Gerhana si merah coreng
Monday, 3 October 2011
Alhamdulillah tafsiran keadaan laut dengan berpandukan buoyweather (http://www.buoyweather.com/wxnav6.jsp?region=borneo&program=Maps) dan weatherunderground (http://www.wunderground.com/tropical/) sungguh tepat.
Keadaan laut sungguh tenang pada pagi itu. Angin dan ombak hanya mula naik pada petangnya.
Harapan kami (Jimi, Hj Win dan Hazman) pada hari itu ialah untuk mencari si merah coreng (membangan).Perjalanan kami ke spot sungguh selesa dan perahu Precious II mampu memecut 31 knot sepanjang perjalanan kami. Arus dan angin pada pagi itu sungguh cantik.
Pancingan pertama dimulakan dengan teknik berhanyut. Ini memudahkan kami mengesan di mana makannya ikan tersebut. Dua hanyutan pertama tiada apa yang sudi menjamah umpan kami.
Namun pada hanyutan ketiga, joran Hj Win hanya mampu sujud dan talinya tidak dapat di karau. Akhirnya ikan berjaya meloloskan diri apabila perambutnya putus. Seperti biasa, berbagai-bagai andaian mula disuarakan. Dikesibukan itu, joran Jimi juga disambar ikan. Kali ini perlawanan berpihak kepada Jimi dan beliau berjaya mendaratkan si membangan idaman yang beratnya lebih kurang 5.5 kg.
Semangat kami makin berkobar-kobar dan kami segera memulakan drift yang keempat. Dengan menggunakan chartplotter, sungguh mudah untuk mengikuti drift yang sebelumnya itu. Tidak lama kemudian Joran Hazman diragut kuat. Di pertenganhan perlawanan ikan terasa hilang separuh tenaga. Alhamdulillah ada masih ikan yang naik. Seekor kerapau seberat 3 kg berjaya di naikkan tetapi di lubuk hati masih tertanya-tanya apakah ikan yang terlepas itu. Tidak lama kemudian Hj win berjaya mendaratkan seekor kerapu juga, 2 kg.
Drift seterusnya Jimi berjaya mendaratkan seekor kerisi bali 5.5 kg.

Memang dah rezeki, mata kail hampir terlucut.

Memang kau 'Win'...Kerisi Bali 6.5kg

Kerapu lagi..5kg alhamdulillah
Sejam kemudian, suasana menjadi sunyi hingga ke tengah hari. Pada petangnya kami pergi ke lubuk berhampiran, tetapi hampa. Angin pun juga mula bertiup kuat dan umbak semakin naik.
Pada pukul 5 ptg kami pun mula betolak balik ke pantai jerudong.
Syukur alhamdulillah trip kali ini dikurniakan rezeki ikan yang bersaiz besar walaupun quantity yang tidak banyak.
Karya:
Languran
Keadaan laut sungguh tenang pada pagi itu. Angin dan ombak hanya mula naik pada petangnya.
Harapan kami (Jimi, Hj Win dan Hazman) pada hari itu ialah untuk mencari si merah coreng (membangan).Perjalanan kami ke spot sungguh selesa dan perahu Precious II mampu memecut 31 knot sepanjang perjalanan kami. Arus dan angin pada pagi itu sungguh cantik.
Pancingan pertama dimulakan dengan teknik berhanyut. Ini memudahkan kami mengesan di mana makannya ikan tersebut. Dua hanyutan pertama tiada apa yang sudi menjamah umpan kami.
Namun pada hanyutan ketiga, joran Hj Win hanya mampu sujud dan talinya tidak dapat di karau. Akhirnya ikan berjaya meloloskan diri apabila perambutnya putus. Seperti biasa, berbagai-bagai andaian mula disuarakan. Dikesibukan itu, joran Jimi juga disambar ikan. Kali ini perlawanan berpihak kepada Jimi dan beliau berjaya mendaratkan si membangan idaman yang beratnya lebih kurang 5.5 kg.
Semangat kami makin berkobar-kobar dan kami segera memulakan drift yang keempat. Dengan menggunakan chartplotter, sungguh mudah untuk mengikuti drift yang sebelumnya itu. Tidak lama kemudian Joran Hazman diragut kuat. Di pertenganhan perlawanan ikan terasa hilang separuh tenaga. Alhamdulillah ada masih ikan yang naik. Seekor kerapau seberat 3 kg berjaya di naikkan tetapi di lubuk hati masih tertanya-tanya apakah ikan yang terlepas itu. Tidak lama kemudian Hj win berjaya mendaratkan seekor kerapu juga, 2 kg.
Drift seterusnya Jimi berjaya mendaratkan seekor kerisi bali 5.5 kg.
Rekod peribadi Jimi, kurisi bali 5.5kg
Akhirnya kami berkeputusan untuk berlabuh. Semasa berlabuh kami berjayakan mendaratkan kerapu 12.3kg, kerapu 5kg, kerisi bali 6.5 kg dan beberapa ekor anak kerapu.Gerhana melanda!!!

