I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

MAKLUMAN

Wednesday, 4 November 2009

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم دان سلام سجهترا

DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI
PRECIOUS ANGLERS

KITANI MENGADAKAN PERJUMPAAN SEKALI LAGI MALAM ANI
4 NOVEMBER 2009
UNTUK MEMBINCANGKAN
CABARAN UJUNG SAPUH
DI RUMAH PA-IRING
SELEPAS SEMBAHYANG
FARDHU MAGHRIB
INSYA ALLAH
SIAPA2 YANG BELAKU ATU DIALU-ALUKAN DATANG
KALAU BOLEH DATANG AWAL AH
MUN TANI AWAL MULA
DAPAT AWAL ABIS

BAH ATU SAJA TERIMA KASIH

MAKLUMAN

Tuesday, 3 November 2009


Dimalam Precious Anglers mengadakan perbincangan mengenai CABARAN UJUNG SAPUH di restoran Pantai Serasa dari pukul 7.30 sampai 9.30 mlm ala kadar saja lah. Ahli-ahli yang belaku datang Padamit, C P Awie, Pa-iring, Jimi, Popperazi, Fian, Awi, Raman, Jef, Ze, Markus dan Si Boy. Yang inda belaku datang atu dengan sendirinya ia setuju lah hahaha.

Yang dibincangkan dimalam atu mengenai aktiviti yang akan diadakan, makanan, pengangkutan (perahu) sama kutipan.


Aktiviti atau pertandingan yang dipersetujui akan diadakan nanti :

  1. Orang yang mula-mula sekali belurih lauk, inda kira apa saja lauknya (lauk pertama).
  2. Orang yang belurih UNGAH paling besar.
  3. Orang yang belurih UNGAH paling damit.
  4. Orang yang mula-mula belurih 3 ekong UNGAH.
  5. Orang yang paling banyak belurih lauk (berapa ekong).
  6. Orang yang belurih lauk paling berat (berat keseluruhan lauk yang diperolehi).
  7. Orang yang belurih lauk paling besar (sekong), inda kira apa saja lauknya.
  8. Orang yang belurih lauk ganjil.
  9. Orang yang paling tepat mengumban popper ke arah buoy (tekana buoy).

Syarat-syaratnya ;

  • Tiap seorang hanya dibenarkan mengunakan samada;
2 krikan dan 1 joran
atau
1 krikan dan 2 joran

Setiap krikan atau jorang hanya dibenarkan memasang 2 mata kail sahaja.
Joran ani boleh jua digunakan untuk popping atau casting.

  • Umpan sendiri membawa ah.
  • Pertandingan ani hanya untuk ahli-ahli Precious Anglers SAHAJA.


Kutipan yang dipersetujui adalah sebanyak $15.00 setiap seorang, atu udah masuk belanja makan, minum, pengangkutan sama hadiah tu. Boleh jua mun kan membawa makanan selera sendiri tetapi MINUMAN KERAS, DILARANG KERAS jua tu. Ahli-ahli pun boleh jua mun kan menyumbangkan hadiah hahaha.

CABARAN UJUNG SAPUH ani akan diadakan pada
14-15 November 2009.
26-27 Zulkaedah 1430.


Tempat berkumpul di Pantai Serasa arah tempat paking perahu, siapa kan awal datang boleh jua pasalnya perahu mungkin sudah ada dalam pukul 3ptg tu. Tapi kalau boleh bekumpul dulu ramai-ramai baru minta antar ke Ujung Sapuh kira-kira 6-7 orang sekali jalan (trip), 10 orang pun boleh tu jimat jua minyak kan. Keselamatan tanggunjawab kitani bersama ok.

Mun ada kemuskilan apa saja lah, boleh lah betanya arah C P AWIE atau PADAMIT.

SATU KATI SATU LINGGIT, bintur kacap

Monday, 2 November 2009

Ani sambungan SATU KATI SATU LINGGIT yang pengabisan ni. Akan datang mungkin ada lagi cerita2 lain, petua2 orang tua2 dulu, cara2 mengikat pemata, membuat batu macam2 lagi lah.


