mencuba bagaimana rasanya. “Eh.. cuba pulang aku memigang enjin ah” pintaku kepada sepupuku yang sedang asyik memandu. “Eh.. pandai kan kau..” balasnya dengan tegas. Memang ia tidak mempunyai keyakinan kalau aku boleh memandu perahu tersebut. Sebelum ini aku memang tidak penah memandu perahu. Jangankan memandu untuk menghidupkan nya sahaja belum cukup kuat. Sudah lama niatku untuk memandu perahu namun aku tidak mempunyai peluang dan kesempatan. Aku tidak berputus asa untuk mencari kesempatan, berkali-kali aku memujuk supaya aku diberi peluang. Akhirnya aku diberi kebenaran yang terhad. “Sekajap saja ah” jelasnya dengan tidak yakin. Aku begitu teruja sekali kerana mempunyai peluang keemasan yang belum pernah ku rasa sebelum ini. Sebenarnya aku memandu tidaklah teruk sangat walaupun kali pertama akan tetapi dada ku terus bedebar-debar.

Tiba-tiba aku terdengar suara yang agak garau “Mengapa prau ani simpang-siurkan, nda besanang kan tidur” rupa-rupanya indung petuan telah pun terjaga akibat dari pemandu percubaan. Akhirnya pemandu pun bertukar tangan, “Apa nyangku” sindirannya cukup memberi peringatan kepada ku. Apapun aku tetap akur dan membiarkannya mengendali perahu hingga sampai ke destinasi iaitu ke tempat pembeli udang atau orang tengah untuk dipasarkan.

Itulah sedikit sebanyak mengenai dengan mengandang. Jika ada kesilapan atau perselisihan pendapat sila maklumkan supaya dapat dibetulkan. Insya Allah dalam menungkat gemilang siri 2 saya akan membawakan sesi “Karak kail”. Nantikan kemunculannya.



Hasil nukilan : Pa-iring

Jangan ketinggalan, sama-sama kitani nantikan MENUNGKAT GEMILANG DALAM SIRI KEDUA. Pa-iring akan membawakan tajuk lain lagi iaitu KARAK KAIL.



SATU KATI SATU LINGGIT, bintur kacap

Monday, 2 November 2009

Ani sambungan SATU KATI SATU LINGGIT yang pengabisan ni. Akan datang mungkin ada lagi cerita2 lain, petua2 orang tua2 dulu, cara2 mengikat pemata, membuat batu macam2 lagi lah.


Jika ketam yang sudah didapat terlepas semula ke air, penarik mestilah bertindak pantas dengan menyiut kembali ke air dengan menggunakan bintur itu sendiri, jika bernasib baik ketam tersebut akan didapat semula, kalau sudah memang rezeki ia tak kan ke mana. Begitulah betapa pentingnya kedua-dua posisi ini. Keadaan ini akan berlarutan hingga kebintur yang terakhir. Setelah aksi membangkit yang kedua ini berakhir kesemua pembintur akan kembali berehat di bawah pohon perapat sambil memayuk ketam yang berada di bawah ruang tadi. Ketika matahari berada betul betul di atas kepala keadaan cuaca dipersekitaran akan bertambah panas. Keadaan arus air pula akan mula berkurangan dan menyebabkan ketam juga akan berkurangan. Inilah masanya juga waktu berehat akan diperpanjang. Dikesempatan ini pula juadah makanan tengahari akan mula dinikmati. Walaupun sekadar berlaukan ala kadar sahaja, namun kelazatan dan kenikmatannya sukar digambarkan. Seperti dalam hidup berjiran lauk yang dibawa oleh masing-masing akan dikongsi bersama diantara kumpulan. Setelah selesai menikmati jamuan tengahari, pohon perapat yang agak rendang daunnya adalah menjadi pilihan untuk berteduh dari panas yang terik. Dengan memanfaatkan limbunan dari pohon perapat dan tiupan angin yang begitu lembut kadang-kadang mata akan terlelap terjaga juga olehnya. Jika terlelap pun hanya sekadar tidur-tidur ayam. Apa pun jua saat-saat begini memang sukar untuk dicari. Setelah sekian lama berehat dan melegakan kepenatan, waktu untuk beraksi semula telah tiba. Pasang penuh biasanya akan berakhir di sebelah petang. Ini menyebabkan arus akan berkurangan sesuai untuk dilabuh di kawasan aloh sungai, kerana keadaan air yang agak tinggi. Kerana tali bintur yang pendek tidak akan sampai ke dasar ataupun ke tanah.

"Eh dalam banar sudah aing ani, baik tah ketani ke siring" tiba-tiba cadangan berpindah kedengaran dari luahan seseorang. "Au ketamnya inda jua berapa lagi" balas ku dengan nada yang mempersetujui akan cadangannya. Setelah membuat perkiraan beberapa aspek kami telah membuat keputusan untuk berpindah. Tempat berpindah hanyalah sekadar mengalihkan kesemua bintur-bintur ketepi berdekatan dengan pepohon bakau, atau dengan perkataan yang lumrah kami gunakan dan difahami iaitu (belalih ke darat).

Tidak disangkal kadang-kadang pendapatan di tepi pepohonan bakau akan lebih hebat, ketamnya akan berukuran lebih besar dibandingkan dengan tempat sebelumnya. Akan tetapi disebelah tepi ini cabarannya juga hebat. Keberanian sudah pasti akan tercabar. Terpulangalah kepada kumpulan itu sendiri mengikut keberanian masing-masing.Kerana selain dari melabuh di tepi-tepi bakau pembintur juga boleh melabuh ke dalam anak-anak sungai. Tetapi mestilah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Di dalam hutan paya bakau ada bermacam-macam jenis binatang menumpang hidup, ada kalanya pembintur akan terserempak dengan ambok, kikuk, beruk, barang-barang, ular, biawak dan berbagai-bagai lagi. Seperti yang saya katakan tadi ianya bergantung kepada keberanian masing-masing. Bak kata pepatah "tepuk dada tanya selera" namun apa-apa pun demi harapan untuk mendapat hasil yang lebih lumayan, segala rintangan yang mungkin terjadi akan tetap diharungi.

Disetiap sudut anak-anak sungai akan menjadi rebutan kepada satu-satu kumpulan. Namun biasanya sikap berampit-ampitan akan tetap berperanan di lubuk hati masing-masing. Seperti yang saya katakan bergantung kepada keberanian masing-masing ada kalanya satu atau dua kumpulan agak jarang muncul kelihatan walaupun dikala waktu rehat. Kerana mungkin saja kumpulan tersebut akan melabuh bintur-bintur mereka jauh ke dalam menyusur anak sungai tersebut. Berbeza pula halnya dengan kumpulan saya, maklumlah diawal usia remaja sifat separuh berani dan separuh takut akan menghantui fikiran. Namun atas dorongan dari rakan-rakan yang lain segalanya itu akan dapat diatasi dengan tabah dan sabar. Dengan berbekalkan salam dan tawakkal segalanya berjalan lebih lancar.

Aktivi yang hambar diwaktu tengahari kini telah berubah menjadi lebih sibuk sedikit demi sedikit. Ketam-ketam akan mudah diperolehi di lubuk sungai, lebih-lebih lagi ukurannya agak besar dan jantan atau lebih dikenali sebagai "ketam tua". Ketam tua memanglah hasil yang diidam-idamkan dan menjadi sasaran utama kepada setiap pembintur. Pergerakan di lubuk sungai memang terbatas sekali, ada kalanya tidak menggunakan pengayuh untuk bergerak hanyalah meniti dan berpaut pada dahan bakau sekeliling. Bunyi bising juga sensitif. Jadi untuk membuat pergerakan haruslah berhati-hati jangan sampai ketam yang tengah memakan umpan akan terlepas begitu sahaja. Jika sudah memang takdir akan terlepas, memanglah perasaan hampa akan jelas kelihatan, namun segalanya akan diiringi dengan kata-kata petua "dui... malai ku... jangan kau jara".

Aktiviti membangkit akan terus dijalankan, walau apa pun yang terjadi dan yang bakal terjadi. Semuanya itu sudah menjadi asam garam yang biasa dihadapi. Kewaspadaan akan terus dipertingkatkan supaya kejadian seperti itu tidak akan terjadi lagi. Dalam keadaan ini pembangkit akan berasa tertekan, tentu saja bintur seterusnya yang akan dibangkit lebih berhati-hati lagi. Dengan pengalaman yang ada, satu-satu bintur yang dibangkit ada mempunyai tanda samada bintur tersebut ada penghuni atau tidak. Secara tidak langsung ia akan memberi amaran awal supaya akan lebih bersedia. Tanda tersebut adalah berupa "burinih" atau kumpulan udara yang timbul ke permukaan air yang terhasil dari pernafasan dari ketam yang menghuni bintur tersebut.

Sekali lagi pengalaman dan kepintaran akan dapat menyelesaikan masalah yang yang dihadapi. Semua ini akan berterusan hingga kebintur yang terakhir. Suasana akan lebih nampak teruja, kerana disaat ini sudah terasa kejayaan yang akan dimiliki. Sudah tentulah bila dijual nanti akan mendapat hasil yang lumayan.

Indah... memang begitu indah sekali bila dikenang cerita lama sebegini. Semua ini masih segar dalam ingatan. Waktu begitu cepat berlalu, namun setiap waktu yang berlalu itu telah tidak dapat dimanfaatkan, dibebani dengan seribu kenangan yang bisa mendidik, menjadi bekalan sehingga ke hari ini. Inilah yang dikatakan RAHMAT ALLAH walaupun pada dasarnya kami tidak membesar dalam suasana yang serba mewah, namun aku merasa bersyukur kerana keistimewaan yang ku miliki masih dapat dimanfaatkan sehingga ke hari ini.

Mungkin pada masa ini apabila disebut soal laut di dalam mana-mana perbincangan, saya percaya awal-awal lagi sudah ada yang membayangkan mauk (mabuk laut), ombak besar, gelora dan sebagainya. Namun, semua itu adalah sebaliknya bagi yang sudah sejak kecil bermain dengan gelora, bertarung dengan ribut, berjuang dengan arus dan sebagainya. Malahan apabila saja disebut soal laut, minda ku akan melonjak, " ya ada persoalan apa dengan laut ?". Begitulah cepatnya jiwa ku bertindak balas seperti seorang pakar yang bersedia menjawab sebarang pertanyaan. Semua ini bukan mendabik dada, akan tetapi inilah yang dikatakan nikmat ilmu.

Suasana atau kaedah menangkap ikan sekarang sudah jauh berbeza, segalanya telah berubah begitu pesat sejajar dengan kemajuan dunia sekarang. Namun objektif utamanya tetap sama. Kalau dibanding pendapatan dahulu dan sekarang juga sudah tidak dapat dibandingkan, namun semua itu bukanlah menjadi ukuran.

Dengan berbekalkan pengalaman serta bakat yang ada aku telah menerokai bidang perikanan lebih jauh lagi. Kalau dulu perahu kayu (gobang) dan beradayung akan tetapi sekarang sudah menggunakan enjin motor sangkut dan perahu gantian kaca yang lebih mantap, cukup untuk mengharungi lautan dalam yang bergelora. Peralatan pula lebih jauh maju berkali ganda dan berjenama khusus. Namun semuanya terpulanglah kepada kemampuan masing-masing. Ada yang sanggup berbelanja sehingga beribu ringgit untuk mendapatkan peralatan yang lebih canggih. Walau apa pun segalanya tidaklah terletakkepada peralatan yang maju, jika tiada ilmu di dada.

Setelah hasil selamat dijual dan duit jualan telah pun berada di tangan, kami pin mengucapkan terima kasih kepada tauke ketam tersebut sambil beredar dari situ menuju ke kedai kopi di bawah panggung Bolkiah. Disini kami akan berehat seketika dengan memesan minuman cindol atau minuman kacang. Disinilah satu-satunya kedai kopi yang menjadi pilihan, mungkin kerana kedudukannya yang berdekatan dengan tambing Kianggih. Sambil menikmati minuman cindul dan kacang kami akan berbual-bual sedikit mengenai dengan hasil tangkapan dan membahagikan duit yang yang baru sahaja kami perolehi. Kalau hasil tangkapan seberat 10 kati bererti kami akan di bayar sebanyak $10.00. Kami sudah begitu sinonim dengan ungkapan tauke "satu kati satu linggit". Ini bererti kami akan mendapat bahagian sebanyak $5.00 tiap seorang. Alhamdulillah, jumlah tersebut memadailah untuk perbelanjaan sepanjang minggu. Setelah masing-masing mendapat bahagian saya dan rakan-rakan yang lain, tidak langsung pulang ke rumah akan tetapi meneruskan perjalanan berlegar-legar di kawasan bandar atau mungkin saja terus menuju ke kedai Klasse Jaya, Kota Mutiara, Emporium Ocean atau Jetsin. Saya rasa kedai-kedai inilah sahaja yang boleh dianggap bertaraf pasar raya pada waktu itu. Di sini kami bolehlah mendapatkan keperluan sekolah seperti alat tulis, buku-buku atau pakaian asalkan harganya mengizinkan untuk dibeli. Maklumlah jumlah kewangan yang begitu terhad, terhadlah jua apa yang akan dibeli. Setelah puas mengelilingi kedai-kedai tersebut dan memperolehi beberapa barang sekolah yang diperlukan tibalah masanya untuk pulang semula ke rumah. Di dalam perjalanan pulang saya tidak pula lupa untuk membeli sedikit buahtangan untuk ibu dan adik-adik saya yang berada di rumah.

Perjalanan pulang ke kampong adalah dengan menaiki perahu tambang dengan bayaran 50 sen tiap seorang. Kadang-kadang terlena seketika ditiup sang bayu dan kelajuan perahu tambang mungkin juga keletihan bangun diawal pagi dan pulang lewat petang.

Apa yang telah saya paparkan ini semuanya adalah pengalaman yang benar dan bukannya rekaan sebagai sebuah cerita. Semoga ianya akan dapat memberi manfaat kepada generasi yang akan datang sebagai penanda aras atau sukat-sukat. Terpulanglah kepada generasi masa depan untuk memanfaatkannya biar dari sudut mana pun jua. Disamping itu nukilan ini akan menjadi ristaan kepada rakan sebaya yang pernah berjuang bersama, berkayuh bersama dan mengharungi usia remaja penuh dengan kenangan pahit dan manis.


Ani tah pengalaman Pa-iring yang pernah dilalui di usia remajanya, mengisi masa lapang dengan membuat pekerjaan yang mendatangkan hasil bukan saja wang ringit tetapi yang lebih tinggi nilainya pengalaman dan pengajaran yang penuh bermakna ini. Berdikari sendiri untuk mendapatkan perbelanjaan sekolah dan keperluan seharian.

Aku mewakili Pa-iring memohon maaf sekiranya ada perkataan-perkataan yang kurang difahami atau mungkin menyinggung perasaan pembaca semua.

Dimasa akan datang mungkin ada lagi pengalaman lain dari Pa-iring, atau ahli2 yang lain jua digalakkan, mungkin petua-petua serta pantang larang dari orang tua-tua dahulu, mungkin cara-cara membuat bintur, membuat rawai, bubu, mengikat mata kail, membuat papar atau anjun. Cara meramal cuaca hujan angin awan ombak atau apa saja lah mengenai penangkapan ikan.

Sama sama lah katani menunggu dari Pa-iring dikeluaran akan datang Insya Allah.


SATU KATI SATU LINGGIT, bintur kacap

Wednesday, 21 October 2009

Ani nah lagi sambungan cerita SATU KATI SATU LINGGIT seterusnya, ani pun alum abis ni ah ada lagi nanti tu Insya Allah minggu dapan kah.


Ah... rupa-rupanya lamunan ku begitu jauh sekali. Tiba-tiba dengan berbekalkan sebuah bakul dan pengayuh kelihatan seorang samar-samar dari jauh di atas titian pail menghala ke rumah ku, seraya berkata "bah apa lagi angan-angan atu, apa lagi ditunggu mari tah turun" rupa-rupanya yang di tunggu sudah tiba. "Inda plang angan-angan, ni nah meliat ari ah... taduh kah inda", balas ku dengan menyembunyikan keadaan sebenarnya. "Kau tunggu sekajap aku memberitahu mama dulu", pinta ku kepadanya. Aku pun bergegas masuk ke dalam rumah mengejutkan ibu sekadar untuk memaklumkan masa untuk turun sudah tiba. "Ma... bah kan turun tah kami ni... bedua ganya" pohon ku kepada ibu yang baru saja terjaga. "Bah baik-baik saja, jangan tah luan akhir balik... karang memberi ingau ati" seraya ibu membalas dalam keadaan rela dan keberatan, maklum sajalah diusia kami baru mencecah balasan tahun memang sukar untuk merelakan perpisahan walaupun sekadar sehari suntuk, namun itulah hakikatnya. Entah siapa tahu apa lagi dalam isi hati seorang ibu, tapi yang pasti doa seorang ibu semoga kami selamat pergi dan kembali dengan hasil yang baik.

Dengan bertawakkal kepada ALLAH aku melangkah bandul pintu hadapan disertai dengan sedikit bacaan dan petua yang telah diajarkan oleh nini laki. Tangan ku yang penuh dengan bakul bata (bekal) terus menuju ke tangga untuk turun ke gubang. Cuaca begitu mengizinkan sekali walaupun dalam samar-samar embun tua masih menyelimuti suasana, namun itulah petanda cuaca akan lebih panas ditengahari nanti. Aku terasa cukup lega setelah melabuhkan punggung ke lantai gubang, inilah saatnya yang dinanti-nanti, kami berdua sudah siap sedia, pengayuh sudah di tangan perahu sudah di air.

Keadaan air yang mula menunjukkan bunga pasang menambahkan lagi semangat kami untuk sampai ke destinasi. Kerana ketam akan mudah diperolehi ketika air sedang pasang. Destinasi kami kali ini ialah kawasan Buang Sakar. Tempat ini memang menjadi lubuk bagi ketam terutama ketam kalok dan ketam piai. Ini adalah disebabkan oleh faktor keadaan persekitaran yang dipenuhi oleh hutan bakau. Selain dari Buang Sakar banyak lagi tempat yang tidak kurang juga strategiknya seperti Pulau Si Bungor, Sg Kalamasi, Sg Butir, Buang Tawar dan sebagainya. Tempat-tempat ini adalah tertakluk kepada keadaan, seperti faktor air pasang penuh dan air surut penuh, angin dan ombak. Semua ini akan memberi pengaruh yang besar dalam menentukan destinasi manakah yang akan dituju. Akan tetapi mengikut pada kebiasaan memang Buang Sakar lah yang akan menjadi sasaran utama di sebelah awal pagi. Destinasi yang lain biasanya akan mengambil tempat di sebelah petang.

Dengan berbekalkan sedikit petua orang tua-tua kami mulalah mengayuh menuju ke Buang Sakar. Setelah berada di tengah aloh kami akan berhenti seketika untuk menunggu rakan-rakan yang lain yang sama satu destinasi dengan kami. Setelah kesemuanya berkumpul barulah kami bertolak bersama. Di dalam perjalanan kami tidak lupa untuk beriadah untuk menaikkan moral dan semangat. Maklum sajalah destinasi yang akan dituju ini agak lumayan juga jauhnya apatah lagi dengan berkayuh. Berbagai-bagai cara dan teknik digunakan seperti bernyanyi-nyanyi dan bercerita. Selain dari itu perlumbaan juga boleh menimbulkan semangat maklumlah diwaktu itu masing-masing mahu menunjukkan gagah. Kadang-kadang memang tidak dapat disangkal kerena mereka memang sudah terbiasa bersama ayah mereka dengan kerja yang berat-berat seperti menetak bakau atau mengambil bakau di hutan, menetak nibong dan berbagai-bagai lagi. Jikalau cuaca baik memang seronok, taoi ada kalanya juga cuaca agak berangin dan berombak. Tetapi semua itu tidak menjadi halangan yang besar. Dalam suasana seperti ini kami tidak mudah kelam kabut, saya masih ingat dengan petua orang tua-tua jika berada dalam keadaan seperti ini, bawalah bertenang dan sebutlah perkataan "inda membawa-bawa pelapah kami bawa" berulang-ulang. Perkataan ini memang mempunyai maksud yang tersendiri tapi yang penting kami dapat mempertahankan semangat.

