Tuesday, 30 March 2010

Drop Off

Salah seorang PRECIOUS ANGLERS iaitu POPPERAZI mengail ke Drop Off menggunakan kapal sewa khas untuk mengail iaitu KAPAL APOLO dengan kawan-kawannya yang berbilang bangsa. Ani tah gambar-gambar bisdia di kapal sama udah sampai di Pantai Serasa dan teks asal dari Popperazi.
Perjalanan Brunei Drop Off bermula dari jam 7 malam pada hari Jumaat 26 Mac 2010. Setelah merempuh ombak yang sederhana besarnya selama 8 jam baru lah kami sampai ke lokasi pertama dan seterusnya berpindah-pindah ke dua lokasi berikutnya. Walaubagaimanapun angin dan arus tidak berpihak kepada kami dan hasilnya juga kurang memberangsangkan sepertimana trip-trip sebelumnya. Alhamdulillah... kami selamat sampai pada hari Ahad 28 Mac 2010 kira-kira jam 8.30 pagi.
Antara ikan-ikan yang dapat dinaikkan termasuklah Amberjack / Aji-aji (5-25kg), Kerisi Bali, Kerisi India, Ungah (5-7kg), Kerapu Tiger (2-3kg), Anak Keratang (5kg), Durian-durian / semperiding takat, Pisang Emas, Tungkul, Ruby Snapper dan Skipjack.
Ricky (ungah)
Isaac (anak keratang)




Begambar semasa di kapal



Isaac (skipjack)



Alan (amberjack)



Begambar ramai setelah sampai di Pantai Serasa

Ani tah lauk-lauk yang dapat di naikkan oleh Popperazi pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment