I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Chob @ pendekar laut

Tuesday, 16 November 2010

Turun hari minggu pagi dalam pukul 6 atu lah menurunkan perahu... mula-mula mengambil umpan kami dulu... payah umpan atu... banyak udah lawa-lawa kami aga tapi gagah nada makannya... last-last kami kami aga tah arah lawa-lawa buluh... baru tah ada aur-aur... atu pun inda berapa banyak lurih kami... dalam kami mengambil umpan atu nampak tah kami salah sebuah perahu yang berikat atu menarik tengiri... apa lagi inda tahan hati mencuba tah kami jua... balum batah berikat inda sampai 2 minit ada tia makannya tengiri atu... apa lagi dalam hati memang tah pajal tengiri ani naik tah sekong tengiri dalam 1.8kg saja lah, rupanya iatah ganya tu sekong ah yang kalok makan... mau inda mau betawakkal tah kami menuju kelaut lagi dengan berbekalkan umpan yang sedikit ganya. Ada jua lah kurisi bali, anduping putih, lingkuh & kurisi iatah ganya tu ulih kami.
by : Chob @ Pendekar Laut

Tengiri

Monday, 15 November 2010

Hari minggu kami Pa-iring, PAdamit, Hj Win sama iparnya Jimmey turun kelaut alum tau kan kemana. Malam minggu atu ada jua yang turun, bisdia balik pagi lapas atu kami lagi menyambung. Mula-mula kami mencari umpan hidup dulu, menganjun tah kami kesana kemari banyak jua udah tempat biasa menganjun di aga, tapi inda jua ada lauk kan dibuatkan umpan, yang ada ganya pisang-pisang. Udah sebalah patang baru tah ada basong-basong atu, iatah tarus dibuatkan umpan ah. Sekong ganya naiknya tengiri ah atu pun damit dalam sekilo labih pakah ganya.
Tengiri ani aku belurih makai krikan ganya ni.

Banglos

Banglos ani Hj Win yang belurih ni ngail dasar tapi iparnya Jimmey ani kami suruh jadi model. Ia ani pertama kali turun ke laut bah biasanya ia mengail di tambing-tambing saja nya. Belurih ia jua lah pelapahan dalam sekilo lah lurih nganjun tu, kerapu, pisang-pisang apa atu lah.
Jimmey


ungah


Ungah sama kerapu

ungah sama kerapu ani nda tau baratnya berapa kilo ah, pasalnya di baginya gambar ani ganya inda ia membagitau baratnya.
Ping


Ungah sama sembilang

Ungah sama sembilang ani lurih nya ngail di Kg Mentiri.


langisi sama umpak

Monday, 8 November 2010

Ulih di malam ni.. ahir ku turun jua di malam kan pukul 9 lah ku start belabuh... niat ati kan turun awal plang, tapi biasalah asal hari minggu saja ada tia kereta api di Pantai Serasa atu, panjang bah. Walaupun cuaca mengizinkan tapi nada berapa makan di malam atu. Habis tempat yang selalu ku belurih sandi-sandi ku cuba pun nada makan. Dalam pukul 12 lalu atu balik tah ku, syukur tah ada jua rezeki tuk kan dimakan. Langisi 8 ekong sama umpak 2 ekong yang sadang-sadang ganya baratnya dalam 400-500g sekong. Alhamdulillah inda jua balik tangan kosong.

Tah Chob aka PendekarLaut, bila tah ku kan merasa tu camatu ah inda batah-batah makannya tu. Mungkin pasal aing luan dalam atu kali Chob, barangkali jua lah.
Boleh ku tau di mana yang selalu sandi-sandi luih kamu atu kah Chob.