Jika ketam yang sudah didapat terlepas semula ke air, penarik mestilah bertindak pantas dengan menyiut kembali ke air dengan menggunakan bintur itu sendiri, jika bernasib baik ketam tersebut akan didapat semula, kalau sudah memang rezeki ia tak kan ke mana. Begitulah betapa pentingnya kedua-dua posisi ini. Keadaan ini akan berlarutan hingga kebintur yang terakhir. Setelah aksi membangkit yang kedua ini berakhir kesemua pembintur akan kembali berehat di bawah pohon perapat sambil memayuk ketam yang berada di bawah ruang tadi. Ketika matahari berada betul betul di atas kepala keadaan cuaca dipersekitaran akan bertambah panas. Keadaan arus air pula akan mula berkurangan dan menyebabkan ketam juga akan berkurangan. Inilah masanya juga waktu berehat akan diperpanjang. Dikesempatan ini pula juadah makanan tengahari akan mula dinikmati. Walaupun sekadar berlaukan ala kadar sahaja, namun kelazatan dan kenikmatannya sukar digambarkan. Seperti dalam hidup berjiran lauk yang dibawa oleh masing-masing akan dikongsi bersama diantara kumpulan. Setelah selesai menikmati jamuan tengahari, pohon perapat yang agak rendang daunnya adalah menjadi pilihan untuk berteduh dari panas yang terik. Dengan memanfaatkan limbunan dari pohon perapat dan tiupan angin yang begitu lembut kadang-kadang mata akan terlelap terjaga juga olehnya. Jika terlelap pun hanya sekadar tidur-tidur ayam. Apa pun jua saat-saat begini memang sukar untuk dicari. Setelah sekian lama berehat dan melegakan kepenatan, waktu untuk beraksi semula telah tiba. Pasang penuh biasanya akan berakhir di sebelah petang. Ini menyebabkan arus akan berkurangan sesuai untuk dilabuh di kawasan aloh sungai, kerana keadaan air yang agak tinggi. Kerana tali bintur yang pendek tidak akan sampai ke dasar ataupun ke tanah.

"Eh dalam banar sudah aing ani, baik tah ketani ke siring" tiba-tiba cadangan berpindah kedengaran dari luahan seseorang. "Au ketamnya inda jua berapa lagi" balas ku dengan nada yang mempersetujui akan cadangannya. Setelah membuat perkiraan beberapa aspek kami telah membuat keputusan untuk berpindah. Tempat berpindah hanyalah sekadar mengalihkan kesemua bintur-bintur ketepi berdekatan dengan pepohon bakau, atau dengan perkataan yang lumrah kami gunakan dan difahami iaitu (belalih ke darat).

Tidak disangkal kadang-kadang pendapatan di tepi pepohonan bakau akan lebih hebat, ketamnya akan berukuran lebih besar dibandingkan dengan tempat sebelumnya. Akan tetapi disebelah tepi ini cabarannya juga hebat. Keberanian sudah pasti akan tercabar. Terpulangalah kepada kumpulan itu sendiri mengikut keberanian masing-masing.Kerana selain dari melabuh di tepi-tepi bakau pembintur juga boleh melabuh ke dalam anak-anak sungai. Tetapi mestilah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Di dalam hutan paya bakau ada bermacam-macam jenis binatang menumpang hidup, ada kalanya pembintur akan terserempak dengan ambok, kikuk, beruk, barang-barang, ular, biawak dan berbagai-bagai lagi. Seperti yang saya katakan tadi ianya bergantung kepada keberanian masing-masing. Bak kata pepatah "tepuk dada tanya selera" namun apa-apa pun demi harapan untuk mendapat hasil yang lebih lumayan, segala rintangan yang mungkin terjadi akan tetap diharungi.

