I made this widget at MyFlashFetish.com.

Search This Blog


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. BLOGSPOT ANI DIBUAT UNTUK MENYIMPAN KENANGAN MANIS DAN PAIT MELALUI GAMBAR DAN TULISAN, UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN, PENGETAHUAN, PEGAJARAN, TEMPAT DAN KESIUKKAN MENGAIL. IANYA JUA UNTUK MENGENALI DAN MENGENALKAN NAMA DAN JENIS LAUK DI AING MASIN DAN AING TAWAR YANG ADA DI LAUT, DI TEPI PANTAI, DI SUNGAI MAUPUN DI TASIK YANG TERDAPAT DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ANI MELALUI GENG PENGAILAN SEMUA. KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERKESUDIAN MENGUNJUNGI BLOGSPOT ANI.

Kepada geng pengailan semua mun kan berkongsi gambar, cerita, tulisan, pengajaran, pengalaman, trip mengail, alat-alat mengail, alat-alat penangkapan yang lain atau apa saja lah samada petua, pantang larang atau etika mengenai mengail boleh lah mengirimkan ke

Pa_damit@hotmail.com

Preciousanglers@gmail.com

8193404 (bmobile)
8773404 (dst)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Makluman

Wednesday 26 January 2011

Assalamualaikummmm

Dimaklumkan kepada semua ahli PRECIOUS ANGLERS.
Kitani akan mengadakan satu
MAJLIS PERJUMPAAN BERAMAH MESRA
pada hari Sabtu malam minggu
26 Februari 2011

bertempat di Perpindahan Kg. Rimba.

kalau siapa kan ikut serta dalam majlis atu boleh lah mendaftar mulai hari ani.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi

Pa-iring : 8883537 / 2393433
Capt Precious : 7188228 / 2223534

Bemasa

Pa-iring sama Cap.t Precious belurih menjig masa hari Sabtu lapas di Takat 75. Bemasa ani sekong 4.45kg lingkuh 6 ekong kali ah inda ku ingat, inda ku sampat mengambar jua.

BATA

Tuesday 25 January 2011

BEKALAN UNTUK TAHUN 2011

BATA (Bekalan makanan untuk turun ke laut)

Setiap trip memancing bata atau bekalan akan masuk ke dalam senarai semak para pemancing, tidak terkecuali pada bulan ramadhan (penyungkaian atau sahur). Akan tetapi saya percaya para pemancing akan mengkategorikan dengan klasifikasi yang berbeza. Ada yang mengklasifikasikan sebagai tidak penting, sederhana atau sangat penting. Cubalah tanya diri kita sejujurnya dimana kedudukan kita apabila memperkatakan tentang bata. Soal “Ala kadar” atau “Janji ada” tidak perlu ditimbulkan kerana ia adalah satu isu yang lain. Saya bukan hendak meminta biskita merubah bata ini kepada tahap sangat penting, tentu sekali tidak. Sekurang-kurangnya kita dapat memperbaiki keadaan. Mungkin semua akan berasa pelik setakat titik ini.

Pada pengamatan saya bata sering diberi perhatian disaat-saat akhir. Bererti ini adalah tahap sederhana atau tidak penting. Kenapa fenomena ini berlaku?. Saya percaya perkara ini bukanlah isu yang besar akan tetapi ia juga bukan perkara yang remeh temeh. Sebenarnya kita juga perlu memberi perhatian yang wajar, kerana ia ada kaitan dengan banyak perkara dan saya juga khuatir jika perkara ini berlarutan begitu saja kita akan kehilangan sesuatu yang berharga. Saya akan serahkan semua ini kepada biskita buat seketika. fikir-fikirlah dahulu. InsyaAllah saya akan mengupas melalui pengamatan saya dikeluaran yang akan datang nantikan bersama.


Jadual Pasang Surut 2011 January

Saturday 22 January 2011


Imbasan tahun 2010

Thursday 20 January 2011

IMBASAN BAGI TAHUN 2010

Alhamdulillah tahun 2010 baru sahaja kita lalui dengan selamat dan jayanya. Dan kini kita berada ditahun baru. Selamat tahun baru 2011. Bersua kita lagi pada keluaran kali ini dengan imbasan 6 bulan terakhir di tahun 2010. Seperti biasanya aktiviti mingguan PA berjalan dengan lancar dan teratur. Namun ada juga kegiatan tahunan yang tidak dapat diselenggarakan atas sebab kesibukan yang diluar dugaan. Secara purata pada tahun ini cuaca berada ditahap sederhana. Namun aktiviti tetap juga berjalan dikesempatan yang tertentu tidak kira pada waktu siang mahupun disebelah malam.