Ungah

Sunday, 7 November 2010

Ani lurih ku antadi pagi iatah jua ganya sekong ani. Mula-mula aku atu mengandang udang, bagas dimalam memukat kuasi banyak udang atu kan basar-basar lagi tu kira$1 sekong lah. Iatah ku cuba mengandang udang esuk paginya atu. Sekalinya inda jua pajal udang ah, sakit saja tangan apa inda dari ujung ke ujung satak tia ganya. Udang sekong sataknya 3 ekong, mana lagi katam, utik bilis tia mana kan tahan tu. Eh adang tah eh baik plang mengail ni di ujung Sapuh ah barangkali ada ungahnya. Sebalum atu mencuba jua lagi di tempat lain, sama jua nya tapi banyak udang dari satak lah.


Kuasi

Iatah ganya ni lurih kami dimalam memukat kuasi ah ada jua dalam 4 kilo pakah. Kalau inda menyangkut mungkin banyak lagi kali lah. Syukur Alhamdulillah walaupun inda banyak dapat jua sekilo seorang.


Udang

Udang ani pun tekandung dalam pukat kuasi ah, kan rezeki tah jua banar bah ada jua sekilo kali eh.


Ungah

Lapas memukat kuasi mengail kami lagi di Ujung Sapuh. Iatah jua ganya sekong ani yang naiknya. Asal turun saja mesti ia belurih ni Dini ah paling kurang pun sekong. Kalau kami ada jua kadangnya balik tangan kosong. Memang udah rezekinya lah.


Languran, banglos, lingkuh sama tungap

Saturday, 6 November 2010

Malam Jumat PAdamit, G-Mi, Hj Win sama Jeruju turun kan ke Maharaja. Sudah sampai di Jerudong tukar plan tia ada geng kami yang lain Awi membawa konvoi ke Magpie. Kami dulu jalan lah, tunggu-tunggu di sana inda jua ada sampai-sampainya bisdia. Iatah ganya ni lurih kami malam. Aku belurih 2 ekong languran yang saja, G-Mi sekong yang basar sekong lagi yang damit, Hj Win sekong yang damit, Jeruju sekong languran yang basar sama tungap sekong sadang jua basarnya lah. Alhamdulillah iatah rezeki kami malam atu. Angin malam atu dalam nda jua luan kuat lah. Alum atu yang banarnya basar plang anggaran dalam 2 meter kali lah, tapi baik jua ia jarang lah.


Languran

Languran 6 ekong


Tungap sama languran









Lingkuh

Lingkuh ani banyak ni yang banarnya tapi 4 ekong ani saja yang dapat dinaikkan, yang lainnya atu putus saja.


Banglos

Banglos inda lagi tetimbang berapa kilo kah beratnya.


Ungah

Wednesday, 3 November 2010

Luih dimalam mengail di Ujung Sapuh, ungah 3 ekong (1 yang basar, 2 yang damit) sama kerapu sekong.
Ungah 1.46kg

Berahan

Wednesday, 27 October 2010

by : Chob aka Pendekar Laut
Lurih di malam. Akhir ku turun di malam ah pasalnya arah panggilan orang betahlil. Dalam pukul 12 lalu baru jua menurunkan perahu di Pantai Serasa. Labuhan pertama di kawasan aluh Pelabuhan Muara, naik 2 ekong saja langisi atu basar tapak tangan ah. Lapas atu inda tia berarus iatah inda lagi ada makannya. Menunggu tah kami aing menjulung surut, belabuh kami di kawasan karang-karangan di Pulau Muara Besar ah. Sandi makannya, walaupun inda sampai sekilo sekong tapi inda duduk olehnya.
Berahan, lapih, kerapu, langisi

Terima kasih Chob mengongsikan hasil tangkapan ah, siuk jua tu ah inda batah-batah tu eh makannya ah sampai inda lagi teduduk atu bah, apa umpan kamu Chob?. Lain kali boleh join kah kan merasa cacah bangkit atu bah.

Kerapu Tikus

Bisdorang c Boy belurih di laut Tutong dalam 800 gram lah baratnya.