Disetiap sudut anak-anak sungai akan menjadi rebutan kepada satu-satu kumpulan. Namun biasanya sikap berampit-ampitan akan tetap berperanan di lubuk hati masing-masing. Seperti yang saya katakan bergantung kepada keberanian masing-masing ada kalanya satu atau dua kumpulan agak jarang muncul kelihatan walaupun dikala waktu rehat. Kerana mungkin saja kumpulan tersebut akan melabuh bintur-bintur mereka jauh ke dalam menyusur anak sungai tersebut. Berbeza pula halnya dengan kumpulan saya, maklumlah diawal usia remaja sifat separuh berani dan separuh takut akan menghantui fikiran. Namun atas dorongan dari rakan-rakan yang lain segalanya itu akan dapat diatasi dengan tabah dan sabar. Dengan berbekalkan salam dan tawakkal segalanya berjalan lebih lancar.

Aktivi yang hambar diwaktu tengahari kini telah berubah menjadi lebih sibuk sedikit demi sedikit. Ketam-ketam akan mudah diperolehi di lubuk sungai, lebih-lebih lagi ukurannya agak besar dan jantan atau lebih dikenali sebagai "ketam tua". Ketam tua memanglah hasil yang diidam-idamkan dan menjadi sasaran utama kepada setiap pembintur. Pergerakan di lubuk sungai memang terbatas sekali, ada kalanya tidak menggunakan pengayuh untuk bergerak hanyalah meniti dan berpaut pada dahan bakau sekeliling. Bunyi bising juga sensitif. Jadi untuk membuat pergerakan haruslah berhati-hati jangan sampai ketam yang tengah memakan umpan akan terlepas begitu sahaja. Jika sudah memang takdir akan terlepas, memanglah perasaan hampa akan jelas kelihatan, namun segalanya akan diiringi dengan kata-kata petua "dui... malai ku... jangan kau jara".

Aktiviti membangkit akan terus dijalankan, walau apa pun yang terjadi dan yang bakal terjadi. Semuanya itu sudah menjadi asam garam yang biasa dihadapi. Kewaspadaan akan terus dipertingkatkan supaya kejadian seperti itu tidak akan terjadi lagi. Dalam keadaan ini pembangkit akan berasa tertekan, tentu saja bintur seterusnya yang akan dibangkit lebih berhati-hati lagi. Dengan pengalaman yang ada, satu-satu bintur yang dibangkit ada mempunyai tanda samada bintur tersebut ada penghuni atau tidak. Secara tidak langsung ia akan memberi amaran awal supaya akan lebih bersedia. Tanda tersebut adalah berupa "burinih" atau kumpulan udara yang timbul ke permukaan air yang terhasil dari pernafasan dari ketam yang menghuni bintur tersebut.

Sekali lagi pengalaman dan kepintaran akan dapat menyelesaikan masalah yang yang dihadapi. Semua ini akan berterusan hingga kebintur yang terakhir. Suasana akan lebih nampak teruja, kerana disaat ini sudah terasa kejayaan yang akan dimiliki. Sudah tentulah bila dijual nanti akan mendapat hasil yang lumayan.

Indah... memang begitu indah sekali bila dikenang cerita lama sebegini. Semua ini masih segar dalam ingatan. Waktu begitu cepat berlalu, namun setiap waktu yang berlalu itu telah tidak dapat dimanfaatkan, dibebani dengan seribu kenangan yang bisa mendidik, menjadi bekalan sehingga ke hari ini. Inilah yang dikatakan RAHMAT ALLAH walaupun pada dasarnya kami tidak membesar dalam suasana yang serba mewah, namun aku merasa bersyukur kerana keistimewaan yang ku miliki masih dapat dimanfaatkan sehingga ke hari ini.