Memang dah rezeki, mata kail hampir terlucut.

Memang kau 'Win'...Kerisi Bali 6.5kg

Kerapu lagi..5kg alhamdulillah
Pada pukul 5 ptg kami pun mula betolak balik ke pantai jerudong.
Syukur alhamdulillah trip kali ini dikurniakan rezeki ikan yang bersaiz besar walaupun quantity yang tidak banyak.
Karya:
Languran
Selamat Hari Guru
Saturday, 24 September 2011
Cinta Laut Pertama
Friday, 23 September 2011

Tahniah buat Gunawan kerana beroleh seekor ikan bekalang yang beratnya hampir 4kg. Inilah ikan pertama beliau memancing di laut dan inilah ikan pertama juga beliau tangkap dan juga ikan terbesarnya. Alhamdulillah, Precious anglers berjaya menyumbangkan kenangan manis buat beliau dan kami juga turut gembira. Kegembiraan beliau ketika itu mengenangkan kenangan pertama kami dulu juga.

Rakan Gunawa, Keong, juga berjaya mendaratkan seekor bekalang juga yang beratnya hampir 5kg.
Laporan,
Languran
video pendekar laut
Thursday, 22 September 2011
Terima kasih Chob kalau ada lagi video atu atau gambar jangan tah malu-malu untuk dikongsikan bersama orang-orang melayari blog ani. Dapat jua mengisi dada blog ani selain mua-mua Precious Anglers.
kerapu tiger
Wednesday, 21 September 2011
tempat penyimpanan barang kail
Monday, 12 September 2011
gerunggong
Tuesday, 6 September 2011
Luih ku menganjun sama jigging antadi pagi ah di Drop Off Muara. Yang paling besar atu 1.8kg baru jua pernah tu hahahaha, yang lain atu 1kg ke bawah lah. Lauk lain ada jua bulan-bulan kurang labih macam gerunggong yang besar ah. Lingkuh atu ada jua kali 5-6kg lah inda ku menimbang inda ku tegambar jua hahaha. Cuaca taduh plang eh inda beombak macam ceramin bah tapi apa lagi macam dalam microwave bah beatapkan langit ganya apa inda. Ada plang lakat gerunggong atu, inda ku memajal pasalnya banyak ia usulnya bah lingkuh ah. Berapa buting jig ku disambarnya batu anjun pun dikulumnya jua bah.
Selamat Hari Raya
Wednesday, 31 August 2011
Allahhu Akhbar Allahhu Akhbar Allahhu Akhbar Walillah Hilham
Assalamualaikum warah matullahhi wabarakatuh
PAdamit, BUdamit dan Dang Damit mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON AMPUN DAN MAAF
kepada semua warga PRECIOUS ANGLERS dan semua pengunjung blog ani,
mana tau inda disedari ada perbuatan, kurapak atau bahasa yang kasar atau menyinggung perasaan biskita semua.
Bah mun ada yang mengadakan rumah tebuka atu jangan lupa melagau-lagau ah. Kalau ada yang mengadakan perahu tebuka atu layannn, cuti ni sampai minggu depan.
Drop Off
Saturday, 20 August 2011
Iatah ganya luih kami ni di malam ah. Mula-mula ke drop off kami dulu bisai udah ada makannya inda batah atu ada tia yu sembilang ani mengacau inda tia lagi ampit lauk lain makan umpan ah. Lepas atu menakat lagi di atas Maharaja iatah belurih ungah sama kurisi bali ah ganya inda batah bah makannya ah.
Languran
Thursday, 11 August 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
Posted by
0
comments


