Hasil Tangkapan

Monday, 25 October 2010

HASIL TANGKAPAN
Pa-iring

Alhamdulillah berjumpa kita lagi pada keluaran kali ini. Pada keluaran kali ini saya hendak memperkatakan tentang hasil tangkapan. Setiap pemancing mempunyai hasrat dan impian untuk memperolehi hasil tangkapan yang besar dan banyak. Tidak kiralah apa jenis ikan sekalipun. “Hari ani macam lain bah macam kan belurih yang basar” perkataan seperti ini sudah sering saya dengar, impian dan harapan si pemancing mulai melambung tinggi ketika mana-mana trip akan bermula. Hasrat dan impian ini lah sebenarnya yang mendorong kita untuk melakukan apa sahaja. Melakukan apa sahaja bererti sanggup berbelanja besar, sanggup mengorbankan masa yang banyak, memberikan keutamaan kepada aktiviti memancing daripada kegiatan yang lain-lain dan sebagainya. Kegiatan selain dari memancing sering berada di tempat kedua, ketiga dan seterusnya. Perkara tidur sudah terkeluar dari senarai semak jika berada dalam suasana memancing. Mata tidak akan terlelap walau sesaat selama 24 jam jika keadaan masih ditolak oleh keinginan. Apa tah lagi sang habuan yang dicari baru muncul disaat-saat akhir.



Bagi nelayan sepenuh masa dan pemancing suka-suka mempunyai banyak perbezaan dari segi objektif, namun hasil tangkapan lah puncak segalanya. Hasil dari pengamatan saya perbezaannya sangat ketara sekali. Sebagai contoh nelayan sepenuh masa, ada suatu ketika nya akan menurunkan hasil tangkapan 2,3 tray atau lebih tanpa ada banyak perbualan ulasan untuk dipasarkan. Jauh dalam lubuk hati ”Bila tah ku kan belurih banyak camani ani ah”. Keadaan seperti ini lah yang akan mendorong para penonton (Pemacing ) ingin mengorak langkah lebih jauh lagi. Bagi saya itulah pertanda bahawa kita masih kekurangan ilmu dalam memancing. Pernah suatu ketika saya menyaksikan hasil tangkapan mereka yang begitu lumayan menyebabkan saya lupa menarik nafas buat seketika. Saya begitu teruja dengan hasil tangkapan mereka yang sebegitu banyak. Apa pun itu adalah rezeki mereka. Namun Saya berasa bangga dengan rakan-rakan pemancing semua yang mempunyai sifat mensyukuri apa yang ada. “Ada...ada, nda...nda, yang penting turun ke laut”.


Alhamdulillah tidak disangkal ahli-ahli Precious Anglers sudah sering kali menaikkan hasil yang tidak kurang lumayan juga dari segi ukuran mahupun banyaknya tangkapan seperti yang dipaparkan dalam rekod tangkapan di ruang sebelah kanan. Namun tidak juga semua trip memancing berhasil dengan tangkapan yang lumayan, ada juga ketikanya habuan sekadar membawa pulang ais dan ikan tongkol seekor berat kurang dari sekilo dan beberapa ekor pisang-pisang hasil dari anjun . Disaat inilah suasana akan menjadi seram sejuk ketika sesi membahagi hasil tangkapan, selain dari itu sesi fotografi pun tidaklah begitu meriah atau tidak ada sesi fotografi, masing-masing akan berasa rendah hati dan akhirnya hasil akan jatuh ke tangan tuan rumah. Inilah yang dikatakan pahit dan manisnya memancing atau asam garam yang harus kita lalui.


Dengan mempelajari dan meneliti pengalaman yang lalu, beberapa strategi telah dan sedang rancak diatur. Sebelum bermulanya bulan ramadhan yang baru saja berlalu, projek membuang Raba telah selamat dijalankan. Alhamdulillah raba tersebut telah menampakkan petanda positif dalam beberapa percubaan sebelum ini. Semoga hasil tangkapan nanti akan bertambah baik. Selain dari itu beberapa lubuk telah dikenal pasti hasil dari sumbangan beberapa rakan pancing yang lain.