Mungkin pada masa ini apabila disebut soal laut di dalam mana-mana perbincangan, saya percaya awal-awal lagi sudah ada yang membayangkan mauk (mabuk laut), ombak besar, gelora dan sebagainya. Namun, semua itu adalah sebaliknya bagi yang sudah sejak kecil bermain dengan gelora, bertarung dengan ribut, berjuang dengan arus dan sebagainya. Malahan apabila saja disebut soal laut, minda ku akan melonjak, " ya ada persoalan apa dengan laut ?". Begitulah cepatnya jiwa ku bertindak balas seperti seorang pakar yang bersedia menjawab sebarang pertanyaan. Semua ini bukan mendabik dada, akan tetapi inilah yang dikatakan nikmat ilmu.

Suasana atau kaedah menangkap ikan sekarang sudah jauh berbeza, segalanya telah berubah begitu pesat sejajar dengan kemajuan dunia sekarang. Namun objektif utamanya tetap sama. Kalau dibanding pendapatan dahulu dan sekarang juga sudah tidak dapat dibandingkan, namun semua itu bukanlah menjadi ukuran.

Dengan berbekalkan pengalaman serta bakat yang ada aku telah menerokai bidang perikanan lebih jauh lagi. Kalau dulu perahu kayu (gobang) dan beradayung akan tetapi sekarang sudah menggunakan enjin motor sangkut dan perahu gantian kaca yang lebih mantap, cukup untuk mengharungi lautan dalam yang bergelora. Peralatan pula lebih jauh maju berkali ganda dan berjenama khusus. Namun semuanya terpulanglah kepada kemampuan masing-masing. Ada yang sanggup berbelanja sehingga beribu ringgit untuk mendapatkan peralatan yang lebih canggih. Walau apa pun segalanya tidaklah terletakkepada peralatan yang maju, jika tiada ilmu di dada.

Setelah hasil selamat dijual dan duit jualan telah pun berada di tangan, kami pin mengucapkan terima kasih kepada tauke ketam tersebut sambil beredar dari situ menuju ke kedai kopi di bawah panggung Bolkiah. Disini kami akan berehat seketika dengan memesan minuman cindol atau minuman kacang. Disinilah satu-satunya kedai kopi yang menjadi pilihan, mungkin kerana kedudukannya yang berdekatan dengan tambing Kianggih. Sambil menikmati minuman cindul dan kacang kami akan berbual-bual sedikit mengenai dengan hasil tangkapan dan membahagikan duit yang yang baru sahaja kami perolehi. Kalau hasil tangkapan seberat 10 kati bererti kami akan di bayar sebanyak $10.00. Kami sudah begitu sinonim dengan ungkapan tauke "satu kati satu linggit". Ini bererti kami akan mendapat bahagian sebanyak $5.00 tiap seorang. Alhamdulillah, jumlah tersebut memadailah untuk perbelanjaan sepanjang minggu. Setelah masing-masing mendapat bahagian saya dan rakan-rakan yang lain, tidak langsung pulang ke rumah akan tetapi meneruskan perjalanan berlegar-legar di kawasan bandar atau mungkin saja terus menuju ke kedai Klasse Jaya, Kota Mutiara, Emporium Ocean atau Jetsin. Saya rasa kedai-kedai inilah sahaja yang boleh dianggap bertaraf pasar raya pada waktu itu. Di sini kami bolehlah mendapatkan keperluan sekolah seperti alat tulis, buku-buku atau pakaian asalkan harganya mengizinkan untuk dibeli. Maklumlah jumlah kewangan yang begitu terhad, terhadlah jua apa yang akan dibeli. Setelah puas mengelilingi kedai-kedai tersebut dan memperolehi beberapa barang sekolah yang diperlukan tibalah masanya untuk pulang semula ke rumah. Di dalam perjalanan pulang saya tidak pula lupa untuk membeli sedikit buahtangan untuk ibu dan adik-adik saya yang berada di rumah.

Perjalanan pulang ke kampong adalah dengan menaiki perahu tambang dengan bayaran 50 sen tiap seorang. Kadang-kadang terlena seketika ditiup sang bayu dan kelajuan perahu tambang mungkin juga keletihan bangun diawal pagi dan pulang lewat petang.