Trip bersama

Sejak kebelakangan ini PA (Precious anglers) sering dijemput oleh tekong-tekong kenalan PA mengikuti trip mereka, semada menggunakan perahu mereka mahupun secara konvoi. Disinilah ahli dapat membuat sukat-sukat mengenali mana kekurangan dan kelebihan yang dimiliki. Beberapa teknik dan tatacara berguna yang mereka amalkan telah dapat memberi inspirasi bagi menambahkan lagi ilmu memancing. Inilah yang dikatakan kesan muhibbah diantara rakan pancing yang seangkatan dengan Precious Angler. Pada tahun ini saya rasa banyak lubuk-lubuk yang dulunya sekadar didengar dari mulut ke mulut, kini telah diterokai sendiri oleh Precious. Kalau hendak dikatakan dari segi hasil tangkapan di lubuk tersebut tidaklah jauh berbeza dengan lubuk yang biasa dikunjungi. Namun perjalanan ke lubuk tersebut terasa agak jauh, mungkin kerana belum terbiasa. Walau bagaimanapun lubuk-lubuk tersebut mempunyai potensi yang agak baik. Disamping itu ada sejenis ikan yang baru saya dengari disepanjang saya melibatkan diri dalam dunia pancing, ikan tersebut ialah “Ikan ketumbang bini”. Selain dari itu ada juga gelaran ikan yang biasa saya dengar akan tetapi lain pula bentuk ikan nya. Mungkin kerana perbezaan tempat atau daerah, ikan tersebut ialah “ikan dapak”. Apa pun saya berharap lebih banyak lagi tawaran-tawaran begini dimasa hadapan.


Fish finder

Hampir sepanjang tahun 2010 yang lalu PA hanya menduga lubuk-lubuk berpandukan kepada GPS sepenuhnya tanpa alat fish finder. Fish finder yang digunakan sebelum ini telah tidak dapat digunakan lagi akibat dari kerosakan “Monitor”. Ketepatan untuk menuju ke sasaran adalah agak sukar. Kesukaran begitu terasa sejak kerosakan fish finder tersebut. Alhamdulillah dalam diam ada juga ahli yang prihatin untuk mencari ganti. Mungkin kesukaran ini dapat dirasakan oleh semua ahli. Apa pun saya tidak lupa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas keprihatinan ahli yang telah menyumbang. Kini PA telah kembali tangkas dan lincah dengan adanya alat tersebut. Mudah-mudahan pada tahun 2011 ini tangkapan akan lebih baik dan berkesan sekaligus mencipta banyak lagi catatan sejarah.

Alat kelengkapan memancing

Ahli-ahli PA kini saya rasa lebih bersedia, maksud saya dari segi alat-alat pancing. Mereka kini memperlengkap alat pancing masing-masing. Ada yang berbelanja ala kadar namun tidak kurang juga yang berbelanja sehingga ratusan malahan ribuan dalam mahupun luar negeri. Pilihan mereka kali ini lebih bijak, bersesuaian dan berkualiti. Semua ini adalah tercetus dari pengalaman yang telah ditimba dari perahu precious. Kini saya rasa ahli lebih matang dalam memilih peralatan, boleh dikata ini adalah satu kemajuan dan ini sangat penting untuk mengelakkan pembaziran dan kecewa saat menggunakan. Biarlah ia berbaloi dengan wang yang kita belanjakan.


Sekadar hiasan saja ni, rumahan yg 20kg atu nda sampat menggambar. Tarus kana bali bah di Jerudong ah

Amukan ikan rumahan

Disetiap trip disebelah siang ikan rumahan laki memang menjadi buruan untuk dijadikan umpan hidup. Ikan ini memang berkesan sekali untuk menjinakkan tenggiri. Dalam satu trip yang lepas kami terpaksa akur dengan amukan ikan rumahan. Memang pada dasarnya kami hanya memerlukan beberapa ekor untuk dijadikan umpan namun segalanya telah berubah. Trip menduga ikan tenggiri kini bertukar menjadi trip rumahan. Pada mulanya kami memang melayani kunjungan ikan rumahan yang begitu pajal (banyak) secara berdua dengan menggunakan anjun. Namun akhirnya salah seorang dari kami terpaksa mengalah. Seorang menjadi tukang anjun dan seorang lagi menjadi tukang pisi. Begitulah keadaannya berlarutan hingga ke lewat petang. Akhirnya kami telah Berjaya menaikkan ikan rumahan kira-kira 20 kilo. Kami pun meneruskan perjalanan pulang dengan perasaan yang bercampur baur diantara puas dan kehairanan.

Kerosakan teknikal

Dalam beberapa trip yang baru sahaja kita lalui terdapat beberapa kejadian kerosakan teknikal, antara nya ialah putus steering cable, putus throttle cable, dan beberapa kejadian yang tidak asing lagi iaitu kerosakan trela. Apa pun segalanya dapat di atasi dan diselanggarakan dengan baik. Trela yang kini berusia hampir 4 tahun akan dikeluarkan dari perkhidmatannya, atas faktor keselamatan. Selain dari itu trela tersebut berada ditahap B.E.R (Beyond economical repair). Kini precious akan mempunyai trela baru ala barat yang akan beroperasi sedikit waktu lagi setelah selesai membuat ujian. Mudah-mudahan dengan adanya trela yang berteknologi baru ini akan dapat bertahan lama dan berkhidmat dengan baik semasa beroperasi. Terima kasihlah kepada para penyumbang samada berupa kewangan, tenaga, material, buah fikiran dan sebagainya. Inilah sebenarnya yang kita harapkan semoga sukan memancing yang sama-sama kita cintai ini akan dapat terus kita nikmati.