Selaku pengamat pancing yang inginkan hasil yang lumayan, saya telah cuba untuk mempelbagaikan alat-alat menangkap ikan namun semua alat-alat tersebut masih berada dalam uji kaji. saya merasakan ini adalah satu peningkatan yang akan kita saksikan sedikit masa lagi. Semogalah segala usaha akan membuahkan hasil. Selain dari itu harapan dan saranan saya kepada semua ahli akan tampil kehadapan memberi sumbangan buah fikiran demi mencapai kemajuan. Semoga “Hari esok akan lebih baik daripada hari ini”. Pejam celik.. pejam celik..,rupanya kita telah menghampiri penghujung tahun 2010. Saya berharaf akan ada ahli yang tampil kehadapan untuk memberi saranan dan usulan untuk mengadakan acara tahunan kita. Saya berasa optimis sekali bahawa acara tahunan kita pada tahun ini akan lebih meriah dan mencabar setelah mengambil iktibar dari pengalaman yang lepas. Sebentar awal, cadangan dan usulan akan dapat dibawa keperundingan bermuafakat. Skop pertandingan akan dapat dipelbagaikan supaya akan lebih menarik dan berkesan. Sekian lah saja buat kali ini jumpa lagi dilain keluaran. wassalam

Fishing in Mornington, Melbourne, Australia

Wednesday, 20 October 2010

By : Capt. Precious
Pada Sabtu 2 September 2010, jam 8.30 pagi saya sampai di Melbourne Airport, Australia. Kemudian terus menuju ke Mornington dan bermalam di sana. Tengahari hari berikutnya terus menuju ke Pangkalan Kapal Pancing yang kami booking atu mula bertolak pada pukul 1 petang dan habis pukul 5 petang. Apabila sampai sana banyak pemancing-pemancing sedang sibuk menurunkan perahu kan ke laut.



Di bawah ani iatah kapal yang kami pakai ni, nama company nya RELAX GO FISHING.




Hari atu 18 orang semuanya yang ikut charter kapal atu campur seorang skippernya (Capt. Jack) dan seorang Deckhand (Joe, bini-bini). Peralatan memancing disediakan, sebatang joran dan umpan (tamban, sotong dan macam-macam lagi lah). Di bawah ani tah gambar-gambar kami di kapal atu semasa memancing. Kami 4 orang, Capt. Precious dan isteri, Valentina (adi biniku) dan Jeremy (boyfriendnya).

Kapal ani 2 steeringnya dan dua dua boleh pakai.

Hana (isteri Capt. Precious), Valentina (adik ipar) dan Jeremy.



Capt. Precious bersama Capt. Jack dan Joe (deckhand)


Taduh hari atu, cuaca dalam 15 degree celsius lah


Adi biniku dengan lauk ulihnya Flathead macam pahat-pahat


Ani pemenang trip kami hari atu, 5 ekong kali ulihnya.. baru pernah memancing lagi tu.. kena bagi hadiah (plague) daripada Capt. Jack.


Iatah ganya ulih kami ni flathead 2 ekong.. yang bedamitan banyak plang tapi dilepaskan balik saiz nya inda cukup besar berpandukan peraturan memancing.

Perjalanan balik ke darat.


Sedang asyik memancing, punya lah taduh aying atu iatah namanya macam ceramin tu.
Trip kami memancing atu hanya selama 4 jam dengan bayaran AUD45 seorang. Dalam masa mengail atu ada BBQ jua, dikapal ah.. iatah kali namanya 'relax go fishing'. Banyak jua perahu-perahu kecil yang memancing dakat kapal kami atu.. inda jauh dari pantai jua kami atu maybe around 2-3 km saja dari pantai. Secara keseluruhan inda berapa belurih masa atu.. Capt. Jack memberitahu jua awal November ani barutah musim snapper nya.. anyway, walaupun inda berapa belurih, pengalaman memancing di sana atu merupakan kenangan manis dan memang tidak akan dapat dilupakan... mungkin akan datang lagi ke sana, kali ani kan mencuba GT & kingfish di sana.