I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

sambutan ulang tahun yg ke 10

Monday 21 November 2016

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH

Alhamdulillah tahun ani genap lah 10 tahun PRECIOUS ANGLERS [PA] ditubuhkan. Sempena menyambut hari ulang tahun PA ani, kami telah mengadakan perlawanan memancing diantara ahlinya, beberapa orang jemputan dan ahli baru. Yang diadakan di Pulau Pelumpong pada 19 November 2016 hari sabtu jam 7 mlm hingga 20 November 2016 hari ahad jam 7 pagi.

Alhamdulillah acara tersebut berjalan seperti yg dirancang, lancar dan sempurna dengan adanya kerjasama dikalangan ahli. Walaupun ada beberapa orang ahli yang inda belaku menyertai, sambutannya tetap meriah dan menyeronokkan.

Perlawanan tersebut berlansung selama 4 jam sahaja menggunakan perahu menuju ke tempat memancing atau lubuk masing2. Walaupun masa perlawanan dijalankan hujan turun tetapi inda plang labat, tetap diteruskan dengan semangat yang berkubar-kubar.

Hj Jahli pemenang kategari ikan ungah terberat,
Sufri pemenang ikan kecil teringan,
Awie pemenang ikan terberat.

Tahniah kepada pemenang-pemenang dan kepada yang inda menang atu jangan tah hampa kecewa, sekadar hiburan kitani sahaja.

Terima kasih kepada penyumbang hadiah iaitu:
- Sahmi Hj Sulaiman sumbangan sehelai baju PA yang asli ditempah khas dari      USA
- Reevtech reeve @ Zhero Fishing sumbangan 3 bucket mouth MEIHO
- Ak Muhd. Sufian @ Piyai sumbangan 2 bucket mouth MEIHO.

Terima kasih jua kepada semua ahli yang terlibat mengungkayahkan acara kiatani atu dengan jayanya ALHAMDULILLAH.

Sedikit kata-kata dari pengerusi

Teguh lagi kukuh
bersatu begitu padu
tegap lagi mantap
belurih walaupun jarih
ada tiada tidak mengapa
bersyukur lagi akur
bersemangat walaupun penat
luhur tak pernah undur
gagah terus melangkah
kawan bukan dilawan
sahabat mendukung mertabat
syabas buat wira-wira PRECIOUS ANGLERS

Selamat menyambut hari ulang tahun yang ke 10 tahun, semoga kitani akan terus melangkah lebih jauh lagi dan dinamik amin

sambutan hari ulang tahun yg ke 10














sambutan hari ulang tahun yg ke 10








sambutan hari ulang tahun yg ke 10