I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label MAKLUMAN. Show all posts
Showing posts with label MAKLUMAN. Show all posts

Makluman

Wednesday, 26 January 2011

Assalamualaikummmm

Dimaklumkan kepada semua ahli PRECIOUS ANGLERS.
Kitani akan mengadakan satu
MAJLIS PERJUMPAAN BERAMAH MESRA
pada hari Sabtu malam minggu
26 Februari 2011

bertempat di Perpindahan Kg. Rimba.

kalau siapa kan ikut serta dalam majlis atu boleh lah mendaftar mulai hari ani.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi

Pa-iring : 8883537 / 2393433
Capt Precious : 7188228 / 2223534

MAKLUMAN

Tuesday, 25 May 2010


Assalamualaikum semua Precious Anglers (PA).
Capt. Precious Awie bercadang kan mengadakan UNGAH GRANDPRIX III pada musim cuti persekolahan penggal kedua dalam bulan Jun ani, dari 14 Jun sampai 28 Jun 2010.

Iatah kalau Ahli-ahli PA ada cadangan mengenai tarikh kah tempat kah atau apa saja lah mengenai UNGAH GRANDPRIX III ani, boleh lah biskita buat arah Precious Bedudun (Shout Mix) kitani atu.


Hari atu UNGAH GRANDPRIX II secara kecil-kecilan saja, inda ada aktiviti lain selain mengail. Lagi pun inda ramai, aku sendiri pun inda ikut ada perkara yang inda dapat dielakkan masa atu lah. Iatah UNGAH GRAND PRIX III ani kalau boleh lebih baik, meriah, siuk, ramai dari yang pertama atu lah OK.

Sekian terima kasih.

MAKLUMAN

Monday, 18 January 2010


Assalamualaikum & apa khabar PA semua. Selamat Tahun Baru 2010.

1- Blog masani dalam pengubahsuaian banyak gambar yang inda ada tu.

2- Diminta semua ahli Precious Anglers (PA) memberi cadangan "bila dan di mana kitani boleh membuat perjumpaan atau mesyuarat yang pertama sempena tahun 2010 ani". Agendanya banyak plang tu, di antaranya untuk bergambar ramai sama seorang untuk dimasukkan dalam blog iaitu senarai ahli PA. Iatah kalau boleh ramai yang datang.

Diharap semua ahli PA memberi maklum balas secepat mungkin untuk membuat perjumpaan dalam masa terdekat ani.

Sekian terima kasih.

MAKLUMAN

Tuesday, 29 December 2009

Assalamualaikum semua PA, mata kail untuk jig ani ada di dalam perahu PRECIOUS masa kitani mengadakan Ungah Grand Prix 2009. Iatah mata kail jig ani inda ada orang tau siapa yang punya. Kalau ada diantara ahli atau orang jemputan yang punya mata jig ani boleh lah mengambil arah Pa-iring di Lambak atau hubungi Padamit kah.

Sekian harap maklum terima kasih.




MAKLUMAN

Monday, 9 November 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

DIMAKLUMKAN KEPADA AHLI2 PRECIOUS ANGLERS YANG KAN IKUT PERTANDINGAN HARI SABTU ANI 14-15 NOVEMBER 2009.

DIMESTIKAN HADIR KARANG MALAM 9 NOVEMBER 2009 ARAH RUMAH C P AWIE DI TASEK LAMA PUKUL 7 MLM. KERANA UNTUK MEMASTIKAN SAMADA AHLI ATU IKUT ATAU INDA, UNTUK MENJELASKAN BAYARAN $15.00, UNTUK MENGUNDI KUMPULAN, AHLI, TEMPAT, PEMBAHAGIAN TUGAS SAMA PERLANTIKAN AJK, LAIN LAIN HAL.

KALAU BOLEH
AWAL DATANG
AWAL MULA
AWAL MULIH

TERIMA KASIH

Mesyuarat

Saturday, 7 November 2009

MESYUARAT KALI KEDUA DI RUMAH PA-IRING
5 NOVEMBER 2009. 7.00MLM
UNTUK CABARAN UJUNG SAPUH 14 NOVEMBER 2009


Diantara yang hadir Irman, Jimi, C P Awie,

Tuan rumah Pa-iring, Awi, Markos, C Boy, Ze

Hj Win, Padamit, popperazi

Yang inda ada dalam gambar tentunya jurugambar Jef sama Dini


Mesyuarat bermula kira2 dalam pukul 7.45 mlm dengan dimulai bacaan Surah Al Fatihah yang diketuai oleh Pa-iring.

Agenda2 yang dibincangkan pada malam atu ;
- Acara2 yang dipertandingkan
-Syarat2 pertandingan
- Perbelanjaan
- Lantikan Jawatan Kuasa

Acara2 yang dipertandingkan ada 2 kategoti;

1. Perseorangan
2. Berkumpulan


1. Kategori Perseorangan

1.1 Lauk pertama
1.2 Ungah paling berat
1.3 Lauk Ganjil
1.4 Popping menuju buoy (tepat/kana)

2. Kategori berkumpulan

2.1 Lauk paling banyak
- Tempat Pertama
- Tempat Kedua
- Tempat Ketiga


Syarat2 Pertandingan ;

1. Terbuka untuk Ahli2 Precious Anglers sahaja
2. Bayaran kemasukkan $15.00 tiap seorang
3. Masa pertandingan 4 jam sahaja (8 hingga 12 mlm),
kecuali kategori perseorangan 1.5 masanya sampai pagi
4. Membawa peralatan sendiri (lampu, pisau dll)
5. Hanya dibenarkan memasang 2 krikan 1 joran atau 1 krikan 2 joran (max. 2 pemata)
6. Umpan membawa sendiri
7. Dibahagikan 3 kumpulan, 7 - 8 orang 1 kumpulan (undian)
- Kumpulan Kembura
- Kumpulan Buntih
- Kumpulan Tangat
8. Tempat akan diundi kecuali batu 4 (bebas).

Lantikan AJK sama perbelanjaan inda payah dimaklumkan di sini OK, tapi akan di maklum pada perjumpaan kitani lagi sekali
9/11/2009 di rumah C P Awie
jam 7.00 mlm

Pertandingan ani digelar UNGAH GRANDPRIX 2009


SEMUA AHLI PRECIOUS YANG AKAN IKUT SERTA DALAM UNGAH GRANDPRIX 2009 DIMESTIKAN HADIR PADA PERJUMPAAN YANG KETIGA ANI NANTI, UNTUK MEMUTUSKAN SAMADA IKUT ATAU INDA, DAN BAYARAN JUA MESTILAH DISELESAIKAN PADA MALAM ATU OK.

MAKLUMAN

Wednesday, 4 November 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم دان سلام سجهترا

DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI
PRECIOUS ANGLERS

KITANI MENGADAKAN PERJUMPAAN SEKALI LAGI MALAM ANI
4 NOVEMBER 2009
UNTUK MEMBINCANGKAN
CABARAN UJUNG SAPUH
DI RUMAH PA-IRING
SELEPAS SEMBAHYANG
FARDHU MAGHRIB
INSYA ALLAH
SIAPA2 YANG BELAKU ATU DIALU-ALUKAN DATANG
KALAU BOLEH DATANG AWAL AH
MUN TANI AWAL MULA
DAPAT AWAL ABIS

BAH ATU SAJA TERIMA KASIH

MAKLUMAN

Tuesday, 3 November 2009


Dimalam Precious Anglers mengadakan perbincangan mengenai CABARAN UJUNG SAPUH di restoran Pantai Serasa dari pukul 7.30 sampai 9.30 mlm ala kadar saja lah. Ahli-ahli yang belaku datang Padamit, C P Awie, Pa-iring, Jimi, Popperazi, Fian, Awi, Raman, Jef, Ze, Markus dan Si Boy. Yang inda belaku datang atu dengan sendirinya ia setuju lah hahaha.