Perahu ani dalam pembikinan lakat mungkin inda lagi batah kan siap kali.

Perahu baru

Bagi menampung keperluan ahli yang semakin meningkat dari minggu ke minggu kini PA bercadang untuk menambah perahu, insyaAllah sedikit waktu lagi PA akan memiliki sebuah lagi perahu. Dengan adanya perahu tambahan tersebut saya percaya aktiviti memancing sea game akan dapat memuatkan lebih ramai ahli terlibat dalam satu trip. Maklum sajalah waktu hujung minggu dan kelepasan awam memang ramai ahli bercadang hendak turun ke laut. Saya beri sokongan penuh kepada cadangan tersebut dan insyaAllah saya juga akan memberi bantuan teknikal seadanya. Syabas kepada ahli-ahli yang terlibat, dan saya doakan semoga segalanya akan berjalan dengan lancar.


Perlawanan bola sepak persahabatan

Disamping aktiviti memancing ahli juga berkesempatan dengan mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan beberapa pasukan yang dikenali oleh ahli. Peluang begini memang dialu-alukan, apatah lagi ia boleh memberi kesan yang positif dalam banyak perkara. saya berharap akan ada kelab-kelab memancing di luar sana tampil untuk membuat tawaran untuk mengadakan perlawanan persahabatan.

Cadangan

Saya bercadang untuk mengadakan sesi perjumpaan bagi meraikan kejayaan yang telah kita kecapi di tahun 2010. Disamping itu kita boleh merista, bertukar pendapat dan sebagainya. Mungkin kita juga berpeluang untuk mengimbas kembali foto-foto aktiviti yang telah kita jayakan setakat ini. Sekian lah sahaja buat kali ini semoga kita akan terus maju kehadapan. Jumpa lagi dalam trip-trip 2011 yang akan datang.

oleh PA-iring

Bah bila bisai kitani bejumpa ah, kalau tarus BBQ bisai tu eh. Mun ada cadangan buat saja ah shout mix ah.

Layaran

Saturday 15 January 2011

Ani lurih masa hari khamis. Baru jua ku menurunkan anjun tarus tia kana sambar.
Kamal
Layaran dalam 10 kilo beratnya
di laut Pulau Pilong-pilongan
kedalaman aing 100m
tempat kapal kago melintas

Lapas selamat begambar, diselamatkan dan dilepaskan, Alhamdulillah panjang lagi umurnya.

Nyaman banar hati nya layaran ani.


Jigging di Muara

Monday 10 January 2011

Roslan, Hj Win, PAdamit, Azman

Kelamari kami menjig di laut pulau pilong-pilongan ah dari pukul 8 pagi sampai pukul 1 ptg lah balik tah kami. Sangal jua tangan eh dari awal sampai akhir atu menjig saja, andang jua hajat atu kan menjig ganya. Ramai plang jua orang mengail di sana atu tapi banyaknya bisdia atu menganjun gerunggong. Iatah luih-luih kami ni pari helang, languran, berahan, tengiri, bulan2 sama gerunggong. Alhamdulillah rezeki pembuka tirai tahun 2011



bulan-bulan

geronggong

Tengiri

Languran

Berahan


Pari



Trip bersama Berkat 7

Saturday 1 January 2011

Iatah rezeki kami ni di hujung tahun 2010 ni Syukur Alhamdulillah. Capt. Precious (CP Awie) sama kediaku ikut menumpang arah perahu BERKAT 7 Popperazi sama Sapai. Kami turun di Danau, mula-mula menganjun dulu untuk umpan hidup mana tau kan mengail tengiri. Kesana kemari jua udah mengunjar banyak jua takat kami cuba inda berapa lauk atu mau makan. Sekalinya makan 2 3 ekong ganya lapas atu batah tah menunggu tu, tepaksa tah lagi mencari takat lain. Tungkul atu banyak plang ia betimbulan bemain tambi ia bah, tapi sekong 2 ekong ganya makannya. Kami plang yang tambi olehnya payah-payahan menguyung. Mencuba kami menjig ada plang makan tapi putus tia ganya, ada yang putus arah tangsi abis sama jig, ada yang putus tali jig. Popping kami jua lagi tah nada lauk sudi menyambar popper.
Diantara lauk yang kami dapat pelapahan, tungkul, anduping lausu, kerapu, lantaran, ayam laut, sulit,kepayang2. Terima kasih BERKAT 7 lain kali kalau ada ruang sama peluang bunyi-bunyi saja Insya Allah kami kan ikut lagi. Alhamdulillah rezeki penutup tahun 2010.

Ketumbang

Ketumbang 1.6 kilo
Irman Kanai belurih di Pulau Pelumpong