I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Trip Expedisi Drop off 1st episode, 12 July

Tuesday, 19 July 2011



Keadaan laut dan cuaca sungguh baik kebelakangan ini. Tambahan pula skipper Preciuos II, Jimi, telah mengambil cuti khas untuk berehat. Jadi kami telah buat keputusan untuk melaburkan masa, nasib dan wang untuk mencari spot memancing baru di sekitar drop off. Antara pemancingnya adalah Jimi, Hazman dan Hj Sham.


Seawal 0630 pagi perahu telah berada di air dan perjalan di mulakan dari pantai Jerudong.








Skipper Jimi dan Hj Sham








Antara peralatan yang di gunakan, Miya Epoch AT3, Miya Epoch X4Hp dan Saltiga 5000





Kami tiba di dropoff dalam pukul 815 pagi. Harapan pada pagi itu sungguh tinggi. Namun semakin lama kami di duga dengan tankapan yang begitu tidak memberangsangkan dan keadaan laut yang tidak berarus. Kami cuba memancing di spot yang sebelumnya di huni ikan rubi tetapi tiada sambutan. Hampir semua spot kami telah di lawati dan hanya ikan awat-awat dan kurisi kaling yang sambutanya sungguh perlahan.



Dalam pukul 230 ptg, kami bercadang untuk mecuba ke takat drop off yang paling bawah sekali dan dalam pejalanan kami tejumpa keadaan dasar yang berbatu. Kail di turun kan dan tidak lama kemudian ikan ruby yang seberat 1kg dan berahan kunyit berjaya dinaikkan. Keputusan di ambil untuk belabuh. Apabila belabuh, kami di sambut oleh ikan kurisi kaling dan awat-awat sahaja. Memandangkan kesuntukkan masa dan tangkapan yang belum memuaskan, kami akur saja dengan melayan awat2 dan kurisi kaling. Alhamdulillah dalam antara kesibukan itu, Hazman berjaya menaikkan seekor Kerapu Tiger seberat 6kg. Jimi hampa apabila ikan misterinya terlepas (kemungkinan jua ikan kerapu tiger). Pada pukul 530ptg mula bersiap untuk pulang ke darat.







Kerapu Tiger 6kg




Alhamdulillah hasil tangkapan.




Oleh : Hazman @ languran

umpak, berahan, langisi, sapah-sapah, kerapu



Ani luih kami hari rabu 13 Julai 2011 malam hari khamis. Kami makai umpan pumpun sama uwak-uwak. Kami mengail di kawasan Pantai Serasa sama Muara, Alhamdulillah ada jua rezeki kami mlm atu.

berahan, langisi



kerapu



sapah-sapah



umpak



Hari Puja Usia usia KDYMM

Thursday, 14 July 2011


DIRGAHAYU KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEDUKA SERI SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADIN WADDAULAH SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

HAMBA DULI TUAN PATIK SEKALIAN MENYEMBAHKAN KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 65 TAHUN KEBAWAH DULI TUAN PATIK.

SEMOGA DILANJUTKAN USIA DALAM KEADAAN SIHAT WALAFIAT AMIN YA RABBAL ALAMIN.

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK.

Santak, kurisi bali, belais tembaga

Tuesday, 12 July 2011

Hari minggu 10 Julai 2011. Mengail dasar takat-takat di atas Maharaja. Sekong saja kurisi bali yang basar atu belurih menjig di Kapal Maharaja.


kurisi bali

2.9kg

luih menjig

1kg

ngail dasar

Drop Off

Monday, 11 July 2011



Drop Off 9 Julai 2011
bepesta rubi 24 ekong

rubi



kerapu mentega, berahan kunyit



Drop Off

Saturday, 9 July 2011


Drop Off 2 Julai 2011
Awat-awat, uji rasid, aji-aji, tungkul, senuhong, rubi, berahan kunyit, kurisi kaling, durian-durian

berahan kunyit



rubi



uji rasid (sweetlips)



senuhong, tungkul n amberjack



kurisi kaling (bagol)



Durian2 / Padas2



drop off

Thursday, 7 July 2011