Yang dibincangkan dimalam atu mengenai aktiviti yang akan diadakan, makanan, pengangkutan (perahu) sama kutipan.


Aktiviti atau pertandingan yang dipersetujui akan diadakan nanti :

  1. Orang yang mula-mula sekali belurih lauk, inda kira apa saja lauknya (lauk pertama).
  2. Orang yang belurih UNGAH paling besar.
  3. Orang yang belurih UNGAH paling damit.
  4. Orang yang mula-mula belurih 3 ekong UNGAH.
  5. Orang yang paling banyak belurih lauk (berapa ekong).
  6. Orang yang belurih lauk paling berat (berat keseluruhan lauk yang diperolehi).
  7. Orang yang belurih lauk paling besar (sekong), inda kira apa saja lauknya.
  8. Orang yang belurih lauk ganjil.
  9. Orang yang paling tepat mengumban popper ke arah buoy (tekana buoy).

Syarat-syaratnya ;

  • Tiap seorang hanya dibenarkan mengunakan samada;
2 krikan dan 1 joran
atau
1 krikan dan 2 joran

Setiap krikan atau jorang hanya dibenarkan memasang 2 mata kail sahaja.
Joran ani boleh jua digunakan untuk popping atau casting.

  • Umpan sendiri membawa ah.
  • Pertandingan ani hanya untuk ahli-ahli Precious Anglers SAHAJA.


Kutipan yang dipersetujui adalah sebanyak $15.00 setiap seorang, atu udah masuk belanja makan, minum, pengangkutan sama hadiah tu. Boleh jua mun kan membawa makanan selera sendiri tetapi MINUMAN KERAS, DILARANG KERAS jua tu. Ahli-ahli pun boleh jua mun kan menyumbangkan hadiah hahaha.

CABARAN UJUNG SAPUH ani akan diadakan pada
14-15 November 2009.
26-27 Zulkaedah 1430.


Tempat berkumpul di Pantai Serasa arah tempat paking perahu, siapa kan awal datang boleh jua pasalnya perahu mungkin sudah ada dalam pukul 3ptg tu. Tapi kalau boleh bekumpul dulu ramai-ramai baru minta antar ke Ujung Sapuh kira-kira 6-7 orang sekali jalan (trip), 10 orang pun boleh tu jimat jua minyak kan. Keselamatan tanggunjawab kitani bersama ok.

Mun ada kemuskilan apa saja lah, boleh lah betanya arah C P AWIE atau PADAMIT.

MAKLUMAN

Monday, 2 November 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

DI MAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI PRECIOUS ANGLERS

CAPT. PRECIOUS ADA CADANGAN

KAN MENGAIL DI UJUNG SAPUH BERMALAM SAMBIL MENYALAI
TARIKH NYA ALUM KOMPOM
TAPI CADANGAN
14-15 NOVEMBER 2009
26-27 ZULKAEDAH 1430
KALAU AHLI2 YANG LAIN ADA CADANGAN TARIKH ATAU TEMPAT
MAKLUMKAN SAJA DI SHOUTMIX ATAU ARAH KOMEN
MUNGKIN KITANI MENGADAKAN KUTIPAN TU JUA UNTUK MAKANAN, MINUMAN,
SAMA MINUMAN ENJIN PERAHU HAHAHA

BESAR KEMUNGKINAN ADA SATU GENG ANGLERZ JOIN SAMA KITANI TU




SATU LAGI MAKLUMAN

BAJU KITANI SIAP ESUK TU
SIAPA2 YANG ALUM MENJELASKAN BAYARANNYA ATU
BOLEH LAH MENGHANTAR HARI ANI ARAH
CAPT. PRECIOUS ATAU PA-IRING
BAJU ATU BOLEH DIAMBIL NANTI DI RUMAH PA-IRING
ESUK MALAM


ATU SAJA MAKLUMAN NYA, TERIMA KASIH.