Pada kebiasaannya perjalanan kami akan melalui lereng pohon perapat dan tebing bakau yang rendang kerana arusnya tidak begitu kuat disamping pemandangannya yang begitu unik. Setelah sekian lama menggembeling tenaga berkayuh kami telah pun tiba ketempat di mana kami akan melabuhkan bintur-bintur kami. Kesemua kumpulan mengambil kedudukkan untuk melabuhkan bintur masing-masing. Jika ada empat kumpulan maka empat barislah juga bintur tersebut. Aku masih merasa pelik mengapa kami melabuh bintur seperti ini. Entah dari mana kah kami dapat sistem melabuh seperti ini. Timbul persoalan kenapa ia dilabuh begitu dekat barisnya antara satu dengan baris yang lain sedangkan jarak antara bintur barisan kepunyaan sendiri adalah berjauhan. Setelah semua bintur tersebut habis di labuh, semua kumpulan akan berlabuh rapat antara satu sama lain di bawah pohon perapat yang begitu rendang. Bata yang kami bawa mulalah dijamah untuk hidangan sarapan pagi. Alangkah indahnya waktu bersarapan, paling tidak pun sekadar minum secawan kopi sudah memadai. Kerana bata ini akan di hemat sehingga ke petang. Ketika ini akan timbullah berbagai-bagai cerita, rata-rata ceritanya akan berkisar mengenai dengan persiapan sebelum membintur. Perbualan ini akan berlangsung 20 minit lamanya. "Bah maritah katani membangkit... ada kali sudah..." kata seorang dari kami. Kami sudah tidak sabar lagi untuk melihat hasilnya. Masing-msing terbayang di dalam benak fikiran bahawa merekalah yang akan mendapat banyak. Namun itu hanyalah apa yang diimpikan. Tetapi sebenarnya takdirlah yang lebih tepat. Kerana melalui pengalamanku walau sehebat mana sekali pun seseorang itu bukanlah menjadi ukuran untuk mendapat lebih banyak. Ia akan lebih bergantung kepada nasib dan kemahiran membangkit. Seekor demi sekor ketam sudah dinaikkan ke gubang, ada kalanya dalam satu bintur dua ekor ketam atau lebih dalam sekali bangkit. Seperti yang saya telah katakan ia bergantung kepada nasib dan kemahiran. Setelah yang terakhir diangkat kami akan berkumpul semula. "Ada ia...? tanya seseorang. "Ada jua..." balas ku dengan penuh rasa syukur. Memang pada waktu itu ketam banyak sekali. Nampak kelihatan disetiap wajah kumpulan begitu ceria sekali.

Kami tidak akan berlengah lagi, ketam-ketam yang telah pun dinaikkan akan mula dipayuk atau diikat satu persatu. Sekali pandang ketam ini memang kelihatan merbahaya kerana kedua sapitnya akan menyerang apa sahaja yang datang menghampirinya. Namun perasaan takut sudah tiada lagi. Selain dari kegembiraan yang amat sangat , kami sudah begitu mahir untuk apa juga jenis ketam dari yang kecil hinggalah ketam yang tua. Dengan menggunakan cabang tiga yang diambil dahan kayu bakau. Ketam akan mudah dapat ditangkap dengan mudah sekali. Cara untuk memayuk pula adalah mengikut kesikapan masing-masing, ada yang dari depan kebelakang dan sebaliknya. Tali pemayuknya pula memang kami bawa khusus dari rumah. Tali ini biasanya kami panggil dengan tali purun atau nama sebenarnya tali rafia. Setelah ketam-ketam tadi siap dipayuk ia akan disimpan ke dalam guni bekas gula.

Perbualan yang terputus tadinya akan disambung semula. Perbualan kali ini akan lebih hangat kerana tentu saja isi kandungannya mengenai apa yang baru saja berlangsung, ada yang mengkhabarkan jumlah ketam yang baru diperolehi dan ada juga yang meristakan pertarungannya ketika membangkit sehingga terlepas akibat ombak besar yang terhasil dari speedboat yang berulang alik dari Bandar ke Temburong dan sebaliknya. Memang tidak dapat disangkal halangan ini, kerana kawasan pembinturan ini memang terlalu dekat dengan laluan speedboat Temburong tambahan pula ketika air dalam keadaan surut penuh atau tuhur pagi, air akan hanya berada di aloh sungai. Sungainya akan mengecil sehingga mencecah ukuran hanya 10 meter lebar. Bayangkanlah apa yang akan terjadi, di situlah segala macam kenderaan laut akan lalu lalang termasuklah gubang kami yang hanya berukuran 3 meter panjang. Apa pun jua keadaan seperti ini sudah menjadi asam garam. Yang penting perhatian dan pengawasan mestilah dipertingkatkan demi menjaga keselamatan. Sambil berbual-bual dan sambil minum peralatan akan dikemas kembali. Umpan pula akan disediakan untuk bintur yang sudah habis atau terlepas dari ikatan. Sisa sapit ketam yang telah tanggal dari yang empunya akan disimpan ke dalam bakul, kerana jika kesemua ketam yang disimpan ke dalam bekas guni habis dijual maka sapit-sapit inilah hanya yang akan dimasak buat hidangan apabila pulang nanti.

