Ungah 2, kerapu 1, ketumbang 1, bekara 1

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.
Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke
Pa_damit@hotmail.com
Preciousanglers@gmail.com
8193404 (bmobile)
Raman balurih 3 kerapu 1 ungah






Kami ani jarang kan begambar di perahu ani bah tangan basah lagi pun waktunya malam saja bah nda jua luan bisai mun begambar patang2 atu kan, ia kan dijadikan kenangan manis belurih lauk basar2 ani kan iatah dimanis manisi lagi yang udah manis atu inda ja.
Yang ani mun ku inda silap pabalasan kg kali ni, bisdia yang banyak ingat berapa kg lauk2nya ani pasalnya bisdia jua yang balurih bah (Capt. Precious sama Popperazi). Tapi lauk2 yang bisdia begambar atu luih2 nya sendiri plang tu.

Banyak plang udah luih lauk GT ani tapi banyak jua udah pengorbanannya tu. Terutamanya Capt. Precious ani contoh nya antah berapa banyak udah popper nya yang udah terkorban yang basar yang damit yang murah yang mahal, dulunya membali ganya tu iatah pasalnya kami membuat popper ni, kebanyakkannya putus oleh lauk lah ada jua telapas ikatan, kadang2 kili2nya yang putus, atu baru popper tu ah, alum lagi braidednya malar tia mengusut terutamanya powerpro atu usulnya inda berapa sesuai untuk popping atau casting atau yang sewaktu denannya. Joran nya ia jua pernah patah bah oleh lauk batah udah memain patah jua ahirnya. Spool Opusbull 5000 pun udah terkorban jua.
GT yang paling basar pernah Capt. Precious naikkan dalam 31kg kali mun ku inda silap lah ah dalam tahun ani tu. (mun salah luruskan Capt. Precious). Rekod Precious Anglers paling basar ni yang pernah dinaikkan oleh ahli2 nya. GT ani biasanya kami jual ah kawan2 saja harganya pun harga kawan2 jua tu, kadang2 yang luan basar atu tepaksa tah dijual ah orang pasar.