Apa yang telah saya paparkan ini semuanya adalah pengalaman yang benar dan bukannya rekaan sebagai sebuah cerita. Semoga ianya akan dapat memberi manfaat kepada generasi yang akan datang sebagai penanda aras atau sukat-sukat. Terpulanglah kepada generasi masa depan untuk memanfaatkannya biar dari sudut mana pun jua. Disamping itu nukilan ini akan menjadi ristaan kepada rakan sebaya yang pernah berjuang bersama, berkayuh bersama dan mengharungi usia remaja penuh dengan kenangan pahit dan manis.


Ani tah pengalaman Pa-iring yang pernah dilalui di usia remajanya, mengisi masa lapang dengan membuat pekerjaan yang mendatangkan hasil bukan saja wang ringit tetapi yang lebih tinggi nilainya pengalaman dan pengajaran yang penuh bermakna ini. Berdikari sendiri untuk mendapatkan perbelanjaan sekolah dan keperluan seharian.

Aku mewakili Pa-iring memohon maaf sekiranya ada perkataan-perkataan yang kurang difahami atau mungkin menyinggung perasaan pembaca semua.

Dimasa akan datang mungkin ada lagi pengalaman lain dari Pa-iring, atau ahli2 yang lain jua digalakkan, mungkin petua-petua serta pantang larang dari orang tua-tua dahulu, mungkin cara-cara membuat bintur, membuat rawai, bubu, mengikat mata kail, membuat papar atau anjun. Cara meramal cuaca hujan angin awan ombak atau apa saja lah mengenai penangkapan ikan.

Sama sama lah katani menunggu dari Pa-iring dikeluaran akan datang Insya Allah.


MAKLUMAN

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

DI MAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI PRECIOUS ANGLERS

CAPT. PRECIOUS ADA CADANGAN

KAN MENGAIL DI UJUNG SAPUH BERMALAM SAMBIL MENYALAI
TARIKH NYA ALUM KOMPOM
TAPI CADANGAN
14-15 NOVEMBER 2009
26-27 ZULKAEDAH 1430
KALAU AHLI2 YANG LAIN ADA CADANGAN TARIKH ATAU TEMPAT
MAKLUMKAN SAJA DI SHOUTMIX ATAU ARAH KOMEN
MUNGKIN KITANI MENGADAKAN KUTIPAN TU JUA UNTUK MAKANAN, MINUMAN,
SAMA MINUMAN ENJIN PERAHU HAHAHA

BESAR KEMUNGKINAN ADA SATU GENG ANGLERZ JOIN SAMA KITANI TU




SATU LAGI MAKLUMAN

BAJU KITANI SIAP ESUK TU
SIAPA2 YANG ALUM MENJELASKAN BAYARANNYA ATU
BOLEH LAH MENGHANTAR HARI ANI ARAH
CAPT. PRECIOUS ATAU PA-IRING
BAJU ATU BOLEH DIAMBIL NANTI DI RUMAH PA-IRING
ESUK MALAM


ATU SAJA MAKLUMAN NYA, TERIMA KASIH.

trip

Saturday, 31 October 2009

Kelamari kami (Padamit, Jimi, Fian sama Hj Win) turun kan ka laut tutong inda jadi pasalnya berangin inda plang luan beombak, ngail di iron duke tah kami ganya. Inda berapa makan lauk ah yang badamitan ganya lapih, anduping, ketambak, pisang2, kurisi2.


Padamit

LAPIH

Hj win
Lapih ampir 1kg
jangan tah marung2 ani nah hahaha walaupun lurih malam atu inda memberangsangkan
alum tah rezeki tu bro sabar saja lain kali tani mencuba lagi ok jangan putus asa bro.
yang banar nya bukan pasal inda banyak lurih tu kalat hantap bah matanya, dalam perjalanan balik pun tetidur tidur ia di kereta ah. Kana suruh tia lagi jadi model MARLBORO light hahaha.



ANDUPING

Anduping aku balurih ni labih jua ssetengah kilo pakah

UNGAH

Tuesday, 27 October 2009

Precious Anglers atu yang banarnya kan babincang pasal kan mbuat baju, kelurusan Capt. Precious, Dom n Suffry kan mengail di Jambatan Queen, jadinya di sana tah kami mengail sambil bincang2 lah. Iatah c Dom ganya yang balurih ungah dalam 1kg lah, lapas atu nada tia lagi makannya. Umpan kembura sama udang hidup inda jua kami batah pukul 9 mulih tah kami. Tahnia Dom.

DOM
Kelamarinya ari 6 ada makan nya Pa-iring iatah esuknya ari minggu kami turun lagi atu, Pa-iring, Padamit, Jimi sama Fian. Ahir kami turun atu bah dalam pukul 9 lalu baunjar umpan bah. Inda lagi singgah menyinggah tarus kami naik ke takat 75 pasalnya umpan udah banyak, kelamari bisdia kehabisan umpan iatah banyak ku bali basong2 atu kan penabur jua kan. Sampai saja di takat 75 liat dalam fish finder banyak lauk di bawah ani, apa lagi lapas melabuh sauh tarus melabuh kail jua inda batah2 kail ani kancang2 bah kana makan ah, ada yang naik ada yang putus jua. Di sana tah kami balurih lauk putih, lantaran, kurisi brunai, belais tembaga, uji rasid, kerapu, sulit, anduping sama pisang2 ah.

Dalam perjalanan mulih baru kami singgah ah kapal karam yang di Iron Duke ada plang makannya kancang2 jua eh tapi nada yang naik semua putus, udah Pa-iring makai steel lauk damit tia yang makan ah memisi bah.

UJI RASID (sweetlips fish)

Padamit sama Pa-iring yang balurih ni uji rasid ah, apa kan ah namanya banar lauk ani ah inda patut nada nama eh, lauk ani ujud balum lagi uji rasid lahir kali inda ja. Mun ada yang tau buat ah komen ah nama english nya kah mana tia saja.

PISANG2

Pisang2 ani Pa-iring ni balurih

Belais Tembaga

belais ani Jimi yang balurih kuat jua eh pasalnya aku menarikkan sekali bah.

kurisi bali

Fian sama Jimi ni yang balurih mun ia banyak bisai dapat jua kan di tunggui ani 2 ekong ganya.


LAUK PUTIH

Ani c Fian yang balurih dalam 2kg labih ku fikir basar banar bah pasalnya cara ia menarik atu bepintal bah.


ANDUPING

Anduping ani Padamit ni yang balurih kan 2kg baratnya fikir tah lauk putih kuat bah makai joran lagi tu, baru tah merasai ni balurih yang basar ah biasanya yang 1/2kg ganya salalunya. Ada plang sambungan namanya ni ganya inda ku ingat apa.

KERAPU

Kerapu ani Pa-iring sama Padamit ni balurih ampir 1kg ganya, kerapu tahan ni nyawanya batah bah kan mati tapi udah ia mesti melangap mulutnya tu, ada kah inda orang perasan tu batah2 ani.


Lantaran / Pengantaran

Yang ani Fian sama Padamit ni yang balurih inda sampai 1kg lah. Inda ku tau apa namanya banar yang 2 ekong basar atu inda sama usulnya.


Sulit

Sulit ani Pa-iring sama Padamit ni yang balurih ampit 1kg lah tiap sekong

SULIT

Hari sabtu Pa-iring, Dini sama Irman turun ke Iron Duke dulu inda berapa makan baru tah bisdia naik lagi ke Takat 75, di sana tah bisdia balurih sulit, lauk putih, kurisi bali ada lagi lauk yang badamitan. Iatah sayang nya bisdia kehabisan umpan mun inda ada lagi pakah eh. Syukur Alhamdulillah ada jua kan dibawa mulih nyaman jua hati tu.


Iatah ganya ni yang bisdia tegambar pasal kehabisan bateri telefon tia jua eh macam2 eh, udah tah habis umpan abis bateri tia lagi baik jua inda habis minyak mun inda ada kan dikayuhkan tu eh jauuuh palis jangan minta2 eh. Tahniah bro

LANGURAN

Saturday, 24 October 2009

Malam jumat Precious Anglers turun di laut Jerudong hajat di hati kan mengunjar GT. Kami turun 5 orang Capt. Precious, Padamit, Popperazi, Jimi sama Hj Win. Ampir pukul 7 kami tolak dari Jerudong menuju ka Iron Duke. Sampai saja kami di sana tanpa membuang masa tarus kami jigging sama popping. Entah berapa kali udah mengumban popper baru tah kana sambar Padamit yang mula2 sampai yang ke 3 kira2 baratnya 1kg labih sudah 3 ekong naik berehat lah dulu bagi peluang orang lain, lapas atu Capt. Precious, Popperazi n Hj Win. Languran semua dalam 2kg ke 3kg labih lurih bisdia ah semua popping.

Sudah dalam 6 ekong naik inda tia berapa mau makan lagi, iatah kami pindah ke tempat lain lagi. Di sana pun kami menaikkan languran Jimi makai jigging 2 ekong, Hj Win 3 ekong jigging jua, Popperazi popping sama jigging languran n lingkuh, Capt. Precious sekong GT dalam 6kg. Jimi mengail dasar bulan2 saja yang makan, bulan2 ani banyak lapas.


Popperazi, Capt. Precious, Padamit, Hj Win, Jimi


GT 1, Languran 15, Bulan-bulan 2, Lingkuh 2, titir 2


Padamit
Languran ampir sekilo
yang ani Hj Win plang balurih ni menjigging, saja2 kan begambar lauk damit. Padamit balurih
4 ekong languran popping semua
mencuba jua menjig tapi nada balurih

Spool : Navi 8000PG, Freams Kix 4000
Rod : Figo Big Fish, Slim max
Braided : Fin 60Ibs, Power Pro 40Ibs






Hj Win

Sekong ia balurih
popping, 3 ekong menjigging

baru dapat lesen languran sama Precious Anglers
Tahniah bro Hj Win.

Spool : Ocea Jigger
rod : Jigging Master
Braided : Daiwa 65Ibs





Popperazi

Poperazi balurih 4 ekong jua languran
sama lingkuh
popping sama jigging
ada sekali putus


Spool : navi 8000PG
Rod : Figo Big Fish
Braided : Power Pro 50Ibs




Jimi

Jimi balurih languran 2 ekong, bulan2 sama lingkuh jua

jigging sama ngail dasar popping ia jua nada balurih, bulan2 banyak yang lapas ampir perahu udah, alum kan rezeki tu, yang banarnya inda jua ia kan mengambil tu iatah ia tangkap n ta lapas hahaha

Spool : navi 8000PG
Rod : Euopro
Braided : Fin 50Ibs





Capt. Precious

Capt. Precious balurih satu satunya GT 6kg malam atu

sama sekong languran
popping n jiging

Spool : navi 8000PG
Rod : Figo Big Fish
Braided : Spider Wire 65Ibs










Pencaria GT kami malam atu inda kesampaian pasalnya Capt. Precious saja yang balurih, yang lain banyaknya languran, lingkuh sama bulan-bulan. Selepas kami pindah ke tempat kedua atu sudah menaikkan beberapa ekong, kira-kira pukul 3 pagi balik tah kami. Mula-mula kan singgah lagi ada 1 tempat untuk mengail dasar, tapi cuaca atu macam kan hujan inda tah kami jadi. Sudah ampir kan sampai nada jua hujan kan naik semula bilang orang sudah kalat mata balik tah tarus. Syukur Alhamdulillah ada jua rezeki kami malam Jumat. Lain kali lagi kami mencuba Insya Allah.