Matahari yang mla mendaki langit semakin mula memancarkan cahayanya dan kepanasan akan mula terasa. Demi untuk melindungi dari panas terik kami akan membalut muka dengan baju T sehingga kesemua bahagian muka kecuali mata akan terlindung. Baju panjang tangan pula akan mula dipakai. Dengan demikian keselesaan akan bertambah baik. Kadang-kadang apabila saya ternampak pekerja buruh bangunan yang ada sekarang mengingatkan aku kembali sejarah silam. "Iatah bapa ni macam buruh keraja bangunan ah mata saja yang nampak" jelasku kepada anak-anak apabila terserempak dengan keadaan sedemikian. Anak-anak tersenyum sinis. "Macam ninja jua pa" balas anak-anakku. Aku rasa dari apa yang mereka katakan mereka masih belum memahami dari mana akar bercambah.


Selain dari hadangan ombak besar, pengaruh angin iraga juga boleh menjejakan kelancaran membintur. Diwaktu ini angin bertiup agak kencang menyebabkan gubang akan terumbang ambing seperti hilang kawalan. Ini bererti aktiviti membintur akan berakhir lebih awal jika sekiranya keadaan bertambah buruk akibat keletihan. "Bah semua sudah sedia" tanya seseorang. Ini bererti masa untuk membangkit kali kedua akan dijalankan. Semua kumpulan akan mula mengemas kembali cawan-cawan bekas menikmati sarapan dan juga sisa kuih yang dihidang ke dalam bakul. Tali gubang yang terikat ke pohon perapat akan dilepas dan mulalah berkayuh menuju ke permulaan bintur. Permulaan bintur bererti dari arah berlawanan arus, ini adalah untuk memudahkan membangkit dan mengelakkan ketam yang terperangkap dari mudah terlepas. Kali ini rakan ku pula dibahagian belakang sebagai pekayuh utama dan pengemudi dan aku pula dibahagian hadapan sebagai pekayuh tambahan dan juga sebagai tukang bangkit. begitulah seterusnya bergilir-gilir apabila tiba masa untuk membangkit seterusnya. Bahagian hadapan ini adalah bahagian yang sentiasa yang sentiasa diinginkan kadang-kadang ia boleh juga menjadi pertengkaran kecil.

Kerana bahagian hadapan adalah fungsi utama diwaktu membangkit dan ia juga bahagian yang secara langsung berhadapan dengan cabaran. Walaupun demikian sebenarnya mana-mana bahagian pun mempunyai peranan yang sama penting. Bahagian belakang mestilah mempunyai kawalan yang cukup baik ketika menuju kepada bintur, jika kurang awas bintur akan terlepas dan terpaksalah berpusing balik, ini akan memakan masa dan tenaga. Bahgian hadapan pula mestilah mempunyai jangkauan yang baik, ada kalanya menggunakan ulu pengayuh untuk mendapatkan tali bintur yang agak jauh dari sisi. Ketika menarik pula mestilah direntap dengan pantas untuk mengelakkan ketam yang terperangkap dari terlepas. Ketam yang berjaya dinaikkan akan disimpan di bawah ruang, ini membolehkan ketam-ketam akan bergerak bebas. Jika ketam disimpan ke dalam suatu bekas, ketam akan mudah berkelahi antara satu dengan yang lain dan akibatnya sapit-sapit ketam akan tanggal dan akan menyebabkan ia kurang elok. Lain pula halnya jika bertiga, ketam yang didapat akan terus dipayuk atau diikat dengan kemas.