Selalunya kami mengerjakan Bemasa ani di waktu malam dari pukul 5 lalu turun di Jerudong menganjun dulu untuk umpan hidup, kira2 lapas maghrib baru tah beroperasi sampai esuk paginya baru mulih. Selalunya jua bukan 1 tempat ganya mun udah nada lagi makannya pindah lagi kesana kemari lah mencari. Kadang2 2 ekong ganya luih mun kelurusan ia nada makan atu, tapi inda apa lah mungkin alum ada rezeki malam atu sekurang2nya kami berusaha udah mencari. Perahu yang dipinjam yang telah lulus kebenarannya akan dibawa dengan bekayuh menuju ke rumah. Ianya akan diikat dengan kemas dan rapi ditiang bawah rumah. "Eh apa abar durang ah... belurih kah sudah meminjam gubang atu ah..." tiba-tiba pertanyaan ini terdengar, kerana kumpulan yang lain masing-masing mengadu nasib kesana kemari serata kampong untuk meminjam gubang. "Antah... mudah-mudahan jua belurih..." Sewaktu mengayuhkan gubang dari rumah Liau Haji ke rumah kami betapa sudah terasa hangatnya aktiviti yang akan berlansung pada esok harinya, rasanya tidak sabar lagi untuk melihat ketam-ketam perperangkap di dalam bintur. "Eh...eh jaga-jaga tekana karang ni tiang ah" jerit temanku yang berkayuh sama. Aku terjaga dari lamunan, tanpa ku sedari kami telah merapati tiang rumah di mana gubang ini akan ditambat. " Bah kau ikat caruknya atu arah turus ah..." Sementara aku pula mengikat disebelah buritannya keturus yang telah tersedia sambil menimba sisa air yang masih bertakong di dalam gubang dengan timba yang dibuat dari bekas botol Clorox yang agak besar dipotong bahagian tengahnya dan diberi tangkai kayu untuk kemudahan ketika menggunakannya. Setelah semuanya rapi tersusun dan kemas kami mulalah meninggalkan gubang dengan menaiki tangga itik yang diperbuat dari batang nibong menuju ke atas titian pail. Kelegaan mula dikecapi kerana salah satu perkara yang penting telahpun dapat diselesaikan. Sementara itu rupa-rupanya rakan-rakan yang lain telah menunggu kedatangan kami. "Belurih tah kamu meminjam gubang ah...?" tanya ku kepada rakan-rakan yang sedang menunggu ketibaan kami. "Au... arah Tangah Tuan ah kami meminjam, esok inda ia turun nya." Ku rasa rakan saya kali ini agak bernasib baik kerana tidak begitu banyak kerenahnya.
Walaubagaimanapun begitulah sikap dan perangai orang tua-tua pada ketika itu. Mungkin pada dasar dan nilai halus secara simboliknya terselit sedikit sebanyak pengajaran bagi generasi penyambung selepas mereka. Diantara maksud yang dapat saya ambil iktibar adalah seperti menanamkan sikap cermat harta benda, adap dan sopan santun ketika berinteraksi dengan golongan orang yamg lebih tua dan juga sikap berdikari. Memang orang tua-tua akan mudah terpengaruh dengan budi bahasa dan sopan santun yang baik. Jika kita bijak memberi keyakinan, mereka tidak akan keberatan.
Diwaktu usia ku ketika itu aku tidak akan menterjemahkannya seperti ini selain dari tohmahan bahawa orang tua itu mempunyai sifat kedekut atau karit. Tetapi sebenarnya itulah kenyataan bahawa didikan orang tua-tua terlalu simbolik, kan halnya ia lebih berkesan sehingga nilai-nilai keperibadiannya meresap ke dalam kalbu sehingga kehari ini.
"Bah jangan tah lalai-lalai lagi umpan belum ada ini..." seru saya kepada rakan-rakan yang lain. Matahari pun sudah malu-malu untuk menampakkan dirinya, waktu sudah menunjukkan pukul 6 petang. Sesi seterusnya ialah untuk mencari umpan, di mana pada kebiasaannya kami tidak perlu membelinya di pasar. Bedukang adalah sejenis ikan yang sentiasa berenang berlegar-legar di sekitar perairan rumah di Kampong Ayer, makhluk inilah yang akan menjadi sasaran utama sebagai umpan. Dengan menggunakan mata kail dan tnagsi yang agak besar tanpa pemberat berumpankan tepung yang sudah diuli atau pisang adalah teknik yang paling berkesan digunakan bagi menangkap ikan bedukang ini.
Bedukang begitu mudah tertangkap dengan teknik ini, walaupun kadang-kadang menghadapi kesukaran untuk menangkap disebabkan oleh faktor air surut penuh atau tuhur barat namun itu hanyalah kadang-kadang. tidak disangkal bahawa spesis ini tidak ketinggalan dari fenomena kepupusan. Pada waktu itu tidak lah diketahui secara tepat apakah penyebab utama kepada kepupusan. Mengikut kajian saintifik dewasa ini adalah disebabkan oleh persekitaran yang sudah tercemar oleh beberapa gajala yang tidak dipantau secara sistematik pada waktu itu. Sisa air buangan ketika mencuci pakaian menggunakan sabun pencuci adalah antara penyebab yang utama. Selain itu alat menangkap ikan yang digelar kabatan juga memberi kesan, kerana ikan bedukang ini akan terperangkap di air tuhur, sehingga menyebabkan korban bedukang yang begitu besar kerana ia tidak tergolong dalam jenis ikan yang lumrah dimakan. Walaubagaimanapun ALLAH maha berkuasa ikan ini masih lagi dapat dilihat dipersekitaran perairan rumah-rumah di Kampong Ayer.
Cabaran atau tarikan ikan bedukang ini ketika kail sudah mengena cukup hebat, apatah lagi yang mempunyai saiz badan yang mempunyai berat mencecah kepada 2 kilo ke atas. Di sinilah juga mula aku meminati memancing sehingga kehari ini. Bolehlah juga aku digelar KARAK kerana saban hari atau minggu pasti aku akan ke laut untuk memenuhi minat itu. Walaupun kadang-kadang hasilnya kurang lumayan namun kepuasan adalah objektif utama.
Banyak ikan bedukang yang akan ditangkap tergantung kepada berapa banyaknya bintur yang akan kami gunakan. 30 membawa kepada 40 biji bintur adalah jumlah purata yang akan kami bawa setiap kumpulan. Dalam seekor bedukang yang bersaiz sederhana boleh dipotong sehingga terjumlah kepada 8 ke 10 potong. "Eh cukup tah kali 5 ekong ani eh... bintur katani ganya 35 biji" kata ku kepada teman. "Bah cukup tah katani kan mengarat lagi" belas teman saya. Setelah jumlah bedukang yang tertangkap memuaskan, kami pun beredar ke darat atau di belakang rumah. Keadaan rumah kami pada ketika itu adalah sangat strategik kerana ianya terletak tiga suku di air dan suku di tannah kering. Biasanya di belakang rumah akan dibuat anjung legar atau nama khususnya BALAI. Balai ini adalah tempat segala macam aktiviti orang tua-tua ketika tiada aktiviti ka laut dijalankan terutama sekali musim tengkujuh atau landas. Biasanya nini laki lah yang menghuni dari pagi sehingga menjelang maghrib. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membaiki pukat, rambat, balat lintau, mengasah pemarang, membuat belatak atau bakul, membuat pengayuh dan bermacam-macam lagi. Tapi yang memberi kenangan yang mendalam kepada saya ialah ketika memupuh kayu atau membuka kulit kayu bakau dengan memukul potongan kayu tersebut sebelum ia dibelah-belah untuk dijadikan kayu api.
Masih segar di mata, telinga dan juga minda saya akan bunyi berbalas-balas pukulan, dimana dalam aktiviti ini ramai kanak-kanak terutama cucu-cucu akan ikut serta dalam mengupas kulit kayu bakau ini. Upah adalah tarikan utama, biasanya 5sen bagi setiap potong ukuran 2 kaki. Atau lebih jelas pada waktu digelar BALAMAN. Tetapi ada kalanya lebih menyeronokkan dari upah duit, iaitu minum petang bersama-sama dengan nini laki, dimana hidangan kueh jala dan tumpi sungguh menyelerakan apatah lagi dengan hidangan kopi pekat yang masih panas. Tempat minum ini pula berlangsung di atas bakut bukan di atas meja seperti sekarang ini. Bakut ini pula terjadi hasil dari timbunan potongan balaman dan kulit kayu itu tadi. Suasana seperti ini lah yang sering menjadi ristaan dan nostalgia yang mungkin tidak akan berulang lagi, mana tidaknya dapur gas dewasa ini telah mendominasi cara untuk memasak. Tambahan pula arang batu atau arang kayu sudah ada di pasaraya dalam bentuk paket yang penuh dengan sistematik dan jenama. Saya rasa suasana seperti itu sudah berlalu dan tidak akan kembali lagi. (3rd post)

|
|
© 2008 | Precious Anglers TEMPLATE DESIGN BY YOYO BEST VIEWED IN FIREFOX @ 1024 x 768 OR HIGHER RESOLUTION |